Seorang pemandu van jenazah berharap kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selepas kediaman yang diduduki bersama isteri dan tujuh anaknya terpaksa dirobohkan akibat dimakan anai-anai di Kampung Tanah Putih Baru , Kuantan.
**********************************
Pemandu van jenazah rayu rumah PPRT
Utusan Malaysia 11 Jun 2010
kediaman Abdullah Yaacob (tiga dari kiri) menunjukkan rumahnya yang dirobohkan kerana tidak selamat diduduki di Kampung Tanah Putih Baru, Kuantan, kelmarin.
-------------------------------------------------
KUANTAN 10 Jun - Seorang pemandu van jenazah berharap kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selepas kediaman yang diduduki bersama isteri dan tujuh anaknya terpaksa dirobohkan akibat dimakan anai-anai di Kampung Tanah Putih Baru di sini.
Pemandu terbabit, Abdullah Yaacob, 51, berkata, rumah yang menjadi tempat perlindungannya, isteri, Zalina Ibrahim, 42, dan tujuh anak berusia antara lima dan 20 tahun sejak 30 tahun lalu terpaksa dirobohkan dua minggu lalu kerana tidak selamat untuk diduduki.
Keadaan itu menyebabkan dia sekeluarga kini terpaksa menumpang di rumah usang ibu mertuanya yang berusia 75 tahun di Medan Warisan, dekat sini yang juga menanti masa untuk runtuh.
"Saya berharap agar mendapat rumah yang lebih selesa untuk keluarga dan kalau boleh saya harap sangat untuk tinggal di rumah PPRT," katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di sini hari ini.
Menurut Abdullah, dia yang bekerja sebagai pemandu van jenazah tidak mempunyai pendapatan tetap dan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada isterinya yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah gerai dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan.
"Kalau ada kematian, adalah upah untuk saya. Kalau tidak ada, tidak adalah," katanya.
Apa yang lebih merunsingkan jelasnya, ialah enam daripada tujuh anaknya masih bersekolah termasuk seorang sedang menuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM), Sik, Kedah.
"Enam anak saya masih bersekolah dan mereka memerlukan tempat perlindungan yang lebih selesa supaya dapat belajar dalam keadaan yang sempurna," katanya.
Sementara itu, Zalina berkata, gajinya yang kecil hanya cukup untuk keperluan harian sekali gus menyukarkan mereka menyediakan kehidupan lebih baik untuk anak-anak.
"Suami tidak bergaji tetap dan gaji saya pula tidak cukup untuk menampung perbelanjaan isi rumah dan keperluan tujuh anak kami," jelasnya.
Anak sulung pasangan tersebut, Muhamad Fazli Abdullah, 20, pula mengakui kehidupan mereka sekeluarga menjadi bertambah perit selepas rumah tempat berteduh terpaksa dirobohkan.
"Saya tidak kisah dengan keadaan ini kerana saya sudah besar dan boleh berdikari tetapi kasihan adik-adik yang masih kecil dan bersekolah. Mereka memerlukan kehidupan yang selesa," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Tanah Putih Baru, Mat Amin Abd. Rani berharap keluarga berkenaan mendapat bantuan rumah PPRT daripada kerajaan negeri.
"Bukan keluarga ini sahaja tetapi kita berharap semua warga miskin mendapat bantuan terutama mereka yang mempunyai bilangan anak ramai dan warga emas," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_09.htm

0 comments:
Post a Comment