8/18/10

Baiki segera pondok bas


Mohd. Firdaus Armasih (depan) bersama rakannya, Misriadi Sanusi menunjukkan pondok bas yang roboh sejak lebih lima bulan lalu di Kampung Semanggar Dalam, Kota Tinggi, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Utusan Malaysia 18 Ogos 2010

KOTA TINGGI 17 Ogos – Penduduk sekitar Kampung Semanggar dekat sini meminta agar pihak berkaitan segera membaiki sebuah pondok bas yang roboh sejak lebih lima bulan lalu.

Seorang penduduk, Mohd. Firdaus Armasih, 45, berkata, sejak pondok itu roboh ia terus terbiar tanpa sebarang usaha diambil hingga menyusahkan penduduk menunggu bas.

“Kami agak kesal kerana sehingga hari ini tiada tanda-tanda atau usaha membaiki pondok itu dilakukan oleh pihak berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, struktur pondok yang telah roboh itu juga menjejaskan pemandangan dan persepsi orang ramai yang melalui kawasan sini kerana sesetengahnya menganggap kawasan itu seolah-olah terbiar.

“Lebih-lebih lagi, pondok bas tersebut adalah satu-satunya tempat menunggu bas bagi penduduk di sekitar kawasan ini,” katanya.

Justeru Mohd. Firdaus berharap, pihak berkenaan dapat menyegerakan pembinaan tempat menunggu bas yang baru untuk keselesaan orang ramai.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_07.htm

0 comments: