Eloklah akhbar Sinar Harian siar berita keluarga yang melarat macam ni, semoga ada pihak yang dapat membantu. Cumanya kalau boleh dapat disertkan nombor telefon mereka yang boleh dipercayai untuk menyalurkan sumbangan. Ramai yang di luar sana yang ingin menyumbang , tetapi tidak tahu untuk disalurkan kepada mereka yang dipercayai. Benda macam ni kena sama-sama tolong, jangan harap wakil rakyat, Pengerusi JKKK semata-mata.
Kalau nak tolong , tolong, Tak nak tolong jangan bising-bising. Jangan nak cari kesalahan orang lain. Wakil rakyat tak turun padanglah, Pengerusi JKKK tak turun padanglah dan sebagainya. Larat ke wakil rakyat nak ziarah 5000 keluarga setahun, 200 masjid dan surau setahun dalam kawasan mereka ?
Wakil rakyat pun janganlah marah kalau siar dalam media dan akhbar berita macam ni, sebab di akhirat nanti bukan wakil rakyat saja kena tanya, jiran tetangga akan di tanya, saudara mara pun akan ditanya.
Ubahlah sikit minda politik orang Melayu ni.
******************************
Sinar Harian 30 Ogos 2010. PENGKALAN BALAK - Kesempitan hidup yang dialami empat beranak di sini menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut setiap hari untuk meneruskan hidup.
Mereka yang menyewa di sebuah pondok kecil itu terpaksa melalui hidup yang getir selepas ditinggalkan suami dan hanya terpaksa bergantung kepada pendapatan anak sulung dengan mengambil upah membasuh pinggan di sebuah kedai makan berhampiran.
Bagi Anazukmawati Hashim, 32, nasib ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak anak bongsu dilahirkan sememangnya mengubah hidupnya.
Namun, anak-anaknya, Imran Mohamed Sabibullah, 15, Mohd Syed Iskandar, 12, dan Putri Nur Pairah, 8 bulan, perlu menghadapi dugaan itu biarpun agak pedih.
“Suami saya mula menghilangkan diri sebaik sahaja saya melahirkan Putri tanpa memberikan sebarang khabar berita, mahupun pesanan," katanya.
Akibat nasib malangnya itu, dia terpaksa 'menebalkan muka' menumpang di rumah ibunya buat sementara, namun disebabkan adik beradiknya yang ramai tinggal bersama ibunya, akhirnya dia tiada pilihan lain kecuali terpaksa mencari rumah sewa.
Bagaimanapun, keadaannya keluarga itu semakin meruncing selepas berpindah di pondok berkenaan dua bulan lalu apabila terpaksa membayar sewa sebanyak RM150 sebulan.
Anazukmawati yang berasal dari Kampung Padang Kemunting, dekat sini hidup serba kekurangan dan hanya mengharapkan ihsan masyarakat setempat prihatin.
“Hidup kami sekeluarga susah. Nak makan pun kena tengok-tengok dulu apa yang boleh dijadikan lauk. Kadang-kadang anak pergi memancing dapatlah ikan untuk dimasak. Anak saya yang bongsu ni terpaksa diberikan susu cair kerana tak mampu beli susu tepung,” katanya.
Menurutnya, anak-anaknya seperti memahami apa yang dihadapi olehnya sehingga memaksa anak sulungnya itu mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan berdekatan pada sebelah malam selepas bersekolah di siang hari.
Manakala, anak keduanya pula tidak lagi bersekolah sejak tahun empat lagi kerana masalah kewangan selain masalah kehilangan sijil kelahiran.
“Hidup kami anak-beranak semakin tertekan sekarang, nasib baiklah anak lelaki saya sanggup bekerja dengan pendapatan RM15 satu malam. Sedikit sebanyak dapat membantu membeli barang keperluan," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Dia bagaimanapun mengakui kasihan melihat anak-anak yang terpaksa menahan lapar setiap hari.
"Nak buat macam mana, kami tak mampu mendapatkan wang belanja lebih. Hendak meminta-minta, saya juga segan pada penduduk yang dah membantu.
“Tengok saja anak saya yang kecil ini demam panasnya pun sudah berhari-hari. Nak bawa ke klinik saya tak mampu sebab duit upah yang anak saya dapat setiap malam digunakan untuk membeli keperluan seharian, itupun masih tidak mencukupi juga," katanya.
Mengenai persiapan Aidilfitri, dia yang kesedihan memberitahu baju anak-anaknya sememangnya tidak berganti dan mengharapkan ihsan penduduk setempat yang ikhlas menghulurkan pakaian baru.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8119714.asp

0 comments:
Post a Comment