Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Esah, 48, berkata mereka terpaksa menghidu bau busuk sejak beberapa tahun lalu apabila bawah rumah dipenuhi sampah sarap yang tidak diketahui dari mana puncanya. Difahamkan penyelenggaraan tidak pernah dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan kini keadaan sungai itu semakin teruk.
Kisah sebelum ini 10 tahun jambatan tak siap siap di Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2010/06/10-tahun-jambatan-tak-siap-siap-di.html
*********************
SEKADAR LOPAK AIR
Berita Harian 4 Jun 2010
Sungai Bedil Besar tinggal kenangan
KUCHING: Sungai Bedil Besar satu ketika dulu pernah menjadi lokasi pilihan kanak-kanak di Kampung Astana Lot dan kampung berhampiran mandi-manda, kerana airnya yang bersih dan dasarnya agak dalam.
Malah, sungai kecil yang mengalir ke Sungai Sarawak itu juga dikatakan pernah menjadi sumber air bersih penduduk untuk membasuh pakaian.
Namun kini sungai yang banyak berjasa kepada penduduk generasi terdahulu itu sudah bertukar menjadi parit dan lebih menyedihkan sungai itu kini sudah mati apabila alirannya tersumbat. Laluan air tersekat oleh tumbuhan air termasuk kangkung liar yang hidup subur di sungai itu dan longkang dari kawasan kediaman penduduk.
Difahamkan penyelenggaraan tidak pernah dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan kini keadaan sungai itu semakin teruk.
Memburukkan lagi keadaan, air dari kawasan kediaman dan beberapa premis menjual makanan mengalir ke sungai itu dan tersekat sehingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Akibat laluan tersekat, air melimpah ke bawah rumah penduduk ketika air Sungai Sarawak (sungai utama) pasang dan turut membawa bersama sampah sarap yang akhirnya terperangkap di bawah rumah apabila air surut.
Kedudukan rumah di kampung itu yang semakin padat sehingga ada rumah dibina di atas sungai (yang kini menjadi parit) juga antara faktor penyumbang menyebabkan aliran semakin sempit.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Esah, 48, berkata mereka terpaksa menghidu bau busuk sejak beberapa tahun lalu apabila bawah rumah dipenuhi sampah sarap yang tidak diketahui dari mana puncanya.
Beliau yang mengakui sebagai penduduk asal kampung itu berkata, keadaan sungai berkenaan bertambah teruk apabila projek membina jambatan kecil di kampung itu dilaksanakan beberapa tahun lalu.
"Sejak jambatan itu dibina, laluan menjadi bertambah sempit. Sebelum itupun sungai ini sudah semakin kecil apabila dasarnya dipenuhi lumpur selain semakin banyak rumah dibina.
"Kami terpaksa menghidu bau busuk dan meloyakan sejak beberapa tahun lalu. Kami tidak tahu hendak buat macam mana lagi,” katanya.
Air berkelodak di dalam sungai boleh dilihat ketika melalui jambatan kecil dalam perjalanan dari Kuching menghala ke bangunan Dewan Undangan Negeri dan ini pastinya boleh menjejaskan imej Kuching yang pernah menerima pengiktirafan sebagai bandar raya paling bersih.
Tinjauan lanjut ke kampung itu terutama di kawasan rumah berhampiran sungai berkenaan mendapati air bertakung di bawah rumah penduduk dan lebih menyedihkan, banyak sampah sarap terperangkap yang dikhuatiri boleh menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Sekadarlopakair/Article

0 comments:
Post a Comment