6/8/10

Penduduk Sarawak kekurangan air bersih


Hampir 600 orang di kawasan Gerigat, 40 kilomter dari Bandar Sarikei menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih sejak sebulan lalu. Keadaan menjadi lebih teruk apabila para jemaah yang hendak bersembahyang di masjid terpaksa membawa air sendiri dari rumah untuk berwuduk.

******************************
600 PENDUDUK KEKURANGAN AIR BERSIH

Utusan Malaysia 8 Jun 2010

SARIKEI 7 Jun - Sebanyak 170 buah rumah dengan penghuni hampir 600 orang di kawasan Gerigat, 40 kilomter dari Bandar Sarikei menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih sejak sebulan lalu

Ketua Kampung kawasan berkenaan, Majidi Jahiri memberitahu, tekanan air yang rendah menyebabkan bekalan air yang keluar dari pili air amat sedikit sekali.

Menurutnya, disebabkan itu, penduduk begitu sukar untuk mendapatkan air bersih malah untuk mengisi bekas tempat menyimpan air berkapasiti 18 liter turut memakan masa sehingga 45 minit.

''Ada kalanya, pada tempoh tertentu setitik air langsung tidak mengalir menerusi pili.

''Bagaimanapun, pada pukul 2 hingga 4 pagi, keadaan air mulai banyak sedikit menyebabkan ada penduduk yang sanggup bangun seawal pagi itu bagi menyimpan air untuk kegunaan harian," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Majidi berkata, pihak penduduk kampung telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib tetapi belum ada tindakan susulan yang dilakukan.

Katanya, setakat ini pihaknya juga belum meminta sebarang bantuan bekalan air tambahan daripada pihak berwajib.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Jemali berkata, keadaan menjadi lebih teruk apabila para jemaah yang hendak bersembahyang di masjid terpaksa membawa air sendiri dari rumah untuk berwuduk.

''Ketika solat Jumaat yang lalu pula, kami terpaksa menyediakan pengangkutan untuk mengangkut air bagi memudahkan para jemaah menunaikan kewajipan.

''Namun kami bersyukur kerana kebelakangan ini ada hujan dan kami dapat menyimpan air tersebut untuk kegunaan harian dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi," katanya.

Sehubungan itu, penduduk kampung berharap agar masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin kerana di kawasan tersebut begitu sukar untuk mendapatkan sumber air bersih dan hanya bergantung kepada air hujan sahaja.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_03.htm

Beberapa masalah lain penduduk di Sarawak :

Penduduk Kuching Sarawak hidu bau busuk
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-kuching-sarawak-hidu-bau-busuk.html

10 tahun jambatan tak siap siap di Sarawak
http://amkns.blogspot.com/2010/06/10-tahun-jambatan-tak-siap-siap-di.html

0 comments: