6/3/10

Misteri kehilangan imam imam eksekutif


Pada tahun 2008 kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan akan melantik Eksekutif Masjid bertindak sebagai pentadbir dan perancang aktiviti masjid kononnya mentadbir masjid sekarang harus dilakukan secara profesional. Apakah kesudahan pencarian Imam-imam Eksekutf ini ? Mungkin ASTRO boleh bantu ?

************************
Utusan Malaysia 27 Feb 2008

Dalam pada itu, menurut Mohamad, kerajaan negeri telah memutuskan untuk meletakkan lebih 21 masjid di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dalam usaha menggerakkan institusi tersebut dengan lebih teratur.

"Permulaannya membabitkan masjid di sekitar Seremban. Kebanyakan daripada masjid tersebut akan mempunyai imam tetap yang bergaji dan terdiri daripada para siswazah dalam bidang agama

"Mereka yang digelar eksekutif masjid itu juga akan bertindak sebagai pentadbir dan perancang aktiviti masjid untuk anak-anak kariah. Mentadbir masjid sekarang harus dilakukan secara profesional demi memastikan institusi tersebut menjadi nadi kepada pembangunan umat Islam," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm


Saya pernah memohon untuk jawatan Imam Eksekutif di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Jawatan itu dibuka sebelum bulan Mac 2008 ( PRU 12 ) yang menariknya perjawatan yang diberikan itu bertaraf pentadbiran, berkuasa penuh ke atas masjid termasuk soal pentadbiran dan kewangannya.

20 buah Masjid di Negeri Sembilan akan ditempatkan Imam Eksekutif ini khabarnya, 10 daripadanya sekitar Seremban termasuk Masjid Ampangan. Saya berminat dan sebolehnya tidak mahu ke Masjid lain.

Tetapi selepas PRU 12 menyaksikan BN gagal di Dun Paroi, Ampangan dan Sikamat tawaran Imam Eksekutif itu hanyut dengan kekalahan tersebut. Saya pun tak pasti kenapa tidak diteruskan walaupun dengarnya geran sudah dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/2010/06/imam-muda.html

0 comments: