Sinar Harian 16 Julai 2010
PULAI , Jasin – Selepas tanah rizab milik Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan Kerajaan Negeri dijadikan sebagai port pembuangan sampah oleh pengusaha kilang tidak bertanggungjawab, kini satu lagi lokasi sampah haram dikesan sekitar Kampung Pulai, di sini.
:Kedudukan longgokan sampah di tempat tidak sepatutnya hanya beberapa meter dari pintu belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai sememangnya mengundangkan resah dalam kalangan penduduk.
Lebih malang lagi, longgokan sampah dibuang orang persendirian di Jalan Masjid menyebabkan murid dan guru dari sekolah itu tidak selesa untuk makan berikutan kedudukan longgokan sampah begitu hampir dengan kantin.
Bapa murid, Lokman Md Yusuf, 47, berkata, longgokan sampah sarap mula disedari sejak lebih setahun lalu dan pada masa sama, terdapat pusat pembuangan sampah diletakkan berhampiran Medan Selera Pulai.
Menurutnya, disebabkan kedudukan tong berkenaan yang terlalu hampir dengan medan selera, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil keputusan menutup kawasan pembuangan terbabit awal Jun lalu.
“Tetapi orang ramai masih membuang sampah di sini.
"Disebabkan lokasi berkenaan tidak pernah menjadi pusat pembuangan sampah secara ‘rasmi’, maka tiada tong sampah diletakkan di sini," katanya.
Malah menurutnya, syarikat pengendalian sampah juga tidak mengambil sampah di lokasi terbabit.
Sehubungan itu, Lokmat berharap, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mahupun pihak berkaitan memandang serius masalah berkenaan.
“Pemantauan harus dilakukan bagi memastikan tiada sampah dibuang di kawasan berkenaan," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7959412.asp

0 comments:
Post a Comment