Nampaknya Banner Raya ADUN Negeri Sembilan ini lagi bahaya dari bunting dan banner Ah Long yang banyak bersepah di Seremban ini. Banner yang cantik hanya setakat nak ucap selamat hari raya pun dilayan macam pengganas, penjenayah. Sedangkan bunting Dato Seri Najib semasa majlis buka puasa di Jempol tempoh hari , dah tunggang langgang, kesian terbalik kepala PM dan isteri, di kebanyakkan tiang elektrik , tak nak pula MPS nak turunkan.
Biarlah rakyat menilai sendiri tindakan Majlis Perbandaran Seremban ini. Kita tunggu apa komen Mohamad Hassan.
Banyak maksiat lain di Seremban ini, BUTA ke MPS dan penguatkuasa lain ? Kedai judi yang dikunjungi orang Islam bersepah, pusat siber judi pun bersepah. BUTA KE MPS ? BUTA KE MPS ? BUTA KE MB ? Tiada UCAPAN SELAMAT HARI RAYA UNTUK ANDA SEMUA !!!!
Antara Banner raya yang diturunkan ialah banner wakil rakyat MELAYU ISLAM iaitu ADUN Sikamat dan ADUN Paroi.
*****************
08 September 2010
Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !
8hb Sept 2010 - Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat . Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .
Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .
Sumber : http://aminuddinharun.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html
0 comments:
Post a Comment