KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/31/10

Lawan zionis israel dengan senjata DOA


Kita hanya mampu melawan zionis israel dengan Senjata DOA.
Usaha kemanusian membantu penduduk Gaza mesti diteruskan !
Bantahan terhadap keganasan israel tiada noktahnya !

*****************
DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

BANDAR SERI BEGAWAN, Doa itu sifatnya luhur, nilainya tinggi dan harganya tidak ternilai kerana ia berupa munajat semata-mata kepada Allah dan urusan langsung dengan Allah.


Manfaat doa kepada orang yang beriman amat besar dan ini bukan cakap semata-mata dan bukan juga teori para sarjana, tetapi adalah perkhabaran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Antara perkhabaran Nabi mengenai doa itu sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : “ Adalah doa itu otak ibadat.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Termidzi daripada Anas).

Katanya lagi doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi. (Hadis riwayat At-Termidzi).

Doa bukan sahaja terbatas bagi manusia, bahkan makhluk lain juga berzikir dan berdoa dan hasil daripada doa mereka itu, kadang-kadang turut dinikmati juga oleh kita manusia.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/5apr/berita03.htm

Masalah tanah perkuburan Islam di Johor


Batu nisan tenggelam

Berita Harian 31 Mei 2010

SEORANG penduduk menunjukkan tebing sungai yang semakin mendap berdekatan tanah perkuburan Islam Pekan Panchor.Tanah perkuburan Islam dekat tebing Sungai Muar makin mendap

MUAR: Penduduk di sekitar Pekan Panchor di sini, dilanda kebimbangan berikutan kawasan tanah perkuburan Islam yang berdekatan dengan tebing Sungai Muar di situ semakin mendap ke dasar sehingga menghanyutkan batu nisan.

Mereka mendakwa, sejak lima tahun lalu, kedudukan tanah perkuburan itu yang terlalu dekat dengan tebing Sungai Muar menyebabkan ia mudah ditenggelami air setiap kali air pasang. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Pekan Panchor, Jamal Sudin, 68, berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya lima meter kawasan tanah perkuburan Islam itu mendap ke dasar sungai.

Katanya, fenomena itu menyebabkan berpuluh batu nesan dihanyutkan air akibat hakisan yang melanda tebing sungai itu sama ada ketika air pasang atau musim banjir.

"Kedudukan tanah perkuburan berkenaan terlalu dekat dengan tebing Sungai Muar di pekan itu menyebabkan kawasan perkuburan itu mudah ditenggelami air setiap kali air pasang. Sebelum ini, tebing sungai berdekatan dengan tanah perkuburan itu pernah ditembok dan dikonkrit serta disalut dengan dawai berjaring bagi menghalang tembok itu runtuh jika dilanda banjir dan hakisan.

"Bagaimanapun, sebahagian daripada tembok sepanjang kira-kira lima meter yang dibina di tebing sungai bagi menghalang kawasan tanah perkuburan itu yang turut ditenggelami air kini pecah dan runtuh. Kami percaya kejadian itu berlaku ketika banjir besar yang melanda negeri ini pada akhir tahun 2006 yang turut menyebabkan seluruh Pekan Panchor ditenggelami air sedalam lebih dua meter.

“Kini bahagian kawasan yang berdekatan dengan tebing mudah ditenggelami air jika air pasang dan dikhuatiri lebih banyak lagi batu nesan dihanyutkan air pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui sempena program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan berkenaan, di Pekan Panchor, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Panchor, Saat Md Saman dan Pengerusi JKKK Kampung Jawa, Aladdin Ahmad.

Tinjauan Edisi Johor ke tanah perkuburan itu mendapati, kawasan tanah yang berdekatan dengan tebing didapati semakin mendap kerana kedudukannya dengan perairan sungai tidak sampai lima meter dari tebing.

Ada beberapa batu nisan yang semakin condong ke sungai dan menunggu masa untuk dihanyutkan air ke sungai terutama jika musim banjir atau air pasang besar.

Sementara itu, Saat yang turut bertanggungjawab terhadap pembangunan Pekan Panchor, berkata projek mendapatkan kawasan bagi tapak tanah perkuburan Islam yang baru dimasukkan dalam Pelan Tindakan Desa (PTD) Pekan Panchor 2010-2011.

Beliau berkata, melalui pelan itu, pihak JKKK mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 40 hektar berdekatan dengan Jalan Panchor-Pagoh untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan.

“Projek menyediakan tanah perkuburan yang baru adalah antara 10 projek pembangunan yang disenaraikan untuk dilaksanakan di sekitar pekan dan perkampungan berdekatan dalam usaha membangunkan semula Pekan Panchor sebagai destinasi pelancongan ke daerah ini.

“Langkah menyediakan tanah perkuburan baru penting kerana tanah perkuburan berdekatan dengan Masjid Jamek di pekan itu kini semakin penuh kerana turut membabitkan penduduk yang tinggal di beberapa kampung berdekatan selain penghuni pekan itu,” katanya.

5/30/10

Banyak sangat masalah , wakil rakyat BUTA KE


Terlalu banyak masalah rakyat di setiap DUN di seluruh Malaysia. Cara yang terbaik untuk membuat rakyat lupa akan masalah yang mencengkam kehidupan kita ialah dengan membesar-besarkan isu lain. Isu lompat parti, isu agen Israel. Sama saja PKR dan UMNO, alihkan isu masalah rakyat dengan isu lompat parti.

Cuba tanya PKR, mana prestasi setiap ADUN dan Ahli Parlimen mereka sejak menang pilihanraya 2008. Cuba tanya UMNO juga, mana prestasi setiap ADUN dan Ahli Parlimen mereka ? TAK ADA ! Yang ada PKR tuduh UMNO , UMNO tuduh PKR. Kita rakyat jadi mangsa.

Mari kita ajar semua wakil rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti, tak kiralah UMNO ke , PKR ke , PAS ke, yang sibuk untuk merebut jawatan, yang sibuk kata orang lain tak betul , yang sibuk mengumpul harta, yang sibuk mengumpul isteri dan sewaktu dengannya kita tolak. Wakil rakyat yang sentiasa mendengar masalah rakyat dan salurkannya ke agensi yang berkaitan kita sokong.

Rakyat dah BOSAN dan MUAK dengan politik di Malaysia ini. Terutama POLITIK ORANG MELAYU.

Menang Sorak Kampung Tergadai !

Sila baca pelbagai masalah rakyat berikut :

Masalah rakyat di DUN Repah hidu bau busuk setiap hari http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-repah.html

Masalah rakyat di DUN Kota masalah rompakan dan talian telefon sentiasa rosak http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-kota.html

Masalah rakyat di DUN Seri Menanti diberhentikan kerja tak dibayar gaji http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-seri-menanti.html

Masalah rakyat di DUN Linggi gadai nyawa menyeberang sungai http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-linggi.html

Masalah rakyat di DUN Palong jalan mendap http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-palong.html

Masalah rakyat di DUN Pasir Panjang jalan rosak projek terbengkalai http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-pasir-panjang.html

Masalah Rakyat di DUN Pasir Panjang


Sinar Harian 29 Mei 2010

Sila klik pada keratan akhbar di atas

Masalah Rakyat di DUN Repah



Sinar Harian 29 Mei 2010

Sila klik pada keratan akhbar di atas.

Masalah Rakyat di DUN Kota



Sinar Harian 29 Mei 2010

Sila klik pada keratan akhbar di atas.

Masalah Rakyat di DUN Seri Menanti


Sinar Harian 29 Mei 2010

Sila klik pada keratan akhbar di atas.

Masalah Rakyat di DUN Linggi




Sinar Harian 29 Mei 2010

Sila klik pada keratan akhbar di atas.

Masalah Rakyat di DUN Palong


Sinar Harian 29 Mei 2010

Sila klik pada keratan akhbar di atas.

5/29/10

Pakatan Rakyat Johor tidur ke, sibuk politik ke


Apalah Pakatan Rakyat di Johor ni. Rupanya begitu banyak masalah rakyat di Johor ni. Jambatan reput, banjir kilat, keluarga daif dan miskin serta 1001 masalah rakyat di Johor ni. Kenapa tak diketengahkan isu ini. Mana pergi akhbar Pakatan Rakyat, mana pergi Blogger Pakatan Rakyat, semua sibuk berpolitik atau bersiap untuk Pilihanraya Umum ke 13 ke ?

Kesian betul rakyat di negeri ditadbir BN ni, terutama pengundi UMNO / BN.

Apakah Johor dah muflis ? Apakah Pakatan Rakyat Johor juga dah muflis idea ?

Kisah sebelum ini pelbagai masalah rakyat di Johor pada pautan berikut di sini http://amkns.blogspot.com/2010/05/tunggu-pilihanraya-atau-mati-baru-buat.html dan sini http://amkns.blogspot.com/2010/05/perlukah-ada-pilihanraya-kecil-di-johor.html

Pakatan Rakyat Melaka macam mane ? Pakatan Rakyat Negeri Sembilan macam mano ? Pakatan Rakyat Pahang camne ?

***********************

TOLONG BAIKI JALAN KAMPUNG KAMI!

Utusan Malaysia 29 Mei 2010

BATU PAHAT 28 Mei - Tolong baiki jalan di kampung kami!

Demikian luahan kira-kira 1,000 penduduk Kampung Belahan Tampok dan sekitarnya yang terpaksa menggunakan jalan rosak dan berlubang-lubang sejak setahun lalu untuk pergi ke tempat kerja atau menghantar dan mengambil anak balik dari sekolah.

Menurut mereka, sejak setahun lalu jalan berkenaan menjadi laluan utama bukan sahaja penduduk kampung tetapi kira-kira 20 lori mengangkut nanas yang terletak di hujung kampung berkenaan sedangkan jalan itu hanya untuk kenderaan tidak melebihi lima tan.

Mereka juga mendakwa pengguna yang membawa kenderaan seperti kereta mahupun van terpaksa bergilir-gilir menggunakan jalan berkenaan jika berselisih kerana jalan kampung kira-kira sepanjang 18 kilometer itu agak sempit.

Seorang penduduk, Mohd. Azrai Ahmad, 30, berkata, ada antara lubang berkenaan agak dalam dan ia menyukarkan kenderaan ringan untuk menghimpit ke bahu jalan jika berselisih dengan kenderaan lain.

"Bukan saja jalan sempit malah boleh menyebabkan kenderaan mereka tersangkut di dalam lubang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Yassin Sulaiman, 58, pula mengakui terpaksa berhati-hati menggunakan jalan berkenaan untuk menghantar serta menjemput anaknya dari sekolah bagi mengelakkan motosikalnya terlanggar lubang.

"Jalan ini bahaya kepada murid-murid menunggang basikal untuk pergi dan pulang dari sekolah. Pernah ada murid yang terjatuh daripada basikal kerana terlanggar lubang dan jika ada lori yang melaluinya, sudah tentu mereka terpaksa berhenti di jalan sempit ini," katanya.

Lebih menyedihkan, laluan itu 'sesak' apabila tiba musim perayaan atau ada majlis kenduri kendara kerana ia sempit.

"Ada terjadi sampai tidak dapat bergerak langsung kerana kenderaan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan pergaduhan apabila kereta mereka bergesel," katanya.

Mohd. Azhari Sayuti, 43, seorang eksekutif teknikal yang menggunakan jalan itu setiap hari ke tempat kerja berkata, bahu jalan kampung berkenaan juga merbahaya kerana tebingnya tinggi.

"Ada kenderaan yang terpaksa mengundur hingga ke persimpangan rumah penduduk untuk memberi laluan kepada kenderaan lain disebabkan jalan ini sempit," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan jalan yang rosak dengan permukaan berlubang memang merbahaya kepada pengguna dan pembonceng motosikal terutamanya murid-murid yang berulang-alik ke sekolah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

5/28/10

Tunggu pilihanraya atau mati baru buat jambatan


Bayangkan inilah laluan utama makcik untuk pergi ke kelas masakan mahupun mesyuarat yang dianjurkan KEMAS untuk golongan wanita di sini. Malah, ada warga emas kampung ini tercampak ke sungai dari basikalnya berikutan terlanggar bendul jambatan sehingga terkena serangan jantung ketika menggunakan jambatan berkenaan.

Kesian betul rakyat di negeri di tadbir BN, masalah dan derita mereka jarang diketengahkan media cetak dan elektronik.

Perlukah ada pilihanraya kecil di tempat ini macam diceritakan di sini http://amkns.blogspot.com/2010/05/perlukah-ada-pilihanraya-kecil-di-johor.html

************************
'JAMBATAN SERAM'
Berita Harian 28 Mei 2010

Penduduk Kampung Parit Lapis Batu Puteh dakwa kayu beluti rosak angkara lori sawit

BATU PAHAT: Jambatan di Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima, di sini umpama perangkap maut kerana keadaannya yang uzur dengan kayu beluti di bahagian tengahnya sudah reput, tidak stabil serta bahaya untuk digunakan sebarang kenderaan.

Tinjauan Edisi Johor ke jambatan berkenaan mendapati kemudahan itu hanya menanti hari untuk rebah ke dalam sungai dengan sebahagian besar beluti sudah tertanggal serta pecah akibat kerap digunakan kenderaan berat termasuk lori. Malah, ada penduduk terutama yang menunggang basikal terpaksa turun dan menyorong kenderaan mereka kerana bimbang tercampak ke dalam sungai apabila melalui bahagian jambatan yang tidak mempunyai beluti.

Pengait kelapa sawit, Halimah Abdullah, 49, yang kerap menggunakan laluan berkenaan berkata, beliau terpaksa turun dan meniti jambatan itu perlahan-lahan setiap kali menggunakannya kerana bimbang tayar basikalnya tersangkut di dalam lubang.

“Jambatan ini pernah runtuh tetapi sudah dibaiki tiga tahun lalu, namun kini rosak kembali berikutan kerap digunakan lori mengangkut sawit yang menggunakan laluan ini sebagai jalan pintas untuk ke jalan besar.

“Namun, yang menanggung masalahnya adalah penduduk kampung seperti makcik yang menggunakan basikal. BAYANGKAN INILAH LALUAN UTAMA MAKCIK UNTUK PERGI KE KELAS MASAKAN MAHUPUN MESYUARAT YANG DIANJURKAN KEMAS UNTUK GOLONGAN WANITA DI SINI.

“Makcik pun naik seram menggunakan jambatan ini kerana ada bahagian bila dipijak kayu beluti peroi dan tertanggal. Malah, makcik bimbang tercampak ke dalam sungai kerana bahagian tengah jambatan ini terlalu jarang hingga tayar basikal boleh terperosok ke dalam lubang jika tidak berhati-hati, "katanya ketika ditemui di jambatan berkenaan baru-baru ini.

Halimah berkata, pernah seorang penunggang motosikal daripada Sri Medan nyaris tercampak ke dalam sungai berikutan tayarnya terperosok di dalam lubang tetapi dapat menyelamatkan dirinya.

“Malah, ada warga emas kampung ini tercampak ke sungai dari basikalnya berikutan terlanggar bendul jambatan sehingga terkena serangan jantung ketika menggunakan jambatan berkenaan. Jika boleh makcik harap jambatan berkenaan digantikan dengan jambatan konkrit bagi keselamatan pengguna malah penghadang besi juga boleh dibina bagi menghalang lori berat melaluinya," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK) berkenaan, Abu Bakar Adam, 50, berkata pihaknya memang ada menerima aduan daripada penduduk kampung yang kerap menggunakan jambatan itu.

“Kami sudah mengajukan masalah itu kepada ketua kampung, malangnya beliau sudah meninggal dunia menjadikan masalah jambatan berkenaan kini tertunggak.

“JKKK kampung ini juga pernah menegur pemandu lori supaya tidak menggunakan jambatan ini tetapi kami pula ditempelak mereka yang mengatakan jambatan ini adalah kemudahan awam dan sesiapa saja boleh menggunakannya tetapi siapa mahu bertanggungjawab apabila keadaan jambatan ini semakin teruk dan membahayakan pengguna lain, " katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor__Jambatanseram_/Article/index_html

Dulu projek runtuh, sekarang condong, retak


Kalau sebelum ni kita dengar mengenai bumbung runtuh, silling runtuh, macam-macam runtuh projek kerajaan. Sekarang bukan runtuh, hanya condong, retak. Tak tahulah buat Dataran mudah macam ni pun tak sampai 3 tahun dah tak boleh guna.

Siapa kontraktor yang buat kerja ni ? Senang saja boleh buat carian dalam laman web CIDB. Kenal siapa kontraktor di bawah ini ?

********************
MENARA CONDONG
Berita Harian 28 Mei 2010

Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak

LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.

Penduduk di kawasan itu, Zana Rasul, 31, mendakwa beliau dan penduduk lain hairan kerana kawasan itu termasuk menara pandang, jeti dan dataran kejat yang masih baru dibina sudah rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan pengunjung yang datang, kehampaan.

“Kerajaan mengeluarkan belanja tinggi untuk membina dataran dan menara itu untuk kemudahan penduduk tempatan, selain pengunjung yang datang ke kawasan ini menikmati keindahan dan keistimewaan Sungai Timun.


“Bagaimanapun, tidak sampai tiga tahun semua itu sudah rosak, sekali gus memaksa kerajaan mengeluarkan belanja lebih tinggi untuk membaikinya. Dataran itu retak dan condong, malah jeti turut bergoyang dan bergegar ketika kita berada di atasnya,” katanya.
Zana berkata, daya tarikan utama khususnya pemancing untuk datang ke Sungai Timun adalah kerana udang galah yang istimewa serta landskap kawasan itu yang menarik.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Mustakim, 54, pula mendakwa beliau sudah menjangkakan keadaan itu akan berlaku sejak awal lagi, melihatkan daripada cara pembinaannya yang tidak meyakinkan.

“Walaupun saya orang kampung biasa yang tidak belajar di universiti, saya lihat pembinaannya seolah-olah dilakukan dalam keadaan tidak sempurna dan tidak mengambil kira keadaan air pasang surut.

“Mungkin disebabkan itu, jeti serta dataran dan menara berkenaan tidak kukuh dan tidak tahan lama. Apa pun, kerajaan pasti terpaksa membaikinya dengan kos yang lebih tinggi,” katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati Pejabat Daerah Rembau meletakkan halangan kawat dan atap zink serta menampal kenyataan melarang orang ramai berada di kawasan jeti sejak sebulan lalu kerana proses pemeriksaan sedang dijalankan.

Penduduk difahamkan, Pejabat Daerah Rembau akan menjalankan proses pemeriksaan dengan mendapatkan khidmat pakar forensik bangunan bagi mengenal pasti kelemahannya dan menentukan keselamatan dataran terbabit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Menaracondong/Article


Maklumat Syarikat: :
Company Name : WAFA CAHAYA GEMILANG
Address : LOT 1922 , KAMPUNG SUNGAI LAYANG
Postcode 71300
Town : REMBAU
State: NEGERI SEMBILAN
Telephone: 012-9052978
Fax : 069-6858588
Email :

B. Maklumat Pendaftaran :
CIDB :
i) No Pendafataran : 0120020628-NS072315
ii) Tarikh Luput Pendaftaran : 25-06-2011
ii) Gred : G1
iii) Pengkhususan : B04 - KERJA AM BANGUNAN
CE21 - KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM


PKK :
i) No Pendafataran : 0504 N 2002 0026
ii) Kelas : F
Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat/Lain-Lain:

ROB : MA0049090T

H.Maklumat Projek:
1. Bina Dataran Kejat Di Pengkalan Nelayan Sg. Timun RM 50,000.00
2. Kerja-Kerja Pemasangan Paip Air 150MM Dan 100MM Brserta Tangki Air Di Jalan Menteri Besar, Lot 674, Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol, Negeri Sembilan 07-09-2007 RM 461,000.00

http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=83982

Kerajaan ambil tanah Melayu ambil murah sangat


Kenapalah kerajaan ni. Bila ambil tanah orang Melayu atas nama pembangunan dibayarnya sikit. Ada ke diberinya RM 1.20 sekaki persegi. Tanah kubur pun tak boleh beli. Apa nak buat Melayu, macam timun dengan durian. Terima sajalah.

Cerita nasib tanah orang Melayu diambil kerajaan di pautan berikut : http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html

***********************
60 PENDUDUK TOLAK JUMLAH PAMPASAN

Berita Harian 28 Mei 2010

Penghuni Pekan Pulau Sebang dakwa harga tidak memadai

ALOR GAJAH: Cadangan pengambilan tanah untuk pembangunan semula Pekan Pulau Sebang, dekat sini, tergendala, apabila kira-kira 60 orang daripada 250 penduduk di Kampung Pulau Sebang yang terbabit dengan projek berkenaan, menolak jumlah pampasan ditawarkan kerajaan negeri.

Penduduk mendakwa pampasan kerajaan negeri iaitu antara RM7.19 hingga RM9.15 bagi sekaki persegi itu tidak memadai kerana bukan mengikut harga semasa berbanding penilaian pernah dibuat oleh penduduk dengan sebuah syarikat swasta. Sebelum ini, sebahagian besar penduduk di situ sudah memberi persetujuan untuk menyerahkan tanah masing-masing, yang membabitkan pampasan berjumlah antara RM300,000 hingga RM400,000 setiap seorang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, susulan perkembangan baru itu, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan semula dengan penduduk terbabit bagi mencari jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut di Stesen Keretapi Pulau Sebang, dekat sini, beliau berkata, perbincangan itu akan bertumpu kepada kadar nilai tanah yang diinginkan oleh penduduk kampung terbabit.

Kerja pengambilalihan tanah di kawasan terbabit sebelum ini, mencetuskan masalah apabila sebahagian kecil daripada penduduk dilaporkan agak keberatan untuk menyerahkan hak milik tanah kepada pihak pemaju walaupun disediakan pampasan.
Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, beliau sudah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Katanya, jika isu mengenai pengambilan tanah itu tidak diselesaikan segera ia bakal membantutkan usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Pekan Pulau Sebang.

Mohd Ali berkata, pengambilan tanah di Kampung Pulau Sebang seluas enam hektar itu adalah bagi membangunkan semula kawasan di situ seiring dengan matlamat Melaka Maju pada tahun ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_60penduduktolakjumlahpampasan/Article/index_html

5/27/10

Kampung Rosmah Mansur masalah bekalan air


Macamana kampung asal isteri Perdana Menteri boleh ada masalah bekalan air ni ? Dikhabarkan Datin Seri Rosmah Mansur asalnya dari Kampung Mertang, Gunung Pasir , Sri Menanti, Negeri Sembilan. Bukan sehari tetapi empat hari berturut-turut gangguan air membebankan penduduk kampung Kampung Gunung Pasir.

*****************************
Alasan tekanan air rendah tak logik
Sinar Harian 27 Mei 2010

GUNUNG PASIR , Seri Menanti – Bukan sehari tetapi empat hari berturut-turut gangguan air membebankan penduduk kampung Kampung Gunung Pasir.

Khatijah Samsudin, 64, berkata, gangguan air di kampung tersebut berlarutan empat hari menyebabkan penduduk di sini tidak selesa.


“Kami tidak puas hati apabila pihak bertanggung-jawab memberi alasan teka-nan air di sini rendah. Tak mungkin tekanan air rendah kerana kami tidak tinggal di kawasan berbukit.

“Masalah ini sangat besar bagi kami,” katanya.

Menurut Khatijah, masalah itu kerap berlaku sejak 2010 hingga mendatangkan masalah kepada penduduk.

“Bagi yang mempunyai ahli keluarga ramai, sudah tentu air ditadah dalam baldi dan tong air tidak mencukupi. Ada yang terpaksa menyewa tong hitam berharga RM35 yang disediakan pihak berkaitan demi menampung keperluan air seharian.

“Gangguan air menyukarkan kami melakukan kerja rumah seperti memasak dan membasuh,” katanya.

Khatijah berkata, kedu-dukan rumah penduduk yang agak jauh dari jalan menyukarkan mereka mengangkut air sedangkan lori membekalkan air tidak dapat melalui jalan berke-naan.

“Bekalan air hanya dihantar di kawasan strategik bagi membolehkan pendu-duk kampung mengambil air. Bagi yang tinggal jauh ke dalam kampung, masalah itu membebankan mereka,” katanya.

Khatijah turut menyatakan kebimbangan memandangkan musim cuti sekolah akan tiba dan banyak majlis perkahwinan diadakan sepanjang masa itu.

“Ketiadaan air merupakan masalah besar kepada keluarga pengantin.

“Walaupun tong air disediakan, ia tetap tidak mencukupi. Keadaan tidak selesa timbul apabila orang luar datang ke kampung di saat berlaku gangguan air. Saya harap pihak berkaitan dapat mengatasi masalah ini segera,” katanya yang turut meluahkan kekeliruannya apabila jumlah bil diterima setiap bulan tetap sama walaupun berlaku gangguan air.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7737130.asp

Ole-ole raya PKR untuk saudara Rosmah
Sep 16, 09

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."


"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

http://malaysiakini.com/news/113004

Jual saja semua hutan lipur kepada Singapura


Ini satu lagi hal. Nak tarik pelancong datang Malaysia , tapi hutan lipur, tempat rekreasi tak nak jaga. Senang je , menteri dan wakil rakyat buat seminar dan kursus dalam negeri di hutan lipur ini. Kalau tak jual saja tempat rekreasi ini kepada Singapura.

BELI ULAR RM400,000 TAPI MATI
http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

NAK TARIK PELANCONG, TAPI SAMPAH TAK KUTIP
http://waghih.blogspot.com/2010/01/camne-pd-nak-tarik-pelancong-sampah-tak.html

WAKAF SOLAT DIHUNI ANJING
http://pasns.blogspot.com/2010/04/wakaf-solat-nsembilan-dihuni-anjing.html

*****************
Utusan Malaysia 27 Mei 2010

JERAM TENGKEK KINI SEMAKIN SEPI


Laluan yang membahayakan pengunjung di Hutan Lipur Jeram Tengkek, Jempol, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

JEMPOL 26 Mei - Keindahan kawasan rekreasi Jeram Tengkek, dekat sini sudah tiada, sementara banyak kemudahan yang disediakan di situ mula rosak dan mengancam keselamatan penduduk.

Entah angkara siapa, sehingga bilangan pengunjung pun sudah mula merosot untuk menghabiskan cuti hujung minggu di situ, yang mana sebelum ini antara daya tarikan pelancong terkenal di Negeri Sembilan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hutan Lipur Jeram Tengkek yang terletak di kawasan Batu Kikir - Kuala Pilah ini menunjukkan laluannya sudah tidak lagi selamat.

Besi penghadang di tepi jeram berkenaan, sudah hilang dan tersilap langkah pengunjung boleh tergelincir dan jatuh.

Kesemua senario ini memerlukan perhatian pihak berkuasa berkaitan supaya jeram yang dahulu cantik akan terus segar pada pandangan pengunjung.

Seorang guru, Syahfaizal Hakim, 33, berharap kawasan rekreasi ini dapat diselamatkan daripada terbiar.

"Asalnya tempat ini cantik dan bagus untuk dijadikan tempat riadah keluarga.

''Oleh kerana tiada pemantauan yang baik ia semakin teruk. Malahan airnya yang jernih kadang-kala kelihatan kotor terutamanya bila musim hujan," katanya.

Seorang pengunjung Muhammad Taspim, 59, dari Palong 2 dekat sini, berkata, memang dari aspek keselamatan ia bahaya tetapi flora dan faunanya jika dijaga, ia akan terus menambat hati pengunjung.

''Pihak yang berkaitan, tengoklah keadaan di sini. Kalau ia hendak dinaik taraf sekali pun, buatlah segera supaya ia dapat kekal indah," katanya.

Penduduk di kawasan itu, Anang Hiring, 28, yang sering ke Jeram Tengkek itu berkata, masalah air di situ semakin kotor.

'Dahulu, jeram ini menjadi sumber bekalan air bagi penduduk Orang Asli, tetapi sekarang dengan keadaan kayu dan kotor, ia membuatkan pengunjung berhati-hati untuk datang ke situ," katanya.

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir dekat sini dan diselia oleh Jabatan Perhutanan negeri.

Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk.


Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semula jadi di sini yang sesuai untuk aktiviti berkelah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Perlukah ada Pilihanraya Kecil di Johor ?


Apakah perlu ada pilihanraya kecil di Johor baru nak selesai semua masalah di bawah ini ? Keluarga miskin , sekolah agama uzur dan usang , masalah banjir kilat di Kampung Jawa ?

SEKOLAH AGAMA JOHOR USANG DAN UZUR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

ORANG JOHOR TIADA WANG NAK URUS JENAZAH
http://waghih.blogspot.com/2010/04/nak-urus-jenazah-pun-tak-ada-duit.html

***************
SALIRAN TERSUMBAT PUNCA BANJIR

Berita Harian 27 Mei 2010

Penduduk Kampung Jawa ketakutan setiap kali hujan

MUAR: Lebih 1,000 penduduk Kampung Jawa, Panchor, di sini berdepan ancaman banjir kilat jika hujan lebat kerana tebing saliran yang mengalirkan air dari kawasan perkampungan itu ke Sungai Muar, runtuh sejak setahun lalu. Keadaan itu menyebabkan saliran sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu tersumbat dengan tanah dan rumpai sehingga menyekat pengaliran air ke sungai. Tinjauan ke kampung itu pula mendapati sebahagian besar permukaan saliran dipenuhi tanah yang runtuh dari atas tebing yang keadaannya curam serta di penuhi rumpai.

Paras muka bumi yang lebih rendah daripada saliran juga boleh menyebabkan air melimpah ke dalam kebun dan menenggelamkan perkampungan itu jika saliran berkenaan tidak diganti dengan parit U.

Seorang peniaga, Soo Fong Yong, 58, berkata saliran itu digali dan didalamkan pada pertengahan 2007 selepas banjir besar yang melanda negeri ini pada akhir 2006 dan turut menyebabkan kampung itu ditenggelami air sedalam lebih dua meter.

Bagaimanapun, katanya, keadaan tebing saliran yang curam menyebabkan tanah yang dilonggokkan di atas tebing ketika kerja mendalamkan perparitan itu runtuh sedikit demi sedikit dan menjadikan beberapa permukaan saliran tersumbat.
Beliau berkata, sebelum ini penduduk mahu pihak berkuasa membina parit konkrit berbentuk U supaya air hujan dan kumbahan dapat mengalirkan air dengan sempurna ke sungai.

“Bagaimanapun parit U hanya dibina sepanjang kira-kira 10 meter dari parit utama di jalan raya Panchor-Gersik ke kampung itu, manakala sebahagian lagi saliran yang menghala ke pedalaman perkampungan berkenaan hanya di lakukan kerja menggali dan mendalamkan saja.

“Disebabkan lumpur di dalam saliran yang digali itu dilonggokkan di atas tebing, menyebabkan ia runtuh apabila hujan,” katanya, di temui di kampung berkenaan, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawa, Aladdin Ahmad, berkata pihaknya sudah mengemukakan masalah saliran di kampung itu kepada pihak atasan termasuk membincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa peringkat mukim dan daerah.

Beliau berkata, JKKK yang prihatin dengan masalah penduduk turut berharap perlaksanaan projek membina parit U di kampung itu dapat disegerakan bagi mengelak mereka trauma apabila tiba musim hujan.

“Kebimbangan mereka berasas, kerana musim panas sekarang dijangka berakhir tidak lama lagi berikutan cuaca sudah mula bertukar kepada suhu yang lebih sejuk beberapa hari lalu dan hujan pula sudah mula turun di beberapa kawasan pedalaman di daerah ini,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Salirantersumbatpuncabanjir/Article

Jual saja semua pasar kepada Singapura


Kalau kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional tak boleh atasi begitu banyak masalah di pasar-pasar besar , lokasi tak strategik , kurang pengunjung dan lain-lain, lebih baik jual sahaja kepada Singapura.


PASAR SEREMBAN JAYA KURANG PENGUNJUNG
http://amkns.blogspot.com/2007/10/pasar-seremban-jaya-kurang-pengunjung.html

PASAR BESAR AIR KUNING MENJADI LOKASI SEMAK SAMUN.
http://pasns.blogspot.com/2010/05/pasar-besar-pun-jadi-projek.html

PASAR AWAM NILAI ‘TUNGGU’ PENIAGA
http://amkns.blogspot.com/2009/09/pasar-awam-nilai-tunggu-peniaga_03.html

TIADA PENGUNJUNG: PENIAGA PASAR BESAR NS RESAH
http://amkns.blogspot.com/2008/10/tahu-ke-tak-umno-perintah-nsembilan-ni.html

PENIAGA MENGELUH PASAR REMBAU LENGANG
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/10/peniaga-mengeluh-pasar-lengang.html

**************************
PASAR BESAR BAHAU SEMAKIN KURANG PELANGGAN

Dilema peniaga pasar besar
Utusan Malaysia 27 Mei 2010

Pasar Besar Bahau semakin kurang pelanggan.
--------------------------------------------------------------------------------

JEMPOL 26 Mei – Peniaga di Pasar Besar Bandar Bahau dekat sini merungut apabila pendapatan mereka kian merosot kerana orang ramai lebih cenderung membeli-belah di pasar raya.

Lebih mengecewakan peniaga di situ, kadar sewa dinaikkan oleh Majlis Daerah Jempol (MDJL), sedangkan tiada usaha mempromosikan kawasan pasar berkenaan agar ia kembali menjadi tarikan kepada pembeli dan pengunjung.

Seorang peniaga, D. Chandra, 45, berkata, biarpun kadar sewa yang ditetapkan dahulu cuma RM20 sebulan, tetapi ia kini dinaikkan RM10 dan menjadikan jumlah sewa adalah RM30 sejak setahun yang lalu.

‘‘Memanglah nampak sedikit tetapi kami yang berniaga di sini merasa bahangnya kerana untung berniaga pun bukannya banyak sangat dan perlu membayar barang keperluan lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, ketika ini pendapatan peniaga di situ juga terjejas berikutan orang ramai lebih gemar ke pasar raya.

‘‘Saya menjual barangan runcit dan hanya inilah sumber rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Kata Chandra, pasar raya membeli bahan mentah dengan kuantiti yang besar dan mereka berupaya menjual pada harga yang lebih rendah berbanding peniaga di pasar ini.

‘‘Sewa dinaikkan dan jika dibayar lewat, kami akan dikenakan denda RM1.50 bagi setiap satu lot kedai.

‘‘Buat masa ini MDJL juga tidak pernah mengadakan pertemuan dengan peniaga serta mendengar permasalahan kami di sini. Berilah kami semua sedikit ruang untuk berbincang,” katanya yang telah berniaga di situ sejak 12 tahun lalu.

Penjual sayur, Shariza Mokthar, 34, memberitahu, setiap Selasa pada minggu terakhir setiap bulan, pasar ini akan ditutup untuk kerja pembersihan.

‘‘Kerja pembersihan hanya dilakukan di luar bangunan ini tetapi bahagian dalam dibiarkan begitu sahaja.

‘‘Dahulu ada juga mereka bersihkan tetapi sekarang terus dipinggirkan,” katanya yang merujuk kepada syarikat SWM Environment Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat konsesi yang dilantik MDJL untuk tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pelanggan, Lee Chong, 31 yang lebih gemar ke pasar raya membeli barangan keperluan berkata, tahap kebersihan di pasar berkenaan amat mendukacitakan.

‘‘Saya tidak selesa ke pasar itu, tambahan pula laluan di dalamnya dipenuhi air dan bertakung,” katanya.

Lagipun, kata Chong, kemudahan letak kereta di pasar itu tidak mesra pengguna kerana tiada besi penghadang yang menghalang kenderaan dari terjunam ke dalam longkang yang besar itu.

‘‘Kami membeli kupon untuk meletakkan kenderaan dan sepatutnya pihak berkuasa tempatan melihat aspek keselamatan ini,” tegasnya.

Mengenai denda sekiranya gagal membeli kupon, Chong berkata, ia perlu dijelaskan di pejabat MDJL yang terletak di Bandar Seri Jempol.

‘‘Buatlah satu kaunter di pasar ini, sekurang-kurangnya, masalah pungutan denda ini tidak lewat dan ia juga memudahkan orang ramai. Kenapa perlu pergi jauh untuk bayar denda,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Keluarga sengsara di negeri kelahiran UMNO


Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut

******************
LIMA BERADIK HIDUP DAIF
Berita Harian 27 Mei 2010

Ibu meninggal, bapa terlantar hidap penyakit misteri

JOHOR BAHRU: “Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut, "kata Osman Ahmad, 46, yang terlantar akibat sakit misteri di rumahnya di Kampung Tengah, Majidee, di sini.

Ketika ditemui Berita Harian di rumah mereka, Osman yang bertaraf pemastautin tetap (PR) mengalirkan air mata mengenangkan nasib dua anaknya, Mohd Azri, 14 dan Izati, 13, manakala dua lagi anaknya, Noriah, 15, dan Mohd Faiz, 11, lebih baik kerana mendapat bantuan jiran untuk menyekolahkan mereka. Di rumah sewa yang berkeluasan tidak sampai 500 meter persegi itu, semua keperluan keluarga Osman ditanggung anak sulungnya, Mohd Ali, 29, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dengan gaji hanya RM600 sebulan.

Lebih menyedihkan, Osman yang kematian isteri, Rohani Omar sejak 10 tahun lalu tidak pernah mendapat bantuan daripada sebarang agensi serta jabatan kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada jiran sekampung.

Osman berkata, beliau mula terlantar dan tidak mampu bergerak sejak lebih tiga tahun lalu. Pada mulanya dia cuba mendapatkan rawatan hospital tetapi kemudian dibenarkan pulang, selepas pihak hospital gagal mengesan penyakit.

“Mulanya saya hanya sakit perut dan panas badan, tetapi selepas beberapa bulan berulang alik mendapatkan rawatan di hospital, mereka gagal mengesan penyakit, saya pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, saya langsung tidak boleh bergerak.
“Setahun kemudian, semua sendi di seluruh badan mula membengkak dan ada yang berair, diri sendiri pun saya tidak mampu untuk menguruskannya, bagaimana pula hendak memastikan anak ke sekolah. Merekalah yang menjaga saya," katanya di sini, semalam.

Osman berkata, berikutan keadaan dirinya, yang terlantar, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap keluarganya selepas beliau membenarkan anak keduanya, Noriah, untuk bekerja sebagai pembantu membuat kuih di kampung berkenaan.

“Orang itu berjanji akan menyekolahkan Noriah dan gaji anak saya akan diserahkan kepada saya dengan tujuan membantu membeli barang keperluan harian...tetapi ia tidak berlaku, malah, anak saya kini langsung tidak mahu bercakap dengan saya dan adiknya.

“Dia hanya pulang ke rumah pada sebelah malam, dan keluar semula tanpa mandi atau bercakap dengan sesiapa. Saya merayu anak saya dikembalikan kepada saya. Saya akan mencari jalan untuk menyekolahkannya," katanya.

Izati pula ketika ditanya sama ada mahu pergi ke sekolah, berkata tiada siapa yang mahu menjaga ayah dan adiknya, sekiranya, beliau pergi ke sekolah.

“Saya hanya bersekolah setakat Darjah Enam, kini, saya menguruskan ayah dan adik di rumah. Jika saya ke sekolah, siapa yang hendak tengokkan mereka," katanya.

Bagi Mohd Ali pula yang langsung tidak pernah ke sekolah mengakui mengharapkan ada pihak yang sudi membantu keluarganya untuk menyekolahkan adiknya.

“Dengan gaji sebulan RM600, saya menanggung semua keperluan di rumah ini, termasuk duit sewa rumah sebanyak RM250. Memanglah tidak cukup, tapi kami cuba untuk hidup. Harapan saya, ada pihak ikhlas membantu ayah mendapatkan rawatan sewajarnya serta adik dapat semula ke sekolah, " katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Osman, berkata beliau terkejut apabila mendapat maklumat masih ada keluarga yang tidak mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

“Ini tidak sepatutnya terjadi. Saya tidak tahu mana silapnya. Memang benar Osman bukan warga negara ini dan hanya mempunyai taraf PR tetapi semua lima anaknya lahir di sini, mempunyai sijil lahir dan warga Malaysia.

“Mereka layak mendapat bantuan dan pembelaan sepenuhnya. Buat permulaan, saya sudah menyerahkan kerusi roda kepada Osman bagi membantunya bergerak dan tumpuan selepas ini adalah untuk menyekolahkan anaknya," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Limaberadikhidupdaif/Article

5/26/10

KJ perli Najib kelemahan PLKN ?



Apakah salah satu tujuan Ahli Parlimen Rembau menyertai Askar Wataniah sebagai Rekrut untuk memperli program PLKN ? KJ kata : Sebab saya hendak tunjuk askar Wataniah ini satu program yang bagus yang perlu dapat sokongan dan penglibatan daripada generasi muda di Malaysia. Kita tidak ada kerahan tenaga seperti negara negara lain, kita ada PLKN tetapi PLKN dia LEBIH KEPADA SATU LATIHAN YANG BOLEH DIKATAKAN RINGAN.

Ini menunjukkan selama ini Program Askar Wataniah adalah jauh lebih baik dari PLKN. Kenapa tidak selama ini Program Askar Wataniah ini diperkasakan ? Kenapa perlu ada PLKN ? Boleh pula pelatih PLKN ini kejap-kejap diberi pelepasan untuk ambil keputusan peperiksaan SPM, tamat awal untuk masuk IPT dan macam-macam lagi.

Lagi satu , apakah KJ juga memperli pemimpin-pemimpin UMNO lain yang dapat pangkat pegawai kehormat dalam Askar Wataniah hanya untuk suka-suka ? Apa sumbangan pemimpin UMNO ni dalam Askar Wataniah ?

Apakah peluang KJ untuk menjadi Menteri Pertahanan bertambah cerah selepas ini, mengikut jejak orang Rembau sebelum ini iaitu Dato Mokhtar Hashim ?

KJ : Sebab saya hendak tunjuk askar Wataniah ini satu program yang bagus yang perlu dapat sokongan dan penglibatan daripada generasi muda di Malaysia. Kita tidak ada kerahan tenaga seperti negara negara lain, kita ada PLKN tetapi PLKN dia LEBIH KEPADA SATU LATIHAN YANG BOLEH DIKATAKAN RINGAN. Walaupun PLKN tiga bulan dan Askar Wataniah ini satu bulan, askar ini, saya belajar satu benda.

KJ : Memamg betul saya ditawar pangkat kehormat (pangkat tanpa latihanlah), mejar ke, kolonel ke, tetapi bagi saya kalau nak pakai uniform itu, terutama sebagai orang yang masih muda kita kena lalui daripada bawah. Jadi dalam askar ini dia tidak ada jalan pintas, dia kena mula dari bawah.

Ikuti temuramah penuh KJ sebagai Rekrut (Prebet) Khairy Jamaluddin di http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/05/kj-sudah-masuk-wataniah-anda-bila-lagi.html

10 tahun minta jambatan tak dapat dapat


Perlu ada Pilihanraya Kecil baru nak buat jambatan ? Bukan 10 hari dah minta jambatan, bukan 10 bulan tapi dah 10 tahun. Dah 2 kali Pilihanraya Umum pun tak ada nampak bayang jambatan.

Nak sampai penduduk di tempat ini doakan wakil rakyat mereka mati macam di http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

****************************
500 PENDUDUK DI ULU SUNGAI TOMANI RAYU KERAJAAN ATASI MASALAH TIADA JAMBATAN

25 Mei 2010 – New Sabah Times

TENOM: Kira-kira 500 penduduk di empat kampung di Ulu Sungai Tomani merayu supaya kerajaan mengatasi ketiadaan jambatan di sungai itu yang menjadi laluan harian mereka.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Alutok, Angilik @ Tamrin Unin, berkata sungai yang tiada jambatan itu menjadi laluan utama penduduk sama ada ke ladang atau ke Pekan Tenom.


“Kami bimbang dengan ketiadaan jambatan sungai itu kerana ia sukar dilalui oleh kenderaan pada musim banjir,” katanya.

Katanya, ketiadaan jambatan itu membimbangkan penduduk di kampung terbabit seperti Kg. Alutok, Kg. Kaang, Kg. Ahisal dan Kg. Malutut kerana arus sungai itu deras dan boleh mengancam keselamatan penduduk.

Menurut Angilik permohonan untuk membina jambatan simen paras air telah lama dipohon tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.

Katanya, aduan demi aduan daripada penduduk setempat mengenai pembinaan jambatan tidak mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Berikutan ketiadaan jambatan itu penduduk amat sukar memasarkan hasil pertanian mereka seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran pada musim hujan kerana sungai itu sering banjir,” jelas Angilik.

Ketiadaan jambatan itu juga katanya, menyebabkan aktiviti harian mereka tergendala.

Seorang lagi penduduk Rawani Kaban berkata, beliau kesal dengan sikap Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah ini yang tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu.

“Kami bukan tidak membuat permohonan untuk membina jambatan malah sudah melebihi sepuluh tahun permohonan telah dibuat tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pernah pada suatu ketika seorang penduduk yang cedera semasa menjalankan kerja di ladang terpaksa di bawa dengan kenderaan menyeberangi sungai pada musim banjir kerana menyelamatkan nyawanya.

“Mujurlah kenderaan yang membawanya tidak dihanyutkan arus deras pada ketika itu,” jelasnya.

Justeru itu katanya, kerajaan perlu bertindak segera mengatasi masalah ketiadaan jambatan di ulu sungai Tomani itu.

Sumber : http://newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/39003

Ceramah Bantah Judi 30 Mei Jempol N.Sembilan


CERAMAH TAK NAK JUDI
Tarikh : 30 Mei 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Jempol, Muassasah Darul Syariff, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol

Penceramah :
YB Hj Mohamad Taufek – ADUN Paroi , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Al Fadil Ustaz Wan Azhar – Yang Dipertua PAS Besut , Terengganu

Semua Dijemput Hadir

BOLA YES , JUDI NO !

Maklumat lanjut di http://unitamaljempol.blogspot.com/2010/05/jemputan-ke-ceramah-umum-30-mei-2010.html

Sanggupkah pemimpin Umno ceramah atas lori ?


Ceramah Pakatan Rakyat Rembau pada 25 Mei 2010 berjalan lancar di kubu kuat Menteri Besar Negeri Sembilan di Taman Angsamas, Mambau dalam DUN Rantau. Walaupun terpaksa ditukar lokasi ceramah sebanyak 3 kali atas alasan kumpulan samseng yang menyamseng akan buat kacau.

Disebabkan pertukaran tempat ceramah pada saat akhir , para penceramah dengan rasa penuh gembira dan rela hati berceramah dari atas belakang kenderaan 4WD demi untuk memberi penerangan semasa kepada ribuan masyarakat yang hadir.

Pemimpin Umno ada berani ceramah atas 4WD, atas lori , atas bas ke ?

Tahniah diucapkan kepada pihak polis kerana berjaya mengekang kumpulan Samseng dari Negeri Sembilan dari Menyamseng pada malam tersebut.

Lagi berita bergambar ceramah di kubu kuat Umno Negeri Sembilan di DUN Rantau pada pautan berikut http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2010/05/kejayaan-samm-dan-pkr-cabang-rembau.html

Sedapnya Roti Telur Tahi Ayam ni




Buatlah pilihan sendiri.

Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram.

Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.

Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.

Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.




INI GAMBAR ROTI TELUR




INI GAMBAR TELUR SEDANG DIKUTIP


INI GAMBAR PENIAGA YANG TAK BASUH TELUR AYAM



INI GAMBAR PENIAGA YANG PENTINGKAN KEBERSIHAN. TELUR AYAM CANTIK SELEPAS DI BASUH



INI GAMBAR TELUR AYAM YANG BANYAK TAHI PADA KULITNYA. MACAM-MACAM WARNA TAHI, HITAM, HIJAU PEKAT


INI GAMBAR AYAM BERAK KAPUR




INI GAMBAR ROTI TELUR TADI.

SEDAP TAK ?

5/25/10

Prebet Khairy Jamaluddin serta Askar Wataniah


Macam tak percayo den Ahli Parlimen Ghombau ni masuk Askar Wataniah. Sampai hitam logam, kurus kering kulit KJ. Dah tu bukan pegawai, dio masuk jadi Prebet Khairy Jamaluddin. Bukan macam pemimpin Umno yang lain masuk Askar Wataniah dapat pangkat kehormat seperti Mejar, Kolonel tanpa perlu jalani latihan.

Waduh-waduh , naik saham KJ macam ni.

Cabaran besar kepada Ketua Pemuda PAS, PKR dan DAP.

Macam ni lah KJ kalau nak bersaing. Tak perlu macam orang lain tu yang gunakan kumpulan samseng.

Kalau boleh ajak kumpulan samseng DUN Rantau tu sertai Askar Wataniah.

Ikuti temuramah bersama Prebet KJ dan foto beliau di http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2010/05/kj-sudah-masuk-wataniah-anda-bila-lagi.html

Mohamad Hasan aset besar Pakatan Rakyat


Sekiranya Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti sebagai calon DUN atau Parlimen, ianya akan menjadi aset besar kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri Sembilan mahu pun di peringkat pusat.

Ini adalah kerana dibawah pimpinan beliau, Barisan Nasional mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah politik Negeri Sembilan dan hampir tumbang di mana Pakatan Rakyat memenangi 15 dari 36 kerusi DUN semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008. Sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi 4 kerusi semasa PRU 12 , Negeri Sembilan akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah di Negeri Sembin satu kerusi DUN pun yang ditandingi UMNO tewas semasa pilihanraya. Dalam PRU ke 12 , 3 calon DUN UMNO tewas iaitu di kawasan bandar di Paroi, Sikamat dan Ampangan.

Hanya orang UMNO dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan sahaja yang tahu rahsianya kenapa pimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan mengalami kekalakan teruk semasa RPU 12.

Oleh itu Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dan peringkat pusat harus berhati-hati agar tidak terlalu menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan , agar beliau diberi peluang bertanding dalam PRU 13 sebagai calon DUN atau Parlimen kerana ianya adalah aset kepada Pakatan Rakyat dalam mencerahkan lagi harapan Pakatan Rakyat untuk menguasai lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen.

****************************
BNM SIASAT PEMINDAHAN RM10 JUTA OLEH MB NS
Nov 27, 09

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

http://www.malaysiakini.com/news/118501

****************************
'NO NEGRI REPS LEAVING COALITION'
Wednesday September 10, 2008

SEREMBAN: No Barisan Nasional state assemblyman will be leaving the coalition next Tuesday, Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said.

He said he was even confident of wresting several Opposition state seats back if there were polls now.

He named the Paroi, Ampangan and Sikamat seats as those which the Barisan could “easily win” back.

“We lost the seats due to infighting then. That is resolved now. In fact we can also win other seats like Port Dickson, Senawang and two or three other seats which were previously held by the MCA, such as Nilai and Chuah,” he said.

He was speaking to reporters after distributing dividends of between RM1,000 and RM5,000 to landowners who had outsourced their properties to Risda to grow rubber.

He was commenting on talk that the Negri Sembilan state government would fall into the hands of the Pakatan Rakyat on Sept 16.

The state assembly has 21 Barisan and 15 Pakatan Rakyat assemblymen.

Mohamad said he was told some Barisan assemblymen were being enticed with “lots of money” to join the Opposition.

“I was told a lot of money is being promised but I am confident that our wakil rakyat will not be bought over,” he said.

Mohamad said more people in Opposition-held constituencies were now frequenting Barisan service centres set up since July 1.

“They regret voting for the Opposition in the general election and we will make sure we serve them although they do not live in Barisan-held constituencies,” he said.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2008%2F9%2F10%2Fnation%2F1989226

5/24/10

Kerajaan tak prihatin siling masjid runtuh


Sampai bila kami harus terus menggunakan Masjid Ubudiyah yang usang dan berbahaya ini? Kami tidak ada jawapan dan pilihan. Sejak siling runtuh dan menjejaskan ruang solat utama di masjid ini pada 9 Februari lalu, tiada sesiapa pun yang tampil mengambil tahu kesulitan kami.

Perlukan ada Pilihanraya Kecil di Tamparuli ? Jangan sampai rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati macam pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

Kalau kerajaan boleh beri geran RM 500,000.00 untuk baiki Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati takkan tak boleh beri geran untuk baiki Masjid Ubudiyah di Sabah ?

****************************
SILING RUNTUH
Berita Harian 24 Mei 2010

Masjid Ubudiyah perlu dibaiki elak bahaya jemaah beribadat

TAMPARULI: "Sampai bila kami harus terus menggunakan Masjid Ubudiyah yang usang dan berbahaya ini? Kami tidak ada jawapan dan pilihan. Sejak siling runtuh dan menjejaskan ruang solat utama di masjid ini pada 9 Februari lalu, tiada sesiapa pun yang tampil mengambil tahu kesulitan kami.

"Kami sedih dengan keadaan ini kerana masjid inilah satu-satunya tempat kami beribadat dan memperkukuh silaturahim sesama umat Islam setiap kali solat fardu dan Jumaat sejak sekian lama." Itulah yang diluahkan kebanyakan jemaah Masjid Ubudiyah, di sini sejak awal tahun ini berikutan keuzuran masjid yang menyebabkan jemaah terpaksa menghadapi risiko ditimpa runtuhan masjid.

Kejadian siling masjid runtuh bukan setakat memaksa ruang solat utama dalam masjid itu ditutup kepada jemaah, malah kegiatan lain seperti ceramah dan kelas pengajian agama juga tidak mampu dijalankan.

Sejak kejadian itu, anggota jemaah masjid terpaksa menunaikan solat fardu dan Jumaat dalam keadaan kurang selesa di kaki lima masjid dan bawah khemah di perkarangan masjid.

Seorang jemaah, Lokman Abdul Manan, 48, berkata beliau terkilan kerana tiada mana-mana pihak mengambil tindakan membantu menangani masalah berkenaan.

"Walaupun sudah tiga bulan siling masjid runtuh, belum ada mana-mana pihak datang untuk membaiki kerosakan itu, apatah lagi membina masjid baru bagi menggantikan masjid yang sudah terlalu uzur dan berbahaya itu," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Masjid berusia lebih 30 tahun itu sepatutnya dirobohkan untuk membolehkan pembinaan masjid baru bernilai lebih RM2 juta tahun ini. Bagaimanapun, setakat ini, masjid baru yang dijanjikan kerajaan itu belum didirikan menyebabkan anggota masyarakat di sini tertanya-tanya mengenai faktor kelewatan pembinaan itu.

Lokman berkata, kelewatan itu tidak menimbulkan masalah besar kepada anggota kariah di kawasan berkenaan tetapi ketiadaan tempat sementara untuk menunaikan ibadat menyebabkan mereka menghadapi kesulitan.

"Kami berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim kerana prihatin terhadap kejadian itu. Beliau melawat masjid itu beberapa hari selepas kejadian," katanya.

Mohd Faizal Abdullah, 46, mendakwa selepas lawatan Jahid, anggota jemaah masjid sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai kedudukan masjid berkenaan sama ada akan menjalani pembaikan atau sebaliknya.

“Saya kecewa kelewatan pihak berkuasa menangani masalah itu. Jika kerajaan tidak mampu membina masjid baru, jangan beri janji kerana ia membuatkan umat Islam tertunggu-tunggu ia ditunaikan," katanya sambil menjelaskan umat Islam di sini sudah mengumpul tandatangan untuk menggesa kerajaan mempercepatkan pembinaan masjid baru.

Setiausaha jawatankuasa masjid berkenaan, Zulkifli Awang, berkata tandatangan itu akan diserahkan kepada Jahid untuk dirujukkan kepada kerajaan.

"Jika pembinaan masjid baru tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kerajaan wajar membaiki kemudahan sedia ada. Kedatangan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi menyebabkan pembinaan masjid itu harus disegerakan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Silingruntuh/Article

KINI MASJID TAMPARULI PULA RUNTUH?
Saturday, 06 March 2010

RUNTUH……siling Masjid Pekan Tamparuli yang runtuh pada kejadian 9 Feb 2010 selepas sembahyang Isyak.

PERUNTUKAN untuk membina sebuah masjid baru di pekan Tamparuli telahpun diluluskan oleh pihak kerajaan bagi menggantikan masjid lama yang sudah tidak selamat digunakan oleh umat Islam di daerah ini.

Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim ketika dihubungi memberitahu, peruntukan untuk membina masjid baru bagi menggantikan masjid sedia ada yang sudah tidak selamat digunakan sekarang ini telahpun diluluskan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, ketika ini pihak kontraktor yang telah dilantik untuk membina masjid baru di pekan itu dalam proses menentukan sempadan tanah kerana tapak masjid yang ada sekarang tersasar dari sempadan sebenar.

“Sebagai Wakil Rakyat di Tamparuli yang sering menggunakan kemudahan masjid ini saya dapati masjid di pekan ini sudah terlalu lama dan tidak selamat untuk digunakan oleh umat Islam di daerah ini. Menyedari permasalahan ini saya telah mengemukakan permohonan untuk membina masjid baru di daerah ini sejak empat tahun yang lalu bagi memastikan keselamatan pengguna di masjid ini terjamin,” kata Jahid lagi.

Jelas Jahid yang juga Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, buat masa ini masjid tersebut terpaksa ditutup berikutan kejadian siling runtuh pada 9 Februari lalu selepas sembahyang Isyak.

Walaubagaimanapun terang beliau, umat Islam di daerah ini yang ingin bersolat di masjid itu masih dibenarkan bersembahyang hanya di luar beranda dan dilarang melakukan solat di dalam masjid bagi memastikan keselamatan jemaah terjamin.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana tiada kecederaan berlaku ketika kejadian siling masjid itu runtuh, disebalik kejadian ini ada hikmahnya.” katanya lagi.

http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=3484:kini-masjid-tamparuli-pula-runtuh&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

**************************
Sabtu Januari 9, 2010
GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. -Foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bagi membolehkan pihak pengurusan gereja terbabit membangunkan tapak gereja yang lain agar dapat menjalankan urusan pentadbiran dan para penganut Kristian beribadat.

Menurutnya, peruntukan itu juga sebagai tanda simpati dan keikhlasan kerajaan untuk membantu pihak gereja berkenaan.

“Saya harap semua pihak akan bersikap tenang dan komited untuk menjaga keadaan harmoni dan hubungan baik antara kaum dan agama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Najib melawat gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini untuk meninjau kerosakan yang berlaku.

Awal pagi semalam, tiga buah gereja dibaling dengan bom buatan sendiri.

Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Najib berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden membakar gereja.

“Perbuatan seperti membakar tempat beribadat orang lain yang beragama lain ialah perbuatan yang sangat terkutuk bukan saja di sisi undang-undang negara tetapi dari segi agama Islam, kita dilarang lakukan perkara seperti ini.

“Dalam Al-Quran, Allah menegah perbuatan seperti ini, 'jangan kamu cerca benda-benda yang mereka sembah lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan'.

“Maksud ayat ini bahawa apa-apa tindakan seperti maki hamun, rosak apa benda berkaitan kepercayaan dan anutan agama lain adalah ditegah dan dilarang oleh agama kita,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak tidak akan melakukan perkara-perkara seperti membakar gereja.

Ditanya mengenai wujudnya tuduhan walaupun kerajaan belum melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes-kes tersebut, Najib berkata, pihak berkenaan suka menuding jari kerana mempunyai agenda politik.

“Saya kutuk cara seperti ini sebab kita tidak boleh mempolitikkan insiden-insiden atau perkara-perkara sedemikian.

“Kita mesti mengambil sikap tanggungjawab untuk menenangkan keadaaan dan mencari penyelesaian terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan menyediakan peruntukan lain, Najib berkata: “Inilah tempat yang paling berat sekali berlaku.”

Mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa apa yang berlaku adalah ekoran kes kalimah Allah dibincangkan secara terlalu terbuka , Najib berkata: “Tak apalah... itulah pendapat mana mana pihak, ada macam-macam pendapat.”

Sementara itu, ketua paderi gereja terbabit, Reverend Ong Sek Leang berkata, pihaknya dan seramai 1,700 para penganut Kristian di gereja itu menyambut baik peruntukan tersebut.

“Saya rasa ia amat menggalakkan, dan sangat membantu. Kami memerlukan pejabat baru, barangkali di tempat baru ekoran kemudahan di sini telah musnah sama sekali,” katanya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109174041&sec=mstar_berita%5B/url%5D