12/13/10

Pelajar pelajar Malaysia di Mesir hidup merempat

Saya mendapat khabar berita dari sahabat2 seperjuangan yang mendakwa terdapat sekumpulan pelajar Malaysia di Timur Tengah yang kesempitan hidup kerana tidak mendapat sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajaran. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memperjuang nasib pelajar2 ini namun sehingga hari ini, masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Rentetan dari rungutan dan masalah kewangan tahap kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Islam seberang laut khususnya yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dengan pengkhususan dalam bidang professional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa kerajaan.

Dari jumlah yang disebutkan seramai 500 pelajar dari jurusan professional berada pada tahap yang amat kritikal dan memerlukan sokongan kewangan dalam bentuk tajaan maupun pinjaman. Dimana sekiranya bantuan kewangan tidak dapat disalurkan pada kadar segera mereka ini terpaksa berhenti belajar dan pulang ketanah air dengan perasaan hampa dan kecewa.

MEREKA AKAN PULANG KENEGARANYA BUKAN KERANA GAGAL DALAM PELAJARAN TETAPI BANGSA DAN KERAJAANNYA GAGAL MEMBANTU MEREKA.

Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com

http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com

Sumber : http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2010/12/pelajar-malaysia-di-mesir-hidup.html http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/2010/12/tabung-bantuan-pelajar-islam.html

0 comments: