
Melabelkan tindakan itu sebagai perbuatan keji, Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin berkata, tiket palsu yang dihantar itu mengandungi perkataan ‘percuma’ sedangkan penganjur mengenakan RM30 seorang jika mahu menghadiri majlis berkenaan. Selain itu, menurutnya, menu makan malam turut disertakan sebagai usaha menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap AMK Melaka. Ini sebab, menu yang disertakan adalah makanan tidak halal.
****************************
Makan malam AMK disabotaj
Sinar Harian 14 Julai 2010
BANDARAYA MELAKA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj majlis makan malam, yang bertujuan mengumpul dana pilihan raya.
Mereka mendakwa, pihak berkenaan cuba mensabotaj majlis yang akan diadakan Jumaat ini dengan menghantar tiket penyertaan palsu kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini.
Tindakan itu terbongkar apabila beberapa ahli PKR di kawasan Machap yang menerima tiket berkenaan memaklumkan mengenainya kepada pihak AMK Melaka, selaku penganjur majlis.
Melabelkan tindakan itu sebagai perbuatan keji, Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin berkata, tiket palsu yang dihantar itu mengandungi perkataan ‘percuma’ sedangkan penganjur mengenakan RM30 seorang jika mahu menghadiri majlis berkenaan.
Selain itu, menurutnya, menu makan malam turut disertakan sebagai usaha menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap AMK Melaka.
“Ini sebab, menu yang disertakan adalah makanan tidak halal.
“Saya anggap, apa yang mereka lakukan ini adalah usaha mensabotaj majlis, selain percubaan memburukkan imej AMK Melaka," katanya.
Hairiz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tiket palsu itu dihantar kepada ahli PKR di seluruh negeri ini, walaupun setakat ini ia banyak dikesan di sekitar kawasan Machap.
"Saya akan cuba berhubung dengan ahli PKR lain bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara ini.
“Kami telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya berharap pihak berkuasa segera menyiasat, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Sehubungan itu, Hairiz menasihatkan mereka yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai majlis makan malam berkenaan menghubunginya menerusi talian 019-687 2441 atau Timbalan Ketua AMK Negeri, Law Bing How, menerusi talian 012-631 0125.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7952235.asp
0 comments:
Post a Comment