Penantian penduduk Kampung Tebing Tinggi tak berakhir
Berita Harian 16 Dis 2010
SELAMA: Kira-kira 700 penduduk Kampung Tebing Tinggi, di sini merayu pihak berkuasa berkaitan menyegerakan pemasangan lampu jalan di kampung berkenaan bagi memudahkan aktiviti harian penduduk pada waktu malam, termasuk untuk solat berjemaah di masjid dan kanak-kanak mengikuti kelas al-Quran.
Selain itu, pemasangan lampu jalan di laluan sepanjang 2.5 kilometer itu juga mampu mengelakkan kejadian tidak diingini kepada orang ramai seperti jenayah ragut, selain kemalangan jalan raya. Seorang penduduk, Abdul Wahid Che Pin, 67, berkata ketiadaan lampu jalan mencetuskan pelbagai masalah kepada penduduk hingga banyak program dan aktiviti yang dijadualkan berlangsung pada waktu malam terpaksa dibatalkan. Katanya, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya.
“2011 nanti, kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan hati kami. Kami berharap tahun baru nanti kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membataskan pergerakan kami pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau yang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkata, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan jalan raya membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu.
“Kami tidak mahu kemalangan itu berterusan memandangkan kawasan penempatan kami adalah kawasan tumpuan orang ramai. Takkanlah selepas ada kematian, baru lampu jalan dipasang,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati rungutan penduduk ada asasnya kerana keadaan kampung itu yang terlalu gelap pada waktu malam.
Seorang lagi penduduk, Siti Fatimah Muhammad Khadori, 36, berkata dia terpaksa menangguhkan rancangan menghantar anaknya mengikuti kelas al-Quran pada waktu malam kerana bimbang keselamatan mereka yang perlu menunggang basikal.
“Sepatutnya anak saya mula belajar mengaji al-Quran tahun ini, tetapi saya tak berani nak lepaskan mereka berbasikal pada waktu malam.
“Tambahan pula, sejak kebelakangan ini ada saja kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di sini. Justeru, saya memohon jasa baik pihak berwajib supaya memandang perkara ini dengan lebih serius demi keselesaan penduduk,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohammad Shuhaimi Abdullah Sanusi, 45, meminta Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Selama (MDS) memakbulkan impian penduduk kampung itu secepat mungkin kerana beberapa aduan sudah dibuat oleh penduduk.
“Saya dapat tahu permohonan bagi pemasangan lampu jalan di kampung ini sudah diluluskan kerajaan Perak dalam Bajet 2010 lalu dan kira-kira 20 batang tiang lampu dijangka dipasang di sini.
“Namun, setelah menunggu sehingga ke penghujung tahun ini, masih tidak nampak sebatang tiang lampu jalan pun dinaikkan,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadalampujalan/Article

0 comments:
Post a Comment