Sinar Harian 29 Julai 2010
KAMPUNG MANTAI , Melaka – Kedudukan kawasan kuari batu yang terletak hanya 300 meter dengan kawasan perumahan penduduk menimbulkan rasa kurang selesa.
Penduduk, Idros Sabar, 49, berkata, sebelum ini, memang terdapat aktiviti kuari dilakukan dan sudah ditutup sekitar 2006, namun sejak awal tahun lalu, kawasan terbabit dibuka semula di kawasan tanah milik persendirian.
Menurutnya, kebiasaannya, sebelum melakukan kerja-kerja letupan kuari batu berkenaan, siren akan dibunyikan di kawasan penempatan penduduk bagi memaklumkan bahawa kerja-kerja letupan akan dilakukan.
“Namun, dua bulan lepas, letupan berlaku secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang menggemparkan kawasan sekitar kampung ini.
“Penduduk terkejut dengan letupan kuat itu dan menyangka sesuatu berlaku," katanya.
Idros berkata, beberapa penduduk membuat laporan polis mengenai letupan kuat itu.
"Dua minggu selepas kejadian, penduduk dipanggil mengadakan perbincangan dengan pengusaha kuari terbabit namun, pihak pengurusan memberitahu bahawa letupan terbabit adalah seperti biasa.
“Letupan daripada kawasan berkenaan menyebabkan saya mengesan beberapa retakan di dalam rumah dan letupan luar biasa dua bulan lepas memang memeranjatkan kami,” katanya.
Sementara itu, penoreh getah, Dzainordin Samad, 41, berkata, dia sekeluarga belum sempat berpindah ke rumah barunya namun, terdapat beberapa kesan retakan di dalam rumah itu.
Menurutnya, rumahnya yang bernilai RM33,000 di bawah sumbangan Risda Melaka melalui Projek Program Bantuan Rumah (PBR) itu bakal didiami Oktober ini.
“Saya pernah memaklumkan kepada syarikat kontraktor dan pihak mereka turut membuat kerja-kerja menampal di bahagian kesan retakan yang ada.
“Saya kecewa, apabila melihat rumah yang belum sempat kami sekeluarga diami mengalami keadaan seperti ini,” katanya.
Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit di Balai Polis Nyalas.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8003584.asp

0 comments:
Post a Comment