Ali Rustam ialah Ketua Menteri Melaka, Mohamad Hasan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan. Dua-dua dari UMNO. Tapi Ali Rustam dikatakan lebih berfikiran terbuka. Bandingkan sektor pelancongan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Dalam isu buang bayi Ali Rustam telah meluluskan cadangan remaja kahwin awal, sumbangan kewangan perkahwinan dan asingkan pelajar yang terhamil.
Melaka juga akan mengadakan solat hajat mohon petunjuk pada Allah macamana nak atasi gejala buang bayi. Semoga Melaka akan kembali kepada zaman kesultanan Islam Melaka silam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya.
Dalam isu kebebasan media, Melaka juga seakan tidak menyekat media menyiarkan berita kesusahan rakyat, kemiskinan rakyat dan sebagainya.
Tapi dikhabarkan di Negeri Sembilan, pihak media dan wartawan seakan berhati-hati untuk mengeluarkan berita yang memaparkan kesusahan rakyat.
Kalaulah orang seperti Ali Rustam yang menerajui Negeri Sembilan, kemungkinan besar UMNO akan menang dengan majoriti besar atau landslide victory dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Dan kalaulah juga orang seperti Ali Rustam yang menerajui Malaysia, kemungkinan juga UMNO akan menang dengan majoriti besar atau landslide victory dalam pilihanraya umum yang akan datang.
***********************************
Lapan beranak tinggal di stor
Sinar Harian 20 Ogos 2010
MELAKA - Lapan sekeluarga yang dikatakan baru menetap di negeri ini sejak tiga bulan lalu, hanya mampu tinggal di sebuah bilik kecil yang layak dipanggil stor setelah dia gagal mendapatkan sebarang pekerjaan bagi menampung kehidupannya bersama isteri dan enam anak.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8082652.asp
Solat Hajat tangani masalah buang bayi
Sinar Harian 20 Ogos 2010
JASIN – Negeri ini akan mengadakan solat Hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi menghindar berlakunya peningkatan gejala sosial dan kes pembuangan bayi daripada terus berleluasa di Melaka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8082514.asp
0 comments:
Post a Comment