KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

2/28/10

Us Khusairi Hamthan 8 Mac 2010 Senawang

CERAMAH MAULIDUR RASUL
Tarikh : 8 Mac 2010 / Isnin
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Senawang Jaya, Senawang
Penceramah : Ustaz Muhammad Khusairi bin Hamthan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
Semarakkan Bulan Maulid dengan Amar Maaruf Nahi Munkar

2/27/10

Impian miliki rumah sendiri berkecai

Sinar Harian 26 Feb 2010

KUNDUR – Impian pembeli di Taman Sri Kundur untuk memiliki sebuah rumah sendiri berkecai apabila rumah yang sepatutnya siap penghujung 2006 kini terbengkalai dan tiada sebarang tanda akan dipulihkan.

Pembeli kini bukan sahaja terpaksa menang-gung hutang membayar balik pinjaman, malah lebih membingungkan pemaju seolah-olah lepas tangan membiarkan ma-salah tiada penyelesaian.

Dibebani hutang

Kakitangan kerajaan, Bahar Shariff, 54, berkata, dia membeli rumah itu sebagai persediaan awal meneruskan kehidupan selepas pencen, namun impiannya itu terus tinggal impian.

Dia tambah kecewa apabila sudah membayar ansuran bulanan kepada bank sebanyak RM530 sejak pertengahan 2007.

“Masalah ini nyata merunsingkan saya kerana setiap bulan saya perlu membayar ansuran rumah, tetapi rumah itu tidak siap sepenuhnya.

“Saya sudah nak pencen tetapi jadi macam ini pula. Sudahlah setiap bulan kena bayar ansuran tetapi rumah itu tidak boleh diduduki. Saya rasa seperti tertipu dan terlalu kecewa dengan sikap pemaju,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di taman perumahan itu,

Bahar berkata, ketika ini, isteri dan lima anakmenumpang sementara di rumah mertuanya.

Justeru, dia berharap pihak pemaju dapat meneruskan kembali projek tergendala supaya mereka anak beranak dapat tinggal di rumah sendiri.

“Saya juga akan berusaha sedaya upaya supaya pembeli seperti kami mendapat hak semula dan tidak dibiarkan terkon-tang-kanting tanpa penjelasan wajar,” katanya.

Menurutnya, pihak pemaju seharusnya bersikap profesional dan tidak mendiamkan diri kerana kebanyakan pembeli sudah membayar wang deposit selain membayar ansuran bulanan kepada pihak bank.

“Saya sangat kesal dengan tindakan pihak pemaju kerana tidak memikirkan kesusahan ditanggung pembeli kerana rata-rata sangat berharap dapat mendiami rumah ini mengikut apa yang dikatakan pihak pemaju,” katanya.

Mahu penjelasan

Pembeli, Norhisyam Sharif, 40, berkata, pihak pemaju perlu tampil bertemu pembeli bagi menjelaskan keadaan sebenar supaya pembeli tidak tertunggu-tunggu menanti bila projek itu akan siap.

Menurutnya, seperti pembeli lain, dia membeli rumah itu dengan harapan dapat menduduki rumah sendiri apabila dijanjikan akan siap sepenuhnya kira-kira empat tahun lalu.

“Namun penantian itu ibarat satu penyeksaan apabila projek itu terhenti sehingga ke hari ini.

“Sebagai pembeli sudah tentu kami merasa tidak puas hati kerana rumah ini sepatutnya sudah boleh didiami tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila rumah itu hanya siap separuh sahaja,” katanya.

Norhisyam berkata, dia sudah membayar ansuran rumah sejak 2008 selain membayar deposit rumah sebanyak RM1,000.

“Bayangkan kami perlu membayar ansuran setiap bulan tetapi projek perumahan itu masih tidak berjalan.

“Bagaimana dengan nasib pembeli seperti kami ini. Ke mana lagi harus kami perjuangkan nasib sebagai pembeli. Sampai bila kami perlu membayar sedangkan projek ini masih dibiarkan,” katanya.

Dipenuhi semak

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke taman perumahan itu mendapati keadaan amat menyedihkan kerana sekeliling rumah ditumbuhi semak samun selain menjadi tempat pembiakan binatang berbisa.

Sementara itu, Bahar berkata, keadaan persekitaran rumah itu semakin teruk dan sangat berbahaya kepada orang ramai yang melalui kawasan ini apatah lagi kawasan ini bersebelahan dengan sekolah rendah.

“Bukan sahaja semak samun menyakitkan mata memandang tetapi dikhuatiri menjadi tempat binatang berbisa seperti ular,” katanya.

Menurutnya, dengan keadaan rumah yang tersorok di pandangan mata menjadikan tempat ini sebagai lokasi remaja nakal untuk menjalankan kegiatan tidak sihat.

“Tengoklah ada tin minuman keras. Dalam rumah pula diconteng dan dilukis gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Kalau tidak diambil tindakan segera tidak mustahil tempat ini akan menjadi tempat melakukan aktiviti negatif,” katanya.

Pulangkan deposit

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom berkata, pihaknya memutuskan dalam mesyuarat lalu bahawa pihak pemaju perlu memulangkan kembali wang deposit pembeli.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau berkata, pihak pemaju sudah tidak berupaya meneruskan projek perumahan kerana masalah kewangan melanda syarikat terbabit.

“Walaupun mereka berusaha mendapatkan pinjaman untuk menjalankan projek ini namun sehingga kini tiada perkembangan positif diterima.

“Berikutan itu, kita meminta pihak pemaju menyerahkan kembali wang deposit pembeli. MDR juga sedang mencari maklumat lanjut untuk mengenal pasti ke semua pembeli rumah taman ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6868032.asp

2/24/10

40 keluarga masih guna air perigi


Sinar Harian 24 Feb 2010

KEPAYANG – Sungguh menyedihkan apabila sebanyak 40 keluarga di Kampung Haji Mohd Said, di sini masih bergantung hidup pada air perigi untuk kegunaan seharian mereka sejak lebih 40 tahun lalu.

Lebih menyulitkan, air perigi yang digunakan penduduk kampung itu tidak bersih dan mengundang risiko penyakit dalam kalangan penduduk kampung.

Difahamkan, mereka menggunakan air perigi dibina sendiri di belakang rumah masing-masing sebagai sumber minuman, membasuh dan mandi.

Penduduk, V Raju, 81, berkata, sejak menetap di situ 40 tahun lalu, dia tidak pernah menggunakan air paip berikutan tiada kemudahan disediakan di situ.

“Sejak tinggal di sini hampir 40 tahun, saya dan keluarga hanya mengambil air daripada perigi. Memang air dalam perigi ini bukannya bersih sangat kerana kawasan kampung ini rendah dan air hujan biasanya melimpah masuk ke dalam perigi ini,” katanya.

Selain itu, dia turut mengakui tubuhnya sentiasa sakit termasuk keluarganya dipercayai berpunca daripada meminum air tidak bersih.

Suri rumah, S Parvathi, 76, pula berharap kemudahan bekalan air bersih dan amat menghargai jika Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan masalah segera.

“Badan saya sudah sakit-sakit kerana air dalam telaga ini sudah tidak bersih. Kami terpaksa menggunakan air dalam telaga ini kerana sudah tiada jalan lain.

“Jika Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan perkara ini dengan memberi air bersih, saya amat berterima kasih,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kampung itu semalam.

Sementara itu, amat menyedi:hkan buat seorang suri rumah, R Papa, 53, apabila terpaksa menggunakan air perigi yang amat kotor serta keruh sebagai sumber minuman.

“Saya sudah tinggal di sini lebih 30 tahun. Memang di sini kami tidak menerima bekalan air paip. Kami terpaksa menggali lubang dan membuat perigi untuk mendap:atkan bekalan air.

“Sekarang saya sudah tidak boleh menjadikan air ini sebagai minuman lagi, hanya untuk kegunaan membasuh, mandi dan mencuci pinggan mangkuk sahaja,” katanya.

Masalah penduduk di kampung itu bagaimanapun mendapat perhatian Kerajaan Negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V S Mogan yang membuat tinjauan ke kampung itu, semalam.

Beliau yang membuat lawatan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Syarikat Air Negeri Sembilan turut memberi jaminan masalah penduduk di situ diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

“Memang kita pandang serius masalah mereka dengan apa yang berlaku kepada penduduk di kampung ini. Saya nampak semua rumah masih guna air perigi. Kita sudah m:aju, lagipun penempatan ini tidak jauh dari Bandar Seremban.

“Saya akan panjangkan (isu ini) pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin,” katanya.

Mogan berkata, langkah pertama yang akan dibuat adalah memasang paip utama daripada sungai berdekatan sebelum disambungkan ke rumah berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6854502.asp

Sekeluarga hidap asma

Sinar Harian 24 Feb 2010

KUALA PILAH – Penduduk sebuah kampung, di sini, mendakwa tapak pembakaran batu-bata di sebuah kilang berdekatan rumah mereka mengundang pencemaran sehingga menjejaskan keselesaan hidup seharian.

Penduduk mendakwa, sebelum ini pihak berkuasa pernah ‘turun padang’ melihat sendiri masalah mereka, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan menyebabkan penduduk terus berdepan masalah yang merimaskan itu.

Mereka turut mendakwa masalah itu sudah berlarutan hampir 20 tahun dan mungkin lebih awal dari itu kerana berdasarkan rekod, kilang itu beroperasi sejak 1992.

Akibatnya, penduduk kampung mendakwa, mereka terdedah kepada risiko penyakit seperti asma dan batuk berikutan tapak pembakaran itu hanya terletak kurang daripada 200 meter dari rumah mereka.

Setiap jam hidu asap

Seorang penduduk, Ali Arifin, 67, yang tinggal kira-kira 50 meter dari tapak itu berkata, tapak pembakaran di situ telah wujud sekitar 90an.

“Ketika itu, kilangnya masih kecil dan penduduk tidak ramai seperti hari ini. Tetapi kepadatan penduduk setiap tahun semakin bertambah, begitu juga keluasan kawasan kilang berkenaan. Perniagaan mereka telah berkembang maju, pastinya produk batu-bata meningkat.

“Oleh kerana itu, mereka melakukan pembakaran batu-bata setiap jam, sepanjang hari. Mereka bijak mengelirukan penduduk. Waktu siang pembakaran tidak seaktif pada waktu malam memandangkan malam sunyi, tambah pula gelap, sudah tentunya asap berkepul-kepul tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurutnya, dia kurang senang apabila setiap pagi terpaksa membersihkan kawasan rumah yang kotor akibat kesan daripada habuk pembakaran batu- bata.

“Rumah saya yang paling dekat, kira-kira 50 meter sahaja. Memang kalau berlaku pembakaran, habuk-habuk akan ke rumah saya dahulu barulah ke kawasan berhampiran. Saya difahamkan status tanah ini bukan tanah rizab kilang, tetapi tanah orang kampung yang disewa.

“Memang kawasan rumah dan lantai rumah dicuci setiap hari kerana ada kesan hitam habuk. Apabila berjalan ada habuk hitam di tapak kaki. Pinggan mangkuk juga perlu dicuci setiap kali hendak menggunakannya,” katanya.

Menurutnya, kesan habuk memang boleh dibersihkan tetapi mereka sudah tidak tahan lagi mengharungi masalah itu setiap hari dan berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu.

Menurutnya, warga emas sepertinya mudah menghidapi penyakit seperti asma jika keadaan persekitaran tidak bersih dan berlaku pencemaran udara.

“Tahap kesihatan pada peringkat usia seperti ini memang sensitif. Saya mempunyai penyakit asma begitu juga dengan ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Abd Khalid Ibrahim, 61, berkata, akibat daripada pembakaran itu, seisi keluarganya menghidapi penyakit asma dan baru-baru ini salah seorang ahli keluarganya dimasukkan ke hospital kerana penyakit tersebut.

“Saya juga menghidapi asma dan sentiasa membawa ubat-ubatan. Habuk berterbangan hingga menyebabkan daun-daun pokok rosak dan berwarna hitam. Saya juga memasang alat pendingin hawa untuk mengelakkan habuk masuk ke dalam rumah.

Jemu buat aduan

“Begitu juga, pokok ditanam di kawasan rumah bagi mengurangkan pencemaran. Saya bimbang jika perkara ini terus berlarutan, dikhuatiri perkara lebih teruk akan berlaku. Saya berharap pihak berkaitan dapat mengenal pasti masalah ini dengan lebih terperinci dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Khalid berkata, penduduk juga sudah jemu menghantar surat kepada pihak bertanggungjawab berhubung masalah ini namun tiada sebarang kata putus daripada pihak terbabit.

“Sudah beberapa tahun saya menghantar surat kepada pihak berkaitan. Pihak mereka juga telah turun padang melihat keadaan kawasan pembakaran batu-bata itu, tetapi penduduk kampung masih tidak mengetahui status sebenar.

“Pihak berkenaan perlu maklumkan kepada penduduk kampung atau Ketua Kampung mengenai perkara yang berlaku dan jangan dibiarkan masyarakat di sini terkapai-kapai seolah-olah tiada sebarang tindakan susulan,” katanya.

Selain itu, katanya, kayu balak juga tidak sepatutnya ada di kawasan kilang berkenaan kerana berpendapat, hanya kilang papan sahaja yang boleh menyimpan kayu balak.

“Saya berharap pihak berkaitan dapat pandang serius tentang hal ini dan mengambil tindakan segera jika pihak terbabit melakukan kesalahan. Di samping itu, perlu juga memandang berat tentang tahap kesihatan penduduk di sini.

“Kami berharap kilang ini dapat dipindahkan ke tempat lain supaya tiada sebarang masalah berlaku dan pencemaran udara dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Md Nor Othman berkata, kawasan pembakaran batu-bata ini memang terlalu dekat dengan kawasan rumah orang kampung.

“Pihak berkaitan telah turun padang melihat status tanah dan lesen mereka tetapi sehingga kini saya tidak mengetahui apa keputusan pihak tersebut.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab dapat memberi penerangan kepada penduduk kampung di sini mengenai masalah ini sama ada dapat diselesaikan ataupun tidak,” katanya.

Menurutnya, jika tiada jalan penyelesaian, apakah yang perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasinya.

“Perkara ini perlu diberitahu kerana sehingga kini, kami tidak perkembangannya,” katanya.

Menurutnya, ia perlu untuk kebaikan penduduk kampung supaya hilang resah setiap hari, tambahan pula terpaksa menghidu udara tercemar akibat pembakaran batu- bata itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6853268.asp

2/23/10

Forum Perdana Maulid 27 Feb 2010 Senawang

FORUM PERDANA MAULIDURRASUL
Tarikh : 27 Feb 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

Ahli Panel :
Ustaz Hj Abd Basit Hj Abd Rahman – Jabatan Mufti N.Sembilan
Ustaz Hj Norazman Mohamad – Imam Masjid Jamek Ampangan

Moderator :
Ustaz Khazri Osman – UKM

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

2/22/10

MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP

Yayasan Bukhary telah menyumbang berjuta-juta ringgit untuk pembinaan masjid di Negeri Sembilan. Namun ada masjid yang tak siap-siap di Negeri Sembilan ini.

Di mana silapnya ? Nak salahkan siapa ?

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri Sembilan telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007. http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html . Berapa hutang kerajaan negeri tahun 2009 ?

********************************
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.

Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.

Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2009/9/10/mstar_manusia_peristiwa/20090910153348.asp&sec=mstar_manusia_peristiwa

Masjid Seremban 2 terbengkalai bahan kempen pembangkang
Berita Harian 13 Mei 2009

KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan masjid untuk kegunaan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar Seremban 2.

Bagaimanapun, sehingga kini pembinaannya belum menjadi kenyataan sehingga dijadikan isu bualan serta bahan kempen parti pembangkang.

Bagi saya, pembinaan masjid berkenaan perlu disegerakan.

Ia akan memudahkan penduduk yang tinggal di taman perumahan di sekitar Seremban 2 seperti Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang dan taman lain dapat menunaikan sembahyang dengan selesa terutama solat Jumaat.

Untuk makluman, Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang tidak mempunyai masjid.

Sembahyang Jumaat kini diadakan di sebuah surau Seremban 2 yang tidak dapat lagi menampung peningkatan jumlah jemaah.

Ia bukan saja menjadi tumpuan penduduk yang bermastautin di Seremban 2 tetapi juga kakitangan kerajaan yang bekerja seperti di Pejabat Tanah Daerah, Polis, bomba dan swasta, pekerja kilang, kakitangan pusat perniagaan Tesco dan Jusco di kawasan itu.

Kesesakan itu menimbulkan keadaan tidak selesa kepada jemaah.

Adalah menjadi harapan saya dan penduduk lain agar pembinaan masjid itu dapat disegerakan demi faedah penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Seremban 2 untuk menunaikan tuntutan agama.

JEMAAH SURAU,
Seremban, Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090512232253/Article/index_html
http://amkns.blogspot.com/2009/05/masjid-seremban-2-terbengkalai-bahan.html


Apa dah jadi Masjid Kariah Sirusa, Bagan Pinang

Tak perlu buat acara pecah tanah pembinaan masjid di Bagan Pinang. Adakah pembinaan Masjid Kairah Sirusa telah bermula ?

Atau ia sebahagian daripada deretan projek terbengkalai di Negeri Sembilan ?

Sampaikan papan tanda berkaitan pun dah usang.

Laman web pembinaan Masjid Kariah Sirusa di http://masjidsirusa.tripod.com/index1.htm
http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html

Perletakan Batu Asas Masjid Gebok, Mantin.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Muhamad bin Hj. Hasan akan melakukan Perletakan Batu Asas Masjid Gebok, Mantin, Seremban pada 02 Mac 2008 jam 10.00 pagi.
http://media.inform.gov.my/e-press/cetak-np.asp?data_dtl_oid=16912&data_type=NE&state=Negeri%20Sembilan

MASJID MELANG BARU , MANA ?

Masjid Melang adalah antara beberapa buah masjid di negeri ini yang telah di war-warkan akan mendapat bangunan baru sejak beberapa tahun lalu .

Tetapi jangan kan bangunan baru , bangunan lama yang berkarat , retak dan sudah tidak mampu menampung bilangan jemaah , masih kekal macam itu juga .

Taman perumahan semakin bertambah , pelajar Uitm juga bersolat jumaat disitu , penduduk tempatan juga semakin meningkat , tetapi janji tinggal janji .

Masjid lain saperti di Desa Anggerik Batu Kikir serta Seremban , sedang gah dalam pembinaan , tetapi masih Melang , masih tercongok macam tu juga .

Ada jemaah yang keciwa , kerana yang dijanjikan masih belum ditunaikan dan tidak kurang pula menyifatkannya sebagai janji manis yang tidak begula , janji memancing undi sahaja .

Jika betul , akibatnya mungkin bukan menguntungkan pihak yang berjanji kerana hati yang terguris sudah pasti tidak akan memberikan undi kepada mereka yang mengguriskannya .

Wakil Rakyat dah baru , ada kelayakan yang baik tetapi itu tidak memadai kalau kemahuan rakyat tidak dipedulikan .

Masjid itu bukan hak persendirian , hak ummah tetapi kenapa hak ummah lebih sukar untuk ditunaikan berbanding hal persendirian yang memohon projek dan lessen tertentu .

Menjelang 2012 ini , andai masjid Melang masih macam itu juga , apakah penduduk Melang akan percaya dengan janji manis yang telah dibuat ?

PP – rasanya tidak kerana dah banyak cerita di kedai kopi Melang , mereka akan tolak secara totol masa akan datang
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/masjid-melang-baru-mana.html

Masjid baru di Pedas Hilir RM2 juta
REMBAU 26 Feb. - Kira-kira 1,300 penduduk Kampung Pedas Hilir di sini bakal memperoleh masjid baru bernilai RM2 juta dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, peruntukan pembinaan masjid tersebut merupakan sumbangan daripada keluarga ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Seri Mohd. Eusuff Teh.

"Kerajaan negeri berbesar hati dengan sumbangan daripada beliau sekeluarga. Masjid baru yang mampu memuatkan lebih 1,000 jemaah itu kelak akan menggantikan masjid lama yang cuma mampu memuatkan cuma 250 jemaah," ucap beliau ketika merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas masjid tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau dan balu Allahyarham, Toh Puan Sri Mutiara Rokiah Abdullah.

Pembinaan masjid tersebut juga, kata Mohamad, selaras dengan usaha kerajaan untuk membina lebih banyak masjid dalam usaha memberi kemudahan kepada penduduk menunaikan ibadat dan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Apabila masjid tersebut siap dibina, penduduk di sini boleh menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berfaedah serta tidak cuma menjadikan ia tempat menunaikan solat saja.

"Ahli jawatankuasa masjid kelak harus berusaha mengembalikan fungsi masjid sebagai pusat syiar Islam," katanya.

Tambah Mohamad, sepanjang 2008, kerajaan negeri akan membina tujuh masjid di seluruh Negeri Sembilan.

"Masjid Kampung Pedas Hilir ini adalah yang ketiga sehingga kini. Baru-baru ini, kita sudah meletakkan batu asas untuk masjid baru di Seremban 2 dan Kampung Paroi," kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Mohamad, kerajaan negeri telah memutuskan untuk meletakkan lebih 21 masjid di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dalam usaha menggerakkan institusi tersebut dengan lebih teratur.

"Permulaannya membabitkan masjid di sekitar Seremban. Kebanyakan daripada masjid tersebut akan mempunyai imam tetap yang bergaji dan terdiri daripada para siswazah dalam bidang agama

"Mereka yang digelar eksekutif masjid itu juga akan bertindak sebagai pentadbir dan perancang aktiviti masjid untuk anak-anak kariah. Mentadbir masjid sekarang harus dilakukan secara profesional demi memastikan institusi tersebut menjadi nadi kepada pembangunan umat Islam," katanya.

Pendekatan baru tersebut juga kata Mohamad, harus disambut baik oleh rakyat demi kejayaannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Senarai Projek Bangunan 2009
1 Jabatan Perdana Menteri Pembinaan Pusat Saudara Baru, Seremban Belum Siap

10 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Masjid Baru Taman Panchor Jaya, Seremban Belum Siap

11 Jabatan Hal Ehwal Islam Pembinaan Sek. Men. Agama Rantau, Seremban Belum Siap

12 Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Masjid Baru Seremban 2, Seremban Belum Siap

13 Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Masjid Kariah Kg. Paroi, Seremban Belum Siap

14 Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Masjid Baru Kg. Gebok, Mantin, Seremban Belum Siap
http://nsembilan.jkr.gov.my/seremban/senarai_projek_bangunan.html

2/21/10

CERAMAH PERDANA 10 Mac 2010 Rembau

Bersama :
Us Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi, YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Tarikh : 10 Mac 2010 / Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Tg Sena , Rembau ( rumah Hj Idris , tepi jalan utama Seremban – Rembau )

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Chembong

Maklumat lanjut hubungi Tuan Johari 019-2628051

2/17/10

Lagi lemas di Port Dickson

Sinar Harian 17 Feb 2010

PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Mayat V Neetheya Raj, 19; yang dilaporkan lemas di pantai Port Dickson kelmarin, ditemui pasukan penyelamat berdekatan tempat mangsa dilaporkan lemas, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh berkata, mangsa ditemui kira-kira 12. 30 tengah hari, semalam selepas 22 jam dilaporkan lemas di Pantai Batu 1, di sini.

Operasi mencari dilancarkan Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Telok Kemang de-ngan bantuan Polis Marin sejak dilaporkan lemas kira-kira 2 petang kelmarin.

“Mayat mangsa kemu-diannya dihantar ke Hospital Port Dickson, di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya petang semalam,” katanya.

Sementara, suasana tegang seketika apabila ahli keluarga mangsa enggan ditemu ramah media sehingga sanggup menolak beberapa wartawan yang sedang menunggu.

Difahamkan, mereka datang dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Seorang rakan mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, keluarga terbabit berkelah di pantai berkenaan sempena cuti Tahun Baru Cina dan ia merupakan percutian bagi Neetheya sebelum melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan tidak lama lagi.

“Tetapi malang, hajatnya untuk melanjutkan pelajaran tidak kesampaian, begitu juga hasrat keluarganya mahu melihat anaknya belajar di universiti.

“Neetheya seorang rakan yang baik dan sebab itulah kami datang beramai-ramai ke sini untuk mencari mayat Neetheya sehingga lewat malam dengan harapan mayatnya dijumpai,” katanya.

Menurutnya, rakan-rakan tetap mengharapkan mayat Neetheya dibawa ombak dan terdampar di persisiran pantai.

“Sudah berulang-ulang kali kami mencari di sekitar pantai ini sehingga ke satu tahap kami terlihat sesuatu dan apabila dihampiri rupanya ia adalah seketul batu di tengah-tengah pantai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Insiden yang menimpa Neetheya sekali gus merupakan kejadian kedua berturut-turut sejak kematian seorang remaja lelaki, B Minot, 15; kira-kira 4 petang Ahad lalu.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan pantai mendapati tiada sebarang papan pemberitahuan ‘larangan mandi’ diletakkan di kawasan itu.

Menurut sumber daripada pihak berkuasa tempatan, kawasan ini sebenarnya merbahaya daripada aspek keselamatan dan merupakan kawasan yang tidak sesuai untuk mandi.

Berikutan kejadian semalam, MIC Telok Kemang mengambil langkah meletakkan papan pemberitahuan bahawa Pantai Batu 1 Port Dickson adalah kawasan larangan untuk mandi kerana beberapa faktor keselamatan dan akan berbincang mengenai perkara ini dengan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824637.asp

2/16/10

Mayat remaja ditemui terapung

PORT DICKSON 15 Feb. - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

Mangsa, B. Minot, 15,dijumpai terapung tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira 1.30 pagi oleh sepasukan pencari dan penyelamat bomba.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, mangsa dan saudaranya sedang mandi di pantai itu sebelum dia dan dua saudaranya tiba-tiba lemas.

Ketua Polis daerah, Supritendan K. Baljeet Singh berkata, dua saudara mangsa, B. Vogeswary, 26, dan M. Megana, 24, bagaimanapun dapat diselamatkan oleh ahli keluarga masing-masing.

"Namun, Minot gagal diselamatkan dan pihak bomba melancarkan operasi dan menyelamat untuk mencarinya.

"Setelah berusaha mencari, mayat mangsa ditemui terapung oleh pihak bomba pada awal pagi," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tujuan bedah siasat sebelum dibenarkan untuk dituntut oleh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, katanya, kedua-dua mangsa yang berjaya diselamatkan itu juga menerima rawatan di hospital sama dan keadaan mereka stabil.

Kata Baljeet, mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor berkunjung ke pantai itu bersama ahli keluarganya sempena cuti Tahun Baru Cina.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Ceramah Anak Muda 19 Feb 2010 Seremban

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:PENTAS ANAK MUDA
Tarikh : 19hb Feb.2010
Masa : 9.00 malam
Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )
Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong lalang.

Penceramah :
1. Sdr Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia
2. Sdr Ustz Nasaruddin Hassan : Ketua Pemuda PAS Pusat.
3. Sdr YB Antoney Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.
4. Sdr Nazree Yunus : Bekas Pengerusi Gerakan Anti Korupsi ( GERAK )
5. Sdr YB Aminuddin Harun - Adun Sikamat
6. YB Rashid Latif - Adun Ampangan.

Dijemput seluruh warga Seremban, Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Umumnya Rakyat Malaysia.

Anak Muda Penegak Keadilan untuk rakyat.

http://pkrseremban.blogspot.com/2010/02/ceramah-umum-pakatan-rakyat-pentas-anak.html

2/12/10

SPRM kena siasat enjin jet Sukhoi rosak


Dua enjin jet Sukhoi jenis NPO Saturn AL-31FP mengalami kerosakan teruk akibat kemasukan objek luar. Kejadian itu berlaku ketika pertama kali jet Sukhoi mendarat di pengkalan tersebut pada bulan Jun 2007

Enjin jet Sukhoi ini mempunyai kuasa sedutan yang sangat kuat sehingga batu pun boleh terbang masuk ke dalam enjin.

Landasan atau "Runaway" pengkalan TUDM di Gong Kedak dibuat oleh kontraktor tempatan tetapi ….. difahamkan syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan landasan kapal terbang.

Akibatnya landasan yang dibina tidak menepati kualiti yang baik, merekah dan keluar serpihan batu atau konkrit yang akhirnya menyebabkan enjin jet bernilai jutaan ringgit itu rosak teruk.

Masalah kerosakkan enjin jet akibat kemasukan objek luar tidak pernah berlaku di pengkalan TUDM yang lain seperti di Kuantan atau Butterworth.

Akibat dari kejadian itu, sejumlah RM200 juta terpaksa dihabiskan untuk membaiki mutu landasan dan struktur lain di pengkalan itu.

SPRM sepatutnya membuka buku kes terhadap pembinaan lapangan terbang di Gong Kedak.

Sumber : http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/02/tambahan-maklumat-kepada-kerosakkan.html

***********************************

Two more RMAF jet engines 'lost'
Tuesday, February 2nd, 2010

Local Sukhoi multi-role jets Two more fighter jet engines missing

PETALING JAYA: Two more fighter jet engines were "lost" by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in 2007, apart from the two F5 engines that were stolen from its Sungai Besi air base.
http://www.mmail.com.my/content/26506-two-more-rmaf-jet-engines-lost

***********************************
Gong Kedak to be upgraded to host Sukhoi jets,
NEW STRAITS TIMES- MANAGEMENT TIMES.
Worldsources Online September 22, 2003

PASIR PUTIH, Sun. - The Royal Malaysian Air Force will upgrade its airbase at Gong Kedak into a modern airbase following its decision to station the Russian-built Sukhoi Su-30 here, Defence Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

The 18 Sukhoi Su-30 multi-role combat jets, worth US$900 million (RM3.42 billion), ordered by the Government in 2003, are expected to arrive in 2006.

Najib said work on the airbase was expected to start in 2005.

"The allocation for upgrading is expected to be quite high. We will also lengthen the runway another 900 metres to station the Sukhois here," he said.

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-876846_ITM

***********************************
Pangkalan Udara Gong Kedak ditubuhkan pada 13 Feb 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998. Pangkalan ini merupakan sebuah pangkalan udara yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Dengan wujudnya perjawatan bagi Pangkalan TUDM Gong Kedak, Udara dan selaras dengan pembangunannya untuk rekod awalan bagi abad ke 21 ini serta penempatan Pesawat Pejuang Sukhoi 30MKM dan penerimaan pesawat pertamanya pada pertengahan tahun 2007.

http://www.airforce.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=93&Itemid=94

***********************************

Tarikh Iklan 28/04/2008
Tajuk Tender Projek Menurap Semula RUnway & Taxiway Serta Lain-Lain Kawasan Di Pengkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu
Status Syarikat Bumiputera/T1
Kelas Syarikat Kelas A , Kepala IV , Sub Kepala 3b
Harga Dokumen (RM) 300.00
Tarikh/Waktu Tutup 05/06/2008

http://www.kkr.gov.my/ms/node/47

2/10/10

Ceramah Us Idris Ahmad 23 Feb Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 23 Feb 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 mlm
Tempat :
Perkarangan Pejabat Pejabat PAS N.Sembilan
No 5, Jalan Durian Emas2, Off Jalan Dato’ Siamang Gagap, Seremban
(Berhampiran The Store Centre Point, Sek Keb Sri Kelana & Pusat Zakat N.Sembilan)

Semua Dijemput Hadir

Kapalselam Malaysia tak boleh menyelam


Betullah khabar angin sebelum ini mengatakan kapal selam Malaysia tak boleh menyelam. Ini adalah kerana terdapat kerosakan pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman. Macamana pun kerosakan ini telah pun diperbaiki pada awal Februari 2010 dan dijangka kapalselam ini akan boleh menyelam selepas diuji di perairan laut tropika.

Cerita penuh dalam Malay Mail di bawah :

Defect found on Royal Malaysian Navy sub
Submitted by pekwan on Wednesday, February 10th, 2010

KD Tunku Abdul Rahman Local SUBMARINES
Technical problem prevented French-built Scorpene from diving

MARHALIM ABAS
Wednesday, February 10th, 2010 10:29:00

OUR FIRST: The KD Tunku Abdul Rahman arriving at Port Klang for its official welcoming home ceremony on Sept 3 last year

KUALA LUMPUR: The country's sole submarine, KD Tunku Abdul Rahman, suffered a technical defect that prevented it from diving for three months. The problem was fixed last week.

The defect forced the RM1 billion plus French-built Scorpene submarine to delay tropical water trials that were scheduled to be completed by the end of January.

As a result, builder DCNS SA extended the warranty for the submarine, which was supposed to expire on Jan 25, until May so the KD Tunku Abdul Rahman could complete its trials — the first step to obtaining its Initial Operational Capability (IOC).

RMN chief Tan Sri Abdul Aziz Jaafar told The Malay Mail on Monday that the trials started this week, after DCNS completed the repairs.

"We did not allow the submarine to dive due to safety reasons. Now the problem has been fixed, the trials can be conducted," he added when met at the Defence Ministry.

The submarine was commissioned early last year after undergoing two years of trials in France.

In an email to The Paper That Cares recently, Abdul Aziz said: "KD TAR had not obtained its IOC yet as she is experiencing a defect under warranty that would not permit her to dive.

"The contractual completion for all tropical trials was before Jan 25 but submarine builder, DCNS had agreed to extend it to May 2010 as they had to rectify all warranty defects."

A defence industry source said problems with new ships or submarines were common and described the problem with the new submarine as "teething, although serious as submarines need to be able to go underwater".

The source likened the problem to that suffered by the Royal Australian Navy (RAN) with its Swedish-built Collins class submarines, which were put into service in the late 90s.

It was reported on Jan 21 that the RAN submarines' Swedish-supplied Hedemora diesel engines may have to be replaced — a major design and engineering job that could cost hundreds of millions of Australian dollars and take years to complete.

The Malay Mail learnt that the KD Tunku Abdul Rahman problem was discovered when the submarine was to start its tropical water trials in October, after its homecoming ceremony on Sept 3 last year.

The submarine is expected to complete all trials by May and be cleared for operations in the same month. It is also expected to conduct the live firing of its SM39 Exocet anti-ship missile in May.

The second RMN submarine, KD Tun Abdul Razak, is scheduled to conduct its first live torpedo firing late this year.

It is believed that the problems with KD Tunku Abdul Rahman is the reason for the arrival of the KD Tun Abdul Razak, scheduled for January, to be delayed until June or July. It is reportedly undergoing a second phase of trials by Navantia, a Spanish shipbuilder and partner of DCNS.

The Malay Mail learnt that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak discussed the technical problems of KD Tunku Abdul Rahman with French Defence Minister Herve Morin during Lima 2009 in Langkawi last December and Morin promised the matter would be solved "as soon as possible".

Following the meeting, two naval officers from France came to Malaysia to help RMN solve the problems. Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi leads a task force to ensure that the submarine's technical issues were resolved.

The two submarines were ordered in 2002 at a cost of RM3.4 billion.

SUBMARINES BUILT BY FRENCH AND SPANISH FIRMS
BOTH the KD Tunku Abdul Rahman and KD Tun Abdul Razak are to be based at the Royal Malaysian Navy base in Telok Sepanggar, Sabah, which was built specifically for submarines. The base also houses maintenance, training and personnel facilities for the vessels.

The two Scorpene submarines were built in separate modules at the Navantia shipyard in Cartagena, Spain, and the DCNS yard in Cherboug, France, before the hulls were joined and launched. The KD Tunku Abdul Rahman was fitted out at the Cherboug shipyard while KD Tun Abdul Razak was completed at the Navantia shipyard.

Apart from the two submarines, the deal also included the purchase and refurbishment of an Agosta class submarine, which is used to train RMN personnel. Some 150 RMN personnel were sent to Brest, France, for training as part of the procurement programme.
The Scorpenes are classified as Perdana Menteri Class submarines with the RMN. Both submarines are armed with Blackshark wire-guided torpedoes and Exocet SM39 antiship missiles.

They can carry out anti-submarine or anti-surface ship warfare, as well as special forces deployment in coastal waters.

Both vessels are equipped with necessary emergency systems to ensure the survival of its 32-man crew for seven days. The submarines are reportedly able to spend an average of 240 days at sea a year.

http://www.mmail.com.my/content/27231-defect-found-royal-malaysian-navy-sub

2/9/10

Anjing, kuda masuk kubur

Berita Harian 9 Feb 2010


DUA kuda yang dibiarkan bebas meragut di kawasan perkuburan Kampung Indah, Bahau.

Tanah perkuburan Islam Kampung Indah turut dikotori najis haiwan liar

BAHAU: Kawasan perkuburan selalunya dijaga rapi bagi mengelak pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab yang cetek ilmu untuk melakukan aktiviti pemujaan selain penagih dadah yang hilang kewarasan menjadikan kawasan itu markas mereka.

Kebiasaannya tanah perkuburan Islam dipagar, manakala di dalamnya pula dipenuhi pokok besar yang meredupkan kawasan redup.

Secara keseluruhannya, kawasan kubur sentiasa dijaga dan dihormati kerana ia membawa pelbagai maksud dan pengalaman kepada setiap orang.

Namun, perkara berbeza berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kampung Indah yang terletak berhampiran bandar ini.

Sudahlah kawasan itu kurang terjaga dengan rumput dan lalang tumbuh meliar, kini ia menjadi sasaran haiwan liar termasuk kuda dan anjing untuk mencari makanan dan berteduh.

Haiwan terbabit dikatakan memasuki kawasan itu melalui pagar yang sudah roboh mengelilingi kawasan perkuburan itu.

Ruzila Yusof, 30, yang menetap di kawasan berhampiran tanah perkuburan itu mendakwa sering melihat anjing dan kuda menceroboh masuk dan berkeliaran di dalamnya tanpa sesiapa pun peduli.

“Saya sering melihat haiwan itu di situ pada waktu pagi dan petang. Saya pun tidak tahu sama ada mereka haiwan liar atau dibela kerana penjaganya tidak pernah kelihatan.

“Kehadiran haiwan terbabit di kawasan itu sangat mengganggu saya kerana tanah perkuburan sepatutnya dijaga dan dipelihara dengan baik,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Katanya, kehadiran haiwan terbabit yang berkeliaran di kawasan itu juga menimbulkan perasaan tidak selesa kepada penduduk yang datang menziarah atau melakukan pengebumian dan terpaksa menghalau binatang itu terlebih dulu.

Osman Jailani, 30, pula mendakwa semua haiwan itu mempunyai pemilik namun mengambil sikap sambil lewa membiarkan mereka berkeliaran mencari makan sendiri.

“Saya berharap pemilik mengawasi haiwan mereka supaya tidak menceroboh masuk tanah perkuburan Islam itu. Kita tidak mahu kawasan itu dicemari najis,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20100209092800/Article/index_html

2/7/10

Ceramah Dato Tuan Ibrahim 18 Feb N9

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan

Penceramah :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : PAS Kawasan Rembau dan PAS DUN Rantau

Maklumat lanjut hubungi Hj Shukri 019-6210677

********************************
JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang
Kupon RM 30 seorang
Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

2/6/10

CERAMAH Umum 7 Feb 2010 Felda Jempol

Ceramah Umum
7hb Febuari 2010/Ahad.
8.45 malam
Rumah Tn. Hj Ismail Nasir
No. 200, Felda Alias 2, Jempol.

Penceramah Utama:
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Malaysia)
Tn. Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda PKR Pusat)
YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau)

Hotline:013-601 2553 (Karip Salleh).

Bagi warga Felda di kawasan Tampin sila hadir beramai-ramai.

Info lanjut di http://keadilantampin.blogspot.com

2/4/10

Kelemahan kereta kebal PT91, Utusan dikritik



Antara komen dalam Blog beliau ialah :

Artikel berkenaan kereta kebal sepatutnya ditulis oleh pegawai tentera yang berkaitan, bukan oleh orang awam yang tidak tahu membezakan antara kereta kebal dan kereta perisai.

Kereta kebal PT 91M sama macam model sebelumnya T 72 yang tewas teruk semasa Perang Teluk oleh kereta kebal US M1A1 dan British Challenger 2.

Kereta perisai yang terbaik ATM ada ialah jenis Ferret. Yang lainnya, yang dibeli sejak 1970an banyak masalah.

Kereta kebal PT 91M gagal sama sekali (total failure) sejak mula berkhidmat dengan ATM, masalah utama ialah sistem gear.

Masalah PT 91M ini bertambah teruk lagi apabila dimasukkan sistem dari negara lain selain Poland, ini menyukarkan krew penyenggaraan dan meningkatkan kos penyenggaraan.

Diramalkan PT 91M ini tidak mampu beroperasi selepas 10 tahun, dimana akhirnya akan menjadi sasaran tembakan latihan di Asahan.

*******************************************

the Malaysian Army has had in its inventory is the Ferret Scout car. All other armoured vehicles purchased since the 70’s are a total flop”.

He went on to say that the PT 91M is a total failure even before it entered service in the Malaysian Army; the major mechanical glitch being the gearing system.

And what is even worse is that the Malaysian Army has incorporated a number of foreign manufactured systems (other than Polish) into the tank, and this makes the maintenance of the tank a nightmare for the maintenance crew; besides the exorbitant cost that the army has to bear to maintain these systems.

He does not foresee the PT 91M being operational worthy after 10 years of service; where it will finally end up as targets at Asahan Range.

If this posting is deemed critical to the army’s acquisition of the PT 91M, I wish to be corrected by those who are physically handling the tank; in this instant officers of the Armoured Corps, and not by some civilian writers who don’t even know the difference between a tank and an Armoured Personnal Carrier.

Sumber http://mindnoevil.blogspot.com/2010/02/pt-91m-main-battle-tank-was-it-worthy.html

********************************

Utusan Malaysia 26 Jan 2010

Pendekar PT-91M: Igauan kepada musuh negara

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm&arc=hive

2/1/10

Lokasi baru jejas perniagaan

Sinar Harian 1 Feb 2010

SENAWANG – Hampir semua peniaga makanan dan minuman yang berpindah ke lokasi baru di Medan Selera Taman Tuanku Ja’afar (TTJ) menggigit jari apabila perniagaan mereka semakin merosot.

Masalah itu berlaku kerana kekurangan pengunjung menyebabkan peniaga lebih banyak termenung dan melelapkan mata berbanding melayani pelanggan seperti kebiasaan dilakukan mereka.

Mereka mendakwa, perpindahan itu berlaku kerana akur arahan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), bagaimanapun kini semakin tertekan selepas perniagaan mula mengalami kerugian.

Tinjauan Sinar Harian di medan selera membabitkan 33 lot gerai itu mendapati kebanyakan peniaga hanya menghitung hari sejauh mana mampu bertahan sekiranya masalah itu berterusan tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkaitan.

Kuih tidak laku

Peniaga, Masinah Wagiman, 50, berkata sejak dua minggu berniaga di tempat baru itu, hampir setiap hari dia terpaksa membuang kuih muih yang tidak habis dijual.

Menurutnya, sebelum ini, lima kilo tepung digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih dijualnya, namun kini tidak sampai tiga kilo tepung diperlukan.

“Memang saya rugi besar sejak berniaga di sini. Bayangkan jika di tempat lama, saya boleh menjual mi sebanyak 20 kilo satu hari, tetapi sekarang tidak lagi.

“Saya terpaksa membuang kuih muih yang tidak habis dijual. Mahu hantar ke surau, sudah selalu sangat. Takkanlah tiap-tiap hari mahu buat begitu,” katanya.

Masinah berkata, dia bingung memikirkan masa depan perniagaannya jika keadaan itu dibiarkan berterusan tanpa adanya sebarang jalan penyelesaian daripada pihak berkenaan.

Malah, dia turut mendakwa tidak ada sumber pendapatan lain selain daripada berniaga dan suaminya kini terlantar di rumah kerana sakit.

“Saya ini bukan orang senang dan suami pula sakit di rumah. Sekarang sayalah yang berusaha mencari rezeki. Anak-anak pula bukannya tidak mahu membantu, tetapi mereka juga mempunyai kehidupan dan masalah sendiri.

“Saya berharap sangat dapat berniaga di tempat lama kerana di sini memang saya betul-betul susah," katanya.

Menurutnya, hari pertama berniaga di sini, pendapatan diterima hanya RM10.

"Macam manalah saya mahu membayar gaji empat orang pekerja jika hari-hari seperti ini,” katanya.

Mahu tempat lama

Nora Yatim, 49, pula berkata, dia berharap dapat kembali berniaga di tempat lama kerana tidak sanggup menanggung kerugian setiap hari.

Menurutnya, MPN tidak sepatutnya mengarahkan peniaga yang menjual makanan ringan seperti kuih muih dan minuman berpindah ke medan selera itu kerana mereka tidak menggunakan ruang besar berniaga sehingga mengganggu lalu lintas seperti didakwa orang ramai.
“Kami tidak menyebabkan kesesakan kerana selepas habis berniaga kami akan tutup gerai. Saya pun sebelum ini berniaga hanya menggunakan payung.

“Masalahnya sekarang ini, peniaga luar yang datang berniaga di sini membuka kedai makan hingga lewat malam. Mereka letak kerusi meja di kaki jalan hingga mengganggu lalu lintas di sini,” katanya.

Nora yang sebelum ini berniaga di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sejak 16 tahun lalu kini terpaksa akur dengan arahan MPN, namun berharap mereka dapat mencari jalan penyelesaian bersama membantu peniaga bumiputera di sini.

“Jika di tempat lama dekat dengan bangunan rumah kedai, rumah penduduk dan di laluan utama menyebabkan sesiapa sahaja yang lalu di situ akan singgah membeli.

“Bagaimanapun sekarang mungkin mereka fikir banyak kali untuk naik ke atas semata-mata hendak membeli kuih-muih,” katanya.

Sementara itu, Ariah Lebai Ismail, 52 pula tidak kisah untuk ditukarkan berniaga di tempat lain tetapi lokasi tersebut perlulah bersesuaian hingga tidak membebankan peniaga.

“Saya sudah berniaga di hadapan BSN sejak 19 tahun lalu dan itulah punca pendapatan saya membesarkan anak-anak tetapi sejak arahan berpindah, memang saya rugi besar sama seperti peniaga lain.

“Sepatutnya, kami yang berniaga kecil ini biarlah di tempat lama dan hanya kedai makan sahaja perlu berpindah. Pihak berwajib perlu datang tengok keadaan kami berniaga di sini yang kekurangan pengunjung,” katanya.

Pelanggan kurang

Rohani Abdullah, 43, berkata, nasi lemak yang dijualnya kini terlalu sukar untuk dihabiskan seperti dahulu dan pendapatan diperoleh kini sekitar RM200 berbanding dahulu yang boleh mencecah ke RM600 sehari.

“Lokasi baru ini agak ke dalam dan susah pengunjung mahu datang. Kedai makan saya pula agak jauh ke dalam menyebabkan pelanggan mungkin fikir banyak kali untuk datang ke sini.

“Bagaimanapun, apa boleh buat sudah arahan jadi kami ikut sahaja. Cuma saya agak kecewa apabila diarah untuk berpindah ke sini, kemudahan lengkap seperti air dan elektrik tidak disediakan sebaik mungkin,” katanya.

Selain itu, Asmaniza Johari, 34, berkata jika sebelum ini dia mampu menarik pelanggan hingga 100 orang sehari, namun sekarang mahu mendapatkan 20 orang yang datang terlalu sukar baginya.

Menurutnya, disebabkan lokasi yang tidak dilengkapi dengan kemudahan sempurna menjadi salah satu faktor mengapa orang ramai tidak datang ke situ.

“Kemudahan elektrik dan air pun tidak ada, susah untuk kami berniaga di sini jika ia dibiarkan berterusan dalam tempoh yang agak lama.

"Kami perlu sediakan tong menyimpan air sendiri jika mahu menggunakan tandas. Malah, air di singki juga tidak ada,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6523202.asp