Sinar Harian 27 Julai 2010
KUALA SUNGAI BARU – Penduduk Taman Rebana Jernih, di sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, sejak dua minggu lalu akibat masalah longgokan sampah berhampiran yang tidak dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT).
Mereka mendakwa, biarpun sudah beberapa kali melaporkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengenai longgokan sampah itu, namun sehingga kini ia masih tidak berangkat.
Lebih membimbangkan, sampah tersebut kini sudah berulat dan menyebabkan persekitaran yang menjijikkan.
Penduduk, Robini Sado, 40, berkata masalah longgokan sampah itu menyebabkan penduduk sekitar terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, sekali gus mengganggu keselesaan mereka.
Menurutnya, pihak berkenaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap longgokan sampah berkenaan, walaupun sudah beberapa kali membuat aduan kepada MPAG.
“Sebelum ini, pegawai terbabit ada datang, tetapi mereka hanya melihat longgokan sampah tersebut, namun tidak mengutip dan membuangnya ke tempat lain.
“Saya bimbang keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk kerana banyak anjing liar berkeliaran pada waktu malam menyelongkar sampah dan menyelerakkan di merata kawasan ini," katanya.
Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan, Ali Nasir, 58, berkata longgokan sampah itu bukan saja mengundang bau busuk, malah mencacatkan permandangan sekitar.
"Selain anjing liar menyelongkar sampah itu, terdapat juga lembu membuat perkara yang sama pada sebelah malam.
“Pihak yang ditugaskan mengutip sampah di sini juga datang tidak mengikut jadual ditetapkan dan sehingga kini, kelibat lori sampah pun tidak pernah kelihatan.
"Mungkin kerana taman ini tersorok punca mereka tak mahu datang ke sini," katanya.
Sehubungan itu, dia dan penduduk taman berkenaan menggesa MDAG meninjau sendiri masalah itu, seterusnya mengambil tindakan segera demi keselesaan penduduk sekitar.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7996068.asp

0 comments:
Post a Comment