8/12/10

Saman Ekor, Polis perlu jalani ujian mata

Walaupun kerajaan menangguhkan sementara menyenaraihitam kenderaan yang ada saman ekor daripada memperbaharui cukai jalan , saman ekor tetap kena bayar kalau tak hendak ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Tengok saja kisah dibawah , dahlah kena bayar RM 10 nak dapatkan gambar saman ekor, ternyata no plet kenderaan salah. Ada ke KBV dibaca KBK.

Nasib baik pemuda tadi BELI gambar saman ekor, kalau tak melayang RM 300. Patutnya pemuda tadi saman balik kerajaan dan PDRM kerana mendatangkan kesusahan padanya untuk ambil cuti, bayar RM 10, habis duit minyak , mendatangkan gangguan emosi dan macam-macam lagi lah.

Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang ditubuhkan PAS harus membuat tindakan susulan, iaitu mendesak kerajaan melaksanakan perkara berikut :

1. Polis menyemak semula semua saman ekor agar rekodnya sama dengan JPJ, contoh nombor plet merujuk pada jenis dan no plet yang sama pada gambar saman. Kalau gambar saman ialah kereta tapi rekod JPJ ialah motosikal , maka saman tadi terbatal.

2. Menghantar semua saman kepada pemilik kenderaan melalui pos beserta dengan gambar tanpa bayaran tambahan RM 10.

3. Menyediakan kemudahan mendapatkan gambar saman ekor di semua balai polis tanpa sebarang bayaran.

4. Menyemak semula saman yang dikeluarkan dengan rekod tukar milik kenderaan dengan pihak JPJ, kerana terdapat aduan kenderaan telah ditukar milik dalam rekod JPJ, tetapi saman pemilik lama telah dihantar kepada pemilik baru.

5. Memastikan anggota trafik yang mengeluarkan saman ekor tidak rabun jauh dan rabun dekat.

**********************************

Lagi kes saman ekor tidak betul

SUNGAI PETANI -, 11 Ogos : Akibat tersilap rekod satu huruf, seorang pemuda di sini disenaraihitamkan dari membayar cukai jalan motosikalnya yang baru kerana mempunyai rekod saman berjumlah RM300 ketika dia berurusan di pejabat pos 3 Ogos lalu.

Hassan Hussain, 26, berkata, sejurus selepas dimaklumkan bahawa dia mempunyai rekod saman dan tidak dapat membayar cukai jalan, dia terus ke balai polis trafik di sini, untuk menyemak saman yang dikatakan itu.

Menurutnya, setelah diperiksa, saman itu direkodkan di atas kesalahan had laju melalui motosikalnya jenis Honda EX5, bernombor plat yang dimulakan dengan huruf KBK di Kilometer 49 Jalan Alor Setar- Butterworth pada 22 Ogos 2008.

“Akibat tidak berpuas hati memandangkan saya tidak pernah melalui jalan itupada tarikh berkenaan kerana pada masa itu saya menetap di Alma Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan baru sahaja berpindah ke sini pada 1 Februari 2009, saya membuat laporan polis pada hari itu.

“Sehinggalah hari ini (9 Ogos), saya pergi semula ke balai polis trafik untuk mendapatkan bukti bergambar saman ekor terhadap motosikal saya pada tarikh berkenaan dengan membeli gambar itu dari simpanan trafik dengan harga RM10,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Taman Sejati Indah, kelmarin.

Hassan berkata, dia terkejut kerana motosikal yang dirakamkan dalam gambar terbabit bukan miliknya berdasarkan nombor plat motosikal itu yang dimulakan dengan huruf KBV yang ternyata bukan nombor plat motosikalnya.

Menurutnya, saman RM300 itu kemudiannya dibatalkan secara automatik setelah dia mengesahkan kesalahan pihak trafik merekodkan saman motosikal lain ke atas motosikalnya dengan hanya tersilap merekodkan nombor plat yang sepatutnya KBV dan bukannya KBK.

“Akibat salah satu huruf dari V menjadi K, saya menjadi mangsa keadaan dan nasib baik saya tidak terus membayar saman RM300 itu pada 3 Ogos lalu di atas kesalahan yang dilakukan orang lain.

“Kini walaupun saya dapat membayar cukai jalan namun, saya mahu dedahkannya kepada orang awam sebagai pengajaran dan mahu pihak trafik lebih berhati-hati ketika merekodkan saman agar tidak lagi melakukan kesilapan seperti yang terjadi kepada saya,” katanya.

Hassan berkata, dia kini bimbang akan terjadi perkara sama pada masa depan memandangkan motosikal itu dicuri pada 18 Oktober 2008 lalu.

http://paspb2.blogspot.com/2010/08/lagi-kes-saman-ekor-tidak-betul.html

0 comments: