7/6/10

Pahang tak ada perpustakaan negeri rupanye


Baru ku tahu negeri Pahang yang gah ini rupanye satu-satunya negeri di Malaysia yang tak ada perpustakaan awam negeri. Habis apa yang ada di Pahang ? FELDA ? Kelab Malam ? Karaoke ? Kasino ? Kedai Judi Berlesen ? Kafe Siber ? Konsert ? Ahli Muzik ? Tolong jangan bakar akhbar yang melaporkan berita ini, siasat dulu, kalau tak betul, dakwa akhbar ini, jangan bakar. Bakar-bakar nanti Jabatan Alam Sekitar boleh saman.

***********************
PAHANG MASIH TIADA PERPUSTAKAAN NEGERI

Utusan Malaysia 6 Julai 2010

KUANTAN 5 Julai - Pahang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang masih belum mempunyai perpustakaan awam negeri yang serba moden.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Pahang, Farizah Jaafar berkata, perpustakaan awam yang terdapat di bandar ini tidak boleh diiktiraf sebagai perpustakaan negeri berikutan keadaan fizikalnya yang ketinggalan zaman.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak mempunyai perpustakaan awam negeri masing-masing.

''Malah ada negeri bakal mempunyai dua perpustakaan walaupun perpustakaan sedia ada masih elok dan moden," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pembangunan Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Komuniti: Fungsi dan Peranan Perpustakaan di Kompleks Dagangan Mahkota di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia PNM), Datuk Raslin Abu Bakar serta Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_08.htm

0 comments: