KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/10/10

Seremban dah Jadi Pusat Samseng, PBT tak nampak?


Nampaknya Seremban dah jadi pusat samseng dan vandalisma, juga pusat judi internet dan macam-macam ada. Apa PBT tak nampak ka ? Kalau nampak, ambil sajalah cat putih padam grafiti tersebut. Inilah jadinya bila PBT macam Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai dok sibuk turunkan banner ucapan raya wakil rakyat Melayu PAS dan PKR. Akhirnya samseng bermaharajalela.

Yang polis pula sibuk cari maklumat Majlis Makan Malam PASTI pada 22 November 2010 ini diadakan di mana. Majlis Makan Malam PASTI pun polis sibuk nak tahu di mana. Majlis Makan Malam Amal PASTI di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/makan-malam-amal-pasti-n9-22-nov-2010.html

Senawang Pusat E Judi, MPS, Jabatan Agama tak kerja ke ? Cerita lanjut di http://amkns.blogspot.com/2010/11/senawang-pusat-e-judi-mps-jabatan-agama.html

Banner Hari Raya PAS dan PKR dicabut oleh Majlis Perbandaran Seremban. Kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html


ANGKARA SAMSENG

Berita Harian 10 Nov 2010

CONTENGAN angka misteri semakin berleluasa di Kampung Dato’ Mansor, Rasah.Rumah, tokong di Kampung Dato’ Mansor, Rasah kena conteng nombor, disimbah cat

RASAH: Semakin melampau. Kumpulan misteri yang sering melakukan kegiatan vandalisme menconteng dinding di kawasan perumahan, kini turut menjadikan dinding tokong Cina, di Kampung Dato' Mansor, Rasah di sini, sebagai sasaran. Mereka menconteng dinding pintu pagar masuk utama ke tokong berkenaan dengan perkataan '24 Top' yang dipercayai membawa maksud tertentu mengenai pergerakan kumpulan terbabit, menggunakan cat sembur.

Berita Harian sebelum ini pernah melaporkan perbuatan vandalisme membabitkan tulisan angka misteri pada papan tanda hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk kerana dikhuatiri membabitkan kumpulan samseng atau kongsi gelap.

Dalam laporan itu, contengan tulisan ‘18 Top’ dan ‘36 Top’ ditemui di beberapa taman perumahan sekitar Rasah seperti Taman Rasah Jaya serta Rumah Pangsa Senawang 2 dan Taman Sri Mawar di Senawang.

Penjaga tokong, Yap Lam Sang, 68, berkata perbuatan kumpulan tidak bertanggungjawab itu mengecewakan pihaknya kerana mereka sanggup melakukan kerosakan pada tempat yang tidak sepatutnya termasuk rumah ibadat awam.

"Contengan ini disedari beberapa minggu lalu dan perkara ini amat dikesalkan kerana kawasan tokong adalah tempat kami bersembahyang, bukan tempat melepaskan geram hingga tergamak menconteng sesuka hati," katanya.
Yap berkata, dia pernah menemui sekumpulan lelaki menjadikan jalan masuk utama tokong sebagai lokasi untuk mereka minum minuman keras hingga mengotori kawasan itu dengan botol ditinggalkan begitu saja.

"Kami khuatir tempat ini turut menjadi ‘port’ penagih dadah kerana sebelum ini, saya pernah terserempak sekumpulan lelaki melepaskan gian di kawasan semak yang kini menjadi kawasan lapang tokong," katanya.

Selain itu, katanya, tokong berkenaan pernah dipecah masuk Julai lalu hingga mengakibatkan wang dalam tabung derma hilang, manakala pintu bilik stor terbuka dipercayai dimasuki kumpulan berkenaan.

“Saya melaporkan kepada polis sejurus selepas tiba di tokong pada keesokan paginya dan didapati wang yang dicuri bernilai lebih RM100,000. Sejak kejadian itu berlaku, kami lebih bimbang dan sentiasa berhati-hati," katanya.

Sementara itu, penduduk, Kamaruddin Samad 35, berkata kawasan lain di perumahan berhampiran tokong itu termasuk papan tanda jalan turut menjadi sasaran kumpulan misteri terbabit yang menyembur cat berwarna.

Berikutan itu, beliau berharap penguatkuasaan tegas dapat dijalankan bukan saja oleh pihak berkuasa, malah jawatankuasa penduduk supaya kerjasama yang terjalin mampu menghentikan perbuatan itu.

“Pemantauan ini tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa saja kerana maklumat hanya boleh diperoleh daripada penduduk. Cara terbaik adalah melalui rondaan secara kerap terutama waktu malam serta intipan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan yang sering menjadi sasaran vandalisme.

“Saya tidak mahu menegur kumpulan itu secara berseorangan kerana bimbang akan dicederakan kerana kita tidak tahu sama ada perbuatan ini hanya dilakukan oleh remaja nakal atau kumpulan gangster,” katanya.

Kamaruddin berkata, pihaknya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau persatuan penduduk yang berdepan masalah ini dapat menyelesaikan secara lebih serius termasuk mengadakan gotong-royong membersihkan papan tanda yang diconteng.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Angkarasamseng/Article

No comments: