CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

12/13/10

Pekerja Swasta Tiada Cuti Haji, Bersalin Cuti 90 Hari

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari sebelum ini 60 hari. Kakitangan awam pula dapat Cuti Haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang berugama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah.

Tapi pekerja swasta di Malaysia ini nampaknya tiada pembelaan. Kerana banyak sektor swasta tidak memperuntukkan Cuti Haji, bahkan dalam Undang-Undang Buruh Malaysia pun tiada Cuti Haji. Pekerja swasta yang ingin menunaikan haji terpaksalah ambil cuti tanpa gaji atau ambil cuti tahunan sebanyak 16 hari sahaja diperuntukkan setahun, selebihnya ambil cuti tanpa gaji sebanyak 24 hari atau mungkin lebih.

Kerajaan perlu fikirkan kebajikan pekerja swasta untuk menunaikan haji. Jangan tunggu pilihanraya baru nak ubah dasar. Dah lebih 53 tahun Merdeka dasar tunai haji pekerja swasta tidak ada siapa yang bangkitkan dan tiada pembelaan.

*******************

Cuti bersalin sehingga 90 hari untuk kakitangan awam wanita
2010/10/15
KUALA LUMPUR: Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cutibersalinsehingga90hariuntukkakitanganawamwanita/Article

Kelayakan Cuti Haji
2. Kerajaan telah bersetuju supaya peraturan-peraturan berikut dipakai berhubung dengan Cuti Haji bagi membolehkan pegawai Kerajaan yang berugama Islam, termasuk guru-guru, mengambil cuti bergaji penuh bagi maksud menunaikan fardhu haji di Mekah.
http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/PP84/PP84Bil04/PP84Bil04Ms01.htm

6. Cuti Haji
Kemudahan mengenai Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab 'C' dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984 adalah dikekalkan dengan pindaan berikut:
(a) Cuti Haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; dan
(b) Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.
http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/PP91/PP91Bil09/PP91Bil09Ms1348.html

No comments: