8/18/10

Naib Ketua Cawangan UMNO Mengeluh Tiada Air


Tanggung beban tiada air
Sinar Harian 18 Ogos 2010. TAMAN ANGKASA JAYA, Kuala Pilah , N.Sembilan – Masalah gangguan air di Taman Angkasa Jaya yang semakin meruncing sejak kebelakangan membebankan penduduk taman itu terutama ketika Ramadan. Difahamkan masalah itu sudah berlarutan sejak 25 tahun sehingga menyebabkan penduduk marah dan tidak tahan dengan permasalahan tersebut.

Naib Ketua UMNO cawangan taman berkenaan, Rusli M Shariff, berkata, penduduk sering mengeluh apabila air tiada dan kolah rumah kini kering sejak bekalan air putus beberapa hari lalu.

Menurutnya, beliau dan beberapa penduduk sudah menghubungi pihak berkaitan untuk memaklumkan perkara itu.

"Memang mereka mengambil tindakan menghantar lori tangki untuk menampung kekurangan air di taman ini.

“Namun, sampai bila kami terpaksa menanggung masalah ini yang berlarutan lebih 20 tahun,” katanya.

Rusli berkata, lebih mengecewakan, kakitangan berkaitan memberikan alasan bahawa masalah yang dihadapi berpunca kekurangan bekalan air kerana jumlah penduduk meningkat dan tekanan air rendah.

“Saya difahamkan, Taman Angkasa Jaya sahaja yang sering mengalami masalah air dan rasa cemburu timbul apabila bertanya kepada penduduk di taman lain yang sentiasa ada bekalan air.

“Pada musim sebegini yang sentiasa berubah, air merupakan sumber penting dalam kehidupan. Jika air berkurangan, maka kehidupan tidak akan selesa," katanya.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan selarin visi dan misi jabatan berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8073649.asp

0 comments: