KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/4/10

Ketua Menteri dan EXCO Melaka wajib tinggal di Krubong


Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan bahawa Melaka mempunyai masalah yang serius dalam pengurusan sampah. Akibatnya yang merana ialah ramai orang kampung di Krubong, Melaka. Sejak bertahun isu ini tak selesai. Senang je, wajibkan Ketua Menteri dan EXCO Melaka buat rumah dan tinggal di Krubong. Nak lagi senang minta Najib buat rumah di Krubong. Jangan pula sampai orang Krubong doakan wakil rakyatnya mati untuk diadakan pilihanraya kecil sudahlah.

Tahun 2008 Ali Rustam mencadangkan untuk mengatasi masalah sampah di Krubong, maka dibuat Insinerator di Sungai Udang , Melaka. Kawasan Melayu lagi, orang Sungai Udang tak tahu ke , ada cadangan tapak insinerator di sana ? Kalau selamat sangat insinerator ni , kenapa tak buat saja sebelah kediaman Ketua Menteri dan EXCO Melaka ?

MELAKA MAJU 2010
Apa nak buat , Melaka kawasan selamat UMNO. (Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

*************
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya
Terhadap Alam Sekitar

Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diswastakan kepada Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM) pada akhir bulan Disember 1998 dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan pembangunan yang pesat.

Kawasan seluas 25.56 hektar di Mukim Krubong telah diperuntukkan bagi kerja pelupusan sampah di kawasan pentadbiran MBMB. Kontrak pelupusan sisa pepejal MBMB dengan SWM melibatkan kos sejumlah RM68.61 juta bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2009.

Pada keseluruhannya pengurusan sisa pepejal bagi MBMB boleh dipertingkatkan tetapi pengurusan tapak sisa pepejal adalah tidak memuaskan.

Ketiadaan prosedur dan pemantauan oleh MBMB terhadap tapak pelupusan telah menyebabkan tapak ini tidak disediakan benteng dan longkang bagi menghalang air larutan resap dari keluar ke sungai berhampiran dan tiada proses rawatan air larutan resap dilakukan.

Washing bay yang disediakan tidak digunakan dengan sebaiknya serta pengambusan tanah yang tidak secara menyeluruh telah menyebabkan pencemaran bau.

********************************
Penduduk Kg. Ladang resah bau busuk
Utusan Malaysia 30 Sep 2010

MELAKA 29 Sept. - Lebih 30 keluarga di Kampung Ladang, Krubong dekat sini menghadapi masalah bau busuk setiap hari dikatakan berpunca daripada pusat pelupusan sampah yang terletak berhampiran rumah mereka.

Keadaan itu menyebabkan penduduk menghadapi masalah bau busuk kerana jarak tempat pelupusan itu hanya kira-kira 200 meter daripada rumah mereka.

Masalah bau busuk yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah sepanjang hari bagi mengelakkan bau, habuk serta asap hitam memasuki rumah.

Tidak cukup dengan itu, masalah pencemaran udara yang teruk sehingga ada penduduk, terutama kanak-kanak menghidap penyakit kulit gatal dan kesukaran bernafas.

Seorang penduduk, Johari Shukor, 51, berkata, dia terpaksa menutup pintu sepanjang hari berikutan tidak tahan bau busuk dari tapak pelupusan sampah berkenaan.

Menurutnya, mereka terpaksa menghadapi bau busuk terutamanya pada waktu petang dan keadaan bertambah teruk apabila angin bertiup kencang.

''Keadaan ini sudah pun berlarutan sejak Krubong dijadikan tempat pelupusan sampah. Perkara yang paling memalukan apabila saya menerima kunjungan daripada saudara-mara.

''Bagi mereka yang tidak tahu pasti tertanya-tanya dan perkara ini adalah sangat memalukan sehinggakan untuk membuat majlis keramaian pun terpaksa berfikir sebaik-baiknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Johari lagi, penduduk kampung sudah menghadapi masalah ini sejak pusat pelupusan beroperasi pada 1996.

Seorang lagi penduduk, Halim Samad, 63, berkata, masalah bau busuk ini bertambah teruk apabila tiba musim hujan.

Menurutnya, penduduk kampung sudahpun membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tetapi masih belum mendapat apa-apa tindak balas.

''Saban hari kami terpaksa bertahan dan baunya semakin kuat hingga menganggu kerja dan kehidupan harian kami.

''Setiap masa penduduk Kampung Ladang terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah. Anak-anak kecil juga tidak dapat bermain di luar rumah kerana bimbang akan kesihatan masing-masing," katanya.

Bagi Rahimah Mansoor, 45, keadaan bau busuk di kawasan bandar Melaka tidak seharusnya berlaku memandangkan status Melaka sebagai negeri pelancongan utama negara.

''Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak dari berlakunya perkara sebegini," katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak berpeluang untuk berada di hadapan atau bergaul dengan jiran tetangga kerana dibelenggu masalah bau busuk.

''Akibat tidak tahan dengan bau busuk, saya telah memasang penghawa dingin dan menyebabkan bil elektrik menjangkau RM400 sebulan bagi mengelakkan bau busuk masuk ke rumah," katanya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

*****************************
Sesak nafas, gatal
Berita Harian 22 Sep 2010

2010/09/22
Penduduk Kampung Ladang, Krubong terpaksa tutup tingkap, pintu 24 jam elak bau sampah

MELAKA: Lebih 30 keluarga di Kampung Ladang, Krubong dekat sini, terpaksa berdepan masalah bau busuk setiap hari, yang dikatakan berpunca daripada pusat pelupusan sampah berhampiran rumah mereka.

Keadaan itu menyebabkan kampung itu dan penduduk sekitarnya menghadapi masalah pencemaran udara yang teruk sehingga ada penduduk, terutama kanak-kanak menghidap penyakit gatal dan kesukaran bernafas. Selain itu, kedudukan pusat pelupusan sampah yang jaraknya hanya kira-kira 200 meter daripada kampung berkenaan juga menyebabkan penduduk sentiasa bergelap pada siang hari kerana pintu dan tingkap rumah terpaksa ditutup bagi mengelakkan bau busuk, habuk dan asap hitam memasuki rumah.

Berikutan itu, penduduk meminta pihak berkuasa mengatasi masalah berkenaan dengan seberapa segera kerana mereka tidak tahan lagi dengan bau busuk.
Penduduk, Johari Shukor, 51, ketika ditemui berkata, dia terpaksa menutup pintu sepanjang hari berikutan tidak tahan bau busuk dari tapak pelupusan sampah berkenaan.

Katanya, bau busuk lebih kerap pada waktu petang hingga keluarganya tidak dapat membuka pintu terutama apabila angin kencang.

"Perkara yang paling memalukan berhubung masalah ini ialah apabila saya menerima kunjungan saudara-mara dan mereka bertanyakan dari mana datangnya bau busuk seperti bangkai ini.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenai masalah ini dan terpaksa menahan walaupun rasa tertekan," katanya sambil menambah penduduk turut menghadapi masalah lalat yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tapak pelupusan sampah Krubong seluas 22.6 hektar yang berhampiran Kompleks Sukan Hang Jebat itu mula beroperasi sejak 1996 dan sehingga kini menerima kira-kira 900 tan sampah sehari.

Keadaan itu kini semakin mendesak apabila tapak pelupusan sampah berkenaan tidak lagi mampu menerima bebanan sampah harian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Halim Samad, 63, berkata keadaan itu bertambah teruk apabila tiba musim hujan.

Beliau berkata, walaupun sudah beberapa tahun dibelenggu masalah bau, penduduk masih mampu bersabar, tetapi kini sudah tidak tahan lagi.

"Sekarang baunya sudah semakin kuat hingga mengganggu kerja dan kehidupan harian kami.

"Bayangkan, jika pintu dan tingkap terpaksa ditutup 24 jam dan hendak bergaul dengan jiran pun susah," katanya masalah itu sudah diadukan kepada pihak berwajib, namun masih tiada sebarang tindakan diambil.

Halim berkata, beliau juga terpaksa memasang penghawa dingin sepanjang masa, sekali gus menyebabkan bil elektrik turut meningkat sehingga RM300 sebulan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Sesaknafas_gatal/Article/index_html

***********************
Segera bina insinerator - Ali
Utusan Malaysia 13 Mei 2008

MELAKA 12 Mei - Kerajaan negeri Melaka mahu pembinaan insinerator yang dicadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di negeri ini sejak beberapa tahun lalu dilaksanakan segera.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberitahu, keadaan kini semakin mendesak apabila tapak pelupusan sampah di Krubong di sini tidak lagi mampu menerima bebanan sampah harian.

''Kita telah menyediakan tapak untuk membina insinerator itu di Sungai Udang dengan kos tanah bernilai RM6.4 juta.

''Sebab itu kita mahu kementerian berkenaan dapat melaksanakan segera pembinaan insinerator ini. Lagipun, permohonan ini telah pun diluluskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah Krubong di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Yusof Jantan.

Tapak pelupusan sampah Krubong seluas 22.6 hektar mula beroperasi sejak tahun 1996 dan sehingga kini menerima 900 tan sampah sehari dan berjumlah 3.5 juta tan sejak 12 tahun lalu.

Mohd. Ali berkata, tapak pelupusan itu hanya mampu bertahan sehingga enam bulan sahaja lagi untuk menerima bebanan sampah harian.

Katanya, akibat masalah tersebut kawasan terbabit kini mengeluarkan pencemaran bau sehingga ke kawasan perindustrian di Taman Tasik Utama dan sekitarnya.

Katanya, pembinaan insinerator yang menggunakan teknologi moden itu mampu menyelesaikan masalah pelupusan sampah di negeri ini.

''Saya sudah lihat pusat insinerator di Korea dan Jepun. Ia dibina di dalam bandar bersebelahan hotel dan tidak mengeluarkan sebarang bau atau pencemaran. Malah pusat itu juga berhawa dingin,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

No comments: