12/10/10

Rakyat perlukan pengankutan awam yang sempurna

Perkhidmatan bas awam di Malaysia ini, terutama di pinggir dan luar bandar adalah menyedihkan. Dengan kenaikan harga petrol, penduduk pinggir dan luar bandar semakin tertekan. Baca sendiri nasib rakyat yang menagih pengangkutan awam yang sempurna di Negeri Sembilan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Tidak tahan tanggung rugi
Kosmo 10 Dis 2010

Oleh RAIS YEOP JOHARI rais.johari@kosmo.com.my



Kewujudan bas RapidKL dikatakan turut menyumbang kepada kerugian operasi 130 syarikat bas henti-henti di seluruh negara sejak 15 tahun lalu. - Gambar hiasan
--------------------------------------

SEREMBAN – Kerajaan diminta mengambil alih pengurusan kesemua 130 syarikat bas henti-henti di negara ini yang kini mengalami kerugian operasi akibat ketidakadilan dasar sedia ada termasuk saingan daripada syarikat bas yang dikuasai kerajaan.

Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, langkah tersebut juga bertujuan untuk membela nasib kira-kira 8,000 pekerja yang mungkin hilang pekerjaan.

Beliau berkata, saingan yang tidak adil dengan syarikat pengangkutan bas kendalian kerajaan terutama bas RapidKL dan RapidPenang semakin memburukkan keadaan.

“Ahli-ahli kami tidak menerima bantuan daripada kerajaan, jadi macam mana mereka hendak memberi perkhidmatan yang baik,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha bas seluruh negara di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

0 comments: