Kesal dan kecewa. Itulah luahan hati beberapa veteran UMNO Melaka yang mendakwa, jasa dan pengorbanan mereka membantu mencapai kemerdekaan tidak dihargai, malah mereka terus disisihkan daripada arus pembangunan negara. Kini, 12 orang daripadanya telah meninggal dunia, sementara lima lagi yang uzur mendakwa tidak menerima apa-apa sumbangan atau pembelaan sewajarnya.
*******************
Veteran UMNO kesal terpinggir
Sinar Harian 9 Julai 2010
BANDARAYA MELAKA - Kesal dan kecewa. Itulah luahan hati beberapa veteran UMNO Melaka yang mendakwa, jasa dan pengorbanan mereka membantu mencapai kemerdekaan tidak dihargai, malah mereka terus disisihkan daripada arus pembangunan negara.
Mengimbau peristiwa lebih lima dekad lalu, mereka iaitu seramai 17 orang diketuai Allahyarham Yat Limat telah ditugaskan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba mengumpulkan dana sebanyak RM3,000 sebagai tambang ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British.
Kini, 12 orang daripadanya telah meninggal dunia, sementara lima lagi yang uzur mendakwa tidak menerima apa-apa sumbangan atau pembelaan sewajarnya.
Husin Bawal, 72, berkata, dia berasa sedih berikutan jerih-perit mereka tidak pernah dihargai.
"Ketika itu, bukan sahaja mahu memungut derma, malah mendapatkan RM1 juga agak susah.
“Mula-mula kami main bangsawan di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong dan berjaya, maka dari situ kami buat persembahan di seluruh Melaka yang ada cawangan UMNO seperti di Bukit Baru, Masjid Tanah, Sungai Rambai, Merlimau dan Pulau Sebang.
“Saya bermain bonggo dan tabla. Satu malam dapat 50 sen cukuplah untuk minum teh 20 sen dan mi goreng berharga 30 sen. Apabila kita minta lebih sikit, Arwah Yat kata tak boleh sebab kita kena bantu kerajaan untuk merdeka dan kena berkorban," katanya.
Sementara itu, Yusop Amat, 74, pula berkata, daripada merdeka sehingga kini, dia tidak pernah menerima apa-apa bantuan.
"Berilah sedikit sumbangan. Bukanlah mahu mengharapkan balasan tetapi sekurang-kurangnya dihargai.
“Orang sekarang tahu UMNO sahaja. Orang dahulu semangatnya benar-benar berjuang, bukan meminta habuan. Umpama, saya masuk UMNO daripada parti ini 'hutan rimba', saya bersihkan, tanam mangga tetapi apabila berbuah, semua orang berebut," katanya.
Mohd Sah Suboh, 82, yang juga bekas ‘Special Constabel’ (SC) berkata, bukan mahu mengungkit tetapi dengan upah secawan teh, mereka bersengkang mata mengumpul duit untuk mendapatkan kemerdekaan.
Sementara itu, Jantan Mo’min, 84, berkata, mereka bukan meminta diberi ganjaran atas pengorbanan dilakukan tetapi mengharapkan sedikit bantuan bagi meringankan kehidupan kerana kebanyakan mereka kini uzur dan kurang berkemampuan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7922907.asp

0 comments:
Post a Comment