8/5/10

Saman ekor, Kase mahu menteri guna kuasa

PUTRAJAYA, 5 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mahu Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menyekat pembaharuan lesen kenderaan kepada mereka yang disaman ekor.

Selain itu, mereka juga mahu menteri mengarahkan JPJ menarik balik arahan menyenarai hitam selagi mereka yang diberi notis saman tidak dibukti bersalah.

Ini kerana tindakan JPJ itu bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Negara.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu menteri sendiri dan hanya menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya.

Turut serta pada serahan itu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria, Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27973:saman-ekor-kase-mahu-menteri-guna-kuasa&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

0 comments: