SALIDAH Selamat dan dua anaknya di pondok buruk yang hanya berdindingkan kain dan permaidani terpakai di Ayer Hitam, Kluang.
--------------------------------------------------------------------------------
KLUANG 14 Sept. - Ketika insan lain gembira menyambut Aidilftri, Salidah Selamat, 39, hanya mampu berdoa supaya dapat menempuh cabaran hidup paling getir yang benar-benar menguji ketabahannya.
Dibelenggu kemiskinan, ibu kepada sembilan anak itu terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam pondok serba daif tanpa dinding di Kampung Sri Desa, Ayer Hitam dekat sini.
Hanya kain, selimut dan permaidani terpakai yang lusuh menggantikan papan sebagai dinding supaya orang ramai tidak dapat melihat bahagian dalam pondok yang menjadi tempat tidur keluarga itu.
Kedaifan hidup dirasakan semakin perit apabila seorang anaknya, Shahidan Hashim, 12, maut dalam kemalangan ngeri setelah motosikal ditunggang mangsa berlanggar dengan lori bulan lalu.
Setelah kisah kesengsaraan hidupnya disiarkan media baru-baru ini, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan khususnya barangan keperluan menyambut lebaran seperti kuih-muih, baju raya, beras dan minyak masak.
Ada juga yang menyumbangkan televisyen dan antena yang dipasang sendiri pada batang kayu supaya anak-anaknya dapat berhibur dan melupakan seketika kesengsaraan hidup yang perlu dilalui setiap hari.
Bekalan elektrik pula disalurkan dari rumah ayahnya yang terletak bersebelahan.
Bagaimanapun, menurut Salidah, belum ada pihak menawarkan kediaman lebih selesa kepadanya pada lebaran ini.
"Saya pun langsung tidak buat persiapan raya, kali ini saya beraya di pondok buruk ini.
"Hati sayu apabila melihat baju raya yang diderma orang ramai secara kebetulan ada mempunyai ukuran sama dengan arwah Shahidan membuatkan saya macam tak sanggup nak sambut raya," katanya.
Menurutnya, ada pihak menjanjikan rumah kepadanya namun selepas menyambut lebaran.
"Pihak tersebut meminta saya bersabar kerana memerlukan masa untuk mencari rumah untuk saya," katanya.
Salidah berkata, desakan hidup menyebabkan dia terpaksa menyerahkan tiga anaknya untuk dijaga saudara-mara di Kluang dan Sabah.
Menurut Salidah, dia sukar mendapatkan bantuan rumah kerana suaminya, Hashim Soli, 43, bukan penduduk tempatan sebaliknya berasal dari Indonesia, namun mendapat status pemastautin tetap.
"Saya turut diberitahu, rumah bantuan boleh didirikan, namun syaratnya kena ada tanah. Walaupun pondok buruk ini dibina di sebelah rumah ayah, tanah ini milik orang lain," katanya.
Salidah berkata, bukan dia tidak mahu menumpang di rumah ayahnya, namun ada saudara lain yang sudah berkeluarga turut menumpang di rumah tersebut yang agak kecil.
Bagi membantu suami yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, Salidah turut bercucuk tanam secara kecil-kecilan di atas tanah jiran yang bersimpati dengannya.
Katanya, hanya seorang anak perempuannya dapat membantu keluarga dengan pendapatan RM300 hasil bekerja di kedai bunga di Ayer Hitam.
Selain itu, Salidah turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan namun jumlah itu belum mencukupi bagi menyara mereka sekeluarga.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

0 comments:
Post a Comment