KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/16/10

Di Johor sekolah pun tak siap siap, bukan masjid je


Siapalah wakil rakyat yang buat janji nak buat sekolah kat Taman Scientex di Johor ni dah enam tahun tak nampak bayang lagi. Nampaknya bukan masjid sahaja yang tak siap-siap di Johor tapi sekolah pun tak siap-siap di Johor. Apakan daya, Johor kan kawasan selamat UMNO, UMNO sedang sibuk di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, Najib sendiri kata tak perlu banyak dampingi rakyat di kawasan selamat.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Cerita masjid tak siap-siap di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-johor-pun-masjid-tak-siap-siap-mana.html

Cerita masjid tak siap-siap di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/09/masjid-projek-bn-di-terengganu-tak-siap.html

Janji enam tahun belum dikota

TAMAN SCIENTEX - Penduduk sekitar taman perumahan di sini menuntut janji yang ditaburkan pihak bertanggungjawab untuk membina Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama sejak enam tahun lalu.

Pengerusi Rukun Tetangga Jalan Pelanduk, Sarjana Mohd Sharif berkata, janji untuk membina sekolah tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga enam tahun sekiranya pihak bertanggungjawab kerana kemudahan itu sangat diperlukan penduduk.

Menurutnya, tapak sekolah yang dicadangkan bersesuaian dengan kepadatan penduduk kini mencecah sehingga 35,000 orang yang menghuni tujuh taman perumahan sekitar Taman Scientex.

“Kami sudah menghantar surat kepada beberapa pihak untuk menggesa mereka mempercepatkan pembinaan sekolah seperti yang dijanjikan, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk menamatkan pertanyaan penduduk.

“Anak-anak kami terpaksa berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok dan SK Cahaya Baru lebih kurang lima kilometer dari rumah, manakala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Masai lebih kurang tujuh kilometer setiap hari,” katanya.

Sarjana berkata, melalui tinjauan yang dibuat kebanyakan pelajar yang bersekolah tidak selesa berikutan kepadatan murid dalam setiap kelas.

Menurutnya, dianggarkan sehingga 400 murid tidak ke Sekolah Agama kerana kurang selesa dengan keadaan kelas yang dimuatkan hampir 90 murid sekali gus.

“Sesetengah ibu bapa tidak mahu menghantar anak ke Sekolah Agama berikutan jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu kelas sehingga menyukarkan sesi pembelajaran.

“Kami meminta pihak berkenaan agar segerakan projek membina sekolah seperti yang dijanjikan sejak enam tahun lalu memandangkan tapak sudah ada dan menjadi keperluan penduduk di sini,” katanya.

Seorang penduduk, Norazrin Abd Rahman berkata, kebanyakan penduduk yang menetap di taman perumahan ini bukan dalam kalangan keluarga senang, sebaliknya ada yang mempunyai sehingga tujuh orang anak.

“Bayangkan sekiranya sebuah keluarga mempunyai tujuh anak yang bersekolah, begitu besar kos yang terpaksa disediakan untuk bayaran tambang bas sekolah sahaja.

“Sekiranya sekolah di tapak ini dibina, anak-anak kami dapat ke sekolah dengan basikal dan kami juga boleh menghantar mereka dengan motosikal kerana dekat dengan kediaman,” katanya.

Norazrin berkata, penduduk hairan kenapa tapak sekolah yang sesuai dibina sekolah terbiar begitu sahaja sehingga enam tahun lamanya, sedangkan sekolah baru boleh dibina di Taman Nusa Damai.

Menurutnya, walaupun taman itu bersebelahan dengan perumahan yang didiami, tetapi kedudukan sekolah itu agak jauh ke dalam sehingga tujuh kilometer dari rumah penduduk.

Pengerusi Biro Pelajaran Pasir Gudang, Ahmad Daud yang menerima memorandum daripada penduduk untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjanji akan memberikan sebarang keputusan bersabit perkara itu dalam masa sebulan.

Beliau menyokong supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan sekolah di tapak yang disediakan di kawasan itu memandangkan kepadatan penduduk yang mencecah sehingga 35,000 orang.

Menurutnya, jarak dari rumah ke sekolah yang agak jauh dan keadaan sekolah yang sedia ada mengalami kepadatan pelajar memang wajar projek membina sekolah di kawasan itu dipercepatkan.

“Saya akan menyerahkan memorandum yang menjadi harapan penduduk ini kepada Ahli Parlimen agar dapat diketengahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sebarang keputusan dalam masa sebulan,” katanya.

Sementara itu, satu lagi memorandum diserahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad yang akan disampaikan terus kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7757870.asp

1 comment:

tnd said...

pondok bn cepat dibina di setiap taman.....tak payah lah....buang duit je....guna duit tu bina sekolah lah...kat mana mana i pandang i tengok pondok bn......kenapalah baru je nak sangat bina pondok tu...kesian kita kat taman scientex...