Sinar Harian 23 Julai 2010
KUALA LINGGI - Jalan masuk utama ke tempat warisan peninggalan sejarah, Bukit Supai itu kini menimbulkan masalah kepada pengunjung kerana laluan belakang telah ditutup, sementara tanda jalan baru mengelirukan.
Kota sejarah yang dibina di puncak bukit itu adalah tanda perdamaian antara pejuang Belanda dan Bugis sekitar 1756 sehingga 1757.
Kawasan yang indah dengan panorama waktu senjanya hilang seri apabila sebahagian peninggalan dibiarkan terbengkalai sehingga membuatkan penduduk dan pengunjung kurang selesa.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Linggi, Muhammad Musa berkata, Bukit Supai terkenal sebagai tarikan sejarah tetapi kawasan persekitaran tidak terurus serta tidak mendapat perhatian pihak berkenaan.
“Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia mendorong kepada aktiviti tidak bermoral dalam kalangan belia dan menjadi sarang mereka melepak atau melepaskan gian dadah kerana kawasan terbabit agak terlindung.
“Sebagai penduduk asal, saya lihat kawasan ini berpotensi besar jika dimajukan dalam sektor pelancongan, selain dapat memperkenalkan kawasan bersejarah ini kepada umum,” katanya.
Justeru menurutnya, pihak berkenaan harus berusaha membangunkan tempat bersejarah itu daripada terkubur begitu sahaja ditelan arus pemodenan.
“Secara tidak langsung, usaha menjaga lokasi bersejarah ini pasti dapat menarik minat pengunjung luar negara datang ke sini," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7983850.asp

0 comments:
Post a Comment