Ni apa cerita ni ? Orang Melayu nak cari makan pun kena saman oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah selama tujuh hari berturut-turut. Gantung kain rentang untuk iklan perniagaan tanpa lesen pun nak disaman sampai 7 saman. Apa jenis manusia macam ni yang nak tutup periuk nasi orang Melayu ? Tak boleh ke bawa berbincang ?
***********************
Curiga terima saman berderet
Sinar Harian 1 Okt 2010
MASJID TANAH - Seorang wanita keliru dengan tindakan dilakukan anggota Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) apabila mengeluarkan kompaun selama tujuh hari berturut-turut atas alasan pemasangan kain rentang tanpa kebenaran di satu kawasan terbuka.
Maziah Mohd (bukan nama sebenar), 41, berkata, timbul keraguan sebaik sahaja menerima kesemua surat saman berkenaan pada setiap hari tanpa diberikan sebarang notis merujuk kepada tempoh diberikan terhadap saman pertama untuk dilunaskan terlebih dahulu.
Dia yang bekerja sebagai agen sebuah syarikat latihan memandu, dekat sini, bertindak memasang kain rentang berkenaan sebagai satu strategi menarik pelanggan dalam menjalankan perniagaan sebelum dikejutkan dengan tindakan saman MPAG.
Dia semakin meragui tindakan diambil apabila surat saman itu dikeluarkan individu sama bertarikh 24 Ogos sehingga 2 September malah masa kompaun terbabit dikeluarkan juga berbeza beberapa minit sahaja dengan masa kompaun lain.
“Saya tengok tandatangan dan cop adalah orang yang sama dari surat saman pertama sehingga ketujuh dan saya rasa ada muslihat di sebalik apa yang mereka (MPAG) lakukan pada saya kerana mereka tidak memberi tempoh langsung untuk membayar saman pertama.
“Tidak sempat hendak bayar dah sampai lagi lima surat saman yang lain, bertarikh setiap hari kecuali pada 29 Ogos (Ahad) dan 31 Ogos (merdeka),” katanya.
Dia menggantungkan kain rentang untuk mencari pelanggan kini terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar saman pula yang dikenakan RM250 pada mulanya namun atas budi bicara pihak berkenaan dia hanya perlu membayar RM30 bagi setiap saman yang dikeluarkan.
“Saya kata saya tidak ada duit hendak bayar sampai banyak macam itu dan dia tanya berapa yang saya boleh bayar, saya kata saya cuma boleh bayar RM10 untuk satu saman tetapi tiba-tiba selepas saya merayu dia boleh turunkan sampai RM30 macam ada sahaja yang tidak kena.
“Kalau betul ia bayaran saman, takkan boleh ubah sesuka hati dan paling saya jadi was-was apabila saman itu dia hantar setiap hari dengan orang yang sama dan saksi yang sama malah nombor siri pada surat saman tu pun tidak jauh beza," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali, gagal dihubungi untuk mengulas lanjut bagi memaklumkan perkara tersebut kerana menghadiri mesyuarat jabatan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8239178.asp
0 comments:
Post a Comment