9/22/10

20 lagi pusat Karaoke baru di Terengganu Darul Iman

MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru
KUALA TERENGGANU 22 Sep 2010 : Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata sehingga kini pihaknya telah meluluskan operasi tujuh pusat karaoke di bandar ini.

"Untuk permohonan baru, tiada masalah untuk kita luluskan sekiranya permohonan dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya. Adzlan berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah pusat karaoke itu tidak terletak dalam kawasan perumahan, tempat ibadat dan sekolah.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan dari sekarang, MBKT akan mengadakan operasi untuk memastikan pusat karaoke sedia ada mematuhi syarat lesen termasuk menghentikan operasi bagi menghormati waktu solat. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_berita/20100922162452&sec=mstar_berita

PENAGIH DADAH TERENGGANU DARUL IMAN MENINGKAT 1,366.67%

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

0 comments: