Ketiadaan pondok menunggu bas di Kampung Tedong menimbulkan kesukaran kepada penduduk. Lebih menyedihkan apabila rata-rata pengguna hanya berteduh di bawah pokok mangga berhampiran tapak pondok lama dengan sebuah kerusi panjang. Sebelum ini, terdapat sebuah pondok menunggu bas di tempat berkenaan tetapi sudah runtuh sewaktu berlaku kemalangan maut di tempat itu kira-kira dua tahun lalu.
*********************************
Sinar Harian 21 Jun 2001
TEDONG – Ketiadaan pondok menunggu bas di persimpangan Jalan Penghulu Ahim, Kampung Tedong menghala ke Bandar Baru Merlimau menimbulkan kesukaran kepada penduduk khususnya pelajar sekolah dan pekerja industri setiap pagi.
Sebelum ini, terdapat sebuah pondok menunggu bas di tempat berkenaan tetapi sudah runtuh sewaktu berlaku kemalangan maut di tempat itu kira-kira dua tahun lalu.
Sejak kejadian itu, tiada lagi pondok menunggu bas sehingga ke hari ini dan keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila rata-rata pengguna hanya berteduh di bawah pokok mangga berhampiran tapak pondok lama dengan sebuah kerusi panjang.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tedong, Ramlan Mohd Ali, 48, berkata, ketiadaan pondok bas sememangnya memberi kesan khususnya kepada pelajar yang bersekolah di Bandar Merlimau.
Menurutnya, keadaan itu menyukarkan mereka kerana terpaksa berdiri di bawah pokok dan menjadi bertambah teruk apabila hujan.
“Setiap pagi, bukan sahaja pelajar, malah masih terdapat penduduk ingin ke Bandar Merlimau terpaksa berdiri lama sebelum mendapatkan perkhidmatan bas,” katanya.
Mohd Ramlan berkata, JKKK banyak menerima rungutan daripada penduduk kampung mengenai ketiadaan pondok bas dari Bandaraya Melaka ke Muar, Johor, selain berharap masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.
“Bukan mereka tidak boleh menunggu di pondok bas berhampiran tetapi pondok bas yang paling hampir dengan mereka ialah sejauh 60 meter.
“Malah, sejak hampir dua tahun lalu, JKKK sedia maklum mengenai ketiadaan pondok bas dan sudah menghantar permohonan rasmi kepada pihak berwajib selepas kemalangan itu berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan dilakukan terhadap permohonan mereka.
“Dalam usaha merealisasikan hasrat yang diuar-uarkan Ketua Menteri, sepatutnya pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera kerana ia melibatkan kemudahan asas yang perlu ada untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7847493.asp

0 comments:
Post a Comment