Memang tak guna ada taman rekreasi kat Malaysia sekarang ni. Rakyat semakin tidak menghargainya. Taman Rekreasi yang tidak dikawal 24 jam hanya akan menjadi tempat lepas gian, tempat pelajar ponteng, tempat mabuk arak, tempat maksiat. Selagi rakyat tidak dididik dengan iman, akhlak dan moral, lebih baik tak payah buat kemudahan macam ni, membazir dan buang duit rakyat saja.
*****************************
Botol arak cemari lokasi riadah
Sinar Harian 1 Okt 2010
TAMPIN – Taman Tasik Tampin yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh Majlis Daerah Tampin (MDT) kini dipenuhi dengan pelbagai jenis botol arak.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, taman rekreasi berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai alatan permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, wakaf, kerusi rehat dan trek berjoging itu sering menjadi tumpuan masyarakat terutamanya bagi kaki pancing menghabiskan masa lapang mereka.
Namun, pengunjung bukan hanya disajikan dengan pemandangan tasik dan kehijauan alam semula jadi di situ bahkan, longgokan sampah sarap terutamanya botol arak pelbagai jenama boleh dilihat di merata-rata tempat.
Menurut salah seorang pengunjung ditemui, Ling Sik Foo, 64, berkata, suasana di Taman Tasik Tampin ini sememangnya sesuai untuk dijadikan lokasi beriadah namun longgokan sampah sarap yang ada menyakitkan mata.
"Malah, ada individu yang memaklumkan kepada saya bahawa sekiranya tasik ini dibersihkan, sekurang-kurangnya lori kecil mampu untuk memuatkan pelbagai jenis botol arak dari pelbagai jenama yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.
"Oleh itu, saya berharap agar botol arak ini dapat dibersihkan kerana lokasi ini juga menjadi lokasi kunjungi anak kecil," katanya.
Sementara itu, Ong Chong Hau, 49, berkata, amat berharap agar lokasi berkenaan dapat dibersihkan dan sampah sarap tidak dibiarkan berlonggokan begitu sahaja.
Menurutnya, sekiranya boleh, pengunjung juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memastikan keindahan taman berkenaan dapat dijaga bersama.
"Saya mahu kawasan ini bersih kerana boleh dikatakan hampir setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung termasuk diri saya sendiri," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8238856.asp
0 comments:
Post a Comment