11/16/10

Buang bayi salah, jaga bayi salah, curi salah, RASUAH?

Semakin banyak berita kedengaran akhir-akhir ini bapa mencuri duit tabung masjid untuk beli susu anak, datuk mencuri untuk beli makanan keluarga dipenjara 10 hari, lelaki merompak untuk beli susu bayi dipenjara 12 bulan. Inikah keadilan dunia moden namanya ?

Kita marah bila ada kes buang bayi. Tapi bila ada bapa, ada datuk, ada teman lelaki mencuri, merompak untuk menyelamatkan bayi, mahkamah cepat menjatuhkan hukuman. Inikah keadilan ? Mencuri dan merompak memang salah dalam mana-mana mahkamah pun. Tetapi mengapa kenapa mereka yang sebegini yang diburu ? Mengapa kes rasuah melibatkan billion dan jutaan ringgit tiada yang menerima hukuman akhirnya ? Mengapa mereka yang menyebabkan kerugian berbillion ringgit tidak dihadapkan ke muka keadilan ?

Kisah bapa curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/curi-duit-tabung-masjid-untuk-beli-susu.html

Kisah datuk 64 tahun di Kuala Lumpur mencuri untuk dapatkan makanan keluarga dipenjara 10 hari di http://amkns.blogspot.com/2010/09/kesian-pakcik-hindu-ini-dipenjara.html


PEMUDA MEROMPAK BELI SUSU BAYI KENA 12 BULAN

Berita Harian 16 Nov 2010

Tertuduh ditahan sehari sebelum nikah dengan teman wanita

KUALA LUMPUR: Seorang penjual baju yang merompak akibat terdesak kerana ingin membeli susu untuk bayi perempuan berusia dua bulan yang dilahirkan teman wanitanya, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shairol Anuar Zainudin, 26, selepas dia mengaku salah dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 3 November lalu.

Ketika menjatuhkan hukuman, Zainal menasihati tertuduh: “Kamu kena bersabar, gunakan akal dan bukan mengikut kata hati kerana orang lain pun ada tanggungan juga. Sekarang siapa yang susah?”

Teman wanita Shairol, yang turut hadir di mahkamah, memberitahu mahkamah beliau menerima tertuduh dan tahu tindakannya itu disebabkan terdesak kerana bakal suaminya itu tidak pernah melakukan jenayah sebelum ini.

Sementara itu, Shairol yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dan menyatakan dia ditangkap polis sehari sebelum dia dijadualkan bernikah dengan teman wanitanya.

“Saya mencuri kerana ingin membeli susu anak, saya tidak cukup duit,” katanya.
Shairol berkata, dia menjual baju di bazar larut malam dan mempunyai pendapatan RM800 sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkipli bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana ia kesalahan serius dan membabitkan kepentingan masyarakat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemudamerompakbelisusubayikena12bulan/Article

0 comments: