Roshita berkata, keadaan rumah itu memang menunggu masa untuk rebah. Sudah banyak yang reput dan beberapa kali zink rumah tercabut diterbangkan angin kuat. Sebelum ini, permohonan rumah PPRT ditolak kerana kami tiada tapak untuk membinanya. Dia kini melakukan kerja kontrak dan pendapatannya sebulan RM500 hingga RM600 berdasarkan peluang yang ada
HIDUP FELDA ! HIDUP MELAYU !
****************************
Rumah lama tunggu masa roboh
Sinar Harian 8 Julai 2010
KAMPUNG AIR MELELEH, Port Dickson – Rumah yang sudah reput dan senget menunggu masa rebah menyembah bumi malah, pernah bahagian dinding tercabut apabila dilanda hujan atau angin kuat.
Pemilik, Norazizan Osman, 49, ketika ditemui di rumahnya meluahkan kebimbangan mengenai keadaan rumah itu.
“Saya amat risau jika rumah tempat kami sekeluarga berlindung ini runtuh menyembah bumi sebelum rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dimohon siap dibina.
“Rumah ini adalah peninggalan arwah ayah dan sudah hampir 60 tahun usianya. Dahulu rumah ini, kakak yang menghuninya namun, selepas dia meninggal dunia saya pula berpindah ke sini,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, sebelum ini, Norazizan adalah seorang kakitangan kerajaan dan tinggal di flat disediakan.
Namun, kini dia sudah tidak bekerja di situ dan tiada pilihan lain selain tinggal di sini kerana masalah kewangan untuk menyewa rumah lain.
Norazizan berkata, dia kini melakukan kerja kontrak dan pendapatannya sebulan RM500 hingga RM600 berdasarkan peluang yang ada.
Keluarga itu turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan Baitulmal.
Isteri Norazizan, Roshita Baharum, 45, ketika ditemui baru selesai menjalani rawatan hemodialisis di sebuah pusat perubatan di Lukut.
"Mujur saya penerima bantuan Socso namun, ia hanya lepas untuk rawatan hemodialisis bukan rawatan lain.
“Tiga daripada empat anak sudah bersekolah sementara yang bongsu masih berusia lima tahun. Wang gaji suami habis untuk urusan keperluan sekolah, rawatan perubatan hemodialisis dan keperluan rumah," katanya.
Roshita berkata, keadaan rumah itu memang menunggu masa untuk rebah. Sudah banyak yang reput dan beberapa kali zink rumah tercabut diterbangkan angin kuat.
“Ketika hujan pula, seluruh rumah akan basah kerana tempias hujan masuk melalui lubang-lubang yang terdapat di sekeliling rumah.
“Sebelum ini, permohonan rumah PPRT ditolak kerana kami tiada tapak untuk membinanya tetapi kini masalah itu sudah dapat diselesaikan," katanya.
“Dengan itu, saya amat berharap permohonan dapat segera diluluskan dan kami memperoleh rumah baru,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7918738.asp
Banjir kilat 50 rumah tenggelam
Sinar Harian 11 Mei 2010
KAMPUNG AIR GELAM – Hujan lebat selama empat jam mengakibatkan beberapa kawasan di Kampung Air Meleleh dan Kampung Gelam dilanda banjir kilat.
http://amkns.blogspot.com/2010/05/banjir-kilat-50-rumah-tenggelam.html
Pengusaha cili Port Dickson rugi RM12,000
Sinar Harian 13 Okt 2008
KAMPUNG AIR MELELEH – Seorang pengusaha cili kecil-kecilan, Irwan Hussain, 28, terpaksa berputih mata apabila lebih 600 pokok cilinya yang dianggarkan lebih RM12,000 musnah akibat takungan air di kawasan penanaman cili miliknya.
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2008/10/pengusaha-cili-port-dickson-rugi.html

0 comments:
Post a Comment