Kedai Judi Online yang tidak berlesen kini bersepah-sepah di negara kita, terutama di bandar, pinggir bandar, pekan dan pekan kecil. Mereka yang kemaruk judi menyusahkan isteri dan anak-anak, hinggakan nak beli susu anak pun tak ada duit habis berjudi. Ikuti kisah Kedai Judi Online yang begitu susah untuk dibanteras ketika ini dari laman blog Mazidul Akmal Sidek di bawah ini.
*******************
30 September 2010
Jam 9 Malam Ini Pekan Kecil Akan Gempar
Saya tahu, paparan pertama 999 malam ini akan menggemparkan pekan kecil di Selangor. Kami mengenal pasti 13 premis perjudian online beroperasi 24 jam di pekan sama, kebanyakkan dikunjungi remaja..
Wartawan saya tugaskan memasuki 4 daripada premis terbabit dan merakamkan kenyataan penjaga kedai.
Perjudian online menjahanamkan dan memporak perandakan khususnya bangsa Melayu. Terbaharu saya bertemu wanita berusia, 37 tahun mendakwa bercerai dengan suaminya akibat terjebak dalam perjudian sama.
"Duit habis, sampai nak beli susu anak pun tak ada. Dia sanggup gunakan duit gaji untuk berjudi, biarkan anak berlapar," luahnya kepada saya.
Saya terlihat air mata mengalir di kelopak matanya. Itu sudah terlalu melampau!
"Saya terpaksa menunggu dia di luar kedai dan ada waktunya dia tak balik ke rumah sampai 2 hari," keluhnya lagi.
Saya percaya, dia bukan satu satunya mangsa keadaan dan sikap. Melalui pengamatan saya, kewujudan premis perjudian online kini bagai tidak mampu dibendung dek pihak berkuasa lagi.
"Hari ini polis serbu, esok kedai beroperasi semula"
Itu antara komen orang ramai saya temui.
Polis boleh mengambil tindakan terhadap pemilik premis mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda di antara 20 dan 200 ribu ringgit.
Namun, akta terbabit kelihatan tidak begitu efektif berikutan bilangan premis semakin bertambah di hampir setiap negeri di seluruh negara.
Selain polis, pihak berkuasa tempatan memiliki kuasa memberhentikan operasi perjudian online kerana semua premis digunakan tanpa lesen atau disalahgunakan.
http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/09/jam-9-malam-ini-pekan-kecil-akan-gempar.html
0 comments:
Post a Comment