CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

11/25/10

Bina kuil Hindu sebelah Surau, Masjid untuk elak diroboh

Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan.

Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan.

Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik.

Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar.

Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan.

Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ?

Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan.

Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOG http://mutaligat.blogspot.com

Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar di http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya.

5 comments:

Anonymous said...

hoi bangsat.... kuil2 ini berusia hampir 100tahun keatas....mana lu orang pergi semasa kaum india datang ramai2 untuk bekerja di estet....kupas2 lah sejarah sikit...

Anonymous said...

hello kawan, kalau sebut pasal kuil jgnlah nak emosional. tak perlu nak maki org. kalau bahan purba pun, ada cara utk dipulihara. itu sebab diwujudkan ijazah dan phd carigali bahan fosil dan purba, dialihkan / dikeluarkan untk simpanan bahan muzium. bangsa bukan melayu tak perlu biadap. Masjid purba pun boleh diruntuhkan, apa istimewanya kuil????

Anonymous said...

Anon 1. Relax2. Guna akal sikit yg Allah berikan pada kita. Sembah Allah, bukan patung. Tu amalan nenek moyang dulu2 depa tak belajar. Sekarang cuba2 belajar & tanya tentang Islam.

Anonymous said...

Hindu minority sahaja kat sini. itupun korang nak dengki ke? korang tau tak, kerajaan siap buat jambatan untuk pejalan kakai exactly kat depan kuil itu seolah2 beribu2 orang melintas kat sana. tujuan sebenar keraajan UMNO untuk berbuat demikian ialah untuk robohkan kuil itu. kalau kerajaan sanggup bagi tanah atau wang untuk bina kuil, kenapa kami nak berjuang mati matian untuk selamatkan kuil ini. sebagai seorang penyokong PR, saya amat kesal korang tulis blog sebegini.

Anonymous said...

Sorry kawan,lepas ini undi saya bukan untuk PR lagi.Kononnya,PAS untuk Semua, Parti Keadilan ,Parti demokratik tetapi mentaliti macam zaman purba..Asyik2 saya yang terbaik, saya yang hebat.Nak jadi pandai kena fikir secara kritis dan kritikal tetapi bila sebut bab ini dan bab itu,tak boleh kritik,tak bole di persoalkan... habeh bila nak pandai?Tak kenal maka tak cinta...soalnya dah kenal ke belum?kalau dah kenal,betul tak apa yang kamu kenal?Macam org pergi meminang,kalau sekadar dah tahu nama dan rupa yang comel atau tak comel,tak bermakna dah kenal.guna otak,cuba fikir,cari ilmu,ini asyik merepek tak tentu pasal.Slmt tinggal PR.Memang betul kata mahatahi,setan yang dikenali lebih baik daripada penyokongPR begini.Berselindiung dan berkawan dengan Kafir bila lemah,tetapi bila dah kuat,pijak balik kepala orang yang tolong.Memang hebat ajaran dan pegangan kamu.