11/3/10

DAP Melaka tak boleh harap membela Islam

Takkanlah ADUN DAP di Melaka nak ketengahkan dalam sidang DUN isu tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009. Wakil rakyat Melayu lah yang patut tanya isu ini, macamana bangunan besar dan tanah milik Majlis Agama boleh terjual di Melaka.

Ada wakil rakyat UMNO Melaka nak tanya isu ini ? Baca ke tidak ADUN UMNO Melaka bahawa bangunan dan tanah Majlis Agama Islam Melaka dah terjual ke BC Lim Enterprise ? Inilah jadinya bila tiada wakil Melayu dari PAS dan PKR dalam sidang DUN. Kepentingan Islam , harta umat Islam yang tergadai, terjual tidak akan didedahkan dalam sidang DUN.

Orang Melaka tunggu ape lagi ? Takkan nak harapkan ADUN kafir DAP nak tanya isu ini sedangkan ADUN Islam UMNO buat tak kisah je. Kenalah kerja lebih dan berlipat ganda untuk memastikan ada wakil PAS dan PKR dalam DUN Melaka.

Kenapa TERJUAL ? Berapa nilai semasa bangunan terjual tersebut ? Siapa BC Lim Enterprise ini ? Berapa harga yang dibeli oleh BC Lim Enterprise ? Berapa Majlis Agama Islam Melaka terima hasil TERJUAL tersebut ? Ini semua kena tanya dalam sidang DUN.

Gambar tanah dan bangunan yang tersergam indah milik Majlis Agama Islam Melaka yang TERJUAL ke BC Lim Enterprise pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html


Sidang DUN Melaka kecoh

Utusan Malaysia 3 Nov 2010

MELAKA 2 Nov. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kecoh seketika apabila Lim Jak Wong (DAP-Bachang) membangkitkan isu penubuhan Sekolah Harapan di Jasin bagi menangani gejala pembuangan bayi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika menjawab soalan tambahan Jak Wong berkata, penubuhan Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bukan bertujuan menggalakkan perbuatan maksiat di kalangan remaja.

Menurutnya, ia dibina untuk mengelak remaja yang hamil luar nikah bertindak membuang bayi mereka di merata-rata tempat.

''Daripada mereka membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa adalah lebih baik mereka di hantar ke Sekolah Harapan dan ini dapat mengelak kita melihat hampir setiap hari ada sahaja bayi yang dibuang.

''Ada parti pembangkang mendakwa kerajaan negeri membina Sekolah Harapan untuk menggalakkan lagi perbuatan zina di kalangan remaja.

''Di dewan yang mulia ini, saya ingin jelaskan, perbuatan zina sudah pun berlaku, jadi apakah bentuk tindakan yang perlu kita ambil. Tetapi pihak pembangkang tetap menuduh Sekolah Harapan diwujudkan untuk menggalakkan remaja berzina," katanya.

Beliau berkata demikian pada pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga (Bajet) di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, di Kelantan sebagai contoh, tiada pusat atau rumah seumpamanya yang dibina tetapi kes pembuangan bayi di negeri itu makin berleluasa.

''Mana lebih baik daripada membiarkan remaja membuang bayi atau membina tempat seperti Sekolah Harapan. Kita sebagai orang dewasa fikirlah sendiri," katanya.

Jak Wong yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus mencelah sambil berkata, banyak maksiat berlaku di negeri ini.

Kenyataan itu telah membangkitkan kemarahan wakil BN hingga mencetuskan pertikaman lidah yang memaksa Speaker DUN, Datuk Othman Muhamad mententeramkan keadaan.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri tidak menafikan gejala maksiat memang berlaku di negeri ini dan terdapat kes pembuangan bayi.

''Di mana-mana negeri pun berlaku maksiat. Saya percaya di Pulau Pinang pun berlaku maksiat dan di negeri ini juga tidak terkecuali dan kerana itu kerajaan negeri wujudkan Sekolah Harapan," ujarnya.

Beliau menambah, pihak pembangkang sengaja mempolitikkan kewujudan Sekolah dan Rumah Harapan serta turut mempertikaikan peruntukan RM500,000 bagi tujuan itu.

''Berapalah sangat kos RM500,000 jika hendak dibandingkan usaha kerajaan negeri untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa daripada dibuang di merata-rata tempat," katanya.

Terdahulu menjawab soalan Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) mengenai perancangan jangka pendek dan panjang penubuhan Sekolah Harapan, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri merancang membina sebuah Kompleks Sekolah Harapan yang lebih lengkap.

Ujarnya, kompleks itu akan dilengkapi dengan pelbagai prasarana dan keperluan serta mampu menampung kapasiti 40 pelajar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

0 comments: