Apakah Barisan Nasional akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang hanya dengan isu Pendidikan Seks jika ianya tidak ditangani dengan cermat ibarat menarik rambut dari tepung? Semakin banyak protes mengenai isu ini. Di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan berZINA.
Ulasan lanjut pendidikan seks di barat untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja di http://amkns.blogspot.com/2010/11/pelajar-akan-diajar-guna-kondom-tahun.html
Juga bantahan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia isu Pendidikan Seks di http://amkns.blogspot.com/2010/12/pendidikan-seks-mesti-berteraskan-agama.html
SYOR PENDIDIKAN SEKS TAHUN 4
Utusan Malaysia 7 Dis 2010
KUANTAN 6 Dis. – Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelajaran supaya subjek pendidikan seks diajar seawal tahun satu di sekolah mulai tahun depan.
Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, sebaliknya, pihaknya mengesyorkan supaya pendidikan itu diajar bermula tahun empat selepas murid-murid menguasai aspek membaca menulis dan mengira (3M) dengan baik.
Menurut beliau, pada usia tersebut, murid-murid boleh berfikir dan membezakan yang baik dan buruk serta memikirkan kesan akibat sesuatu perlakuan.
‘‘Pada usia ini, mereka telah masuk usia pramatang terutama bagi anak-anak perempuan.
‘‘Penumpuan kepada subjek yang diajar akan lebih fokus kerana telah wujud perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang diajar, dilihat atau didengar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelajaran baru-baru ini yang mengumumkan subjek pendidikan seks akan diajar seawal tahun satu melalui pendidikan jasmani dan kesihatan mulai tahun depan.
Mengulas lanjut, Mohamed Sabri berkata, pihaknya juga kurang bersetuju jika pendidikan seks diajar melalui pendidikan jasmani dan kesihatan.
Sebaliknya, beliau mencadangkan pendidikan seks sewajarnya diajar menerusi pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan dalam Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.
‘‘Pendidikan seks perlu dikaitkan dengan pendidikan agama dan moral bangsa kita supaya apa yang diajar tidak tersasar daripada tujuannya dalam kurikulum sekolah,‘‘ jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm

0 comments:
Post a Comment