KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/30/10

Rais Yatim dan Jalur Lebarnya tapi Jelebu


Bercakap mengenai jalur lebar, tiada orang lain yang banyak mendapat liputan meluas media melainkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu, N.Sembilan.

Tapi orang Jelebu dah muak dengar mengenai jalur lebar. Apa ke tidaknya , banyak kawasan di Jelebu , usahkan jalur lebar, liputan telefon pun banyak tempat tak dapat.

Bukan sahaja talian telefon mudah alih yang bermasalah di Jelebu, malahan talian telefon tetap pun sering bermasalah.

Tok Rais, jangan sibuk jago Jalur Lebar yo. Turunlah Jolobu tengok mana tempat tak dapat liputan telefon. Apa guna jadi ahli Parlimen Jelebu dan Menteri Komunikasi tapi tempat sendiri tak leh jaga.

Jangan Cakap Doga Doga yo.

Cakap Berdegar-Degar, Tahi Tersangkut Di Gelegar.

*******************************

Jalur lebar SchoolNet dipertingkat
KUALA LUMPUR 29 April - Rangkaian jalur lebar, SchoolNet yang disediakan di 9,884 sekolah seluruh negara akan dipertingkatkan dengan teknologi tanpa wayar, WiFi dan WiMAX yang lebih pantas.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu akan dilaksanakan kerana rangkaian jalur lebar ke sekolah sekarang yang menggunakan satelit gagal mencapai sasaran kelajuan satu megabit sesaat (Mbps).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm&arc=hive

Kesal permohonan rumah awam diketepi

Sinar Harian 30 April 2010

GEMAS – Niat berbakti kepada kampung sendiri untuk menjadi sebahagian tenaga belia kampung menjadikan Mohd Zairul Almey Abdul Rahaman, 27, dari Kampung Londah membuat keputusan pulang ke kampung halaman pada 2006.

Niatnya itu diperkukuhkan dengan perkahwinannya bersama Wan Jannati Wan Haznan, 29, untuk terus menetap di kampung berkenaan dan dia mula membuat permohonan menjadi peserta Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Halacara Baru sejak 9 Februari 2007.

Mohd Zairul berkata, pada 26 November 2007 dia menerima surat tawaran seunit rumah di PAKR Halacara Baru Gemas dan dikehendaki mengesahkan kelayakan permohonan dengan pergi ke Pejabat Daerah Kecil Gemas pada 6 Disember 2007.

Bagaimanapun, menurutnya, pada 3 Disember 2007, tiga hari sebelum pengesahan kelayakan, dia menerima surat penangguhan pengundian lot rumah di PAKR Halacara Baru, Gemas daripada agensi berkaitan.

“Perkara ini mengecewakan, namun saya tetap menunggu kerana yakin diberikan surat tawaran dan surat berkenaan hanya penangguhan pengundian lot sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Londah, dekat sini.

“Namun, penantian selama dua tahun tidak berakhir dengan khabar gembira apabila pengundian lot rumah PAKR Halacara Baru pada awal 2010 membabitkan 20 unit rumah tidak menyelitkan nama saya.

Mohd Zairul berkata, bagaimanapun dia tidak cepat melatah kerana beranggapan kemungkinan pengundian kali itu bukan rezekinya dan berharap dapat disertakan dalam pengundian lain.

“Namun, setelah berbual dengan beberapa individu yang berjaya memiliki rumah di PAKR Halacara Baru, saya kecewa dan tidak berpuas hati kerana ada di antara mereka baru memohon selama setahun, sudah memiliki rumah dan tidak kurang juga menyewa kepada orang lain.

“Saya keliru rumah di PAKR Halacara Baru ini pada awalnya dikatakan keutamaan akan diberikan kepada anak jati Kampung Londah dan kini turut diberikan kepada orang luar. Namun, ini bukan perkara utama sekiranya mereka layak, tetapi ada di antara mereka sudah memiliki rumah sendiri.

Mohd Zairul berkata, dia cuba berunding mengenai isu berkenaan kepada wakil rakyat setempat dan pernah menghubungi Unit Perumahan Kerajaan Tempatan (UPKT) serta terkilan kerana tidak diberikan kata putus.

“Oleh itu, saya berharap masalah saya ini dapat berakhir dengan perkhabaran gembira kerana saya memerlukannya kerana kini saya memiliki dua anak berusia tiga minggu hingga dua tahun.

Menurutnya, kini dia menyewa di taman berhampiran dengan bayaran RM250 sebulan dan saya hanya melakukan kerja kampung sahaja.

“Jika dahulu, pendapatan saya agak baik kerana saya menoreh getah, tetapi kini dalam proses tanam semula dan saya terpaksa membuat kerja lain. Mujur saya memiliki pengalaman membaiki elektrik ketika di Kuala Lumpur dahulu untuk menampung keluarga saya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7628383.asp

Pembantu ADUN dipukau

Sinar Harian 30 April 2010

SEREMBAN – Pembantu peribadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, di sini, kerugian hampir RM3,500 dalam bank simpanannya selepas didakwa dipukau sekumpulan sindiket pencurian dalam satu kejadian di bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Sabtu lalu, mangsa Yap Sing Kin, 56, dikatakan sedang menge-luarkan wang simpanan berjumlah RM50 di salah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar ini.

Dia mendakwa ketika mengeluarkan wang berkenaan, seorang lelaki datang memukau dengan cara menepuk bahu belakang ba-dannya.

Lantas katanya, penje-nayah terbabit dipercayai lebih daripada seorang bertindak menukarkan kad ATM milik mangsa kepada kad ATM yang lain.

“Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi secara tiba-tiba dia (penjenayah) menepuk bahu belakang dan menyuruh saya mengambil duit syiling RM1 yang dikatakan jatuh di lantai.

“Saya tunduk ke bawah lalu terus mengambil duit berkenaan tanpa mensyaki apa-apa, tetapi ketika itu kad ATM milik saya masih berada di mesin ATM berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat ADUN Temiang, di sini semalam.

Menurut Sing Kin, kejadian berlaku dengan pantas dan dia tidak menyedari kad ATMnya telah bertukar.

Menurutnya, ketika kejadian, tidak ramai pelanggan berada di situ melainkan dirinya serta dua pelanggan lain.

“Hanya saya dan dua pelanggan berada di bank berkenaan termasuk suspek dan saya mensyaki dua pelanggan berkenaan merupakan rakan kepada suspek,” katanya.

Sing Kin berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila menyedari wang simpanannya lesap ketika memeriksa baki wang di mesin ATM, Rabu lalu apabila mendapati kad tersebut tidak boleh digunakan.

“Ketika saya mahu melakukan transaksi semula, saya terkejut apabila kad ATM milik saya tidak dapat digunakan.

“Setelah dibuat semakan terperinci, pihak bank memberitahu kad ATM itu bukan milik saya dan pihak mereka turut memaklumkan wang simpanan saya berkurangan sebanyak RM3,500.

Berikutan kejadian itu, Sing Kin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, kelmarin.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7630095.asp

Jejambat diancam keretakan di Jalan Labu

Utusan Malaysia 30April 2010


Keretakan serius jelas dan membahayakan pengguna Jejambat Jalan Labu, Seremban, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

RASAH 29 April - Jejambat di Jalan Labu, Seremban dekat sini diancam keretakan serius apabila struktur penyambung dikesan mula renggang dan membahayakan pengguna jalan raya.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Thomas Chong yang meninjau jejambat berkenaan hari ini berkata, keadaan itu boleh mengancam nyawa orang ramai yang menggunakan laluan tersebut ke kawasan sekolah, industri dan taman perumahan.

''Saya telah melihat keadaan jejambat itu, nyata sambungannya semakin renggang dan membahayakan pengguna jalan raya.

''Dari bahagian atas jejambat itu, saya dapat lihat laluan kereta api di bahagian bawahnya," katanya sewaktu ditemui di lokasi berkenaan dekat sini.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri membuat penilaian dan memberi kepastian terhadap struktur jejambat tersebut termasuk aspek keselamatan agar tidak membimbangkan pengguna jalan raya.

''Saya lihat jarak regangan itu ketika ini ialah kira-kira 91 sentimeter," ujarnya.

Katanya, regangan itu berlaku di antara sisi penghadang jejambat sebelah kiri hinggalah ke bahagian kanan yang dianggarkan sejauh 10 meter.

''Kajian perlu dibuat segera. Kita tidak mahu sebarang tragedi buruk berlaku, tambahan pula di bahagian bawah merupakan laluan kereta api," katanya.

Thomas juga menasihatkan pengguna jalan raya terutamanya kenderaan berat yang menggunakan laluan ini supaya berhati-hati atau mencari alternatif lain untuk memasuki kawasan tersebut.

''Pengguna jalan raya terutamanya kenderaan, saya nasihatkan supaya tidak memecut di jejambat itu dan berhati-hatilah," katanya.

Thomas menganggarkan sebanyak 2,000 pengguna jalan raya menggunakan jejambat tersebut setiap hari termasuklah kenderaan berat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Melayu Port Dickson umpama Kera


Ya , memang umpama kera.

Iaitu Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Pengusaha Bot Melayu mendapat layanan kelas ketiga , Pengusaha Hotal mendapat layanan kelas bisnes , kelas eksklusif, kelas elit.


***********************

Petikan Ucapan Sidang DUN 2010 oleh YB Hj Taufek , ADUN Paroi

Dalam RMK-9 , peruntukan RM50.1 juta untuk membangunkan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara , Zon Wellness dan Bandar Tentera Darat.

Yang perlu diberi perhatian adalah sikap segelintir pengusaha hotel-hotel besar yang telah menghakmilik kan pantai-pantai yang bertentangan dengan hotel milik mereka. Ada laporan yang mengatakan pantai-pantai ini dipagar dan pengunjung-pengunjung awam yang masuk ke pantai tersebut dihalau keluar.

Kita sedar bahawa ada antara pengusaha hotel-hotel mewah ini yang telah diberi geran untuk membangunkan tanah pantai dan sebahagian laut antaranya Avillion dan Legend Chalet Resort.

Kita bimbang jika usaha membanteras kegiatan sebahagian pengusaha hotel ini tidak dilakukan, ianya akan merencatkan kedatangan pelancong-pelancong tempatan ke PD. Ini mungkin sebabnya Port Dickson tak menjadi pilihan YB Bagan Pinang untuk destinasi bulan madunya.

Kegiatan seperti ini hanya akan memberi keuntungan kepada pihak hotel tetapi menyebabkan pelancong domestik akan melihat pantai Port Dickson semakin kecil dan pantainya semakin sesak akibat pengunjung tertumpu kepada pantai-pantai tertentu sahaja antaranya di Batu 4 ½. Sekali slogan ”Rakyat Didahulukan ” akan dilihat retorik semata-mata.

http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/04/ucapan-sidang-dun-2010siri-2-terakhir.html



SIMPAN BOT DI PREMIS TERBIAR
2010/04/30

PENGUSAHA SUKAN REKREASI PANTAI MENGELUH TAK DIBENAR LETAK PERALATAN DI TEPI HOTEL

TELOK KEMANG: Sama ada terlepas pandang atau tidak dipedulikan. Inilah nasib pengusaha peralatan sukan rekreasi yang tidak mempunyai pilihan lain apabila terpaksa menyimpan peralatan seperti bot, pelampung, jet ski, kerusi sandar dan bot pisang di bangunan kosong terbiar sekitar pantai peranginan di sini.

Ini berikutan arahan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai Jun tahun lalu yang tidak lagi membenarkan peralatan itu diletakkan di tepi pagar hotel dan bawah pokok. Suka atau tidak, kira-kira 40 pengusaha terbabit yang beroperasi di Dataran Seri Kemang di sini, terpaksa akur terhadap arahan itu. Antara pilihan yang ada ialah menjadikan bangunan kosong terbiar sebagai tempat menyimpan peralatan itu. Pengusaha peralatan sukan rekreasi, Mohd Rizal Baharuddin, 33, mendakwa masalah mereka diadukan kepada Persatuan Peniaga Kecil dan Rekreasi Pantai, tetapi selepas hampir 10 bulan, tiada khabar berita mengenai penyelesaian kepada masalah mereka.

Katanya, pengusaha yang sebelum ini meletakkan peralatan itu di tepi pagar hotel tidak lagi dibenarkan berbuat demikian kerana dikatakan mencemar pandangan.

"Kami tidak ada pilihan lain dan terpaksa menjadikan bangunan kosong berhampiran sebagai ganti. Kami sedar mengenai risiko yang dihadapi seperti kemungkinan bangunan itu runtuh, manakala sistem perparitan tidak teratur mengundang masalah kekotoran di sini.

"Apa boleh buat. Kami terpaksa akur walaupun dalam hati, kami turut memberi sumbangan kepada industri pelancongan di sini," katanya yang menjalankan perniagaan menyewa peralatan itu kepada pengunjung sejak tujuh tahun lalu.
Mohd Rizal merayu pihak berkuasa supaya memberi perhatian terhadap rintihan pengusaha yang bimbang dengan ketiadaan tempat menyimpan peralatan sukan rekreasi yang sempurna.

Tinjauan Berita Harian mendapati pengusaha terbabit seperti ‘berumah tangga’ di bangunan kosong kerana terdapat tilam bantal, pinggan mangkuk, periuk dan dapur. Pengusaha dipercayai mahu memastikan peralatan itu tidak dicuri.

Seorang lagi pengusaha, Khatijah Yaakob, 43, kesal kerana kewujudan mereka yang menyediakan kemudahan sukan rekreasi kepada pengunjung pantai itu diketepikan ketika MPPD melaksanakan projek menaik taraf gerai di situ.

"Apa salahnya MPPD membina tempat menyimpan peralatan ini. Kami sedia membayar sewa dengan kadar berpatutan. Ketika ini, kami terpaksa membawa berulang alik peralatan itu yang jika diseret jauh setiap masa akan mengalami kerosakan," katanya.

Beliau berkata, peralatan berkenaan juga mahal, terutama enjin bot yang berharga hampir RM30,000 dan akan menanggung kerugian besar jika dicuri kerana disimpan di tempat tersorok.



Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, ketika dihubungi berkata MPPD tidak dapat mempertimbangkan permintaan pengusaha berkenaan kerana MPPD tidak mempunyai tanah untuk menempatkan bangunan menyimpan peralatan itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Simpanbotdipremisterbiar/Article

4/29/10

Dato Tuan Ibrahim 6 Mei 2010 JOHOL


PIDATO PERDANA
Tarikh : 6 Mei 2010 / Khamis
Tempat : Dataran Ilmu, Kg Paya Renggoh, Johol, N.Sembilan
Masa : 9 malam

Penceramah :
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Aminuddin, ADUN Sikamat
Ustaz Hassan Alias Al Hafiz, Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Politik 5 Mei 2010 Senawang


CERAMAH UMUM
Tarikh : 5 Mei 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Khidmat Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Masa : 9 malam

Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Cha Kee Chin , ADUN Bukit Kepayang
Chegubard , AMT PKR
Ust Riduan Mohamad Nor , EXCO Pemuda PAS Pusat
Ust Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijempu Hadir

Maklumat lanjut hubungi 019-2998345

http://mohdtaufek.blogspot.com/
http://dapcha.blogspot.com/
http://chegubard.blogspot.com/
http://tintajundi.wordpress.com/
http://pemudanegeri.blogspot.com/

4/28/10

KONVOI Palestin N.Sembilan 8 Mei 2010


KONVOI NASIONAL VIVA GAZA
Dari N.Sembilan ke Shah Alam
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Masa : 5 petang
Berkumpul : Depan Pejabat JIM, Dataran Senawang

Sila bawa kenderaan sendiri, bendera Malaysia dan Palestin

Anjuran : Gabungan NGO N9, PACE, JIM, ABIM, PACE, TERAS, AQSA SYARIF, DLL

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhairi 019-2998345

***************************
PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam
Masa : 7.00 mlm hingga 11.30 mlm

Tetamu Jemputan
- Sheikh Hussein KH Awawidah, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Perdana Global Peace Organisation
* Muslim Care

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org/

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, harap dapat sebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat sekitar dalam rangka membantu Palestin.

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke
Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

4/26/10

PAS et PKR 2 Mei 2010 PD, N.Sembilan

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 2 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Bandar Sunggala, Port Dickson
Penceramah :
cheGuBard
YB Taufek , ADUN Paroi (PAS)
YB Dato Kamarul , Ahli Parlimen Telok Kemang (PKR)

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

4/23/10

RM 8 Billion kereta perisai, akan tenggelamkah ?


Malaysia telah menandatangani kontrak RM 8 Billion untuk membangunkan 257 buah kereta perisai 8 X 8.

Dalam Blog seorang bekas Brig Jeneral dinyatakan bahawa kereta perisai pacuan 8 X 8 (8 tayar pacuan) adalah amat tidak sesuai digunakan di Malaysia.

Ini adalah kerana bentuk muka bumi Malaysia dan iklim hujan tropika tidak sesuai dengan kenderaan perisai 8 X 8 yang terlalu berat.

Beliau mencadangkan kerajaan sepatutnya membeli kereta perisai yang lebih ringan yang sesuai dengan keadaan muka bumi dan cuaca di sini.

Yang penting padanya bukanlah saiz kereta perisai, tetapi jenis persenjataan yang ada pada kereta perisai tersebut.

Kalau kapal selam Malaysia dulu mempunyai masalah tak boleh menyelam (tenggelam), apakah kereta perisai ini akan menyelam dalam muka bumi Malaysia ?


*********************************
Projek RM8 bilion kereta perisai
KUALA LUMPUR 20 April - DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

BILLIONS IN DEFENCE DEAL CLINCHED AT DSA 2010
However, questions has been raised as to why does the army need an 8 x 8 AFV that is FAR TOO HEAVY FOR DEPLOYMENT IN THE MALAYSIAN TERRAIN. Compared to the Sigmas which is a 16 ton vehicle; the weight of the 8 x 8 AFV ranges from 18 tons to 26 tons, and at this weight, THE VEHICLE WILL SINK IN MOST OF OUR TERRAIN. http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/billions-in-defence-deal-clinched-at.html

ERRATUM
The facts mentioned by the reader I quote, “When we did our trial 4 or 5 years back, we were doing the trial most of the time during rainy season. The paya (marshy) areas that we were in were damn soggy and bloody soft, worst that wet padi field. I didn’t remember we got stranded in muddy areas. I can certify to you as the expert in this field, my MSC degree in Weapon and Vehicle System, all the three 8 x 8 we tested including PATRIA, PARS and MOWAG went through wet ground test inclusive padi field with flying colours. I can also assure you the ground pressure of most world 8 x 8 is small enough to operate in our padi field”.

Be that as it may, my position with regards to a statement that the 8 x 8 AFV regardless of model and manufacturer) is too cumbersome for the Malaysian terrain still remains. I am of the opinion that a smaller, lighter and a well armed AFV is the better choice. After all, it is the weapons systems used that are critical in battle.
http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/erratum.html

4/22/10

Rakyat doakan wakil rakyat mereka cepat mati


Masih ingat lagi kisah seorang wakil rakyat menerima surat agar wakil rakyat tadi cepat mati supaya diadakan pilihan raya kecil dan barulah kerajaan menjalankan banyak projek pembangunan di kawasan itu ?

Jangan mudah lupah. Kisahnya di sini http://amkns.blogspot.com/2007/04/wakil-rakyat-dapat-surat-minta-dia.html

Jangan salahkan rakyat dan pengundi. Kerana rakyat dan pengundi di Malaysia telah diajar dengan pelbagai pembangunan dan janji-janji setiap kali menjelang pilihanraya.

Keluhan peniaga bot pelancongan

Sinar Harian 22 April 2010

TELOK KEMANG – Situasinya seperti penempatan rumah setinggan didiami pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pernah dikunjungi pihak berkuasa kerana beranggapan penduduk adalah Pati.

Malah pengunjung ke Pantai 3 Telok Kemang turut beranggapan itu adalah penempatan Pati.

Ini kerana, pemilik bot terpaksa membina penempatan itu untuk memastikan keselamatan botnya daripada kegiatan lanun pada waktu malam.

Khuatir enjin hilang

Seorang pengusaha bot pelancong, Mohd Rizal Baha-rudin, 33, berkata, bot itu perlu dijaga 24 jam untuk mengelakkan kes samun dan kecurian.

Ini kerana, kos enjin 200 kuasa kuda mencecah puluhan ribu apabila hilang dan boleh mengakibatkan pemiliknya kerugian besar.

Menurutnya, pernah beberapa tahun lalu, dua enjin botnya hilang sebaik dia pulang ke rumah tidak sampai dua jam untuk bersahur.

“Walaupun sedikit kecuaian tetapi akan menyebabkan kita kerugian besar sekali gus memberi peluang keemasan kepada penyamun.

“Suasana seperti ini berlaku kerana kami tidak disediakan kemudahan khusus untuk menyimpan bot, tidak seperti peniaga pakaian, mereka disediakan kemudahan deretan kedai yang sedang dinaiktarafkan,” katanya.

Sering pindah

Sementara itu, pengusaha bot pelancongan, Khatijah Yaakob, 43, berkata, dia sudah tiga kali pindah sejak melakukan perniagaan se-wa bot pelancongan.

“Saya menggunakan modal RM3,000 untuk menye-wa jentera membersihkan kawasan ini, kemudiannya membetulkan sistem perparitan dan sebagainya.

“Bangunan terbengkalai kami huni sekarang adalah atas belas kasihan penga-wal keselamatan bangu-nan ini,” katanya.

Menurutnya, seramai lapan pengusaha bot menja-dikan kawasan itu sebagai tempat memarkir bot.

“Jika tidak diberikan izin kami akan merayu kerana kami tiada tempat untuk meletakkan bot. Jika bot mahu dibawa balik ke rumah, pastinya akan mengundang lebih banyak masalah,” katanya.

Khatijah berkata, dia tinggal di kawasan peru-mahan dan pastinya mengganggu keselesaan penduduk jika mahu memarkir botnya di kawasan itu kerana saiznya agak besar dan sukar untuk dia membawa pulang setiap hari.

“Kami pengusaha bot di sini mempunyai lesen membawa pelancong bermula jam 7 pagi hingga 7 malam. Jika ada permintaan daripada pelancong untuk memancing pada waktu malam di tengah laut, kami akan meminta lesen daripada Jabatan Laut untuk berbuat demikian dan sehingga kini Jabatan Laut sering memberikan kerjasama yang baik.

“Sementara itu, pada hujung minggu, ketika bot kami disewa, kawasan ini digunakan pengunjung untuk memarkir kenderaan mereka,” katanya.

Menurutnya, hampir setahun dia menetap di situ dan telah beberapa kali melakukan permohonan, tetapi sehingga kini masih belum mempunyai sebarang kata putus daripada pihak berkenaan.

Di Port Dickson terdapat 40 pengusaha bot pelancongan dan mereka turut mengalami situasi sama.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abd Wahab Shamsudin berkata, setakat ini pihaknya memang tiada perancangan untuk membangunkan penempatan khas meletakkan bot itu.

Menurutnya, dia menasihatkan pengusaha bot mencari bangunan tetap untuk disewa dan tidak tinggal di bangunan terbengkalai itu kerana berisiko tinggi.

Ini kerana, struktur bangunan itu masih belum kukuh dan pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7600147.asp

4/21/10

Iklan dan cerita lucah, ganas, setan di TV dan wayang


Salah satu punca kenapa sekarang ini makin banyak masalah sosial ialah iklan dan filem termasuk cerita kartun yang banyak mempunyai mesej tersembunyi yang menggalakkan penonton termasuk kanak-kanak melakukan maksiat dan keganasan.

Ianya disebut Mesej Subliminal. Iaitu mesej jahat yang masuk ke dalam otak manusia secara separuh sedar apabila melihat filem, cerita TV atau poster.

Sila lihat mesej-mesej ganas, lucah dan menyesatkan dalam filem, cerita kanak-kanak, kartun, poster di http://sub-lim.blogspot.com/

Sepatunya Mesej Subliminal ini digunakan untuk memasukkan mesej kebaikan ke dalam otak manusia secara separuh sedar.

*******************************
Kempen ‘Minggu Tidak Menonton Televisyen’ patut disambut baik
Berita Harian 21 April 2010

KETIKA ini pelbagai masalah sosial membabitkan remaja dan ia mencengkam masyarakat kita. Kes pembuangan bayi, merokok, merempit, menagih dadah, seks bebas, vandalisme, lari dari rumah dan macam-macam lagi salah laku jenayah cukup merisaukan semua pihak.

Ternyata ibu bapa dilihat semakin hilang kawalan terhadap anak yang semakin liar. Mereka juga menghadapi masalah mendidik dan membentuk anak menjadi manusia berguna mengikut acuan dikehendaki. Terkini polis Kuala Lumpur mendedahkan, 3,263 pelajar sekolah ditahan tahun lalu kerana terbabit dalam 2,003 kes salah laku. Pelajar berusia antara 13 dan 18 tahun dilaporkan turut terbabit dalam kes seks bebas, kehamilan, pembuangan bayi, rogol, samun dan mencuri motosikal. Statistik ini dikatakan semakin meningkat tiap tahun cukup untuk membuktikan tahap masalah sosial remaja kita. Golongan yang sepatutnya menjadi harapan masa depan negara ini dilihat semakin hanyut dek dunia bebas tanpa sempadan.

Antara punca masalah sosial melanda remaja dan belia ialah pengaruh negatif rancangan televisyen yang boleh dikategori sebagai kurang sihat. Televisyen yang sentiasa menjadi medium panduan dan pendidikan mula menguasai minda dan pemikiran anak kita dengan nilai yang jauh bertentangan dengan adat ketimuran yang kemudian mempengaruhi segala tingkah laku dalam kehidupan seharian.

Adegan pergaulan tanpa batasan dan seks bebas serta perlakuan ganas seperti gengsterisme dipaparkan dalam televisyen sama ada menerusi drama dan filem tempatan mahupun Barat boleh diibaratkan menjadi ‘guru’ kepada remaja.

Drama sinetron tahyul dari seberang dan filem ganas dari Barat dilihat cukup mudah mempengaruhi minda penonton. Itulah yang sedang menjadi gaya dan trend ikutan muda mudi zaman sekarang.

Mereka mencontohi semua perlakuan dan gelagat yang ditonjolkan secara bulat-bulat dan sering menjadikannya sebagai panduan dalam hidup. Perbuatan yang dimulakan atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baru akhirnya menjadi ketagih dan budaya yang sukar untuk ditinggalkan.

Fenomena ini sebenarnya adalah selaras dengan pandangan sarjana komunikasi yang bersetuju bahawa media seperti televisyen mempunyai pengaruh cukup kuat terhadap penonton. Ia dibuktikan melalui beberapa teori komunikasi terkenal. Magic Bullet Theory yang diperkenalkan Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat, sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.

Maka jika kita mengkaji secara mendalam segala masalah sosial hari ini dengan pengaruh televisyen ke atas remaja, ternyata andaian teori komunikasi itu ada kebenarannya. Ini membuktikan, menonton televisyen hari ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak dikawal dengan sewajarnya.

Mengambil kira senario yang membahayakan ini, wajar untuk ibu bapa menyokong kempen ‘Minggu Tidak Menonton Televisyen’ anjuran Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) yang berlangsung mulai 21 hingga 27 April ini.

Fomca juga mendedahkan, kajian dibuat pada 2005 membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka untuk menonton televisyen. Dilaporkan juga, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di depan televisyen masing-masing.

Justeru, ibu bapa perlu mengawal dan memberi perhatian serius kepada jenis rancangan ditonton anak mereka supaya tidak terdedah dengan rancangan yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral.

Memang tidak dapat dinafikan kepentingan televisyen dalam hidup sebagai sumber maklumat, tetapi ia banyak bergantung kepada rancangan apa yang menjadi bahan tontonan seisi keluarga. Dalam hal ini, diharapkan kementerian dan Lembaga Penapisan Filem memainkan peranan lebih efektif untuk membendung penularan filem dan drama kurang sihat di negara ini.

Selain keruntuhan moral, ketagihan menonton televisyen banyak mendatangkan kesan buruk pada tahap kesihatan seperti kegemukan dan diabetes mula mengancam kerana kita terlalu pasif untuk suatu tempoh masa lama ketika di depan kaca televisyen.

Pembaziran masa begitu lama (tiga hingga lima jam sehari) di depan televisyen pastinya menjejaskan pelajaran anak. Mereka terlalu asyik menonton televisyen dan tidak mengulangkaji pelajaran mahupun menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Akibatnya, prestasi akademik mereka terjejas.

Keruntuhan moral, masalah kesihatan dan pelajaran adalah antara kesan negatif secara langsung akibat kelalaian ibu bapa mengawal anak daripada terus menjadi hamba televisyen. Anak hari ini adalah generasi pewaris masa depan negara. Justeru, kelestarian pembangunan modal insan perlu dititikberatkan agar kita dapat melahirkan generasi yang bukan saja berilmu, tetapi kaya dari segi akhlak dan budi bahasanya.

Kita khuatir tabiat yang kurang sihat ini akan mula menjauhkan kita daripada anak kita, merenggangkan hubungan kekeluargaan sekali gus menghancurkan keharmonian keluarga kita.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kempen__8216_MingguTidakMenontonTelevisyen__8217_patutdisambutbaik/Article/

Dr M Lancar Buku Karya Bekas Mufti Perlis

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu melancarkan buku karya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu".

Buku itu memuatkan kompilasi tulisan Dr Mohd Asi dalam kolum Pena Mufti yang diterbitkan pada setiap hari Ahad dalam Mingguan Malaysia sejak 11 Mac, 2007.

Berucap di majlis itu, Dr Mahathir berkata tulisan dan pendapat Dr Mohd Asri walaupun tidak semua beliau persetujui, ia boleh membantu membuka minda pemikiran.

"Saya juga dinasihat oleh rakan-rakan untuk tidak terlibat dengan orang ini (Dr Mohd Asri) tetapi saya seorang yang suka membaca, tidak mengapa, saya hadir untuk melancarkan buku beliau," kata Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana itu.

Sementara itu, Dr Mohd Asri mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana sudi hadir dan melancarkan buku itu.

"Ramai orang mengagumi Dr Mahathir sebagai tokoh politik tetapi saya mengagumi Dr Mahathir sebagai tokoh pemikir. Melihat beliau dari dimensi pemikir akan menghasilkan tafsiran yang lebih adil," katanya.

Buku Edisi Baharu itu adalah lanjutan daripada Edisi Pertama yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2008, di mana telah habis dijual dalam tempoh tidak sampai setahun.

Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, buku itu terdapat di semua kedai buku utama di seluruh negara dan pesanan juga boleh dibuat menerusi www.mybooks.com.my . Harga senaskhah ialah RM35 di Semenanjung dan RM38 di Sabah dan Sarawak.

Pelancaran buku itu dilakukan seiring dengan penganjuran majlis diskusi ilmiah berkisar tentang buku itu, yang dianjurkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=492281

Rosomak kenderaan baru keluaran NAZA

Tahniah diucapkan kepada Naza yang maju setapak lagi dengan jenama kenderaan model terkini yang diberi nama Rosomak.


***********************
Naza keluarkan kereta perisai

KUALA LUMPUR 20 April - Naza Bumar Sdn. Bhd., anak syarikat Naza Defence memperkenalkan kenderaan modular berperisai (AMV) - Rosomak 8x8 sempena pameran Defence Services Asia (DSA) 2010 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Naza Bumar dalam kenyataannya berkata, Rosomak yang bermakna 'Wolverine' (Serigala) dalam bahasa Poland dibangunkan oleh rakan kongsinya, Bumar Sp.zo.o dari Poland dan kini ia dikeluarkan di Poland untuk kegunaan Tentera Darat negara tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_10.htm

Naza Bumar unveils Rosomak 8X8

One of the many outstanding features of the Rsosmak is that it has good mine protection and can withstand explosions up to 10 kg (22lb) TNT. It also has protection levels of up to 30mm APFSDS (armour-piercing fin-stabilized discarding sabot) frontal arc.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F4%2F20%2Fnation%2F20100420151553

4/16/10

Risau tahap kualiti air Kampung Dioh

Sinar Harian 16 April 2010

DIOH – Tahap kualiti air di Kampung Dioh membim-bangkan apabila segelintir masyarakat mengalami demam, batuk dan selesema didakwa berpunca air paip disalurkan ke rumah.

Penduduk yang ingin dikenali sebagai Sundram berkata, air paip disalurkan ke rumah menjadi keruh setiap kali hendak digunakan.

Menurutnya, perkara itu sudah berlarutan selama lebih dua bulan.

“Air tidak berbau tetapi ia kelihatan seolah-olah air minuman bergas.

”Mungkin klorin air berlebihan dan selang beberapa saat kemudian air semakin jernih seperti sedia kala,” katanya.

Sundram berkata, mereka terpaksa menggunakan air itu memandangkan tiada sumber lain.

“Setelah air ditapis, barulah kami menggunakannya untuk memasak, basuh kain dan mandi,” katanya.

Menurutnya, aduan sudah dilakukan tetapi tiada tindakan daripada pihak berkaitan untuk meninjau keadaan itu.

“Saya tidak pasti adakah mereka sudah turun padang atau tidak, tetapi yang penting masalah itu masih berlaku. Kami memang tidak tahu punca bagaimana ia terjadi tetapi air itu memang dari paip yang disalurkan ke rumah.

“Ini amat membimbangkan penduduk kerana air adalah sumber dan bekalan penting untuk hidup. Jika menggunakan air tidak bersih dan kualitinya tidak memuaskan, kesannya kepada kesihatan kita,” katanya.

Sundram berkata, penduduk sangsi hendak menggunakan air tersebut hingga terpaksa memasak air selama beberapa jam demi mengelakkan sebarang perkara buruk.

“Masalah ini difahamkan hanya berlaku di kawasan ini berdasarkan beberapa tinjauan yang pernah saya lakukan di tempat lain.

“Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang perkara ini dengan serius supaya ia tidak memudaratkan kesihatan penduduk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7570979.asp

4/14/10

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia



KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

4/13/10

Temui Mahfuz Omar 14 April di Kuala Pilah

CERAMAH UMUM
Pada : 14h April 2010 / Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Terachi, Kuala Pilah (Hadapan Sek. Keb. Yam Tuan Hitam)

Penceramah :
YB Dato' Mahfuz Omar
Sdr. Faris Musa
Sdr. Zulkefly Omar

Info lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com

4/10/10

Orang Port Dickson MENGAMUK jalan tak siap siap

Projek Gajah Putih N.Sembilan http://gajahputihn9.blogspot.com
Projek Terbengkalai N.Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com

****************************
PENDUDUK BAKAR GERAN RUMAH SEBAGAI PROTES PROJEK JALAN TERBENGKALAI

TELUK KEMANG, 10 April (Bernama) -- Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.

Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.

Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil.

"Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Bila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu.

"Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu ekoran masalah dalaman.

Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap menjelang hujung tahun ini, katanya.

Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=489563

COCA COLA, PALESTIN, ISRAEL, MALAYSIA


Umat Islam di Palestin setiap hari dizalimi. Sebaliknya kita di Malaysia berbangga dengan syarikat yang banyak menyumbang dalam pembangunan Israel iaitu Coca Cola dengan membenarkan Coca Cola membina kilang terbesar mereka di rantau ini atas tanah milik Tabung Haji iaitu di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan.

Ulasan isu kilang Coca Cola di Nilai, N.Sembilan, Malaysia di bawah :

Kaitan Coca Cola, CIA dan APCO
http://amkns.blogspot.com/2010/04/kaitan-coca-cola-cia-dan-apco.html

Apabila Pemimpin Promosi Coca Cola
http://amkns.blogspot.com/2010/03/apabila-pemimpin-promosi-coca-cola.html

Melayu telah dijajah oleh Orde Baru Dunia
http://amkns.blogspot.com/2010/03/melayu-telah-dijajah-oleh-orde-baru.html

Coca Cola dah tawan Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2010/03/coca-cola-dah-tawan-negeri-sembilan.html

Kilang Coca Cola , apa akibatnya
http://waghih.blogspot.com/2010/04/kilang-coca-cola-apa-akibatnya.html

4/9/10

Kaitan Coca Cola, CIA dan APCO

PERSOALAN, Kenapa iklan BRRR Coca Cola diulang-ulang setiap hari sebelum upacara pecah tanah kilang Coca Cola di N.Sembilan ? Kenapa tiada lagi diulang-ulang iklan itu sekarang ini di TV ?

COCA-COLA, THE CIA, and the COURTS
Part One of a Series by Sherman H. Skolnick
Early on in their history, The Coca-Cola Company assisted the U.S. in espionage. When the company set up bottling plants and distribution facilities in a new country, sent in were spy operatives.
http://www.skolnicksreport.com/cocaccc.html

Subliminal messages (Keadah PUKAU dalam Iklan)
Subliminal messages have been used in advertising ever since their rise to fame in the 50s and 60s due to the famous cinema subliminal advert studies. Possibly the best known examples of subliminal advertising around the world are the COCA COLA subliminal advertising campaigns
http://www.barterforcash.com/coca-cola-subliminal-messages.html

Jon Chandler, director of corporate communication in APCO Worldwide’s Europe, Middle East and Africa (EMEA) region, provides clients with strategic advice on critical issues and communication challenges.
Prior to joining APCO, Mr. Chandler was regional public affairs and communication director for Coca-Cola in Europe.
http://www.apcoworldwide.com/uk/content/keystaff/jon_chandler.cfm

APCO has brought in a former Coca-Cola lobbyist as managing director of its Rome office.
Nicola Raffa started this week, taking over from Ivo Ilic Gabara who is promoted to senior vice-president, int­ernational media relations.
Raffa left The Coca-Cola Corporation in July, after six years as public affairs director of the Italian and Mediterranean divisions, based in Italy. He also served on Coca-Cola Italy’s board of directors for six years.
http://www.prweek.com/news/rss/737689/APCO-recruits-Rome-director/

Paul has made an outstanding contribution to APCO since his arrival in late 2005, becoming a key player in our agency.
Paul has become a key member of APCO’s media training practice, coaching board-level executives at companies including Unilever and Coca-Cola.
http://www.publicaffairsnews.com/panawards/previousawards07

Jennifer Millerwise Dyck, former Central Intelligence Agency (CIA) director of public affairs and former deputy communications director for Bush-Cheney ’04, joins APCO Worldwide (APCO) as a vice president, Robert Schooling, Washington, D.C., managing director, announced today.
http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2007/jennifer_millerwise_dyck0107.aspx

Overview
APCO Worldwide is an award-winning integrated communication consultancy.
APCO's team of consultants are drawn from media, business, political and NGO backgrounds and lend a unique blend of skills and experience to developing tailor-made communication solutions. From new market entry and research-based campaigns to managing challenging issues, APCO’s capabilities are as varied as our clients’ requirements

Kalau dia ni calon MIC, kalah PKR

Kalau dia ni jadi calon MIC di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, kemungkinan tinggi Barisan Nasional akan menang dengan majoriti besar .

USTAZ MOHD FARID RAVI ABDULLAH



Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Islam pada 20hb November 1989.

Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah adalah saudara baru pertama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke­bangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di­siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia.

4/8/10

Ceramah Ir Nizar 15 April 2010 N.Sembilan


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Markas MTD Lenggeng, Ulu Beranang, N.Sembilan http://mtdlenggeng.blogspot.com/
Bersama :
YB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin http://kamparinn.blogspot.com/
Zulkefly Mohamad bin Haji Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com/
YB Cha Kee Chin http://dapcha.blogspot.com/
Shamsul Iskandar Mohd Akin http://shamsuliskandar.wordpress.com/

- Semua Dijemput Hadir -

4/7/10

Bangsa Malaysia BUKAN Bangsa Melayu


Tiada lagi Bangsa Melayu , yang ada sekarang ialah Bangsa Malaysia.

Mungkin lanjutan dari 1Malaysia

Saya Anak Bangsa Malaysia , Ngapa Harus Beza ?

Jangan terkejut , yang promosi ialah Pemimpin Melayu sendiri.

Sumber : http://sayaanakbangsamalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=307:harapan-really&catid=40&Itemid=76

4/6/10

RM 10 Juta Motosikal Petronas terbengkalai


RM 10 Juta motosikal lumba kuasa tinggi FP1 Petronas terbengkalai di England ?

Mungkin boleh hadiahkan motosikal-motosikal ini kepada belia Kelantan sebagai motosikal wang ehsan ?

*****************
MCN has discovered a secret hoard of 60 £25,000 Foggy-Petronas FP1 road bikes in a bunker in Essex.

Carl Fogarty – race team manager and figurehead of the ill-fated FP1 project – said when told the news: “You’re joking – that’s amazing!” It had been thought – and stated by the team – that the bikes were shipped to Malaysia five years ago and disposed of. But in fact virtually all the bikes initially produced to homologated the FP1 for WSB racing are still on UK soil.

The collection – worth around £2m – is held in a state of suspended animation awaiting, with the bikes’ owner – Malaysian oil giant Petronas – keen to draw a veil over the whole episode. The firm burned £30m on a WSB program that was intended to kick-start a Ducati-sized bike manufacturing business in Malaysia, but in fact petered out with a 21st place championship finish in 2006.

Laporan penuh di http://www.motorcyclenews.com/MCN/News/newsresults/General-news/2010/February/feb1010-hoard-of-foggy-petronas-fp1s/

**********************
Petronas FP1
The Petronas FP1 is a 899.5 cc (54.89 cu in) liquid-cooled inline three-cylinder homologation special sport bike that was produced in 2003 by Petronas.

Originally developed jointly by Petronas and Sauber Petronas Engineering AG as the Petronas GP1 989cc prototype to compete in MotoGP, Petronas decided to race the motorcycle in the Superbike World Championship instead. To meet the requirements for the motorcycle's entry into the championship, the engine was reduced to 899.5 cc (54.89 cu in) and Petronas had to produce 150 road version motorcycles for FIM homologation, thus making it the first Malaysian-built Superbike.

Laporan penuh di http://en.wikipedia.org/wiki/Petronas_FP1

4/5/10

Pelancaran JPRK H Selangor 11 April Seremban

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR PAS KAWASAN REMBAU

Tarikh : 11 April 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi , Seremban

Penceramah :
YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki , ADUN (PAS) Bukit Lada, Kedahhttp://ustazizzat.blogspot.com
Sdr Mohd Sani Hamzan , EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

Semua Dijemput Hadir

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Kecil PAS Kawasan Rembau boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
atau hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458

4/2/10

Peniaga Melayu N.Sembilan akan berkubur

( Siapa ya wakil rakyat di Bagan Pinang , Melayu ke , Cina ke , India ke ? )

PD Night Market berkubur?
Berita Harian 2 April 2010

Peniaga dilema kerana rezeki bergantung kepada perniagaan di bazar

PORT DICKSON: Bazar malam di Batu 4 Jalan Pantai di sini yang lebih dikenali sebagai ‘PD Night Market’ bakal berkubur apabila 41 peniaga yang beroperasi di situ sejak tiga tahun lalu diarahkan berpindah oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Ini menimbulkan dilema kepada peniaga yang kebanyakan adalah ibu tunggal dan belia yang pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada perniagaan di situ. MPPD mengarahkan peniaga mengosongkan gerai mulai kelmarin hingga Ahad ini dan mana-mana peniaga yang ingkar, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan.

Situasi itu meresahkan peniaga yang akan kehilangan punca pendapatan dengan kebanyakan mereka berniaga sepenuh masa di situ.

Muriyatul Akma Ahmad, 24, berkata dia menyahut seruan kerajaan untuk menceburi bidang perniagaan selepas menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan berniaga secara kecil-kecilan di situ sejak tahun lalu.

"Ketika itu peluang pekerjaan tidak banyak dan saya fikir lebih baik menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Sekurang-kurangnya saya tidak menganggur.

"Saya serta peniaga lain terkejut kerana menerima notis supaya mengosongkan gerai. Kami panik kerana tiba-tiba masa depan kelihatan gelap dan bakal kehilangan punca pendapatan," katanya.

Bazar ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad sejak 1 Mei 2007 adalah antara tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan untuk membeli belah. Dianggap sebagai penyeri utama waktu malam di sini, ada hotel memasukkan bazar ini sebagai antara destinasi wajib dikunjungi pelancong.

Sementara itu Narizan Ahmad, 53, yang berniaga di situ sejak bazar mula dibuka memberitahu, hidupnya bergantung sepenuhnya kepada perniagaan menjual barangan aksesori, pakaian pantai, cendera hati dan kraftangan.

“Selepas notis dilekatkan di dinding khemah, harapan kami untuk terus berniaga di sini musnah. Kami runsing dengan barangan yang belum dijual serta kerja memindahkan barang kerana ada di kalangan kami tidak mempunyai kenderaan," katanya.

Raja Azlan Raja Mahmud, 25, merayu MPPD supaya memberikan mereka tempoh setahun lagi untuk berniaga di situ sementara mencari lokasi lain yang sesuai.
"Kami dicadangkan berpindah ke tapak ekspo bersebelahan kawasan sekarang, tetapi kami tidak mampu kerana kadar sewa agak tinggi, iaitu antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Kadar sewa sekarang ialah RM250 sebulan.

"Kadar sewa di tempat baru itu membebankan kerana pendapatan kami tidak menentu. Kami khuatir perbelanjaan melebihi pendapatan kerana modal pusingan tinggi untuk mengambil stok barangan yang berubah mengikut kehendak pasaran," katanya sambil menjelaskan peniaga akan mengikut syarat yang ditetapkan MPPD iaitu hanya berniaga pada hujung minggu dan cuti persekolahan jika dibenarkan terus berniaga di situ.

Norhayati Udin, 44, berkata peniaga tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada kerajaan tetapi hanya mahu terus diberi peluang berniaga di situ serta gerai tidak dirobohkan, dan berharap MPPD memaklumkan kepada peniaga sekiranya mempunyai perancangan yang lebih baik bagi mengelakkan salah faham berterusan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_PDNightMarketberkubur_/Article