Marah betul bunyinya Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang kepada kerajaan pusat, ke kepada Datuk Seri Najib ? Mulanya kerajaan merancang naik tarak jalan Seremban – Gua Musang ke empat lorong, kemudian dikurangkan ke dua lorong. Lepas tu kata baiki jalan yang risiko kemalangan saja. Lalu berkatalah Adnan Yaakob ”SAYA CADANGKAN TAK PERLU BUAT APA-APA HINGGA EKONOMI PULIH.”
Apakah mesej Adnan Yaakob kepada PM ?
Apakah mesej Adnan Yaakob kepada rakyat ?
Sabar Datuk Seri, bulan puasa ni.
Teruk sangatkah ekonomi negara sampai jalan yang penting ini , yang banyak meragut nyawa tidak boleh dinaiktaraf ?
***********************
Pahang tolak projek baik pulih jalan hubungkan Seremban-Gua Musang
Berita Harian 2 Sep 2010
2010/09/01
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini menolak projek untuk membaik pulih jalan raya yang menghubungkan Seremban, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan selepas Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya hanya memperakukan untuk membaiki kawasan yang berlaku kemalangan sahaja.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pendirian Exco kerajaan negeri hari ini ialah bahawa tidak perlu dilakukan sebarang pembaikan di jalan berkenaan sehingga ekonomi kembali pulih.
Mengikut perancangan awal, jalan berkenaan yang menghubungkan Seremban ke Gua Musang melalui laluan Simpang Pelangai, Bentong, Karak, Kuala Lipis, bakal dinaikkan taraf kepada empat lorong dengan membabitkan kos sebanyak RM3.7 bilion. "Telah banyak perbincangan dilakukan sebelum ini dan berdasarkan perancangan sepatutnya dahulu jalan empat lorong kemudian dikurangkan kepada dua lorong dengan kos RM1.3 billion,"
"Dan keputusan terakhir, hanya untuk memperbaiki jalan terpilih iaitu tempat-tempat yang dipercayai mempunyai risiko tinggi punca berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini.
"Oleh sebab perakuan ini dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya iaitu hanya baiki kawasan yang berlaku kemalangan saja, maka reaksi kerajaan negeri Pahang ialah saya cadangkan tak perlu buat apa-apa hingga ekonomi pulih.
"Walau apapun, keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), kita akur, tetapi pada EPU dan JKR, tak payah buat apa-apa, pesan pada orang balik Kelantan (cuti Aidilfitri nanti) hati-hati..," katanya dengan nada sinis.
Projek melebarkan jalan berkenaan adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Oktober 2007.
Adnan yang kesal dengan keputusan itu berkata apa yang perlu dilakukan cuma jalan terbabit ditambah papan tanda amaran di sepanjang kawasan berisiko kemalangan.
– BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PahangtolakprojekbaikpulihjalanhubungkanSeremban-GuaMusang/Article
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=525503
0 comments:
Post a Comment