KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/30/10

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negara akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27877:kempen-10-juta-tandatangan-bantah-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

Veteran UMNO terbiar di Rumah Orang Tua Selangor ?

Tak pasti siapakah kawan lama Tan Sri Mohamad Isa Samad, Adun Bagan Pinang, di Port Dickson ( juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ) yang bernama Mat Sulong yang kini berada di Rumah Orang-orang Tua di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Adakah pakcik Mat Sulong ini veteran UMNO , rakan perjuangan Isa Samad atau raka sekolah, itu tak pasti.

Bekas wartawan itu minta sangatlah Isa Samad, atau sesiapa yang mengenali beliau, atau tak kenal pun tak apa, termasuk pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor untuk ziarah pakcik Mat Sulong ini.

Mungkin pakcik Mat Sulong ini perkara kecil agaknya. Yang penting UMNO mesti dedahkan siapa dalang korek pasir di Selangor, PKR juga mesti dedahkan siapa dalang korek pasir masa Khir Toyo jadi MB Selangor. Pakcik Mat Sulong ni tak penting agaknya.

Ikuti rayuan untuk melawat pakcik Mat Sulong di Rumah Orang-orang Tua di Kuala Kubu Bahru, Selangor pada pautan berikut http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/kepada-sesiapa-yang-kenal-tan-sri.html

PAS bentuk jawatankuasa Anti Saman Ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.

Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.

“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.

Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’ seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.

Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.

“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.

Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.

“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya.

Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.

Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.

“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27865:pas-bentuk-jawatankuasa-anti-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

PAS bentuk jawatankuasa Anti Saman Ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.

Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.

“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.

Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’ seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.

Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.

“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.

Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.

“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya.

Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.

Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.

“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27865:pas-bentuk-jawatankuasa-anti-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

Lara nelayan Orang Asli di Johor

Berita Harian 30 Julai 2010

32 keluarga di Kampung Bakar Batu dakwa hilang sumber rezeki akibat projek penambakan laut sekitar perairan Tebrau

JOHOR BAHRU: Lara hati 32 keluarga Orang Asli Kampung Bakar Batu, di sini memerlukan ‘ubat’ sebelum kehidupan mereka terus melarat berikutan kehilangan mata pencarian akibat projek penambakan laut di sekitar perairan Tebrau kini.

Malah, tinjauan ke lokasi berkenaan dengan menaiki bot penduduk mendapati dakwaan Orang Asli bahawa kehidupan laut seperti ikan, kupang, ketam yang ditangkap berhampiran pokok paya bakau pupus berasas, selepas air laut kini dicemari air tanah merah dari tapak projek. Tok Batin, Kais Ki, 47, berkata, sejak kerja pembinaan berhampiran kampung mereka bermula, penduduk mengeluh kerana air laut kotor menyebabkan hasil laut susah diperoleh dan benih kupang yang dibela turut mati. “Sudahlah pokok bakau tidak lagi menjadi lubuk rezeki, nelayan Orang Asli berpakat sesama sendiri terpaksa menyusuri hingga ke Tanjung Pelepas dan kawasan berdekatan untuk menangkap ikan.

“Kehidupan penduduk makin susah dan saya berharap pemaju memberikan pampasan kerana kami sudah kehilangan mata pencarian kerana hasil laut seperti ikan, ketam, kupang susah diperoleh, ”katanya ketika ditemui di sini.

Maya Lam, 30-an berkata, kerana hasil laut susah diperoleh penduduk melakukan pekerjaan sampingan bagi menampung perbelanjaan barang dapur, susu anak dan perubatan.

“Hidup Orang Asli memang susah. Hendak memperoleh RM10 hasil jualan pumpun (umpan cacing) pun payah walaupun sudah menunggu pelanggan sejak awal pagi sampai tengah hari.
“Kami mengutip tin kosong, botol plastik yang hasilnya yang tidak seberapa, hendak cari besi buruk nanti dianggap mencuri pula tetapi pendapatan itulah digunakan untuk beli barang dapur, susu anak dan ubat, ” katanya.

Kok Usop, 33, berkata, beliau berpakat bersama rakan meredah hingga ke sungai berhampiran kerana ikan sudah ‘segan’ hidup di tempatnya.

“Selalu saya bersama kawan akan tangkap ikan di Sungai Pendas, Sungai Melayu, Bakar Batu Skudai dan pergi ke Tanjung Pelepas Pontian tetapi itu pun nasib jika ada ikan.

“Jaring pun kami sewa dengan harga RM100 bagi tempoh seminggu daripada kawan yang tidak turun ke laut dan biasanya kalau belanja minyak diesel pergi serta balik adalah RM70. Jika ada ikan kira nasib baiklah, kalau tidak ada, kami akan rugi kerana duit belanja yang tidak seberapa sudah habis, ” katanya.

Yang Tom, 40-an berkata, akibat kerja penambakan dan pengorekan dasar laut bagi menanam cerucuk, 14 rumah yang diberikan percuma oleh kerajaan negeri kini mengalami keretakan.

“Sejak projek ini bermula, hampir 14 rumah sederet rumah kami retak. Bukan saja dinding malah lantai juga sama bukan saya tipu tapi tengoklah dan tanyalah jiran lain.

“Ke mana kami nak mengadu? sejak pemaju mulakan kerja pembinaan rumah kami pecah sana-sini kerana tanah di pinggir laut seperti kami ini tidak kuat, ” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_LaranelayanOrangAsli/Article

7/29/10

Kes culik pula menjadi jadi, apa dah jadi Index Jenayah

Apa dah jadi dengan index jenayah ? Terkini pelajar perempuan 15 tahun telah diculik di Terengganu. Malaysia negara bahaya ! Saman Ekor tetap kena bayar , adakah rondaan polis akan lebih kerap, kereta peronda akan bertambah meronda siang malam di negara Malaysia yang penuh dengan para penjenayah. Sibuk pengkhianat negara dan pengkhianat Melayu sedangkan Penjenayah Semakin BERMAHARAJA LELA.

******************************
Pelajar perempuan terselamat bila kereta penculik kemalangan
Berita Harian 29 Julai 2010

JERTIH: Seorang pelajar perempuan terselamat daripada menjadi mangsa penculik apabila kereta yang digunakan penjenayah terbabit terbabas semasa membawa lari pelajar berkenaan di Kampung Limbongan, dekat sini, petang semalam.

Pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Nur Zahirah (SMKNZ), Besut, itu diculik dua lelaki ketika berada di luar pagar sekolah berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut,DSP Noor Zainy Mohd Nor, berkata ketika kejadian jam 4.30 petang itu, pelajar terbabit sedang menunggu ibunya mengambil beliau pulang selepas mengikuti kelas tambahan di sekolah berkenaan. "Bagaimanapun, ketika mangsa sedang menunggu ibunya, dua lelaki berusia 23 dan 15 tahun yang memandu Perodua Kenari memberhentikan kenderaan lalu turun mengheret pelajar terbabit ke dalam kereta.

"Namun, kereta yang dipandu seorang daripada lelaki terbabit terbabas lalu terjatuh ke dalam parit kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Noor Zainy berkata, polis yang sampai ke tempat kemalangan lima belas minit kemudian mendapati suspek sudah melarikan diri dan pelajar berkenaan pengsan dalam kereta terbabit.

Katanya, pelajar itu yang cedera parah di kepala dan leher dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) jam 8.30 malam tadi.
"Berikutan kejadian itu, polis melancarkan gerakan mencari dan mengesan suspek dan bertindak atas maklumat awam polis berjaya menangkap dua lelaki berkenaan sejam kemudian di sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarperempuanterselamatbilakeretapenculikkemalangan/Article

Mad Hasan kekal MB lepas Pilihanraya Umum ?


Tidak mustahil Mohamad Hasan akan kekal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin diadakan pada tahun 2010 atau 2011 nanti. Ini adalah kerana terdapat begitu banyak DUN Bonus untuk UMNO di kawasan kem tentera dan Felda. Kawasan Felda di N.Sembilan ialah ke 3 terbesar di Malaysia.

Kem tentera terbesar di Malaysia juga berada di Negeri Sembilan, di Gemas dan Port Dickson.

Kepada puak-puak dalam UMNO yang tidak sebulu dengan Mad Hasan jangan mimpilah nak naikkan nama orang lain jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Buatlah kerja masing-masing untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Artikel sebelum ini Pakatan Rakyat Sukar Tawan N.Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/07/pakatan-rakyat-sukar-tawan-nsembilan.html

Letupan gempar penduduk


Sinar Harian 29 Julai 2010

KAMPUNG MANTAI , Melaka – Kedudukan kawasan kuari batu yang terletak hanya 300 meter dengan kawasan perumahan penduduk menimbulkan rasa kurang selesa.

Penduduk, Idros Sabar, 49, berkata, sebelum ini, memang terdapat aktiviti kuari dilakukan dan sudah ditutup sekitar 2006, namun sejak awal tahun lalu, kawasan terbabit dibuka semula di kawasan tanah milik persendirian.

Menurutnya, kebiasaannya, sebelum melakukan kerja-kerja letupan kuari batu berkenaan, siren akan dibunyikan di kawasan penempatan penduduk bagi memaklumkan bahawa kerja-kerja letupan akan dilakukan.

“Namun, dua bulan lepas, letupan berlaku secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang menggemparkan kawasan sekitar kampung ini.

“Penduduk terkejut dengan letupan kuat itu dan menyangka sesuatu berlaku," katanya.

Idros berkata, beberapa penduduk membuat laporan polis mengenai letupan kuat itu.

"Dua minggu selepas kejadian, penduduk dipanggil mengadakan perbincangan dengan pengusaha kuari terbabit namun, pihak pengurusan memberitahu bahawa letupan terbabit adalah seperti biasa.

“Letupan daripada kawasan berkenaan menyebabkan saya mengesan beberapa retakan di dalam rumah dan letupan luar biasa dua bulan lepas memang memeranjatkan kami,” katanya.

Sementara itu, penoreh getah, Dzainordin Samad, 41, berkata, dia sekeluarga belum sempat berpindah ke rumah barunya namun, terdapat beberapa kesan retakan di dalam rumah itu.

Menurutnya, rumahnya yang bernilai RM33,000 di bawah sumbangan Risda Melaka melalui Projek Program Bantuan Rumah (PBR) itu bakal didiami Oktober ini.

“Saya pernah memaklumkan kepada syarikat kontraktor dan pihak mereka turut membuat kerja-kerja menampal di bahagian kesan retakan yang ada.

“Saya kecewa, apabila melihat rumah yang belum sempat kami sekeluarga diami mengalami keadaan seperti ini,” katanya.

Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit di Balai Polis Nyalas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8003584.asp

Trauma banjir di Johor

Berita Harian 29 Julai 2010

Projek EDL didakwa punca tiga kampung 8 kali banjir

JOHOR BAHRU: Projek Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) berdekatan Kampung Setanggi, Tok Siak dan Hajah Hasnah, bukan saja menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah menyebabkan mereka rugi apabila sudah lapan kali dilanda banjir sejak projek itu bermula setahun lalu.

Terbaru, pada 20 Julai lalu, rumah mereka dinaiki air hingga paras pinggang menyebabkan semua kelengkapan rumah dan peralatan sekolah anak rosak mengakibatkan kerugian ribuan ringgit. Mereka mendakwa, sikap tidak bertanggungjawab pemaju menimbus sebatang anak sungai di Kampung Tok Siak, menyebabkan aliran air di kawasan tiga perkampungan berkenaan kini bertumpu di sebatang anak sungai di Kampung Hajah Hasnah. Penduduk mendakwa mereka kini trauma dan fobia setiap kali hujan kerana khuatir kawasan itu akan dinaiki air, selain sudah tidak mampu membaiki rumah dan membeli peralatan rumah yang baru.

Penduduk Kampung Tok Siak, Khalilah Daud, 44, berkata, beliau terpaksa menanggung kerugian besar dan menuntut pemaju tampil membayar pampasan.

Akibat daripada banjir yang berlaku Selasa lalu, empat kereta baru milik ahli keluarga ditenggelami air sehingga terpaksa dihantar ke bengkel, manakala perkakasan rumah seperti peralatan elektrik kini sudah tidak boleh digunakan.

Kami tidak dapat mengalihkan kenderaan ke tempat tinggi kerana jalan utama sudah ditenggelami air, selain kami sibuk memindahkan harta benda. Semua berlaku dengan pantas, katanya ketika ditemui di kediamannya.
Saodah Jasman, 51, berkata, beliau kesal terhadap sikap pemaju yang enggan bersemuka dengan penduduk seperti yang dijanjikan pada 21 Julai lalu pada jam 2 petang.

Saya diberitahu pihak pemaju hadir untuk bertemu penduduk pada tarikh yang ditetapkan, tetapi pulang dengan alasan kami tiada di lokasi seperti dijanjikan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju ternyata mengelirukan kerana kami datang tepat pada jam pertemuan ditetapkan, tetapi mereka berdolak dalik mengatakan sudah datang pada jam 12 tengah hari, katanya.

Mariam Yahya, 70, berkata, beliau yang uzur nyaris dihempap almari pakaian ketika air mulai naik dalam rumahnya.

Apabila mengenang kembali banjir kilat yang berlaku tempoh hari, saya nyaris maut kerana almari pakaian jatuh, tetapi sempat mengelak. Saya sedih kerana sejak berpuluh tahun tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku banjir kilat, namun persekitaran selamat penduduk mulai berubah selepas projek pembangunan berdekatan bermula, katanya.

Penduduk Kampung Setanggi, Mohd Yusof Juraimi, 25, berkata, kerajaan negeri perlu membantu menyelesaikan masalah penduduk itu yang berpunca daripada sikap pemaju yang tidak bertanggung jawab.

Kami tidak mendapat sebarang wang pampasan atau ganti rugi daripada kejadian banjir yang berlaku awal tahun ini, malah terpaksa berdepan kesulitan, " katanya.

Suhairi Noh Daud, 25, turut mendakwa sikap tidak bertanggungjawab pemaju menutup Sungai Tok Siak menjadi punca takungan air Sungai kampung Hajah Hasnah bertambah selain hujan turun tanpa henti selama beberapa jam.

Jika dulu, Sungai Tok Siak akan mengalir terus ke arah laut, keadaan itu sudah tidak berlaku kerana sudah ditutup oleh pemaju seterusnya menyebabkan satu aliran saja wujud iaitu Sungai Hajah Hasnah. Tambahan pula, kelebaran sungai itu dikecilkan daripada 12 meter kepada 4.5 meter oleh pemaju, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Traumabanjir/Article

Nelayan Tanjung Leman rayu bantuan

Utusan Malaysia 29 Julai 2010

MERSING 28 Julai - Lebih 50 nelayan Tanjung Leman dekat sini merayu agar Jabatan Perikanan daerah menghulurkan bantuan peralatan bagi meningkatkan hasil tangkapan dan sumber pendapatan mereka.

Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Tanjung Leman, Sahdan Isnin, 53, berkata, ia penting bagi membolehkan mereka turut menerima bantuan seperti nelayan lain di kawasan lain di daerah ini.

"Waktu ini, nelayan di Mersing dan Sedili Kota Tinggi menerima bantuan peralatan tetapi kami di Tanjung Leman tak dapat apa-apa jadi terasa seperti dianaktirikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, persatuan itu telah mengutarakan masalah tersebut kepada jabatan itu namun pihak terbabit mengatakan tiada peruntukan bantuan untuk nelayan-nelayan di Tanjung Leman.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka berasa seolah-olah dipinggirkan daripada mendapat bantuan sedangkan mereka adalah nelayan sah yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Mersing.

Nelayan bot kecil, Rohim Man, 48, pula berkata, hasil perbincangannya dengan pihak terbabit mendapati alasan yang diberikan oleh jabatan agak pelik iaitu kedudukan Tanjung Leman berada di tengah-tengah antara Mersing dan Sedili menyebabkan bantuan itu tidak dapat diberikan.

"Mereka kata, kami bukan nelayan Mersing dan bukan juga nelayan Sedili jadi kami sendiri tak tahu kami ini di daerah mana?

"Walhal lesen nelayan kami dikeluarkan oleh pejabat Perikanan Mersing," katanya.

Nelayan lain, Misman Darkob, 48, berkata, walaupun kenaikan harga minyak baru-baru ini dilihat tidak menjejaskan nelayan namun bantuan peralatan itu dilihat akan melegakan perbelanjaan harian mereka.

"Sehari kos minyak lebih kurang RM54 untuk 45 liter, itu tiada masalah tetapi kalau ada bantuan enjin, jaring, pukat atau peralatan lain maka semakin kurang belanja dan kos kami," jelasnya.

Tambahnya, dengan peralatan tambahan seperti pukat maka hasil tangkapan juga dapat ditingkatkan kerana banyak lokasi boleh dilabuhkan jaring tersebut.

Bagaimanapun, anaknya, Mohd. Saiful, 19, berkata, awak-awak seperti dia juga sepatutnya dipertimbangkan untuk diberi bantuan tersebut dan ia tidak wajar dihadkan kepada pemilik bot sahaja.

Nelayan muda itu berkata, bantuan tersebut perlu diberikan kepada golongan awak-awak dengan kadar berpatutan kerana mereka setakat ini tidak menerima sebarang bantuan seperti subsidi minyak dan sebagainya.

Justeru, dia meminta agar jabatan itu mempertimbangkan rayuan itu agar kebajikan mereka lebih terbela.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

Malaysia negara bahaya, pelagar dirogol dlm bas

Apa nak jadi Malaysia ni, semua tempat tak selamat. Pelajar sekolah dalam bas pun dirogol dalam bas sekolah oleh pemandu bas sendiri disaksikan oleh pelajar lain di Petaling Jaya lapor akhbar The Star 29 Julai 2010. Dalam kes lain pemandu van sekolah pula mencabul pelajar perempuan juga di Malaysia.

Apa nak jadi Malaysia ni ? Jenayah seks makin banyak, orang gila seks makin berani.

Adakah kita terlalu sibuk dengan politik hingga perkara sebegini bukan perjuangan utama untuk rakyat ? Perjuangan parti lebih penting dari perjuangan rakyat ?

Inilah yang dinamakan Kuman seberang laut nampak , Gajah depan mata tak nampak

Sibuk dengan pengkhianat negara dan pengkhianat Melayu tapi penjenayah depan mata , depan laman rumah tak nampak, tunggu masa menerkam kita dan keluarga kita.

******************************
Thursday July 29, 2010
Girl raped in school bus

PETALING JAYA: A school bus driver allegedly raped a 10-year-old girl in full view of other pupils in the bus.

A kindergarten teacher who was passing by heard screams for help and alerted members of the public, who caught the 51-year-old driver red-handed.

The incident took place along Jalan Othman, Petaling Jaya, at 12.40pm on Monday.

It is learnt that the driver had stopped the bus by the roadside and approached his victim. He forcefully undressed her in front of the horrified children.

He then forced himself on the terrified girl.

People who went to the girl’s aid grabbed the man and bashed him up before handing him over to the police.

Meanwhile, another pupil, aged 12, lodged a report alleging she was molested by her school van driver in Kelana Jaya.

The 6.45pm incident allegedly took place near a disabled welfare centre when the girl was alone in the van and on her way to extra classes.

The 37-year-old driver allegedly grabbed her from behind and fondled her private parts.

The girl put up a fierce struggle and managed to free herself before running off and screaming for help.

The driver who chased after her gave up when he saw her seeking help from her friend.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed, who confirmed both cases, said police are looking for the van driver.

“The bus driver has been remanded until tomorrow.

Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said a special task force has been set up in light of the two incidents.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/29/nation/6753637&sec=nation

7/28/10

MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas ?


Marah betul nampaknya tulisan dari Blos bekas wartawan akhbar perdana ni. Bekas wartawan ini begitu marah dengan begitu banyak pembinaan pondok bas di Port Dickson. ADUN Pakatan Rakyat perlu mengambil serius tulisan bekas wartawan ini yang memgkritik pedas dan tajam Menteri Besar Negeri Sembilan.

PEMBAZIRAN BINA PONDOK BAS DI PORT DICKSON: MB TAHUKAH?

Dan salah satu kehebatan yang mahu saya catatkan di sini ialah tindakan berani pentadbiran saudara (MB N.Sembilan) menaburkan wang sebegitu banyak membina tempat menunggu bas yang kosnya kalau diberi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh membina rumah rakyat miskin setiap satu. Saya pasti kos yang saudara telah laburkan dalam pembinaan tempat menunggu bas ini mencecah jutaan ringgit. Sepanjang jalan, tempat menunggu bas itu tersergam indah, walaupun kebanyakan di antaranya dibina hanya beberapa meter daripada pondok menunggu bas sedia ada yang masih boleh digunakan.

Artikel penuh bekas wartawan tersebut di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/07/pembaziran-bina-pondok-bas-di-port.html


Sibuk buat Pondok Bas je. Bas awamnya mane ? Sila baca himpunan artikel Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

1MALAYSIA , RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN !

Fuyoh, Melaka pun ada korek pasir juga ke


Aktiviti kerja melombong di kawasan tanah persendirian itu menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada penduduk berhampiran sejak kira-kira dua tahun lalu apabila kawasan mereka sering dilanda banjir lumpur. Kampung Solok Melangkan, Kampung Air Repat dan Taman Permai hanya terletak kira-kira 500 meter sahaja daripada kawasan lombong itu.

************************
Gesa pantau kegiatan korek pasir
Sinar Harian 28 Julai 2010

NYALAS, Melaka - Sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan termasuk sebuah taman perumahan di sini menerima kesan akibat aktiviti korek pasir yang sedang giat dijalankan berdekatan.

Aktiviti kerja melombong di kawasan tanah persendirian itu menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada penduduk berhampiran sejak kira-kira dua tahun lalu apabila kawasan mereka sering dilanda banjir lumpur.

Kawasan yang dikatakan menerima kesan adalah Kampung Solok Melangkan, Kampung Air Repat dan Taman Permai hanya terletak kira-kira 500 meter sahaja daripada kawasan lombong itu.

Penduduk mendakwa, akibat penempatan mereka agak rendah, ia memudahkan kawasan mereka dinaiki air.

Penduduk, Hashim Saring, 44, berkata kerja-kerja mengorek pasir itu dijalankan di kawasan pedalaman dan tinggi, memberi kesan kepada penduduk di kawasan rendah.

Menurutnya, kesan daripada kerja mencuci pasir, sungai yang mengalir ke kawasan penempatan penduduk mendap, seterusnya menjadi kotor.

“Jika dahulu, air sungai tidak mendap dan kotor seperti ini, namun sejak aktiviti dijalankan, kesan sebegini menjadi ingauan ngeri kami di sini,” katanya.

Menurutnya, lebih mengelirukan, kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan itu sudah pun digazetkan sebagai kawasan tadahan hujan, dan tidak seharusnya perkara sebegini boleh berlaku.

Hashim berkata, pihaknya sudah memaklumkan di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Asahan mengenai masalah itu, namun belum ada sebarang tindakan susulan.

Pekebun di Kampung Air Reput, Abd Rahman Dalip, 62, mendakwa keadaan sungai berhampiran kebunnya semakin dipenuhi lumpur serta pasir sehingga menyebabkan kadang-kala air sungai tidak dapat mengalir sempurna.

Bimbang kejadian tidak diingini, dia mengambil insiatif sendiri dengan menggali sungai terbabit membuang lumpur serta pasir yang menyebabkan sungai berkenaan menjadi cetek.

“Berbanding dahulu, air sungai dapat mengalir dengan baik dan kedalaman sungai adalah berada di paras pinggang, namun sejak sekarang sungai ini mula kelihatan keruh dan dipenuhi lumpur serta pasir.

“Apabila pasir dan lumpur terlalu banyak di dalam sungai, saya mengambil langkah membersihkan sungai berhampiran dusun kerana bimbang air akan melimpah ke dalam dusun,” katanya.

Seorang penduduk, Md Tolah Sabudin, 72, pula berkata, tanaman buah-buahannya banyak yang musnah akibat terlalu lama terendam dalam sungai yang melimpah ke dalam kawasan kebunnya.

“Jika hujan lebat, sungai pastinya akan melimpah dan bukan sahaja memasuki rumah penduduk yang rendah, bahkan kebun buah-buahan serta kebun getah penduduk dimasuki air.

“Dan apabila sudah dimasuki air, pastinya takungan itu mengambil masa untuk surut menyebabkan banyak pokok mati,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8000532.asp

7/27/10

Dato Dr Haron Din 3 Ogos 2010 Port Dickson


CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Oleh : Tn. Guru Dato Dr Haron Din
Tarikh : 3 Ogos 2010 / Selasa
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut sila hubungi En Saleh Hamid 019-6543570

Tidak tahan bau busuk setiap hari


Sinar Harian 27 Julai 2010

KUALA SUNGAI BARU – Penduduk Taman Rebana Jernih, di sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, sejak dua minggu lalu akibat masalah longgokan sampah berhampiran yang tidak dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mereka mendakwa, biarpun sudah beberapa kali melaporkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengenai longgokan sampah itu, namun sehingga kini ia masih tidak berangkat.

Lebih membimbangkan, sampah tersebut kini sudah berulat dan menyebabkan persekitaran yang menjijikkan.

Penduduk, Robini Sado, 40, berkata masalah longgokan sampah itu menyebabkan penduduk sekitar terpaksa menghidu bau busuk setiap hari, sekali gus mengganggu keselesaan mereka.

Menurutnya, pihak berkenaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap longgokan sampah berkenaan, walaupun sudah beberapa kali membuat aduan kepada MPAG.

“Sebelum ini, pegawai terbabit ada datang, tetapi mereka hanya melihat longgokan sampah tersebut, namun tidak mengutip dan membuangnya ke tempat lain.

“Saya bimbang keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk kerana banyak anjing liar berkeliaran pada waktu malam menyelongkar sampah dan menyelerakkan di merata kawasan ini," katanya.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan, Ali Nasir, 58, berkata longgokan sampah itu bukan saja mengundang bau busuk, malah mencacatkan permandangan sekitar.

"Selain anjing liar menyelongkar sampah itu, terdapat juga lembu membuat perkara yang sama pada sebelah malam.

“Pihak yang ditugaskan mengutip sampah di sini juga datang tidak mengikut jadual ditetapkan dan sehingga kini, kelibat lori sampah pun tidak pernah kelihatan.

"Mungkin kerana taman ini tersorok punca mereka tak mahu datang ke sini," katanya.

Sehubungan itu, dia dan penduduk taman berkenaan menggesa MDAG meninjau sendiri masalah itu, seterusnya mengambil tindakan segera demi keselesaan penduduk sekitar.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7996068.asp

Coca Cola N.Sembilan dan pasir Selangor


Pelik ya. Bercakap mengenai pencemaran alam sekitar , bahaya kepada rakyat isu pasit di Selangor. Tapi bakal muncul kilang gergasi Coca Cola di Negeri Sembilan dan impaknya kepada alam sekitar dan kesihatan manusia , media seperti Utusan Malaysia dan TV3 membisu senyap. Sedangkan Coca Cola ada di mana-mana, hampir setiap isu rumah, mengancam setiap rakyat dan anak cucu generasi akan datang.

KILANG COCA-COLA DI MALAYSIA. IMPAKNYA.. (BAHAGIAN 2)

Pada bahagian pertama saya membicarakan tentang kesan pembinaan kilang Coca-cola di Nilai, Negeri Sembilan yang akan membawa peluang pekerjaan yang besar kepada masyarakat. Tapi pada masa yang sama terpaksa membayar dengan harga yang mahal, risiko ditimpa pelbagai penyakit akibat sisa pembuangan daripada pemprosesan coca-cola ini iaitu kadmium (Cd). Kadmiun merupakan logam berat yang digunakan di dalam industri pembuatan bateri sebagaimana merkuri dan zink.

Artikel sepenuhnya di http://abeza09.blogspot.com/2010/07/kilang-gergasi-coca-cola-di-malaysia.html

KILANG COCA-COLA DI MALAYSIA. IMPAKNYA.. (BAHAGIAN 1)
Beberapa contoh boleh diambil untuk dijadikan ikhtibar, antaranya di India. Pembinaan kilang Coke secara besar-besar telah membawa padah apabila masyarakat terpaksa menanggung krisis air yang besar dan pencemaran tanah yang teruk, masalah ini telah memaksa demontrasi secara besar-besaran dibuat di Kala Dera, Rajashtan bagi memaksa penutupan kilang Coca-cola di India.

Artikel sepenuhnya di http://abeza09.blogspot.com/2010/04/kilang-gergasi-coca-coca-di-malaysia.html

Lombong Emas ditemui di Seremban ?


Petikan akhbar Harakahdaily 26 Julai 2010. Sila klik pada petikan akhbar di atas.

Juga kisah sebenar ”Lombong Emas” bernilai mungkin melebihi RM 100 Juta ini pada pautan berikut PROJEK_HADIAH UNTUK RAKYAT

7/26/10

Kerajaan mungkir janji perumahan nelayan Pahang


Ramai nelayan dikaitkan dengan kemiskinan. Semenjak 1985 kerajaan ingin mewujudkan perumahan nelayan di Bunut Rendang , Kuantan agar nelayan yang rata-rata berpendapatan rendah dapat tinggal di perumahan yang selesa dan murah. Sehingga sekarang janji tinggal janji. Sudah bergenerasi nelayan menunggu akan janji ini sehingga ada yang sudah pun dijemput Ilahi.

Sumber : http://pusatkhidmatrakyatparlimenkuantan.blogspot.com/2009/11/isu-nelayan-lagi.html

Projek perumahan nelayan Bunut Rendang yang di wartakan pada satu ketika sebagai projek perumahan terbesar untuk nelayan. Pada mulanya projek ini di bawah kendalian LKIM. Kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang. Kini lebih 10 tahun sudah berlalu dan projek ini masih terbengkalai.
http://pusatkhidmatrakyatparlimenkuantan.blogspot.com/2009/11/bahas-mp-kuantan-mengenai-isu-semasa.html

13 projek rumah dikategori terbengkalai
14/08/2007 Berita Harian

Menjawab soalan tambahan Shafik Fauzan, Mohd Soffi berkata, Projek Penempatan Semula Nelayan di Bunut Rendang bertujuan menempatkan keluarga nelayan dari Tanjung Lumpur, Tanjung Api, Kampung Selamat dan Peramu.

Projek itu, katanya diluluskan pada 1997 dan melalui beberapa peringkat pelaksanaan.

Bagaimanapun, projek itu ditakrifkan sebagai lewat atau terbengkalai.

http://www.hba.org.my/news/2007/807/13_projek.htm

Tuntut elaun tugasan Sukma ke-13


Sinar Harian 26 Julai 2010

KUALA LINGGI - Sebahagian anggota Relawan Ikatan Rakyat Malaysia (Rela) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang bertugas pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 lalu, mendakwa kecewa kerana belum menerima elaun yang dijanjikan.

Mereka yang bertugas di Kompleks Perahu Layar, Pengkalan Balak ditugaskan untuk mengawal keselamatan pada kejohanan itu dengan elaun yang dijanjikan sebanyak RM100 sehari untuk seorang.

Bagaimanapun, selepas lebih sebulan berlalu, belum ada tanda akan menerima elaun berjumlah RM1,400 bagi tugasan yang dilakukan sepanjang dua minggu itu menyebabkan mereka beranggapan seolah-olah ditipu.

Seorang anggota, Mohd Rizal Haiber, 32, berkata dia dimaklumkan pengurusan Rela bahawa sepanjang kejohanan itu, dua anggota Rela ditugaskan untuk mengawal keselamatan dengan bayaran elaun sebanyak RM100 sehari.

“Kami tak kisah dia nak bayar berapa pun, tetapi mengikut perjanjian awal mereka setuju nak bayar RM100 seorang sehari kepada dua petugas Rela bagi mengawal keluar masuk serta menjaga tahap keselamatan sentiasa berada di dalam tahap memuaskan setiap masa," katanya.

Namun, menurutnya, empat lagi anggota Rela kemudian ditugaskan di tempat itu kerana mahu meningkatkan lagi tahap keselamatan.

“Selang beberapa hari sebelum kejohanan bermula, mereka menambah empat lagi anggota Rela menjadikan keseluruhan anggota semuanya enam orang dengan alasan perlukan anggota yang ramai untuk temasya sebenar.

“Kami semua berharap imbuhan atau elaun yang diberi sekurang - kurangnya dapat mengurangkan beban dan menampung kehidupan kami yang sudah berkeluarga hingga sanggup menanggung risiko semasa menjalankan tugas," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sehubungan itu, Mohd Rizal membuat laporan polis berhubung masalah itu dan meminta pihak terbabit memandang perkara itu dengan serius.

Seorang lagi anggota Rela, Esa Goh Abdullah, 58, berkata tindakan pihak berkenaan melambat-lambatkan pembayaran elaun yang sepatutnya dilunaskan sebaik saja temasya Sukma berakhir adalah tidak wajar.

“Sepanjang kejohanan itu kami terpaksa menerima 'habuan' berupa maki hamun dari pegawai atasan dan juga golongan berpangkat yang tidak dikenali disebabkan masalah kecil sehingga ia menimbulkan salah faham antara kami.

“Apabila kami tanya mengenai elaun kepada pihak berkenaan, mereka kata borang tuntutan elaun belum diterima lagi. Kemudian mereka suruh tunggu minggu hadapan, begitulah seterusnya.

"Persoalannya sekarang sampai bila kami semua harus menunggu," katanya.

Di turut menyifatkan tindakan pihak berkenaan melambat-lambatkan pembayaran elaun seperti dijanjikan hanya memburukkan keadaan.

“Kami harap ia diselesaikan secepat mungkin. Walaupun jumlah dituntut tidak sebesar mana, tetapi hak kami siapa hendak pertahankan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7993762.asp

Menteri kabinet tak prihatin bantu rumah perlindungan

YKSNS kesal permohonan rumah perlindungan tidak dilayan

Berita Harian 26 Julai 2010

SAYA terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca dan rakyat Malaysia berhubung peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah di negara ini yang kini dilihat semakin hebat dan membanggakan dalam membantu kerajaan dan rakyat untuk membela serta memperjuangkan perkara yang wajar.

Jika kita renungkan sejak beberapa tahun lalu sehingga kini begitu banyak NGO merealisasikan program serta membantu kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat darinya. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) di bawah pimpinan Muhammad Adnan Abdullah, menyaksikan lebih ramai golongan yang mempunyai masalah dan kekurangan pendapatan dapat dibantu. Dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Mufti, YKSNS menjalankan program kemasyarakatan untuk mendekati masyarakat dengan lebih rapat.

Dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan MAINS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, kepercayaan masyarakat bertambah dari tahun ke tahun sejak penubuhannya.

Pengalaman YKSNS dalam menguruskan kes berkaitan saudara baru, membuktikan kesungguhan mereka membantu dan menangani isu kekurangan bantuan serta tiada pendapatan tetap. Dengan usaha dan bantuan beberapa badan kerajaan dan swasta mereka dilihat amat prihatin dalam bidang dakwah dan juga memainkan peranan yang tinggi di Negeri Sembilan.

Namun YKSNS, tetap menghadapi masalah berkaitan pembelian rumah perlindungan bagi menempatkan mereka yang memerlukan.

Surat dan profil sudah dihantar kepada semua menteri Kabinet, namun tidak juga dapat merealisasikan pembelian rumah perlindungan itu.

Apakah sukar sangat untuk membantu dengan sedikit daripada pendapatan kita sebulan?

Apalah kiranya jika ada pihak yang sudi tampil dan menghulurkan bantuan. YKSNS sudah berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat akan kewujudan mereka. Mereka tidak memaksa untuk membantu, tetapi merelakan diri demi untuk membantu segelintir masyarakat kita.

Kita harus sedar akan perkara ini dan menghulurkan bantuan kepada mereka agar masalah yang dihadapi segelintir masyarakat dapat dibantu dengan niat suci.

JIWA BELIA, Sri Menanti,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YKSNSkesalpermohonanrumahperlindungantidakdilayan/Article

India buat komputer RM112 tapi Malaysia RM1,000


India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 helikopter pada harga RM1.6 Billion.

1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera India.

********************************
Komputer riba India RM112.12
Berita Harian 25 Julai 2010

NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.

“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.

Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).

Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.
India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.

Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KomputerribaIndiaRM112_12/Article/index_html

Selasa Disember 29, 2009
Terengganu Peruntukkan RM50 Juta Bekal E-Book Tahun Depan
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/29/mstar_berita/20091229155220&sec=mstar_berita

RM 1.6 Billion boleh beli 60 helikopter MI-17
http://amkns.blogspot.com/2010/07/rm-16-billion-boleh-beli-60-helikopter.html

Sebelum ini Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau mengenai kelebihan helikoper MI-17 yang dikeluarkan oleh negara umat Islam di Tatarstan. Tentera Udara India pada tahun 2006 dilaporkan akan membeli 80 buah helikopter MI-17 ini pada harga USD 662 juta atau anggaran RM 2.135 Billion.

Ini bermakna dengan RM 1.6 Billion anggaran boleh membeli sebanyak 60 buah helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725.

1 helikopter Eurocopter EC725 boleh beli 5 helikopter MI-17.

Hmmmmm ? Atau mungkin perkiraan saya salah ?

Kalau tengok perbandingan prestasi pula MI-17 mempunyai lebih kelebihan dari segi Combat Radius , Max takeoff weight dan jumlah penumpang.

Penumpang : EC725 = 28 penumpang , MI-17 = 32 penumpang
Max takeoff weight : EC725 = 11,200kg , MI-17 = 13,100kg
Maximum speed : EC725 = 324 km/h , MI-17 = 250 km/h
Combat radius : EC725 = 573 km , MI-17 = 950 km

Nota : Maklumat ini bukan rahsia. Ianya diperolehi dalam sumber laman web yang dinyatakan di bawah ini.

Utusan Malaysia 21 April 2010 . Selain perjanjian melibatkan DEFTECH, DSA kali ini juga menyaksikan kesungguhan kerajaan menggantikan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

In October 2006, the Indo-Asian News Service reported that the Indian Air Force will buy 80 medium lift multi-role Mi-17 1V helicopters from Russia. MosNews estimated the deal’s value at approximately $662 million, with the exact value depending on ancillary equipment like avionics.
http://www.defenseindustrydaily.com/india-to-buy-80-mi17-1v-helicopters-02755/

By Dr. Mahathir Mohamad on July 6, 2010
Walaupun Kazan Helicopters gagal memenangi tender Malaysia baru-baru ini, saya berpendapat jenis MI-17 yang telah di naik taraf amat sesuai untuk Bomba dan pengangkutan. Ia boleh memuat 36 askar berpakaian lengkap dan bersenjata. Dalam beberapa pertandingan antarabangsa MI-17 telah menang aabila semua askar dapat keluar dalam 14 saat. Saya percaya kita boleh kuasai teknologi helikopter melalui Kazan Helicopters. Ini lebih bermakna daripada hanya menjadi pengguna.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tatarstan.html

Comparison EC725 and Mil MI-17
http://www.shpmedia.com/Images/ADJ%20SEPT%2007_MALAYSIAN%20HELICOPTER%20REPLACEMENT.pdf

Combat radius refers to the distance from an airbase that a warplane can reach, patrol there for a set amount of time and return to base with minimal fuel left. http://en.wikipedia.org/wiki/Combat_radius
12 buah EC725 = USD 496 Juta = RM 1.6 Billion
1 buah EC725 = USD 41.33 Juta = RM 133.33 Juta

80 buah Mil MI-17 = USD 662 Juta = RM 2.135 Billion
1 buah Mil MI-17 = USD 8.275 Juta = RM 26.69 Juta

RM 2.135 Billion = 80 buah Mil MI-17
RM 1.6 Billion = 60 buah Mil MI-17 = 12 buah EC725

Malaysia pengimpot utama senjata di dunia


Malaysia adalah merupakan salah satu negara utama yang banyak mengimpot senjata di dunia ini selain India, Singapura, Greece, Korea Selatan dan Pakistan. Manakala pengekspot utama senjata di dunia ialah Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Britain dan Sepanyol. Hebat betul Malaysia mendahului banyak negara lain dalam membeli atau mengimpot senjata. Bangga jadi rakyat pengimpot utama senjata untuk berperang ni, kita ada jet Sukhoi, kita ada kapal selam Scorpene, kita ada kereta kebal PT91-M, kita nak beli helikopter Eurocopter. Yang semuanya bernilai berbillion-billion ringgit.

Mari kita semua bersorak tanda kebanggaan akan kejayaan kita menjadi negara pengimpot utama senjata.

HIDUP 1MALAYSIA !

**************************************

The top exporters were the U.S., Russia, Germany, France, Britain and Spain and the top importers were India, Singapore, Malaysia, Greece, South Korea and Pakistan.

*****************************
First steps toward arms trade treaty
Associated Press Writer – Fri Jul 23

UNITED NATIONS – The world's nations took the first steps at a conference that ended Friday toward a legally binding treaty that would try to regulate the multibillion dollar arms trade and prevent the transfer of weapons to armed groups fueling conflicts, terrorists and human rights violators.

When the conference began two weeks ago in the 192-member General Assembly, many delegates were uncertain whether there would be wide support for a treaty regulating a trade which French Ambassador Eric Danon said has been veiled in secrecy for 2,000 years because arms trading is a matter of sovereignty and the weapons are "the symbol of life and death."

The main achievement of the conference, Danon said Friday, is that "the principle of an Arms Trade Treaty is now agreed by all the countries, even if some countries make reservations on some aspects."

The United States, Britain and the European Union also praised the outcome of the conference and even Pakistan, which was singled out by many diplomats as being most vocal in questioning the need for a treaty, appeared to sign on.

"We do not question the validity of the objective," Pakistani diplomat Reza Bashir Tarar said, but achieving consensus on a treaty — which will be required at the United States' insistence — "will not be easy."

"When we do, documents that emerge will have lasting value," he said at Friday's closing session.

The General Assembly first voted in December 2006 to work toward a treaty regulating the growing arms trade, with the U.S. casting a "no" vote. Last October, the Obama administration reversed the Bush administration's position and supported an assembly resolution to hold a four-week U.N. conference in 2012 to draft an arms trade treaty with four preparatory conferences — the first of which just ended.

Danon called the U.S. reversal "very important" not only in launching negotiations on an Arms Trade Treaty but in supporting other arms control and disarmament efforts.

U.S. Ambassador Don Mahley said the United States is "pleased" with discussions so far on Arms Trade Treaty and "we hope the negotiations will continue to develop in a positive direction."

"The U.S. made clear last October our desire to see a negotiation that would produce an effective Arms Trade Treaty as a means of addressing many of the enduring global challenges caused by unregulated arms," he said in a statement.

According to the Stockholm International Peace Research Institute, world military expenditure in 2009 was estimated at $1.53 trillion. The top exporters were the U.S., Russia, Germany, France, Britain and Spain and the top importers were India, Singapore, Malaysia, Greece, South Korea and Pakistan.

There was no final document agreed by all delegates but Argentina's U.N. Ambassador Roberto Garcia Moritan, chairman of the preparatory process, issued a "Chairman's Draft Paper" which spells out possible elements, principles, goals and objectives of a treaty.

The 14 elements include common standards, implementation, transparency, compliance, international cooperation and final provisions including reservations.

A key principle would recognize that "the absence of commonly agreed international standards for the transfer of conventional arms and their diversion to the illicit market are contributory factors to armed conflict, serious violations of international human rights law and international humanitarian law, the displacement of people, transnational organized crime, terrorism and the illicit trade in narcotics..."

The goals would have a treaty "establish the highest possible common international standards for the import, export and transfer of convention arms" and "prevent, combat, and eradicate the illicit transfer, production, and brokering of conventional arms."

Other key goals would promote transparency and accountability in the arms trade and prevent international transfers of arms that contribute to human suffering, serious human rights violations, armed conflict, U.N. sanctions violations, organized crime and terrorist acts.

Annalisa Giannella, the European Union's representative on nonproliferation, called the meeting a success and said it "brings the international community closer to agreeing" on a treaty.

British Ambassador John Duncan said the meeting made "more progress than we expected," adding that "those who remained unmoved by the urgent humanitarian need" for a treaty are beginning to see the economic case — that unregulated trade "harms our ability to maintain stable markets."

France's Danon said organizing the trade in weapons will take time, and at the beginning a treaty "will not be very constraining" and exports will be "a matter of national sovereignty."

"But we are going to organize common rules and standards of this national sovereignty, and I think that this is a new symbol of the globalization, and part of the global governance

http://news.yahoo.com/s/ap/20100724/ap_on_re_us/un_un_arms_trade_treaty

Pengusaha kraf tangan rugi RM20,000 akibat banjir lumpur


Shamsiah Md. Jusin menunjukkan kerja-kerja pengorekan tanah yang menyebabkan rumah dan bengkel kraf tangannya rosak akibat banjir lumpur di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, kelmarin.
-----------------------------------------------

Utusan Malaysia 26 Julai 2010

JOHOR BAHRU 25 Julai - Seorang pengusaha kraf tangan, Shamsiah Md. Jusin kerugian sebanyak RM20,000 setelah bengkel kraf tangan dan rumahnya di Jalan Dana Kampung Aman, Larkin di sini dimasuki tanah dan banjir lumpur selepas hujan lebat Selasa lalu.

Shamsiah, 50, mendakwa, kejadian itu berpunca daripada projek perumahan mewah yang sedang giat dijalankan berhampiran rumahnya sejak tahun lalu.

"Apa yang dikesalkan, kerja-kerja meratakan tanah di projek perumahan itu telah menimbus laluan air yang mengakibatkan tanah yang dibawa air terus memasuki bengkel dan rumah kami apabila hujan lebat.

"Dalam kejadian Selasa lalu, semua bahan dan cenderahati yang telah siap, perabot dan barangan elektrik habis dipenuhi lumpur," katanya.

Ibu kepada empat anak yang telah menetap di kawasan itu sejak 30 tahun lalu berkata, kemusnahan tersebut telah menyukarkan hidupnya kerana dia kini tiada lagi modal untuk membeli bahan-bahan kraf tangan dan membayar balik pinjaman kereta dan pinjaman perusahaan kraftangan.

Katanya, dia tidak dapat lagi meneruskan kerjayanya ekoran pelbagai masalah timbul akibat tragedi yang memusnahkan bengkel tersebut.

"Saya merupakan pengusaha kraf tangan sejak 20 tahun lalu yang mendapat kerjasama dan diiktiraf Kraftangan Malaysia, Jabatan Pelancongan dan agensi-agensi berkaitan.

"Banyak tempahan yang sudah siap dibuat, tapi bila kena banjir lumpur, saya terpaksa membuat semula tempahan tersebut walhal ia sepatutnya dihantar pada hujung bulan ini," katanya.

Shamsiah berkata, pihaknya telah mengutarakan masalah itu kepada pihak terbabit namun tiada sebarang maklum balas.

Menurutnya, dia sedia berpindah ke kawasan lain bagi memberi laluan kepada pembangunan namun pihak berkaitan perlu menyediakannya rumah baru.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

Air najis melimpah pangsapuri di Johor

Berita Harian 26 Julai 2010

Penghuni dakwa 20 blok Pangsapuri Jasa Mutiara Rini tak diselenggara

JOHOR BAHRU: Tidak ubah seperti rumah tinggal pada siang hari dan umpama rumah hantu pada waktu malamnya. Itu pandangan orang luar apabila melihat lebih 20 blok Pangsapuri Jasa Mutiara Rini di sini yang kelihatan tidak terurus apabila semak-samun dan pokok yang merimbun tidak dibersihkan.

Bukan itu saja, pada sebelah malam, pangsapuri ini bergelap kerana lampu jalan tidak berfungsi. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP), Ibrahim Ali, berkata penduduk khuatir mengenai tahap keselamatan mereka terutama kanak-kanak kerana kawasan semak berhampiran kediaman dipercayai menjadi tempat tinggal haiwan berbisa. Tinggi lalang dengan pokok hampir sama kerana sejak lima bulan lalu, tiada lagi pekerja kontrak datang untuk memotong rumput menyebabkan kami semua bimbang keadaan itu berlarutan sehingga menjejaskan keselamatan penduduk.

Keadaan persekitaran yang semakin dipenuhi semak dikhuatiri menjadi sarang haiwan berbisa, selain taman permainan kanak-kanak juga menghadapi masalah sama menyebabkan penduduk bimbang untuk membenarkan anak bermain di situ, katanya ketika ditemui di sini.

Ibrahim berkata, dahan pokok yang merimbun menyebabkan kediaman penduduk di situ, sering diserang ulat bulu dan menjadi tempat burung bersarang, sekali gus mengundang masalah najis haiwan berkenaan.

Beliau berkata, keadaan gelap pada waktu malam memberi ruang penjenayah melakukan kegiatan mereka kerana hampir setiap bulan berlaku kes pecah kereta dan kehilangan motosikal.
Banyak motosikal dan kereta hilang kerana kawasan perumahan ini tidak dipagar sepenuhnya, malah ada jalan tikus yang digunakan pihak tertentu, katanya.

Sementara itu, Ketua Blok V, Tee Kang Leng, berkata pihaknya terpaksa mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana pihak pengurusan tidak mengendahkan permintaan penduduk supaya membersihkan semua blok di situ.

Kami membayar caj penyelenggaraan setiap bulan tetapi keadaan bangunan di sini seperti tidak terurus sehingga ramai penduduk berhasrat menjual rumah kerana tidak selesa tinggal di pangsapuri ini, katanya yang mendakwa ramai penduduk kini bersepakat untuk tidak membayar bayaran penyelenggaraan RM25 sebulan.

Karim Yunus, 29, berkata, penduduk blok V pangsapuri itu juga menghadapi masalah tangki pembetung di aras bawah bangunan pecah lalu membuakkan najis keluar.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau najis setiap hari dan air najis bertakung dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Setiap hari penduduk berdepan masalah bau najis yang menyebabkan keselesaan kami terganggu dan dikhuatiri jika masalah yang berlarutan sejak lima bulan ini tidak diselesaikan, tempat berkenaan akan menjadi habitat nyamuk aedes, katanya.

Bagaimanapun, Pengurus Akaun Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Jasa, Mohd Yahya Haron berkata, keadaan pangsapuri itu tidak mampu diurus dengan baik kerana penduduk tidak membayar caj penyelenggaraan bulanan RM25 yang dikenakan.

Pada awalnya caj dikenakan RM30 tetapi jumlah dikurangkan selepas ramai penduduk enggan melunaskan bayaran itu sehingga pihak kami terpaksa berhutang dengan kontraktor, katanya.

Katanya, untuk memastikan penduduk selesa, pengurusan sanggup berhutang bagi membersihkan kawasan kediaman sehingga mencecah RM64,000 membabitkan kerja pembersihan, bil elektrik dan sebagainya.

Kami menanggung kos RM1,200 sebulan bagi menyelenggara 12 tangki pembetung sedia ada, sedangkan jumlah bayaran yang diterima tidak setimpal.

Jumlah bayaran bil elektrik untuk lampu tangga dan kawasan parkir berjumlah RM700, manakala pemotongan rumput bagi satu blok sehingga RM400 sebulan sedangkan kutipan caj penyelenggaraan amat mengecewakan, katanya.

Beliau berkata, pihaknya berusaha mencari alternatif terbaik menyelesaikan masalah itu dan sedia bekerjasama melakukan gotong-royong membersihkan kawasan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Airnajismelimpah/Article

Keluhan nelayan Melayu di Melaka

Berita Harian 26 Julai 2010

Rayu segera bina batu pemecah ombak atasi angin kencang rosakkan perahu, peralatan

SERKAM: Nelayan di Kuala Pantai Siring Kampung Pulai, di sini, kini trauma selepas kejadian angin kencang melanda kawasan itu baru-baru ini yang menyebabkan banyak peralatan, termasuk perahu milik mereka rosak teruk.

Bagi mengelak masalah itu tidak berulang dan menyebabkan mereka kerugian besar, golongan terbabit merayu pihak berkuasa terbabit membantu segera mencari jalan penyelesaian.

Ketua Unit Pembangunan Nelayan Kuala Pantai Siring, Kampung Pulai, Md Piah Hashim berkata, nelayan di situ sudah tidak sanggup lagi berdepan situasi genting setiap kali angin kencang kerana ombak besar sudah pasti akan memukul serta merosakkan perahu, enjin dan jaring yang ditempatkan di kuala berkenaan.

Katanya, keadaan bertambah rumit apabila bencana itu melanda pada waktu malam seperti berlaku pada minggu lalu hingga menyebabkan enam nelayan kerugian melebihi RM10,000 akibat kerosakan perahu, enjin sangkut dan jaring yang tenggelam.

Nelayan di sini trauma apabila angin kencang melanda kawasan ini kerana mereka terpaksa bersedia untuk menyelamatkan barangan masing-masing yang dikhuatiri akan rosak dipukul ombak.

Tiada makna kawasan jeti nelayan ini cantik dan indah, tetapi keselamatan kami serta peralatan menangkap ikan sentiasa terdedah kepada bahaya, katanya ketika ditemui Berita Harian hujung minggu lalu.

Md Piah berkata, hanya satu tindakan yang mampu mengatasi masalah dihadapi nelayan terbabit iaitu mempercepatkan pembinaan batu pemecah ombak di kawasan pemula muara di kuala berkenaan.
Katanya, pembinaan projek yang turut dikenali sebagai batu sangkar itu akan dimulakan akhir tahun depan dan ia sudah pasti akan menimbulkan lebih banyak masalah terhadap nelayan.

Bagi menunggu tempoh setahun, saya rasa semua perahu dan enjin nelayan di sini akan rosak akibat dipukul ombak kerana tahun ini saja sebanyak tiga kali kejadian serupa berlaku. Ini sangat merunsingkan kami yang mencari rezeki untuk menyara keluarga, katanya.

Pada kejadian tengah malam 17 Julai lalu, kira-kira enam perahu milik nelayan mengalami kerosakan, termasuk empat daripadanya tenggelam mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000.

Dalam kejadian ribut hampir empat jam di Kuala Pantai Siring Kampung Pulai pada kira-kira jam 12 tengah malam itu, kuala yang berharga RM3.5 juta itu dilanda angin Barat, disusuli air pasang yang menyebabkan berlaku ombak kuat setinggi dua meter.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Keluhannelayan/Article

7/25/10

Gabungan Persatuan Melayu Desak Mansuh PLKN


Program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial. Tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih. Program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.


*******************************
Pemenang gesa mansuh PLKN
Harian Metro 24 Julai 2010

GEORGETOWN: “Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dimansuhkan kerana dipercayai gagal mencapai objektifnya,” kata Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yussof Latiff, semalam.

Pemenang bersama 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menggesa kerajaan memansuhkan PLKN kerana didapati gagal mencapai objektif sejak diperkenalkan pada 2003.

Beliau berkata, setiap tahun apabila senarai pelatih PLKN dikeluarkan dalam media, ibu bapa dan pelajar takut serta kurang yakin menghantar anak mereka mengikuti program itu kerana tahap keselamatan kurang memuaskan di kem.

Menurutnya, ada ibu bapa pernah memintanya memberi surat sokongan dengan pelbagai alasan supaya anak mereka dikecualikan menyertai program itu berikutan kes kematian, rogol, penyakit berjangkit dan buli. “Kami percaya pelaksanaan program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial, contohnya, remaja bermasalah yang mengikuti program ini lebih berani untuk terbabit dengan gejala sosial seperti Mat Rempit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih dan sewajarnya wang berjumlah RM500 juta itu disalurkan kepada persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang terbukti keberkesanannya dalam membentuk jati diri positif dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemenanggesamansuhPLKN/Article

7/24/10

Dr Badrulamin 29 J ulai 2010 di Lenggeng

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Julai 2010 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : MTD Lenggeng, Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Penceramah :
Ustaz Dr Badrulamin Baharon
Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Semua Dijemput Hadir

7/23/10

Wakil Rakyat Kita Pokai ?

Kalau Pakatan Rakyat nak menang besar dalam pilihanraya nanti, mereka harus memberi kefahaman sebenar kepada rakyat akan tugas sebenar seorang wakil rakyat. Wakil rakyat bukan lubuk emas. Mereka ini kalau benar-benar berkhidmat, wakil rakyat boleh dikategorikan orang yang pokai. Apa ke tidaknya elaun baru RM5000 , sewa pejabat RM 500, bil utiliti RM 500 , duit pembantu RM 1000 , sumbangan kenduri atau pengkebumian RM 1000 tinggal RM 2000 untuk anak bini, ansuran kereta dan lain-lain.

Kalau nak ikutkan wakil rakyat ni memang pokai. Jadi apa sebenarnya tugas wakil rakyat ni ?

Mari kita lihat bagaimana seorang wakil rakyat mempertemukan seorang dermawan dengan seorang pelajar yang mempunyai masalah penglihatan serta masalah kewangan pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/07/sumbangan-dari-pihak-ketiga.html

Mungkin UMNO dan PAS boleh duduk semeja , bincang apa tugas sebenar seorang wakil rakyat , supaya rakyat tidak hari-hari datang pejabat wakil rakyat minta bayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah dan sebagainya.

Dibawah ialah pandangan mengenai tugas seorang wakil rakyat :

11 Tanggungjawab Asas Seorang Wakil Rakyat

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

‘Gunung emas’ bawa derita


Sinar Harian 23 Julai 2010

KRUBONG - Penduduk berhampiran pusat pelupusan sampah di Krubong, di sini, terus menderita menghidu busuk sampah tidak berkesudahan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Pelbagai janji diberikan pihak tertentu, kononnya mahu memindahkan lokasi yang dipanggil ‘gunung emas’ oleh pencari barangan terpakai tetapi janji hanya tinggal janji.

Penduduk mendakwa, bau dari pusat pelupusan sampah itu umpama bau bangkai yang teramat busuk dan antara yang terbabit adalah penduduk di Kampung Ladang berikutan jarak hanya 200 meter sahaja.

Penduduk, Johari Shukor, 51, berkata, paling ketara apabila dia menerima kunjungan saudara-mara di rumahnya.

“Setiap kali mereka datang, pasti bertanyakan dari mana datangnya bau busuk seperti bangkai ini,” katanya.

Sementara itu, Halim Samad, 63, berkata, keadaan bertambah teruk apabila hujan.

“Kami mahu termuntah menahan bau busuk sampah. Malangnya, kami tidak boleh buat apa-apa, terpaksa tahan sahaja walaupun rasa tertekan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7984350.asp

Bukit Supai terbiar sepi


Sinar Harian 23 Julai 2010

KUALA LINGGI - Jalan masuk utama ke tempat warisan peninggalan sejarah, Bukit Supai itu kini menimbulkan masalah kepada pengunjung kerana laluan belakang telah ditutup, sementara tanda jalan baru mengelirukan.

Kota sejarah yang dibina di puncak bukit itu adalah tanda perdamaian antara pejuang Belanda dan Bugis sekitar 1756 sehingga 1757.

Kawasan yang indah dengan panorama waktu senjanya hilang seri apabila sebahagian peninggalan dibiarkan terbengkalai sehingga membuatkan penduduk dan pengunjung kurang selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Linggi, Muhammad Musa berkata, Bukit Supai terkenal sebagai tarikan sejarah tetapi kawasan persekitaran tidak terurus serta tidak mendapat perhatian pihak berkenaan.

“Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia mendorong kepada aktiviti tidak bermoral dalam kalangan belia dan menjadi sarang mereka melepak atau melepaskan gian dadah kerana kawasan terbabit agak terlindung.

“Sebagai penduduk asal, saya lihat kawasan ini berpotensi besar jika dimajukan dalam sektor pelancongan, selain dapat memperkenalkan kawasan bersejarah ini kepada umum,” katanya.

Justeru menurutnya, pihak berkenaan harus berusaha membangunkan tempat bersejarah itu daripada terkubur begitu sahaja ditelan arus pemodenan.

“Secara tidak langsung, usaha menjaga lokasi bersejarah ini pasti dapat menarik minat pengunjung luar negara datang ke sini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7983850.asp

Pusat kesihatan tak nampak bayang


Sinar Harian 23 Julai 2010

NYALAS - Penantian penduduk sekitar Pekan Nyalas selama empat tahun masih belum berakhir bagi pembinaan Pusat Kesihatan Komuniti seperti di dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Penduduk, Hashim Saring, 44, berkata, pada 2006, penduduk menerima khabar gembira apabila dimaklumkan akan menerima pusat kesihatan baru bagi menggantikan Klinik Desa Nyalas sedia ada.

Menurutnya, tapak pusat kesihatan seluas 1.2 hektar juga sudah dikenal pasti iaitu bersebelahan kawasan Rumah Awam Sri Jaya.

"Pada mulanya, pihak berkenaan mahu menaik taraf klinik desa sedia ada tetapi penduduk menolaknya kerana mahu kemudahan lebih sempurna.

"Justeru, peruntukan bagi menaik taraf klinik desa telah ditarik dan disalurkan terus untuk pembinaan pusat kesihatan ini namun sehingga kini, kami masih menunggu kerja pembinaan dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dengan kadar populasi penduduk termasuk kawasan penempatan di Felda Bukit Senggeh berjumlah 12,000 penduduk, sepatutnya peruntukan dapat disalurkan bagi tujuan berkenaan.

"Kawasan ini wajar mendapat klinik kesihatan baru seperti di kawasan lain kerana terdapat beberapa lokasinya sangat berhampiran dengan Hospital Jasin (HJ).

"Seperti di Kemendor, lokasinya sangat hampir dengan HJ, sementara Poliklinik Selandar pula berdekatan dengan Pusat Kesihatan Machap, jadi kenapa masih belum ada pusat kesihatan di sini," katanya.

Sementara itu, Husin Md Dom, 52, pula berkata, penduduk terpaksa pergi ke Poliklinik Selandar atau Klinik Kesihatan Simpang Bekoh yang terletak 12 kilometer daripada penempatan bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimana penduduk, terutama warga emas mahu mendapatkan rawatan klinik kerajaan jika mereka tidak mempunyai kenderaan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan bas yang jarang ada di sini.

"Kami kekurangan kemudahan asas sedangkan jumlah populasi penduduk semakin bertambah, selain banyak kawasan taman perumahan yang tumbuh bak cendawan," katanya.

Menurutnya, penduduk pernah mengadakan sesi dialog bersama Pengarah Kesihatan Negeri mengenai masalah itu tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7983671.asp

FELDA tak Bankrap, cuma jalan je berlopak berlubang

Ini cerita bukan di Sabah atau Sarawak, tapi negeri kelahiran PM kita. BUKAN setakat rungutan lagi tetapi penduduk di Felda Gugusan Mendi, Bera semakin bosan dengan keadaan jalan yang rosak di tanah rancangan tersebut. Ini kerana penduduk terpaksa melalui jalan berlopak sepanjang 15 kilometer itu ke bandar Bera dan Felda Bukit Puchong setiap hari. Sekurang-kurangnya terdapat 20 lubang besar dikesan terdapat di atas jalan itu.

********************************

Lubang, lopak belum selesai
Utusan Malaysia 23 Julai 2010

BUKAN setakat rungutan lagi tetapi penduduk di Felda Gugusan Mendi, Bera semakin bosan dengan keadaan jalan yang rosak di tanah rancangan tersebut.

Ini kerana penduduk terpaksa melalui jalan berlopak sepanjang 15 kilometer itu ke bandar Bera dan Felda Bukit Puchong setiap hari.

Sekurang-kurangnya terdapat 20 lubang besar dikesan terdapat di atas jalan itu menyebabkan pengguna perlu berhati-hati terutama pada waktu malam.

Lubang dan lopak di atas jalan itu sering ditampal, malangnya ia rosak semula menyebabkan masalah tersebut seolah-olah tidak pernah selesai.

Lubang yang terdapat di atas jalan itu bukannya kecil tetapi ia boleh menyebabkan tayar pecah atau kerosakan di komponen tertentu pada kenderaan.

Masalah tersebut sekali gus mengakibatkan penduduk terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menyelenggara kenderaan masing-masing.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk di tanah rancangan Felda Bukit Mendi terpaksa sering menyelenggara kenderaan mereka.

Keadaan jalan tersebut juga menjadi penyumbang kepada beberapa kemalangan kecil di laluan berkenaan.

Risiko kemalangan menjadi lebih tinggi ketika hujan lebat apabila pemandu tidak perasan terdapat lubang besar di hadapan kenderaan mereka ketika memandu.

Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk untuk ke bandar Bera selain menjadi alternatif penduduk tanah rancangan lain ke destinasi tertentu.

Ia bukan sahaja menjadi laluan kereta persendirian tetapi juga kenderaan berat yang membawa muatan sawit, pasir dan kayu balak setiap hari.

Masalah kerosakan jalan tersebut telah beberapa dikemukakan kepada pihak yang berkaitan tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan atas alasan tiada peruntukan.

Kami berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana berusaha menampal lubang-lubang yang terdapat di atas jalan itu tetapi ia hanya bertahan sementara waktu sahaja.

Oleh itu, kami meminta masalah jalan berlopak dan berlubang itu dapat diatasi segera bagi keselesaan penduduk.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

Segera atasi bau busuk di bandar Kuala Rompin
Utusan Malaysia 23 Julai 2010

SEJAK 10 tahun lalu, para peniaga di bandar Kuala Rompin kini berdepan dengan kerugian berikutan bau busuk yang berpunca daripada longkang di depan premis perniagaan mereka.

Sehingga kini Majlis Daerah Rompin (MDR) masih belum mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Walaupun aduan telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Masalah bau busuk itu kini berada pada tahap kritikal sehingga menimbulkan rasa loya bukan sahaja di kalangan pelanggan tetapi peniaga di premis itu sendiri.

Bau busuk itu akan bertambah teruk terutama selepas hujan hingga menyebabkan pelanggan terpaksa beredar meninggalkan premis.

MDR perlu mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini dengan cara membersihkan longkang tersebut secara berkala sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Sistem perparitannya amat teruk sehingga menyebabkan air bertakung sekali gus tidak dapat mengalir dan menjadi punca bau busuk.

Lebih teruk lagi apabila hujan tidak berhenti selama sejam atau dua jam menyebabkan air longkang itu melimpah dan memasuki premis kami.

Sehubungan itu, sesuatu perlu dilakukan oleh MDR kerana masalah ini membabitkan kepentingan peniaga dan pelanggan di kawasan itu.

Kami tidak tahan lagi menampung kerugian akibat kekurangan pelanggan dari sehari ke sehari berikutan bau busuk tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_04.htm

Kesian, tanah kubur orang Islam Johor kian pupus

Ini bukan lagi menang sorak kampung tergadai, tapi menang sorak kubur tergadai. Johor yang gah dengan negeri kelahiran Umno dan macam-macam wilayah pembangunan, rupanya menghadapi masalah tanah perkuburan Islam yang semakin padat dan terhad. Mungkin Utusan Malaysia boleh jadikan ini agenda utama perbincangan Umno dan PAS ?

*****************************
Kubur di Johor Sesak, terhimpit
Berita Harian 23 Julai 2010

Penduduk Sungai Tengkorak minta JAIJ kenal pasti tapak baru dirizab sebagai tanah perkuburan

PLENTONG: Masalah kesesakan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, di sini yang tidak lagi mampu menempatkan jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan berkenaan berikutan ruangnya yang semakin terhad, kini merisaukan ribuan penduduk Islam di sini.

Kedudukan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak yang dikelilingi taman perumahan dan Kawasan Perindustrian Permas Jaya menjadikan tanah perkuburan berkenaan semakin terhimpit oleh pembangunan, selain keluasan tanah rizab yang terhad.

"Tanah perkuburan paling hampir di kawasan ini adalah tanah perkuburan di Kampung Senibong iaitu kira-kira satu kilometer dari sini tetapi kawasannya juga agak kecil," katanya.

Beliau berkata, masalah berkenaan mungkin tidak begitu ketara ketika ini, tetapi akan dirasai menjelang akhir tahun depan berikutan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak yang semakin sempit.

"Saya juga sudah memaklumkan hal ini lebih awal kerana tidak mahu masalah ini menjadi semakin genting pada 2012 jika hal ini tidak diselesaikan lebih awal," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Sesak_terhimpit/Article

Najib dan Rosmah ada berani mandi di Pahang ?


Agak-agaknyalahkan Najib dan Rosmah berani tak mandi di air terjun hutan rekreasi di Pahang yang kotor, beracun yang telah mengorbankan 6 rakyat Malaysia di Lubuk Yu. Atau mungkin mandi di Air Terjun Parit , Cameron Highland ? Atau mungkin tempat ini hanya untuk rakyat macam kita yang tak mampu melancong luar negara macam jutawan Taek Jho Low ?

Atau mungkin Najib yakin menang besar di Pahang terutama di kawasan Felda dan kem tentera, jadi tak perlu banyak turun padang di Pahang, lebih baik turun di Miri, Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah ?


******************************
52 petugas operasi bersih persekitaran Lubuk Yu
Berita Harian 23 Julai 2010

MARAN: Seramai 52 petugas daripada enam jabatan kerajaan mengambil masa kira-kira lima jam melakukan operasi bersepadu membersihkan Pusat Rekreasi Lubuk Yu, di sini, bermula jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, beliau berkata, kejadian wabak bakteria Melioidosis dan Leptospirosis di pusat rekreasi yang sudah meragut enam nyawa itu dijangka berakhir 28 Julai ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/52petugasoperasibersihpersekitaranLubukYu/Article

Hanya indah khabar
Berita Harian 23 Julai 2010

Kawasan rekreasi kurang diselenggara

CAMERON HIGHLANDS: 'Indah khabar dari rupa'. Inilah yang boleh diibaratkan dengan keadaan Hutan Lipur Air Terjun Parit, di sini yang kelihatan indah dan menarik dalam gambar, tetapi pemandangan sebaliknya apabila berkunjung ke situ. Daripada pelbagai gambar keindahan pemandangan kawasan rekreasi itu yang dipamerkan di setiap hotel utama, resort atau chalet di sini, Hutan Lipur Air Terjun Parit seharusnya menjadi lokasi pasti dikunjungi bagi pengunjung kawasan peranginan tanah tinggi itu.


Ini berikutan keadaan semasa kawasan rekreasi itu yang seolah-olah terbiar dan tidak diselenggara sempurna, dengan sampah tidak dikutip yang bertanggungjawab serta tiada penyelenggaraan kemudahan asas seperti tandas awam dan alatan permainan kanak-kanak.
Tandas awam di hutan lipur berkenaan bukan saja busuk dan tersumbat, bahkan bekalan air juga terputus. Kemudahan permainan kanak-kanak seperti buaian pula terputus dan hanya tinggal tali manakala jongkang-jongket juga sudah tercabut.
Beberapa jenis pokok herba yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Pahang juga sudah mati kerana tidak dijaga dengan rapi.


Tinjauan Berita Harian mendapati Air Terjun Parit yang popular sebagai pakej rekreasi di kalangan pelancong antarabangsa, juga dicemari sampah sarap, terutama di tengah-tengah kolam air terjun berkenaan.

Tong sampah pula penuh dan ada kesan sampah tidak dibersihkan sejak beberapa bulan lalu.

7/22/10

Pertemuan Pimpinan UMNO dan PAS 1 Ogos 2010


Mungkin pemimpin UMNO dan pemimpin PAS boleh gerakkan ahli mereka untuk menyertai program di bawah ini. Tak perlu bincang isu politik, cukup dengan solat subuh berjemaah, dengar kuliah , sarapan , lepas tu balik rumah sambung tidur kalau ngantuk. Utusan Malaysia pun boleh tolong promosi headline frontpage. Mesti melimpahnya Masjid WP 1 Ogos nanti.

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
(Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau )
Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh

Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah” oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh oleh Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

”MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH”

Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS.

Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – Kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah.

Hubungi 013-6714932