9/17/10

Sindiket culik, tipu, bunuh warga Sri Lanka di Malaysia ?

Apakah terdapat satu sindiket besar yang terancang menculik, tipu dan bunuh warga Sri Lanka juga warga Malaysia ? Warga Sri Lanka Samsudeen yang dilaporkan dibunuh sebelum ini datang ke Malaysia bukan untuk mencari pekerjaan, tetapi menurut isteri mangsa Anasaithe ialah atas urusan jual beli barang kemas dan batu permata. Menurut isteri mangsa, Samsudeen ialah seorang yang warak, kuat agama dan sayangkan keluarga.

***************************
Malaysia kidnap tragedy: Did Lankan mastermind it?

KUALA LUMPUR - Investigations into the kidnapping of three Sri Lankans last week took a twist yesterday when it was learnt that police are probing one of them for masterminding the plan, according to the New Straits Times newspaper.

A police source said one of the two victims who had survived the three-day ordeal here had planned the kidnap of his two friends and himself with the help of locals here.

One of the Sri Lankan victims, identified only as Samsudeen, 40, was killed when he tried to escape by jumping out through an open window of a double-storey shoplot in Pinggiran Batu Caves where they were being held.

Another is in police custody for investigations while the third is warded with a broken leg at Selayang Hospital.

The police source said one of the two surviving Sri Lankans hatched the plan to bring the two men here on the pretext of setting up a gem business.

The suspect who is being probed had been in Malaysia for about eight months. He had insisted that the two Sri Lankans bring samples of the jewellery, which have since gone missing.

Police detained two locals to help in the investigations. One was a police volunteer reserve and the other was said to be a dancer.

Investigations also revealed that Samsudeen and another victim were forced to perform inhumane and indecent acts on each other, which were recorded by the kidnappers.

Police now have the recordings.

Samsudeen's wife, Anasaithe, 31, who arrived here on Tuesday to claim her husband's body, said the kidnappers had contacted her on Friday, demanding the equivalent of RM140,000 (S$60,452) as ransom.

"They threatened to kill my husband and send his body back to Sri Lanka," she told the New Straits Times at the Kuala Lumpur Hospital mortuary.

"The caller said they were policemen and that they had arrested my husband and his friends for drug possession."

Anasaithe said she received several calls from the kidnappers, who had used the hand phone of one of the other victims.

"I became suspicious when my husband was persuaded by his friend here to bring the jewellery but I brushed it off as he had been here many times.

"My husband was a religious man who was close to his family.

"He took care of me and our 6-year-old son well," she said before breaking down.

"I plan to stay here for a few days to find out what happened and who the culprits are."

Anasaithe was accompanied by relatives who claimed the body. They will bury Samsudeen here.

Samsudeen and his friend, Sarifdeen Sahib Senu Mohideen, 36, arrived at the Kuala Lumpur International Airport from Colombo on Thursday. They were met at the airport by the suspect.

They hitched a ride with two locals in a van into the city where they were taken to a shophouse in Pinggiran Batu Caves.

The victims were robbed of US$14,000 (S$18.932), gemstones worth Rs 600,000 (S$7,172) and their passports. They were then stripped, handcuffed and locked up in a room.

The other Sri Lankan was allegedly locked up in another room.

On Sunday morning, when one of the kidnappers was asleep, Samsudeen and the suspect asked the other kidnapper if they could go to the toilet and asked that the handcuffs be removed.

The two men decided to make their escape then. Samsudeen jumped out through a window.

It is, however, not known how the suspect sustained the broken leg. At the time of the escape attempt, Sarifdeen was locked up in another room.

Posted on Thursday, September 02, 2010 @ 11:14:44 LKT by Sandun

http://www.tops.lk/article27137-malaysia-kidnap-tragedy-did-lankan-mastermind-it.html

2 warga Sri Lanka antara yang didakwa bunuh pengurus kafe
July 28, 2010PETALING JAYA, 28 Julai — Dua pekerja kilang warga Sri Lanka dan seorang pekerja syarikat telekomunikasi didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pengurus kafe di sini dua minggu lepas.

S. Jeyarupan, 27, dan D. Sivaingkaran, 22, kedua-duanya rakyat Sri Lanka, dan E. Mahendran Pillay, 39, mengangguk faham ketika pertuduhan dalam bahasa Tamil dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Aishah Hijriah Arshad.

Mereka dituduh membunuh Anson Hemathilaka Anson Albert, 29, di Blok 1, Jalan RP 7, Jalan Klang Lama di sini antara 3 petang 14 Julai dan 2 pagi keesokannya.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Aishah kemudian menetapkan 1 Sept ini untuk sebut semula kes. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala hanya Mahendran diwakili peguam, Puan Sri N. Saraswathy Devi.

Mayat Anson Hemathilaka, yang ditemui dalam keadaan tangannya bermangga dan leher dibelit pita pelekat, di dalam Sungai Klang berhampiran Taman Datuk Harun. — Bernama

http://web7.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=517035


Mangsa culik maut

2010/08/30 GOMBAK: Cubaan dua mangsa culik warga Sri Lanka melarikan diri dengan terjun dari balkoni tingkat dua sebuah bangunan di Kampung Sri Temenggung, Pinggiran Batu Caves di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera parah.

Kejadian itu hanya disedari seorang orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan selepas melihat dua lelaki mengangkat mayat mangsa berkenaan ke dalam sebuah van untuk dibuang, kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Menurut saksi terbabit, ketika kejadian dia melalui kawasan kediaman itu untuk pulang ke rumahnya dan terserempak dengan suspek yang mengheret mangsa dalam keadaan berbogel serta bergari.

“Seorang lagi lelaki terbaring di dalam van. Saya terdengar jeritan seseorang yang berkata ‘this man is dangerous’ (lelaki ini berbahaya) menyebabkan saya mengesyaki ada sesuatu yang buruk berlaku dan meminta rakan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota dikejarkan ke kawasan terbabit dan menemui dua lelaki warga Sri Lanka dalam keadaan cedera parah termasuk seorang sudah meninggal dunia. “Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Kami turut menemui seorang lagi mangsa dalam keadaan bergari dan berbogel dalam sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan dengan kesan dera. Semua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan.

“Siasatan awal mendapati, semua mereka dipercayai diculik sejak tiga hari lalu bagi mendapatkan wang tebusan. Mereka dikurung dan didera berdasarkan penemuan kesan titisan darah dalam bilik itu,” katanya.

Menurutnya, polis juga menemui beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit suspek yang meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa.

“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa adalah pelancong atau mereka yang baru tiba untuk mencari pekerjaan di sini. Siasatan awal ke atas mangsa mendapati mereka diambil dari lapangan terbang sebelum dibawa ke sebuah hotel di sini.

“Mangsa didera untuk mendapatkan wang tebusan daripada keluarga di negara asal mereka,” katanya.

Difahamkan, suspek bertemu mangsa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan menawarkan perkhidmatan ‘van sapu’ untuk membawa mereka ke ibu negara serta membantu mencarikan pekerjaan.

Namun, mereka dibawa ke rumah berkenaan dan dijadikan tebusan sebelum meminta mangsa berusia 30, 32 dan 42 tahun itu menghubungi keluarga mereka di negara asal untuk menyediakan wang tebusan sebanyak AS$35,000 (RM110,000).

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa gagal menyediakan wang terbabit menyebabkan mereka dikurung dan didera.

Rosli berkata kedua-dua suspek, lelaki tempatan berusia 30 dan 32 tahun itu kini direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302/342 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mangsaculikmaut/Article

0 comments: