Macamana boleh jadi sebagai begini. Melaka Maju, tetapi peniaga Melayunya tak banyak untung, rusi, bayar sewa pun tak mampu, di tengah bandar Melaka pula tu. Patutlah Laporan Ketua Audit Negara dedahkan Bangunan Majlis Agama Islam TERJUAL ke BC Lim Enterprise dan beberapa kelemahan Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran.
Apakah nasib Melayu di Melaka Menang Sorak, Kampung Tergadai?
Apa kisah, kawasan paling selamat UMNO.
Kisah terjualnya bangunan MAIM di http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html
http://amkns.blogspot.com/2010/10/laporan-ketua-audit-negara-pakatan.html
MBMB: Tunggakan sewa RM180,000
Utusan Malaysia 18 Nov 2010

Para peniaga membersihkan premis perniagaan mereka yang dilanda banjir selepas hujan lebat di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka baru-baru ini.
----------------------------------------------
MELAKA 17 Nov. - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merekodkan tunggakan sewa bernilai lebih RM180,000 melibatkan sebahagian daripada 71 peniaga kraf tangan di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini.
Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar, Datuk Yusof Jantan berkata, ada juga di antara peniaga mempunyai tunggakan sewa sehingga lebih setahun dengan nilai mencecah RM10,000.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, pihaknya tidak mengenakan tindakan serius yang memaksa peniaga terbabit berpindah walaupun MBMB berhak berbuat demikian.
"Sebaliknya, kita masih bertolak ansur dengan peniaga-peniaga ini dengan meminta mereka menjelaskan tunggakan sewa secara ansuran.
"Oleh itu, kami berharap para peniaga dapat sentiasa bersabar dan bertolak ansur dengan MBMB apabila menghadapi kesusahan seperti kejadian banjir pada Ogos lalu," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas sikap segelintir peniaga berkenaan yang sehingga kini menuding jari dan menyalahkan pihak berkaitan apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi ekoran kejadian itu.
Dalam kejadian 1 Julai lalu, kira-kira 130 peniaga di Bazar Kraftangan dan Warisan di pusat beli-belah itu dikejutkan dengan banjir sedalam 0.2 meter ketika ingin memulakan perniagaan.
Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila makanan, pakaian dan barangan kraftangan rosak.
Bagaimanapun, pada 10 Ogos lalu, 71 peniaga terbabit mendapat wang pendahuluan tuntutan insurans sebanyak RM300 setiap seorang daripada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan, Lianbang Ventures Sdn. Bhd.
Namun, pada 2 Julai lalu, satu laporan dibuat di Balai Polis Melaka Tengah oleh persatuan peniaga itu berhubung tuntutan ganti rugi yang tidak setimpal dijanjikan oleh pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.
Mengulas lanjut, Yusof meminta semua 71 peniaga terbabit membeli insurans sendiri sebagai persediaan menghadapi bencana alam pada masa akan datang.
"Saya difahamkan, daripada 71 peniaga itu hanya dua atau tiga peniaga melindungi premis mereka dengan insurans dan mendapat ganti rugi sebanyak RM5,000 daripada syarikat insurans akibat banjir itu.
"Jika mereka boleh beli insurans, mengapa tidak peniaga lain kerana ia adalah untuk kebaikan mereka sendiri," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
0 comments:
Post a Comment