8/6/10

Saman Ekor, Ketua Polis tak faham masalah sebenar ?

Pemilik kenderaan yang disaman ekor bukannya minta Diskaun. Ni apa pula cerita Ketua Polis cadang nak beri diskaun pula ? Rakyat yang sedang marah ni minta supaya jangan dihalang orang nak perbaharui cukai jalan disebabkan ada saman. Cukai jalan lain cerita , saman lain cerita.

Rakyat yang sedang marah ni pun pelik kenapa bertahun-tahun tak dapat notis saman, tetiba datang selonggok sampai ada 10 tahun sudah.

Rakyat yang sedang marah ini pun tak puas hati dibuat macam bola, pergi JPJ tak boleh renew, pergi balai polis pun tak boleh, kena pergi balai polis IPD yang ada Unit Trafik, lari balik ke JPJ, Macam Bola jadinya.

Rakyat yang sedang marah minyak naik, gula naik, darah tinggi naik, juga heran, susah sangatke nak beri notis saman ekor ni berserta dengan gambar ? AL Maklumlah plet kenderaan di Malaysia ni TERLALU MUDAH untuk dipalsukan , pergi kedai modal RM 10 siap 5 minit. Kalau buat sendiri Modal tak sampai RM 5 agaknye.

ADUH, Susah betul MENTERI dan KETUA POLIS ni nak faham masalah sebenar akibat HUKUM BERSALAH DULU, BARU BOLEH RENEW CUKAI JALAN.

TAK FAHAM MASALAH SEBENAR, ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM SEBAB TERLAMPAU TERDESAK NAK HASIL SAMAN EKOR SEGERA HINGGA SANGGUP BERI DISKAUN ?

Lagi keluhan rakyat dari Blogger, Ketua Polils tak faham isu sebenar di bawah :

*****************************************************
Masalahnya Tak Tau Ada Saman Ekor...

Diskaun jika segera bayar saman ekor....

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang disaman sama ada ekor atau lain-lain saman lalu lintas akan diberi diskaun kompaun jika membayarnya dengan cepat dan sekiranya melengahkan saman, nilainya akan terus meningkat sehinggalah ke peringkat mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah terbabit adalah antara cadangan dibuat pihaknya berhubung penyelesaian masalah saman trafik termasuklah saman ekor.- HMetro Online.

Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan...'Blacklist!'

Nie apa cerita Tan Sri.... Bukan masalah tak nak bayar cepat saman ekor, tetapi para pengguna jalan raya tidak dimaklumkan tentang saman ekor secara bertulis. Mereka hanya tau ketika hendak memperbaharui cukai jalan.

Selanjutnya di http://guruinspirasiku.blogspot.com/2010/08/masalahnya-tak-tau-ada-saman-ekor.html

**************************
Utusan Malaysia 6 Ogos 2010

Peritnya nasib akibat saman ekor
SAYA merupakan seorang agen insurans merasa terpanggil untuk memberikan maklum balas berhubung perlaksanaan saman ekor yang menyekat pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

Sebagai seorang yang sering berurusan dengan golongan ini, saya dapat merasakan kesulitan dan kepayahan pemilik kenderaan ini apabila gagal untuk memperbaharui cukai jalan ekoran disekat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk makluman, majoriti pemilik kenderaan ini merupakan golongan berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kenderaan untuk urusan seharian. Ada yang bekerja sendiri, pesara kerajaan, peniaga kecil-kecilan, peruncit dan sebagainya.
Bayangkanlah kesulitan mereka apabila satu-satunya kenderaan yang ada disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan. Pengalaman saya mendapati, ada saman ekor yang disekat bukan satu tetapi sehingga lima sekali gus. Ini bermakna pemilik terpaksa membayar RM1,500 untuk kelima-lima saman ekor sekiranya ingin memperbaharui cukai jalan.

Untuk makluman bersama, golongan ini turut mempunyai keperluan lain untuk disediakan, termasuk perbelanjaan harian untuk persekolahan anak-anak dan keluarga.

Tidak hairanlah, sekiranya kita mendapati ramai pemilik kenderaan masih terus memandu kenderaan masing-masing walaupun cukai jalan kenderaan mereka telah tamat tempoh. Lebih membahayakan, ada di antara kenderaan tersebut turut tidak dilindungi insurans.

Tindakan polis menyenaraihitamkan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Bagi yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan (contoh kereta A dan B) yang didaftarkan atas nama yang sama, sekiranya kereta A disaman, pemilik terbabit turut disekat daripada memperbaharui cukai jalan bagi kereta B. Kenapa ini berlaku?

Rakyat merasa teraniaya, marah dan 'memendam rasa' kerana telah 'dihukum' terlebih dahulu. Pendekatan 'bayar dulu, cerita kemudian' merupakan kaedah yang paling tidak berhemah dan mempunyai elemen paksaan tanpa diplomasi dan budi bicara. Rakyat tidak mempunyai pilihan sebaliknya terpaksa membayar saman. Jika tidak, cukai jalan tidak dapat dikeluarkan.

Mungkin inilah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'. Ya, rakyat didahulukan untuk 'dipaksa' membayar saman atas kesalahan yang masih belum dibuktikan di mahkamah.

Pada hemat saya, sekiranya perlaksanaan saman ekor atau 'saman sekat' ini tidak ditangani dengan segera dan berhemah, mungkin rakyat tidak mempunyai pilihan sekarang, tetapi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, kuasa pilihan di tangan mereka.

Saiful
Kampung Baru
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

0 comments: