Setelah usaha PAS mengenai Isu Saman Ekor menampakkan hasil dengan hari ini kerajaan mengumumkan kenderaan tidak disenaraihitam lagi untuk memperbaharui cukai jalan sehingga 28 Februari 2011. Maka selepas ini PAS perlu pula mengetengahkan isu Jenayah yang semakin serius di negara ini. Desak kerajaan pastikan keselamatan rakyat di seluruh pelusuk negara, bukan di tempat tertentu sahaja.
Desak menteri turun padang tengok sendiri kelemahan kelengkapan polis, anggota peronda yang kurang, kenderaan peronda yang kurang, balai polis yang kurang dan sebagainya.
Lancarkan KEMPEN RUMAH KU, PENJARA KU, kerana rakyat dah rasa tak selamat lagi bukan sahaja di luar rumah , malahan dalam rumah, pasang grill tebal, kunci mangga banyak, alarm system, pengawal, dah macam penjara dah rumah, RUMAH KU , PENJARA KU, bukan lagi RUMAH KU , SYURGA KU
Banyak tempat Skim Rukun Tetangga tak praktikal , kerana ramai yang sekarang ini tiada masa untuk rondaan , kerana kerja lebih masa, kerja part time untuk menampung kos sara hidup yang makin melambung tinggi.
Tengok sahaja laporan akhbar di bawah, dalam masa sehari macam-macam yang dilaporkan. Itu yang dilaporkan, yang ditapis, yang tidak dilaporkan entah berapa banyak lagi.
**************************
Asal logam, semua dicuri
Utusan Malaysia 12 Ogos 2010
HULU SELANGOR 11 Ogos – Ibarat jatuh ditimpa tangga. Mungkin itulah pepatah yang paling sesuai bagi memberi gambaran tentang nasib malang pasangan suami isteri, M. Vanie, 33 dan E. Shankar, 37.
Ini kerana kehidupan yang dilalui mereka pada hari ini jauh lebih teruk daripada apa yang dibayangkan sebelum ini.
Walaupun kadar sewa rumah tiga bilik itu sebanyak RM100 cukup melegakan tetapi ada beberapa perkara yang menimbulkan rasa terkilan pasangan itu.
Dia yang menyewa di pangsapuri Seri Semarak sejak lebih setahun lalu berkata, sudahlah terseksa dengan kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kehidupan mereka juga didakwa diancam bahaya.
Menurut Vanie, keadaan persekitaran pangsapuri yang agak jauh dari jalan besar, tiada kemudahan pengangkutan awam menyebabkan hanya 10 peratus daripada 100 unit pada setiap blok yang didiami.
Selebihnya terbiar kosong menjadikan kawasan pangsapuri itu agak sunyi dan adakalanya menyeramkan.
“Keadaan itu juga menyebabkan pangsapuri ini sering menjadi sasaran individu tertentu yang mencuri apa sahaja yang boleh dijadikan wang seperti besi buruk, logam wayar bumi serta penutup lubang utiliti. Apabila ini berlaku kami di sinilah yang menjadi mangsa,’’ ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm
Rabu Ogos 11, 2010
Objek Menyerupai Bom Jangka Ditemui Berdekatan Pasar Raya Di Serdang
KUALA LUMPUR: Satu objek menyerupai bom jangka yang turut disertakan dengan nota amaran berbunyi "you have one hour" ditemui di tempat meletak motosikal sebuah pasar raya di Serdang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Abd Razak Elias berkata objek itu yang diletakkan dalam sebuah kotak kasut dan dibalut dengan suratkhabar ditemui oleh pihak keselamatan pasar raya itu pada pukul 11 malam.
Beliau berkata 10 anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK)Selangor menggunakan robot khas untuk mengangkat kotak yang mengandungi objek itu ke kawasan lapang berhampiran untuk diperiksa.
Objek itu kemudian dimusnahkan, katanya ketika dihubungi.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/8/11/mstar_jenayah/20100811170513&sec=mstar_jenayah
Ogos, 2010 17:39 PM
Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Petani
SUNGAI PETANI, 11 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Taman Kelisa Ria di sini pagi Rabu.
Mayat yang tidak dikenali itu hanya berbaju T manakala seluar dalamnya terlondeh sehingga paras lutut dengan muka tersembam ke tanah dan tangan kirinya diikat dengan dawai, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali.
Mayat itu yang dipercayai berketurunan Melayu atau Siam berumur awal 20-an dijumpai oleh seorang penoreh getah kira-kira 10 pagi.
"Polis masih menyiasat punca kematian mangsa dan belum boleh memastikan sama ada mangsa telah dirogol, dibunuh di tempat lain atau di tempat mayatnya ditemui," kata Hashim.
S. Shanmugam, 50, yang menemui mayat itu berkata badan mayat ditutup dengan daun semasa ditemui.
Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mengetahui tentang kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Teh Boon Keong di talian 012-3284837.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=520555
0 comments:
Post a Comment