CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

9/30/10

Apa sudah jadi projek pesawat tanpa pemandu Malaysia ?




Apa sudah jadi dengan projek pesawat tanpa pemandu UAV yang diberi nama Aludra buatan Malaysia untuk digunakpakai oleh TUDM bagi tujuan peninjauan dan pengawasan sepanjang perairan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak ? Dilaporkan harga setiap satu Aludra ini ialah RM 1.5 Juta. Sebelum ini ianya mempunyai beberapa masalah ketika ujian penerbangan , antaranya jauh perjalanannya, kawasan radius dan juga jangka hayat penerbangan yang diperlukan bagi satu-satu operasi juga memerlukan landasan untuk berlepas.

Pada ketika ini Iran sudah pun memiliki pesawat UAV buatan sendiri yang berkuasa jet yang boleh terbang sejauh 1000 kilometer pada kelajuan 1000 kilometer sejam yang boleh digunakan sebagai pesawat pengebom yang diberi nama Karrar. Pesawat UAV Iran ini dibangunkan pada ketika negara tersebut dikenakan pelbagai sekatan.

*********************************

The latest failure is the Aludra UAV project which had not benefited the armed forces at all in terms of capability and capacity. It is such failure that Mindef do not even have the stomach to sign a production contract nor the instinct to kill it off for good measure. As usual the thing will drag on for a few years more before it will die natural death, leaving the armed forces so behind the technology curve when it comes to UAV even when other nations in the region are contemplating UCAVs!
http://www.malaysiandefence.com/?p=1088


The Sungai Rambai Microlight Park here capped a milestone recently when it hosted the maiden test flight of the Fulmar SR08, Malaysia’s latest multi-role unmanned aerial vehicle (UAV). The RM1.5mil UAV, designed and built by Unmanned Systems Technology Sdn Bhd (UST), was launched from a specially built two-man launch catapult.
http://defensenews-updates.blogspot.com/2010/03/malaysia-today-march-6-2010-maiden.html

Pesawat UAV Fulmar bernilai kira-kira RM1.5 juta itu dikeluarkan oleh anak syarikat Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), Unmanned Systems Technology Sdn. Bhd. (UST) ALUDRA pernah diuji dalam Ops Pasir oleh Kementerian Pertahanan di Semporna, Sabah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

''Saya amat sukacita dengan kemampuan UAV buatan tempatan ini tetapi mungkin dalam waktu terdekat, kita boleh memperbaiki beberapa prestasi (UAV ini) yang melibatkan soal jauh perjalanannya, kawasan radius dan juga jangka hayat penerbangan yang diperlukan bagi satu-satu operasi.
''Kita perlu mengkaji beberapa pembaikan yang perlu dilakukan supaya ia sesuai dengan iklim tempatan, peredaran angin serta bentuk permukaan bumi,'' katanya selepas melawat Kem Sri Wangsa dan menyaksikan uji pandu pesawat UAV yang dikenali sebagai ALUDRA di sini hari ini.
Katanya, Malaysia memerlukan pesawat jenis UAV berkeupayaan tinggi seperti itu bagi melaksanakan tugas tinjauan yang meliputi kawasan pantai negara sepanjang 1,700 kilometer bagi memudah dan melicinkan tugas anggota ATB seperti tentera laut, darat, udara serta agensi penguatkuasaan lain mengambil langkah susulan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0804&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm&arc=hive


Iran unveils the Karrar UCAV
Iran has unveiled its first domestically-manufactured long-range Unmanned Combat Air Vehicle (UCAV), in a ceremony marking Defense Industry Day in the country.
The unveiling of the home-made drone, named Karrar (Striker) took place in the presence of Iran's President Mahmoud Ahmadinejad and a number of defense officials.
The 4-meter long plane is claimed capable of delivering a military payload on bombing missions against ground targets. Jet powered (Tolue-4 or Tolue-5?), it is claimed to have a 1000 km range and a maximum speed of approximately 1000 kph.
http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/iran-unveils-karrar-ucav.html

Anjing jinak ada lesen ditembak mati di N.Sembilan

Manusia sudah hilang sifat perikemanusiaan kalau benar apa yang dilaporkan dalam akhbar Malay Mail 28 Sep 2010. Satu siasatan terperinci perlu dijalankan kerana ianya melibatkan kakitangan kerajaan iaitu petugas Majlis Daerah Tampin, N.Sembilan. Seekor anjing yang ada lesen telah ditembak mati dalam kawasan rumah pemilik hanya kerana tidak berhenti menyalak pada malam raya.

Pemilik anjing tersebut pula tidak dimaklumkan. Pemilik anjing mengekori mereka yang menembak anjingnya dan tekejut bahawa mereka yang menembak anjing tersebut menggunakan kenderaan Majlis Daerah Tampin.

Malahan anjing yang mati tadi tidak diserahkan kepada pemilik untuk dikebumikan. Sebaliknya pemilik anjing tadi menjumpai anjingnya yang telah ditembak dalam hutan, lalu dia membawanya pulang untuk dikebumikan.

Yang peliknya anjing yang menyalak yang ada lesen ditembak mati. Mereka yang main mercun pada malam tersebut tidak pula diambil tindakan. Bukan di Tampin saja, mana-mana tempat di Malaysia ni, main mercun begitu bebas tanpa sebarang tindakan.

Lagi pelik, banyak anjing-anjing liar di Malaysia ini tidak pula ditangkap.

Ini bukan masalah perkauman. Ini masalah kemanusiaan dan kebinatangan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik anjing tersebut. Harap polis segera bertindak untuk mengelakkan isu sensitif ini dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

***************************
'Nuisance' dog shot dead

Security guard wants justice for brutal act

Tuesday, September 28th, 2010 12:02:00

SEREMBAN: A 55-year-old security guard never thought a brutal act would take away the puppy he found two years ago at a market near his house in Taman Minang, Tampin.

But this was the ordeal S. Singaravelu had to go through.

Singaravelu, who kept his pet, Johnny, at his son's vacant house, found it missing on Aug 24.

"Johnny was barking continuously that night. Since it was the Hari Raya season, many people in my area were lighting up firecrackers and I thought his restless barking was due to the loud noise.

"However, at 12.40am, I heard an unusually loud bang and suddenly, Johnny's barking stopped.

"I opened the window and saw three vehicles, including a van and a lorry, moving away from my son's house. When I went out of my house, which is just beside my son's house, Johnny was no longer there," a sobbing Singaravelu told The Malay Mail during a telephone interview.

"I decided to follow the vehicles on my motorbike. After frantically looking for the vehicles, I found them parked in Taman Batu Belang and upon closer inspection they turned out to be the Tampin Municipal Council's vehicles.

"When I approached the vehicles, I was shocked to see my two-yearold Johnny lying lifeless in a pool of blood inside the lorry."

Singaravelu then questioned the 10 men, including one who had a gun, whether there was a new law which allows for shooting of a licensed dog inside a house compound.

"They said Johnny was a nuisance to many people and they had to shoot him due to the numerous complaints received.

"They even challenged me to make a police report. They did not allow me to bring back Johnny's carcass and in the end, I just removed his licence. I then lodged a report at the Tampin police station at 2am."

At 11am the next day, Singaravelu was shocked when he found the carcass of his dog at a jungle in Taman Batu Belang.

"I brought his carcass back and we had a small funeral for him. My wife, who loved Johnny like her own child, was also traumatised by his death," said the father-of-three.

Singaravelu, who wants justice for his dog, travelled all the way to Ampang to meet up with officials of the Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Selangor on Aug 26.

The next day, SPCA animal inspectors Danny Thang and V. Murugan visited Singaravelu to investigate the incident.

"We also contacted the Seremban Municipal Council but we were told that they stopped shooting dogs in 2002. We are trying to meet up with them to resolve this matter," said Thang.

The Paper That Cares also contacted the Seremban Municipal Council but we were told that Singaravelu's house falls under the Tampin Municipal Council.

When contacted, a spokesman for the Tampin Municipal Council said they would be investigating Singaravelu's claim.

http://www.mmail.com.my/content/50618-nuisance-dog-shot-dead

Melayu akan hilang kuasa bila Masjid mati macam di Johor ni

Kesuraman Masjid Taman Tampoi Indah dan kawasan persekitaran yang gelap menyebabkan ia menjadi tumpuan sekumpulan remaja menjadikan kawasan wakaf di pekarangan masjid itu sebagai tempat untuk bercengkerama dan melakukan maksiat. Kelemahan pengurusan masjid itu dipercayai berlaku sejak separuh daripada ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2008/2010 meletakkan jawatan secara beramai-ramai pada November 2008 berikutan tidak sehaluan dengan kepemimpinan utamanya.

( Bukan di Johor saja, malahan seluruh Malaysia banyak masjid yang mati dan dibiarkan mati oleh orang Melayu sendiri. Jangan salahkan orang Cina atau orang India kalau masjid mati dengan matinya solat jemaah , majlis ilmu dan lain-lain )

JIKA MASJID MATI , MELAYU PUN PUPUS

*************************
Masjid suram di Johor
Berita Harian 30 September 2010

TAMPOI: Jika kebanyakan masjid ceria dan diimarahkan jemaah yang mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan, Masjid Taman Tampoi Indah, di sini sebaliknya suram termasuk sepanjang Ramadan lalu berikutan kurangnya aktiviti keagamaan dan persekitaran yang gelap.

Bahkan, kesuraman masjid dan kawasan persekitaran yang gelap menyebabkan ia menjadi tumpuan sekumpulan remaja menjadikan kawasan wakaf di pekarangan masjid itu sebagai tempat untuk bercengkerama dan melakukan maksiat.

Ia bukan saja mencemari nama baik masjid yang sudah digunakan lebih dua tahun lalu tetapi juga memberi tanggapan negatif kepada masyarakat bukan Islam terutama yang berjiran dan tinggal berhadapan kawasan masjid berkenaan.

Penduduk, Samsir Selamat, 40, berkata beliau kesal kerana ketika sambutan Maulidur Rasul dan sepanjang Ramadan lalu, suasana masjid tidak ceria berikutan pekarangan luar masjid bergelap disebabkan kerosakan lampu yang tidak diperbaiki sejak hampir empat bulan lalu.

Beliau berkata, kelemahan pengurusan masjid itu dipercayai berlaku sejak separuh daripada ahli jawatankuasa masjid bagi sesi 2008/2010 meletakkan jawatan secara beramai-ramai pada November 2008 berikutan tidak sehaluan dengan kepemimpinan utamanya.

“Sebelum ini, ramai jemaah terutama golongan pesara yang datang untuk bersembahyang di masjid berkenaan tetapi kini tidak lagi dipercayai akibat kesuraman masjid sehingga menyebabkan ia kehilangan tarikan.

“Aktiviti keagamaan juga semakin berkurangan. Kalau sesetengah masjid mempunyai tazkirah atau majlis agama, masjid berkenaan agak kurang aktiviti berkenaan kecuali majlis tertentu dan ia diketuai oleh pengerusi surau itu sendiri,” katanya ketika ditemui Edisi Johor di sini, baru-baru ini.

Samsir berkata, pada Ramadan lalu, masalah persekitaran masjid yang bergelap menyebabkan orang ramai tidak menyedari di dalamnya ada diadakan tadarus al-Quran sedangkan di kawasan tempat lain, persekitaran cukup terang dan ceria.

Beliau berkata, keadaan yang gelap itu menyebabkan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan kepada sekumpulan remaja menjadikan kawasan masjid itu sebagai tempat bercengkerama berikutan keadaan yang gelap dan pagarnya yang tidak berkunci.

“Masjid suatu tempat yang suci dan sepatutnya pengurusan masjid peka bagi mengelak remaja menjadikan masjid sebagai tempat remaja melakukan maksiat dan gejala sosial kerana ia boleh mengundang pandangan serong terhadap Islam,” katanya.

Mohd Saffaruddeen Ali, 36, pula berkata masjid yang mula digunakan pada Mac 2008 itu dikatakan mampu menerima sumbangan dalam jumlah yang banyak setiap minggu terutama pada solat Jumaat tetapi wang yang diterima itu tidak digunakan sebaik mungkin.

Beliau berkata, wang yang diterima sepatutnya digunakan untuk menyelenggara segala kerosakan pada kemudahan masjid tetapi kini difahamkan digunakan untuk membayar kakitangan masjid yang mendapat bayaran yang agak tinggi berbanding tempat lain.

“Selain itu, pengerusi masjid yang dilantik lebih memberi keutamaan kepada orang luar berbanding penduduk di kawasan taman berkenaan untuk jawatan noja dan imam dua. Walhal, sebelah masjid berkenaan adalah Rumah Pangsa Sri Indah yang dihuni 100 peratus orang Islam dengan sebahagiannya mampu mengisi jawatan itu,” katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan aspek keselamatan masjid berikutan pintu masuk utama masjid yang terletak di kawasan strategik itu tidak pernah ditutup dan ruang solat tidak dikunci menyebabkan ia terdedah kepada kegiatan jenayah.

“Kelemahan aspek keselamatan dan kedudukan masjid di tepi jalan ini menyebabkan kawasan masjid ini menjadi sasaran penjenayah sehingga pernah mengalami kecurian apabila sebanyak 32 besi penutup longkangnya dicuri pihak tidak bertanggungjawab pada awal tahun ini,” katanya.

Selain itu, Abdul Rahman Majid, 34, pula berkata beliau kesal kerana ruangan yang dikhaskan untuk perpustakaan di masjid itu tidak digunakan sepenuhnya dan kini dijadikan stor sementara sedangkan ruangan bacaan itu boleh dijadikan sebagai tempat tarikan bagi kanak-kanak ke masjid.

Beliau berkata, walaupun keadaan fizikal masjid itu didapati masih baru, kelemahan pengurusan masjid menyebabkan permaidani di ruangan solat sudah lusuh berikutan jarang dibersihkan dengan mesin hampa gas sehingga menyebabkan kebanyakan jemaah yang alah sering bersin.

“Segala kelemahan yang didedahkan ini bukan untuk menuding jari bagi menyalahkan pihak tertentu tetapi bagi untuk kebaikan jemaah di kawasan ini kerana masjid sepatutnya boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Masjidsuram/Article

Penduduk Melaka resah bau busuk tapal pelupusan sampah


Masalah bau busuk yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah sepanjang hari bagi mengelakkan bau, habuk serta asap hitam memasuki rumah. Tidak cukup dengan itu, masalah pencemaran udara yang teruk sehingga ada penduduk, terutama kanak-kanak menghidap penyakit kulit gatal dan kesukaran bernafas.

****************
Utusan Malaysia 30 Sep 2010
Penduduk Kg. Ladang resah bau busuk

MELAKA 29 Sept. - Lebih 30 keluarga di Kampung Ladang, Krubong dekat sini menghadapi masalah bau busuk setiap hari dikatakan berpunca daripada pusat pelupusan sampah yang terletak berhampiran rumah mereka.

Keadaan itu menyebabkan penduduk menghadapi masalah bau busuk kerana jarak tempat pelupusan itu hanya kira-kira 200 meter daripada rumah mereka.

Masalah bau busuk yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah sepanjang hari bagi mengelakkan bau, habuk serta asap hitam memasuki rumah.

Tidak cukup dengan itu, masalah pencemaran udara yang teruk sehingga ada penduduk, terutama kanak-kanak menghidap penyakit kulit gatal dan kesukaran bernafas.

Seorang penduduk, Johari Shukor, 51, berkata, dia terpaksa menutup pintu sepanjang hari berikutan tidak tahan bau busuk dari tapak pelupusan sampah berkenaan.

Menurutnya, mereka terpaksa menghadapi bau busuk terutamanya pada waktu petang dan keadaan bertambah teruk apabila angin bertiup kencang.

''Keadaan ini sudah pun berlarutan sejak Krubong dijadikan tempat pelupusan sampah. Perkara yang paling memalukan apabila saya menerima kunjungan daripada saudara-mara.

''Bagi mereka yang tidak tahu pasti tertanya-tanya dan perkara ini adalah sangat memalukan sehinggakan untuk membuat majlis keramaian pun terpaksa berfikir sebaik-baiknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Johari lagi, penduduk kampung sudah menghadapi masalah ini sejak pusat pelupusan beroperasi pada 1996.

Seorang lagi penduduk, Halim Samad, 63, berkata, masalah bau busuk ini bertambah teruk apabila tiba musim hujan.

Menurutnya, penduduk kampung sudahpun membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tetapi masih belum mendapat apa-apa tindak balas.

''Saban hari kami terpaksa bertahan dan baunya semakin kuat hingga menganggu kerja dan kehidupan harian kami.

''Setiap masa penduduk Kampung Ladang terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah. Anak-anak kecil juga tidak dapat bermain di luar rumah kerana bimbang akan kesihatan masing-masing," katanya.

Bagi Rahimah Mansoor, 45, keadaan bau busuk di kawasan bandar Melaka tidak seharusnya berlaku memandangkan status Melaka sebagai negeri pelancongan utama negara.

''Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak dari berlakunya perkara sebegini," katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak berpeluang untuk berada di hadapan atau bergaul dengan jiran tetangga kerana dibelenggu masalah bau busuk.

''Akibat tidak tahan dengan bau busuk, saya telah memasang penghawa dingin dan menyebabkan bil elektrik menjangkau RM400 sebulan bagi mengelakkan bau busuk masuk ke rumah," katanya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Polis Malaysia ambil dadah yang dirampas sebagai ganjaran

Satu laporan yang menggemparkan institusi polis dalam Akhbar Malay Mail 30 September 2010. Akhbar tersebut melaporkan 9 anggota polis yang terlibat dalam rampasan dadah terbesar negara yang bernilai RM200 Juta pada tahun 2009 kini disiasat atas dakwaan mengambil dadah yang dirampas sebagai ganjaran. Sementara pemandu lori yang terlibat dalam kes tersebut dibebaskan dari hukuman mati tetapi ditahan semula atas tuduhan lain.

Berita sebegini amat menggusarkan kita semua. Apakah ada kes-kes sebegini di balai polis lain ?

Kerana nila 9 titik, habis rosak susu sebelanga.

Macamana pun kita harus berpegang pada prinsip Innocent Until Proven Guilty, iaitu Tidak Bersalah selagi Tidak Dibuktikan Bersalah. Orang yang belum dijatuhkan hukuman salah oleh mahkamah adalah tidak bersalah.

Begitu juga peguam Pathmanabhan Nalliannen yang terlibat dengan kes kehilangan Dato Sosilawati adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah.

**************************
Court orders 9 cops to be investigated for theft
Wednesday, September 29th, 2010

KUANTAN: The case of the infamous RM200 million syabu bust ended in high drama this morning when the accused was acquitted while nine policemen were ordered to be investigated for theft of part of the seized drugs.

Lorry driver Lee Yong Toe, 48, from Johor Baru, who was facing the death penalty under the Dangerous Drugs Act, was however re-arrested outside the court after his acquittal.

He was charged with trafficking in 753,359kg of syabu with another man still at large in Jalan Chenderawasih here at 6.45am on May 2 last year.

But it was the nine cops who took centre stage in the case of the biggest syabu haul in the country.

High Court Judicial Commissioner Datuk Akhtar Tahir ordered deputy public prosecutor Jamil Aripin to investigate and take criminal action against the policemen for theft of four plastic packages of syabu weighing between one and two kilos each.

The policemen, all members of the raiding team, had admitted taking the packages as “reward for their hard work”.

Three of them were witnesses.They are expected to be suspended pending investigations.

Before the trial began last month, disciplinary action had been taken against some of them for being dishonest and untruthful when they were investigating the case.

Lead defence counsel Datuk V. Sithambaram had in his submission on Sept 15 questioned the credibility and integrity of the cops.

Jamil had in his submission said the packets of syabu taken by the policemen would not interfere or affect the quality and identity of the drugs seized.

He had said the credibility of the witness was the prerogative of the court to decide “but that does not mean all their statements need to be rejected”.

The defence had also contended that the prosecution failed to call two important witnesses, who were also detained, to testify in court.

The duo, including the brother of Lee, had offered a policeman RM500,000 to release Lee and the drugs.

As to why the two were not called to testify in court, Jamil said their testimony would not assist the prosecution because they were detained at a different place and time.

He added that the court must take into account the factor that Lee had knowledge of the drugs because he was the registered owner of the lorry and responsible for the goods he was carrying.

Jamil said the action by the accused to use a type of spray on the police when trying to escape, showed that he knew he was carrying illegal goods in his lorry.

The prosecution called 14 witnesses in the case. Lee was also represented by J. Kuldeep Kumar, Hisham Teh Poh Teik and Bob Arumugam. Deputy public prosecutor Ahmad Fadhli Mahmud appeared with Jamil

http://www.mmail.com.my/content/50768-court-orders-9-cops-be-investigated-theft

Perangai Kedai Judi Online kini Musuh No 1 Kita

Kedai Judi Online yang tidak berlesen kini bersepah-sepah di negara kita, terutama di bandar, pinggir bandar, pekan dan pekan kecil. Mereka yang kemaruk judi menyusahkan isteri dan anak-anak, hinggakan nak beli susu anak pun tak ada duit habis berjudi. Ikuti kisah Kedai Judi Online yang begitu susah untuk dibanteras ketika ini dari laman blog Mazidul Akmal Sidek di bawah ini.

*******************
30 September 2010
Jam 9 Malam Ini Pekan Kecil Akan Gempar

Saya tahu, paparan pertama 999 malam ini akan menggemparkan pekan kecil di Selangor. Kami mengenal pasti 13 premis perjudian online beroperasi 24 jam di pekan sama, kebanyakkan dikunjungi remaja..

Wartawan saya tugaskan memasuki 4 daripada premis terbabit dan merakamkan kenyataan penjaga kedai.

Perjudian online menjahanamkan dan memporak perandakan khususnya bangsa Melayu. Terbaharu saya bertemu wanita berusia, 37 tahun mendakwa bercerai dengan suaminya akibat terjebak dalam perjudian sama.

"Duit habis, sampai nak beli susu anak pun tak ada. Dia sanggup gunakan duit gaji untuk berjudi, biarkan anak berlapar," luahnya kepada saya.

Saya terlihat air mata mengalir di kelopak matanya. Itu sudah terlalu melampau!

"Saya terpaksa menunggu dia di luar kedai dan ada waktunya dia tak balik ke rumah sampai 2 hari," keluhnya lagi.

Saya percaya, dia bukan satu satunya mangsa keadaan dan sikap. Melalui pengamatan saya, kewujudan premis perjudian online kini bagai tidak mampu dibendung dek pihak berkuasa lagi.

"Hari ini polis serbu, esok kedai beroperasi semula"

Itu antara komen orang ramai saya temui.

Polis boleh mengambil tindakan terhadap pemilik premis mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda di antara 20 dan 200 ribu ringgit.

Namun, akta terbabit kelihatan tidak begitu efektif berikutan bilangan premis semakin bertambah di hampir setiap negeri di seluruh negara.

Selain polis, pihak berkuasa tempatan memiliki kuasa memberhentikan operasi perjudian online kerana semua premis digunakan tanpa lesen atau disalahgunakan.

http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/09/jam-9-malam-ini-pekan-kecil-akan-gempar.html

9/29/10

Malaysia pun dah ada Bot Terbang, bukan Iran saja




Nampaknya bukan Iran saja yang ada bot terbang untuk Tentera Lautnya, Malaysia pun ada bot terbang, tapi lagi canggih iaitu hoverkraf terbang. Dibuat oleh syarikat anak Melayu dengan menggunakan enjin Proton Campro 1.8 CPS. Tapi kenapa kepakaran syarikat anak Melayu ini tidak mendapat perhatian kerajaan kita ya ? Kerajaan Filipina dah beli 3 hoverkraf terbang ini dari syarikat Melayu ni. Kerajaan Malaysia dah beli berapa ?

Gambar Hoverkraf Terbang di

*****************

Hoverkraf terbang buatan Malaysia curi perhatian ( Campro 1.8 CPS)

KUALA LUMPUR 22 April - Sebuah syarikat tempatan, Gig Technology Holdings Sdn. Bhd. berjaya mencuri perhatian pengunjung Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 melalui hoverkraf rekaannya yang mampu terbang setinggi dua meter dari permukaan air.

Lebih menarik, hoverkraf yang diberi nama Hover Plane itu menggunakan enjin Campro 1.8 CPS yang belum digunakan oleh kereta keluaran Proton.

Pengarah Urusan Gig Holdings, Zaharudin Mohd. Ali berkata, Hover Plane itu mampu mencapai kelajuan maksimum antara 70 hingga 80 knot sewaktu terbang.

"Kelajuan sedemikian amat penting untuk kegunaan agensi penguatkuasaan bagi memintas musuh ataupun penyeludup.

"Menjadi bonus ialah penyelenggaraannya yang tidak rumit kerana kami menggunakan enjin kereta, ini membolehkan para pengguna melakukan penyelenggaraan rutin di mana-mana sahaja tanpa perlu mendapatkan bantuan kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaharudin berkata, pada masa ini badan Hover Plane dibuat menggunakan karbon fiber namun generasi keduanya akan menggunakan bahan komposit agar ia lebih ringan.

Beliau berkata, kapasiti penumpang Hover Plane pula ialah empat orang dan ia akan ditingkatkan kepada enam orang pada masa akan datang.

"Pembelinya mempunyai dua pilihan navigasi sama ada menggunakan 'joy stick' ataupun stereng mengikut kesesuaian mereka," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga hari ini pihaknya telah berjaya menjual tiga buah Hover Plane kepada kerajaan Filipina.

Katanya, sambutan daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara juga amat memberangsangkan apabila Polis Marin, Kastam dan Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menunjukkan minat.

"Mereka telah melihat dan menilai Hover Plane dan hasilnya juga amat positif, dalam masa terdekat mereka akan mencubanya.

"Bagi spesifikasi ketenteraan, kita akan membuat penambahbaikan dengan menggunakan badan serta cermin anti balistik dan kalis peluru untuk menjamin keselamatan," katanya.

http://saluran07.blogspot.com/2009/07/hoverkraf-terbang-buatan-malaysia-curi.html

Local craft steals show

KUALA LUMPUR: Malaysia's first locally-manufactured "flying hovercraft" was a crowd-puller at the 11th Defence Services Asia 2008 (DSA 2008) exhibition.

The hovercraft, fitted with Proton engines, is produced by GIG Technology Holdings Sdn Bhd at its plant in Kampung Baru Subang, Shah Alam.

GIG Technology executive director Megat D' Shahriman said the idea to build the hovercraft was conceived last April.

"Since the government had never purchased any hovercraft then, we thought it was the best time to produce one and it turned out that Malaysia became the first Asian country to manufacture the vehicle."

However, the "flying hovercraft" has not been officially launched as it is still on trial.
"But we are looking forward to launch it soon, maybe next year," Megat said at the exhibition.

He said the hovercraft could fly 2m above sea level and move at a speed of about 45 knots (60-70 kph) on water and during flying mode, the vehicle's speed is 75 knots (80-90 kph).

Megat said the company had already sold three units to the Philippines. "We will be looking at Jakarta, the Middle East and Africa to market our hovercraft."

Participating in the DSA 2008 and Langkawi International and Maritime Aerospace exhibition last year was part of the company's bigger marketing plans.

Megat said the hovercraft could be used for search and rescue operations, sea inspection routines, waterway patrols, anti-piracy operations and high-speed infiltration into hostile areas.

- Bernama -

http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?133107-DSA-2008-Malaysia

Maksiat di Felda N.Sembilan PARAH, Ayuh Gempur

Masalah seks bebas, zina, anak luar nikah semakin parah dan berleluasa di kawasan Felda di Negeri Sembilan. Ianya melibat golongan budak-budak hingga tua bangka. Dan yang sering keluar akhbar ialah Felda Jelai, di Gemas , Negeri Sembilan. Tidak bolehkah semua pihak dari kerajaan pusat, kerajaan negeri, majlis agama, parti politik, NGO dan orang ramai yang prihatin, gempur kawasan Felda ini untuk memulihkan masalah sosial yang begitu parah sekarang ?

Felda ni kawasan Melayu. Nak tunggu tanah di Felda Jelai naik ke langit , terbalik dan menghempap bumi baru nak sedar ?

Maksiat oleh orang Negeri Sembilan, yang menerima bahana ialah Melaka. Melaka pula yang kena tubuh Sekolah Pelajar Hamil, Negeri Sembilan diam membisu.

BIAR BANKRAP HARTA, JANGAN BANKRAP IMAN DAN AKIDAH !

*******************************
Pemuda 18 tahun merengkok dipenjara buang bayi
28/09/2010

MELAKA 28 Sept. - Seorang pemuda dihukum penjara dua tahun manakala kekasihnya, seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke Sekolah
Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dari FELDA JELAI, GEMAS, Negeri Sembilan dan kekasihnya mengaku salah bersama-sama membuang bayi tersebut pada pukul 5.10 pagi, 11 Ogos lepas di kawasan tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Sepasang Kekasih Mengaku Salah Buang Bayi Di Kawasan Kilang Di Melaka
MELAKA: Sepasang kekasih yang bekerja di sebuah kilang di sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas tuduhan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh di sini pada pagi Rabu lepas.
MOHD ZOLHALMI KHAMIS, 18, DARI FELDA JELAI, GEMAS, NEGERI SEMBILAN DAN PASANGANNYA SEORANG REMAJA BERUSIA 17 TAHUN 10 BULAN, JUGA BERALAMAT YANG SAMA, dituduh bersama-sama membuang bayi itu kira-kira 1 pagi pada 11 Ogos lepas.
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2010/8/16/mstar_jenayah/20100816211204

ADEGAN SEKS FELDA JELAI BERLAKU LAGI
5 Julai 2008

BERITA HARIAN (TAMPIN) : Selepas tiga individu, termasuk peneroka berusia 52 tahun dari gugusan Felda Jelai, dekat sini ditahan polis kerana terbabit dengan rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk ‘Budak Jolai’, Mei lalu, tanah rancangan itu tercemar lagi apabila seorang remaja lelaki dan pasangannya yang baru berusia 14 tahun ditahan kerana aktiviti sama.
http://gerbanginformasi.wordpress.com/2008/07/05/adegan-seks-felda-jelai-berlaku-lagi/

Thursday, June 5, 2008
FELDA SIASAT KESAN VIDEO BUDAK JOLAI

TAMPIN: Pengurusan Felda diarah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana keruntuhan akhlak masyarakat peneroka berikutan penyebaran rakaman aksi seks seorang peneroka berusia 52 tahun dari Felda Jelai, Gemas, dekat sini bersama pasangan yang berusia 21 tahun.
http://guntayk.blogspot.com/2008/06/felda-siasat-kesan-video-budak-jolai.html

Tuesday, May 18, 2010
Seks dalam kereta lepas tu lapor dirogol plak

GEMAS – Akibat berang, bapa menyerbu dan membelasah seorang lelaki berumur 26 tahun yang leka memadu kasih dengan anak perempuannya di dalam sebuah kenderaan di FELDA JELAI 2, di sini, awal pagi semalam.
http://makngohselamoh.blogspot.com/2010/05/seks-dalam-kereta-lepas-tu-lapor.html

Remaja terlena selepas seks dibelasah abang teman wanita

September 29, 2009
GEMAS (N.9) : Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya.

Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan FELDA JELAI, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.
http://khunshikang.wordpress.com/2009/09/29/remaja-terlena-selepas-seks-dibelasah-abang-teman-wanita/

GEMAS: Umurnya 52 tahun, tapi sanggup menjadi pelakon aksi seks bersama seorang gadis berusia 21 tahun menggunakan telefon bimbit dalam sebuah pondok dalam kebun getah di FELDA JELAI 3 dekat sini, dipercayai bulan lalu, untuk simpanan peribadi.
http://kojex.blogspot.com/2008/06/video-budak-jolai.html

Iran lancar Bot Terbang buatan sendiri


Iran sekali lagi menggemparkan dunia sains dan teknologi. Walaupun dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa , Iran telah melancarkan Bot Terbang buatan sendiri yang dilengkapi dengan senjata mesingan, teropong malam dan kamera video untuk tugasan peninjau dan pengawasan angkatan laut Iran.

********************
September 28, 2010
Flying boats delivered to IRGCN

Gambar lengkap di http://uskowioniran.blogspot.com/2010/09/flying-boats-delivered-to-irgcn.html

Domestically manufactured flying boats delivered to IRGC Navy
Tehran Times Political Desk

TEHRAN - A new squadron of flying boats was delivered to the Naval Force of the Islamic Revolution Guards Corps on Tuesday.

Defense Minister Ahmad Vahidi said the boats of the Baver 2 squadron were designed by Iran’s naval and aviation industry organizations and Malek Ashtar University.

The flying boats can carry out reconnaissance and surveillance missions on the sea, he noted.

Each boat is equipped with a machine gun, regular and night-vision binoculars, and video cameras that can transmit images, he explained.

Iran plans to manufacture the next generation of flying boats in the near future, Vahidi stated

Sumber : http://www.tehrantimes.com/index_View.asp?code=227577

9/28/10

Majlis Hari Raya DUN Ampangan 2 Okt 2010

MAJLIS HARI RAYA ADUN AMPANGAN DAN CABANG SEREMBAN

ADUN Ampangan YB Rashid Latiff menjemput penduduk Ampangan khususnya untuk memeriahkan Majlis Hari Raya DUN Ampangan.

Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pejabat ADUN Ampangan, Gedung Lalang, Ampangan, Seremban

Pertanyaan sila hubungi Pn Salwa 019-3832636 (S/U Cabang)

Sumber http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/09/majlis-hari-raya-adun-ampangan-dan.html

Adat Melayu dihina oleh orang Melayu. Siapa ?

Ada budak Melayu menghina Adat Melayu dalam blog dia, terutama Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Lahanat katanya. Macamana Dato Rais Yatim ? Tak nak ambil tindakan ke Dato Rais ? Menghina Adat Perpatih bermakna menghina institusi Raja Melayu di Negeri Sembilan, iaitu menghina Yamtuan serta Undang yang empat.

Baca apa kata budak Melayu ini mengenai Adat Lahanat di http://aposhafiz.blogspot.com/2010/09/adat-lahanat.html

Veteran Umno N.Sembilan keluar parti di Rembau ?

Dari Blog Edyesdotcom
Veteran UMNO Keluar Parti Ketika Hadiri Rumah Terbuka Cabang Rembau!!
Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya.

Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau.

Beliau adalah Hj Md Noor Daud.

Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif.

Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam.

Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai.

Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat.

Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani!

Sumber : http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/09/veteran-umno-keluar-parti.html

Penjenayah samun polis, pecah masuk sekolah dekat balai

Nampaknya penjenayah di Malaysia ni dah tak takut polis. Di Jempol , N.Sembilan seorang anggota polis bersama keluarga telah disamun mengakibatkan kerugian RM50,000.00. Di Melaka sebuah sekolah yang berhampiran balai polis telah dipecah masuk mengakibatkan kerugian RM78,000.00. Kalau penjenayah dah takut polis, selamat lagikah Malaysia ? Usahkan penjenayah, Mat Rempit pun tak takut polis sekarang.

**********************
Empat penjenayah samun anggota polis
Utusan Malaysia 28 Sep 2010

JEMPOL, N.Sembilan. 27 Sept. - Sekumpulan penjenayah bertindak nekad apabila menyamun dan mengikat seorang anggota polis bersama keluarganya sebelum melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM50,000 di Air Hitam di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5 pagi itu melibatkan empat penjenayah bersenjatakan dua objek menyerupai pistol dan menutup muka dengan kain mereka sebelum memecah masuk rumah mangsa dengan mengumpil pintu hadapan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, siasatan sedang dilakukan termasuk memburu empat suspek yang menyamun rumah anggota polis berkenaan.

"Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya segera tampil untuk membantu siasatan," katanya di sini kelmarin.

Dalam pada itu, sepasukan anggota polis dari Unit Forensik dan Anjing Pengesan (K9) dilihat turut berada di lokasi bagi membantu kerja-kerja penyiasatan.

"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran," katanya.

Dalam pada itu, mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 55, dan bertugas di Balai Polis Bahau dekat sini memberitahu, semasa kejadian dia sedang tidur bersama isterinya dalam satu bilik dan terkejut dengan kehadiran empat penjenayah terbabit.

"Mereka menutup muka dengan kain dan menunjukkan objek seperti pistol. Mereka mengacukan ke arah kepala saya, menyebabkan saya tidak bertindak kerana bimbang mereka berkelakuan lebih agresif dan membahayakan keselamatan keluarga.

"Lagipun dua anak yang tidur di bilik berasingan telah dibawa ke bilik saya oleh lelaki berkenaan," katanya.

Ketika itu, katanya, penjenayah itu mula menggeledah rumah sebelum melarikan wang tunai RM600 dan sejumlah barangan kemas yang kesemuanya dianggarkan RM50,000.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

The Star
Tuesday September 28, 2010
School broken into despite being near police station

MALACCA: The school has two security guards and it is very close to the Batu Berendam police station, but this did not deter thieves from breaking in.

They carted off 14 notebook computers, an LCD projector and a camcorder worth RM78,000 from SJK (C) Wen Hua which is a mere 250m away from the police station.

Headmaster Ong Ching Nam, 56, said the break-in was discovered by a teacher at 6.10am yesterday after noticing the damaged window grille leading to the teachers’ room on the second floor of the school’s main block.

“We are shocked as the thieves ransacked the office and teachers’ room, besides breaking into two of the safes,” he said.

Fortunately, the safes were empty.

“I have been teaching here for 11 years and this is the first such incident,” Ong said.

He said the burglary did not affect yesterday’s classes at the 74-year-old school that has 57 teachers and 1,367 students.

The school would notify the state Education Department about the incident, besides seeking a written report from the company providing the security guard services, he said.

Melaka Tengah OCPD Asst Comm Salehhudin Abd Rahman said police were investigating the incident.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F28%2Fnation%2F7116023

9/27/10

Pasar Paka, Terengganu Berhantu, perlu Tok Bomoh


Dari Blog Ustaz Saiful Bahri
Projek pasar baru Paka yang bernilai RM 6.5juta itu tersadai dan masih belum dapat digunakan. Projek yang dijangka siap September 2008 itu hingga kini masih belum dapat digunakan. Sudah 3 tahun tetapi tak dapat digunakan. Cat pun dah mula pudar. Nampak macam siap tapi tak siap. Apa pasal. Tanya kengkawan.. mereka cakap “ berhantu”!

Akibat terlalu lama ssekong (terbiar), sekarang ni wayer elektrik dah dibaham oleh pencuri. Sekarang ramai pencuri kabel part-time di Terengganu. (Yelah.. sementara menanti 100,000 peluang pekerjaan yang dijanjikan kerajaan UMNO-BN semasa nak memerintah dulu). Atau mungkin dikebas oleh para “doktor” yang ramai berkeliaran di pekan Paka ini. (Yelah!.. sekarang ini pun Terengganu adalah negeri penghisap dadah tertinggi di Malaysia). Habis bila nak dibuka… kena carik tok bomoh dulu ke? Atau nanti pilihanraya kot?

Janji-janji pembangunan setelah Umno kembali memerintah Terengganu selama 2 penggal kini hampir mencecah 8 tahun. Tempoh masa yang bukan singkat. Dengan duit royalty yang berjebak-jebak (Bertimbun-timbun) dan dengan bajet billion-billion yang dibentangkan dalan DUN Terengganu mengalahkan Selangor… apa sebenarnya pembangunan kerajaan negeri yang dibawa ke Paka?

Dengan menjadi Majlis Perbandaran Dungun dan pendapatan dari cukai pintu daripada TNB, YTL, GPP 5 & 6 pun dah berjuta. Projek Pasar itu pun telah diputuskan dalam mesyuarat pembangunan daerah semasa zaman Pas memerintah.

Seingat penulis, ada lagi beberapa projek yang dibincangkan dulu antaranya Restoren Terapung & reakreasi Sg. Paka, kawasan jogging & senaman sekeliling kolam Paka. Bandar Baru Beril. Tapi entah bila kan siap. Ni nak PRU ke-13 dah pulok. Tak boleh guna lagi. Pas, meskipun tanpa royalti dan hanya sepenggal berjaya juga menukar imej pekan koboi dengan wujudnya Pusat Niaga Paka.

Peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya sudah boleh digunakan. Mereka sudah lama bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu.

Bagi sesiapa yang tinggal di Pekan paka ni, mereka tahulah keadaan pasar tersebut. Pasar sejak zaman Jepun. Masih diguna-pakai disebuah negeri Kuwait Malaysia. Pekan industry Oil & Gas yang menyumbang pendapatan terbesar Negara. Tetapi pasar yang amat menyedihkan.

Wakil rakyat yang ada dok sibuk berboxing sesama sendiri je dan sesama pimpinan parti. Team Mat Said & team Deris.. berkocok sakan tanpa penyelesaian. Ketua bahagian sibuk naik cagang. Akhirnya rakyat tak keruan. Rakyat pun dah muak dengan isu UMNO berbalah ni. Harap-harap cepat-cepat bomohkan pasar tu.

Ketika Mat Said berkunjung ke situ, beliau berjanji lagi, pihak berkuasa tempatan daerah Dungun akan memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun. Sekarang ni musim tengkujuh nak datang lagi. Mungkin tak sempat siap pulak. Yelah.. ramai rakyat Terengganu nak pergi main kapal layar Monsun Cup pulak.

Akhirnya Pasar 6.5 juta tu menjadi tempat selesa untuk hantu dan jin bertendang sekian tahun. Bila nak buka entah tak ketahuan. Itupun kalau di buka tu tak tahu lagi macamana!

Yelah.. pasar di Bandar Dungun sekadar 2 tingkat pun tak bermaya. Inikan pula pasar 3 tingkat. Salah buat tingkat atas tu jadi tempat jin bertendang. Hancur macam tu aje. Boleh hantu wat main boling. Sesuai kot. Kalau kerajaan UMNO-BN gagal juga bukak tahun ni diharap buak tender untuk di sewa macam tu je. MTD PAS Dun Paka sanggup sewa. Boleh buat sarang burung layang-layang.

Sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/09/pasar-paka-berhantu-perlu-tok-bomoh.html

Tiada air di Felda, menghantui kehidupan peneroka


Berita Harian 27 Sep 2010
BERA: Slogan Kampungku Syurgaku mungkin sukar dinikmati penduduk tanah rancangan FELDA Purun, dekat sini jika masalah bekalan air yang dihadapi lebih sedekad lalu, terus menghantui kehidupan mereka. Masalah itu kerap berlaku kepada sebahagian daripada 437 peneroka FELDA yang tinggal di kawasan tinggi itu hingga ada yang mendakwa anak dan cucu mereka tidak berminat pulang berhari raya kerana bimbang terpaksa berdepan masalah bekalan air.

Jika perkara itu berlarutan, mereka juga bimbang hubungan kekeluargaan semakin renggang dan sukar mengadakan majlis keramaian sesama ahli keluarga.

Mereka mendakwa masalah gangguan bekalan air itu sudah berlarutan hampir 20 tahun lalu dan setiap kali aduan dibuat kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, mereka sering menerima alasan yang sama iaitu masalah paip pecah, kerosakan mesin penyedut air dan ketiadaan bekalan elektrik.

Keadaan itu menyebabkan peneroka terpaksa berusaha mengatasinya sendiri termasuk menyediakan tangki air, membina kolam bersimen, menggali telaga dan mengangkut air dari sungai berhampiran.

Malah, mereka juga mendakwa terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi mendapatkan khidmat pengusaha lori persendirian bagi mengangkut air jika berlaku kejadian kematian atau mengadakan kenduri yang memerlukan bekalan air bersih yang banyak.
Seorang peneroka, Othman Salleh, 57, berkata anak serta cucunya kurang berminat balik ke tanah rancangan FELDA kerana masalah bekalan air.

Katanya, setiap kali sebelum pulang ke kampung, mereka akan bertanya mengenai bekalan air dan meminta supaya memastikan bekalan air pulih kerana tidak mahu menghadapi kesulitan untuk mandi, solat dan mendapatkan air minuman.

“Saya terpaksa menyediakan sembilan tangki air dan setiap satunya boleh menyimpan 1,000 gelen air bagi memastikan bekalan mencukupi sekiranya anaknya pulang ke sini.

“Saya sudah membelanjakan lebih RM10,000 bagi pemasangan saluran paip serta membina tempat meletakkan tangki air,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Beliau yang mempunyai tujuh anak serta 8 cucu sanggup berbelanja untuk memastikan mereka boleh balik ke kampung terutama musim cuti persekolahan atau perayaan seperti sambutan Aidilfitri.

Seorang lagi peneroka, Lagiman Jamil, 64 berkata, mereka tidak puas hati dengan masalah bekalan air di kawasan tanah rancangan FELDA yang sering terputus.

Katanya, ada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi mendakwa mereka tidak mendapat bekalan air lebih dua bulan hingga terpaksa mendapatkan bekalan air sungai sejauh lebih enam kilometer.

“Pelbagai cara sudah dilakukan termasuk membuat aduan kepada JBA, wakil rakyat dan pegawai pembangunan daerah namum belum ada tindakan sewajarnya diambil.

“Peneroka risau sekiranya keadaan berlarutan masalah hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang kerana anak dan cucu mereka tidak berminat balik ke tanah rancangan FELDA ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Guai, Norol Azali Sulaiman, berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dari kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf saluran paip air di kawasan tanah rancangan FELDA berkenaan.

Katanya, buat masa ini permohonan itu belum diluluskan dan agensi pembangunan daerah sedang berusaha untuk membaiki sistem bekalan air bersih.

“Selain itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) turut menyediakan 32 lori tangki untuk membekalkan air ke rumah kediaman pada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi.

“Langkah sementara ini dilakukan bagi membantu meringankan masalah dihadapi peneroka terutama apabila menyambut perayaan atau ingin mengadakan majlis keramaian,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Tiadaair/Article

Jalan Seremban K.Pilah pusat maksiat, samseng jalan

Berita Harian 27 Sep 2010 - Jalan lama jadi tempat maksiat
BUKIT PUTUS: Jalan lama Bukit Putus yang sebelum ini sibuk sebagai laluan utama menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah bukan saja semakin sepi, malah lebih membimbangkan menjadi tempat melakukan maksiat dan kegiatan lumba haram. Pembukaan jalan baru sejak Oktober lalu menyebabkan jalan lama semakin tidak digunakan dan kelihatan tidak terurus. Lebih buruk, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang keadaan jalan yang sunyi untuk melakukan perbuatan tidak baik.

Tinjauan Berita Harian mendapati jalan lama masih digunakansesetengah pengguna yang ingin ke Seremban atau Kuala Pilah ketika jalan baru sesak, terutama pada hujung minggu dan musim perayaan. Bagaimanapun, keadaan jalan itu lengang pada hari biasa.

Pemandu lori, Saidi Salleh, 45, lebih suka menggunakan jalan lama Bukit Putus kerana laluan itu sejuk kerana kawasan sekeliling dipenuhi pokok.

Katanya, ramai pemandu lori suka berhenti di kawasan astaka untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan semula.

"Cuma jalan ini agak semak, dipenuhi anak pokok dan ranting yang jatuh di atas jalan. Saya hanya melalui jalan ini pada waktu siang dan menggunakan jalan baru pada waktu malam. Jalan lama yang gelap menyebabkan saya khuatir terlanggar penunggang motosikal pada waktu malam.

"Saya bersetuju dengan perancangan menaik taraf jalan lama sebagai laluan pelancongan kerana kawasan sekitar cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah, sekali gus mengelakkan jalan lama rosak dan dipenuhi semak," katanya.

Peniaga makanan, Mohamad Abdullah, berkata perniagaannya merosot sejak jalan baru dibuka kerana tidak banyak pengguna memilih jalan ini.

"Saya sebagai peniaga berharap projek laluan pelancongan disegerakan supaya kehadiran pelancong akan meningkatkan semula perniagaan di sini," katanya.

Selain alam semula jadi, katanya perancangan rapi perlu dibuat untuk mewujudkan daya tarikan baru yang dapat menarik minat pelancong.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Jalanlamajaditempatmaksiat/Article

Mat rempit Terengganu ganas, polis baru bimbang

Nampaknya masalah sosial, dadah, mat rempit di negeri Terengganu Darul Iman makin hari makin terlalu parah, hinggakan polis pun bimbang. Kalau polis pun dah takut, rakyat jelata apa lagi. Masih selamat, aman dan makmurkah Terengganu ? Penagih dadah naik 1,366 peratus. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, itulah jalan penyelesaiannya, tiada pilihan alternatif lain.

*************************
Tindakan ganas mat rempit terhadap polis membimbangkan
Harian Metro 26 Sep 2010

KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terbabit dalam gejala rempit terhadap polis
kini semakin membimbangkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan mat rempit termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan saja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.

Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara.

"Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini hari ini. Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terbabit dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 malam 15 September lalu ketika Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.

Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.

Sementara itu, Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri ketika mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 September lalu.

Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.


Katanya, laman sosial Facebook itu usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa.- Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Tindakanganasmatrempitterhadappolismembimbangkan/Article

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%
Kosmo 21 Sep 2010

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Gerai Melayu jual goreng pisang diroboh, premis judi tak

Berikut petikan tulisan dari Blog Maizul Akmal Sidek :
Kekadang saya berasa amat hairan, peniaga Melayu menjual goreng pisang tanpa lesen di bahu jalan, gerai mereka dirobohkan sedangkan pengusaha premis perjudian menjalankan kegiatan di premis tetap dilengkapi air, elektrik dan penghawa dingin, tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

Artikel sepenuhnya pada pautan berikut http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/09/lelaki-takut-bini-di-premis-judi.html

9/26/10

Dua minggu Raya tanpa air di Terenggau

Penduduk resah krisis bekalan air sejak enam tahun lalu
Utusan Malaysia 26 Sep 2010

MARANG 25 Sept. - Sebanyak 10 keluarga di Kampung Batangan dekat sini dibelenggu keresahan sejak sekian lama akibat krisis bekalan air yang meruncing.

Seorang penduduk, Jusoh Mamat, 68, yang merupakan seorang pesara kerajaan, berkata, setiap awal pagi antara pukul 2 hingga 5 pagi, dia terpaksa menadah bekalan air paip di rumahnya untuk diisi ke dalam beberapa tong sebagai simpanan keperluan harian.

"Bayangkan kehidupan kami dan keluarga lain di sini yang sengsara kerana tak ada bekalan air paip mencukupi sejak enam tahun lalu. Betapa azabnya hanya kami saja yang rasa, lebih baik tak ada elektrik daripada tak ada air.

"Lebih sedih, anak-anak serta cucu sudah lama tak bermalam di rumah ini kerana tidak cukup bekalan air untuk urusan seharian," katanya.

Jusoh sebelum bersara tinggal bersama keluarga di Dungun dan kemudian berpindah menetap di Kampung Batangan pada 1984 sehingga sekarang.

"Sejak enam tahun lalu kami tak dapat bekalan air paip secukupnya, kami tak akan lupa pengalaman paling teruk ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, seminggu sebelum dan seminggu selepas raya langsung tak ada air paip," ujarnya.

Seorang anaknya, Khairul Anuar berkata, aduan mengenai masalah itu sudah banyak kali disampaikan kepada pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. tapi sehingga kini masalah tersebut belum selesai.

Beliau berharap pihak berkenaan bertindak segera bagi menangani masalah itu demi memenuhi keperluan penduduk di situ.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

9/25/10

Raya bersama Salahudin Ayub 29 Sep 2010 Seremban

MAJLIS SALAM AIDILFITRI 1431H
Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : PASTI Al-Wildan, Taman Setia Jaya, Jalan Jelebu, Ampangan, Seremban, (Sebelah Masjid Dato' Klana Petra Sendeng)

Tetamu Undangan : YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)

Semua Dijemput Hadir

Anjuran: PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama Dewan-Dewan

Ahli Parlimen UMNO sokong wang Judi bantu warga miskin


Kecoh sekarang ini berita hasil judi diberi kepada orang miskin beragama Islam. Hello, JAKIM tolonglah keluarkan Fatwa. Apa hukum jadi pemegang saham syarikat judi. Apa hukum hasil judi diberi pada orang miskin beragama Islam. Apa hukum pejabat ahli Parlimen BN/UMNO/Melayu seorang ni yang menyokong usaha syarikat judi bantu orang miskin beragama Islam ?

Tak caya tengok sendiri berita dan gambar bantuan syarikat judi tersebut pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/01/pejabat-kj-sokong-syarikat-judi-magnum.html

Apa hukum akhbar orang Melayu yang bersungguh-sungguh promosi iklan judi, keputusan judi pula ?

9/24/10

Penyerahan Kunci Rumah Prihatin PAS 28 Sep K.Pilah


Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kuala Pilah

Tetamu Khas : YB Ustaz Nasharuddin Mohd Isa, Timbalan Presiden PAS

Tarikh : Selasa 28 September 2010
Masa : 8.00 mlm - 12 .00 tgh mlm
Tempat : Rumah Encik Abdul Aziz Maarof, Kg Dioh, Kuala Pilah, N.Sembilan

Aturcara Majlis :
- Jamuan Hari Raya
- Penyerahan Kunci Rumah Prihatin Pas*
- Meraikan Anak-Anak Yatim
- Persembahan Multimedia
- Ceramah

Semua Di Jemput Hadir

Pelajar Tafhiz Melayu di pukul samseng di Melaka, ayuh bangkit

Memang samseng, biadap samseng di Melaka ni. Pukul pelajar Melayu, masuk surau tempat suci umat Islam tanpa buka kasut. Biadap, kurang ajar samseng-samseng di Melaka ni. Ayuh bangkit pertahankan kesucian surau tempat ibadah umat Islam dan maruah bangsa Melayu. Samseng Melayu ke, samseng Cina ke, samseng India yang buat kerja ni ?

***********************
Pukul pelajar kelas tahfiz
Harian Metro 24 Sep 2010

JASIN: Empat lelaki warga emas berlagak ala samseng apabila didakwa tergamak memukul empat pelajar pusat tahfiz di Taman Seri Merlimau, dekat sini, semata-mata kerana dihalang merobohkan tandas di asrama itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, empat pelajar berusia 11 dan 14 tahun itu mendakwa ditendang, ditampar dan dipukul.

Lelaki terbabit yang berusia 60-an didakwa datang ke Pusat Tahfiz As-Solihin bagi merobohkan tandas dan asrama pelajar.

Bagaimanapun, lapan pelajar pusat itu pergi ke tandas berkenaan bagi menghalang mereka.

Difahamkan kumpulan lelaki itu datang ke pusat berkenaan bagi mengarahkannya dirobohkan untuk membolehkan tanah berkenaan digunakan pemiliknya.

Pelajar, Mohd Asyraf Yendri, 13, berkata, empat lelaki itu tiba-tiba datang memintanya serta rakan yang berada di tandas itu beralih.

Mohd Asyraf mendakwa kerana dia dan rakannya enggan beredar, seorang daripada lelaki itu menendang peha kirinya sehingga dia terjatuh.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana beberapa pelajar senior di situ menolong mengangkatnya sebelum mendakwa lelaki itu menghalau mereka.

Dia mendakwa, lelaki berkenaan membawa penukul dan besi pengumpil dipercayai bagi membuka dan merobohkan bumbung tandas.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Mohd Amri Roslan, 14, mendakwa lelaki berkenaan bertindak kasar dengan menolak pintu tandas yang terbuka ketika dia mahu menguncinya.

Dia mendakwa ditarik seorang daripada lelaki terbabit yang memarahinya serta memukul belakangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya mendapati kes berpunca daripada pemilik tanah mahu mengambil alih tanah 0.6 hektar miliknya di pusat tahfiz itu.

“Kami mendapati pemilik tanah mengeluarkan notis tiga bulan untuk bangunan itu dikosongkan yang berakhir hari ini (semalam).

“Kami memanggil pihak terbabit berbincang dan hasilnya, tempoh 30 hari diberikan. Jika gagal, pemilik tanah dinasihati mengambil perintah mahkamah bagi mengelak unsur jenayah,” katanya. Beliau berkata, pusat tahfiz itu dibuka sejak enam tahun lalu selepas pemilinya mengamanahkan tanah berkenaan dimajukan untuk membina pusat kegiatan ilmu.

Seorang lagi mangsa, Aminudin Asahari, 11, berkata mendakwa ditampar seorang daripada lelaki terbabit ketika mahu mempertahankan kemudahan di asramanya itu.

Dia mendakwa diarahkan oleh pelajar senior untuk ke tandas berkenaan bagi menghalang kumpulan lelaki terbabit berbuat demikian.

"Saya menjalankan amanah yang diberikan dan saya perlu mempertahankan amanah yang diberikan," kata pelajar berasal dari Serkam Darat itu.

Beberapa pelajar turut mendakwa lelaki terbabit bertindak biadap dengan masuk ke dalam surau tempat mereka belajar hafazan al-Quran dengan tidak membuka kasut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, beliau mengesahkan menerima laporan mengenai empat pelajar tahfiz berkenaan dipukul sekumpulan lelaki dan pihaknya masih menyiasat dakwaan itu.

Mengulas mengenai kes itu, beliau berkata, sejurus mendapat aduan berkenaan pasukannya ke lokasi berkenaan bagi melakukan siasatan dan mendapati kes itu berpunca daripada pemilik tanah terbabit mahu mengambil alih tanah seluas 0.6 hektar miliknya di pusat tahfiz berkenaan.

"Kita mendapati pemilik tanah berkenaan sudah mengeluarkan notis selama tiga bulan untuk pentadbiran pusat tahfiz berkenaan mengosongkan bangunan itu. Bagaimanapun tempoh notis yang berakhir hari ini (semalam) dan mereka masih belum berpindah.

"Selepas mendapat penjelasan, kami memanggil wakil daripada kedua-dua belah pihak bagi membincangkan masalah itu dan keputusan yang dicapai adalah memberi tempoh 30 hari untuk mereka menyelesaikan masalah itu.

"Sekiranya gagal pemilik tanah berkenaan dinasihatkan mengambil perintah mahkamah bagi mengelakkan unsur jenayah berlaku," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pukulpelajarkelastahfiz/Article

Hj Md Sabu di Seremban 29 Sep 2010


CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 29 Sep 2010
Hari : Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Pekan Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan (berhampiran tapak Pasar Malam)
Bersama :
Haji Mohamad Sabu - AJK PAS Pusat
YB Loke Siew Fook - Ahli Parlimen Rasah
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dato’ Rahmad Abd Jalil – Yang Dipertua PAS Rasah

Anjuran :
PAS Kawasan Rasah dengan kerjasama Lajnah Penerangan PAS N.Sembilan

9/23/10

Seorang lagi Anak Melayu dibunuh kejam

Dari Blog Singalautmetro
Seorang lagi dipercayai keturunan Melayu, bernama Borhan Sulong, 20-an menjadi mangsa pembunuhan kumpulan gengster. Kali ini tujuh lelaki ditahan di beberapa tempat di Klang, Batu Caves dan Selayang bagi membantu siasatan pembunuhan kejam itu.

Mayat Borhan ditemui dalam guni ditinggalkan di tepi jalan di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Gombak. Tubuh mangsa mempunyai banyak kesan tetakan terutama di muka, kepala, badan dan lengan dipercayai menggunakan parang oleh penyerangnya.

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain dan dibuang di tempat ia ditemui oleh seorang kontraktor pembuangan sampah.

Ketua Polis Derah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan penahanan tujuh lelaki berkenaan yang dilakukan dalam beberapa serbuan bermula kelmarin sehingga malam semalam.

Beliau juga berkata, ketujuh-tujuh lelaki yang ditahan itu adalah kumpulan penjenayah yang turut terbabit dalam kes samun sebuah lori kargo di depan sebuah stsyen minyak Shell di MRR2, dua hari lalu

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/seorang-lagi-anak-melayu-dibunuh-kejam.html

7 lelaki diberkas
Harian Metro 23 Sep 2010

GOMBAK: Misteri pembunuh kejam seorang lelaki yang disumbat di dalam guni sebelum mayatnya dicampak ke tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini, terbongkar selepas polis memberkas tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia kerana disyaki membunuh mangsa terbabit.

Suspek dipercayai anggota kumpulan gengster membunuh mangsa beramai-ramai menggunakan parang sebelum mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah pada 30 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Selayang, Subang Jaya dan Klang bermula jam 11.45 malam kelmarin sehingga 6 pagi semalam.

“Hasil siasatan lanjut, semua suspek mengaku membunuh mangsa dan seorang daripada mereka membawa polis ke tempat mangsa dibunuh.

“Suspek sama turut menunjukkan tempat mereka membuang dua parang yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya. Beliau berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditangkap di sebuah pangsapuri di Jalan A/2D, Taman Seri Murni, Selayang, Batu Caves, pada pukul 11.45 malam kelmarin.

Pada pukul 12.30 tengah malam pula, katanya, seorang lagi suspek berusia 40 tahun diberkas di sebuah rumah di Taman Selayang Bahagia, Batu Caves.
“Susulan itu, kami memberkas lima lagi suspek. Antaranya ialah suspek berusia 23 tahun di Taman Selayang Jaya pada pukul 1.45 pagi semalam.

“Ia diikuti tangkapan seorang lagi suspek berusia 24 tahun di Plaza Tol Seafield, USJ5, Subang Jaya, pada pukul 5.30 pagi dan rakannya berusia 23 tahun di sebuah rumah di Jalan Yusuh Shahbudin Off Jalan Raja, Taman Sentosa, Klang, pada pukul 6 pagi,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan, semua suspek yang menganggotai satu kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang lelaki, Borhan Sulong, 20-an yang dibunuh dengan kejam di Taman Perindustrian Ehsan Jaya.

Selain itu, katanya, suspek sama juga dipercayai terbabit kes samun sebuah lori kargo di stesen minyak Shell di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada Rabu lalu.

Pada 30 Ogos lalu, seorang kontraktor sampah berasa curiga lalu menghubungi polis apabila menemui satu guni yang kelihatan seperti berisi mayat ketika memeriksa sampah Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini.

Polis yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki dibunuh kejam dengan kesan tetakan di kepala, muka, badan dan lengan.

Siasatan mendapati mayat yang masih berpakaian lengkap kemeja-T dan seluar panjang itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan, seorang suspek turut membawa polis ke sebuah kawasan semak di belakang Blok F, Pangsapuri Intan Baiduri, yang membawa kepada penemuan dua parang yang masih mempunyai kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/7lelakidiberkas/Article/index_html

Kerajaan Perak tak kota janji, dah bankrap ke ?

Kerajaan Perak tak kota janji nak beli buku
Berita Harian 23 Sep 2010. SEWAKTU merasmikan Seminar Pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali PK serta Malam Gema Puisi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), wakil Menteri Besar Perak yang juga Exco kerajaan Perak ada mengumumkan beberapa berita menarik.

Antaranya, persetujuan kerajaan Perak membeli semua buku yang dilancarkan sebanyak 1000 naskhah setiap judul, penubuhan Kerusi Tengku Menteri, Institut Perakologi, Hadiah Sastera Perak Darul Ridzuan dua tahun sekali dan sebagainya. Kesemua pengumuman itu dilaporkan oleh akhbar arus perdana termasuk Berita Harian beberapa hari kemudian.

Akhbar Berita Harian menyiarkannya di ruangan sastera bertarikh 28 April 2010. Bagaimanapun, apa yang mengecewakan sehingga kini tiada maklum balas dari kerajaan Perak terhadap semua dijanjikan itu khususnya pembelian buku dilancar pada malam 6 Mac 2010. Kesemua janji hanya tinggal janji.

Sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan slogan Perak Amanjaya, kerajaan Perak wajar menunaikan janji itu dengan telus dan saksama.

TEROPONG SILUMAN,
Perak

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanPeraktakkotajanjinakbelibuku/Article

Denyut puisi Upsi
Berita Harian 28 April 2010

Seramai 150 khalayak terbeliak mata melihat aksi penyair

MALAM Gema Puisi Upsi di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, baru-baru ini, menjadi medan penyair untuk membeliakkan mata lebih 150 mahasiswa dan mahasiswi Upsi.

Majlis anjuran bersama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) , Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI serta Persatuan Penulis Budiman (Budiman) bergema dengan raungan dan lontaran suara penyair di samping disulami alunan lagu puisi.

Malam yang menampilkan wartawan TV3, Ahmad Fetri Yahya dan Zakiah Anas, sebagai pengacara berjaya menghidupkan suasana bait kata-kata indah, sinis tetapi mencuit hati khalayak nyata menceriakan majlis.

Dekan Fakulti Bahasa Upsi, Dr Abdul Ghani Abu, bangga dengan salasilah Upsi yang menjadi tapak sejarah pendidikan pada zman Sultan Idris Training College (SITC) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sehingga lahir pengarang ternama seperti Masuri SN, Suratman Markasan, Suhaimi Muhammad, Prof Dr A Wahab Ali, Prof Rahman Shaari dan Datuk Dr Kemala.

“Kegiatan kesusasteraan perlu disemarakkan dan berkesinambungan agar Upsi dapat meneruskan perjuangan memartabatkan kesusasteraan tanah air dan Malam Gema Puisi Upsi adalah usaha mendekatkan warga kampus dengan penyair ternama,” katanya.

Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Negeri Perak, Zainol Fadzi Paharuddin diberi penghormatan membaca puisi Terima Kasih Tuhanku karya Malim Ghozali PK, turut mengumumkan kerajaan negeri akan membeli 1,000 naskhah setiap judul buku yang dilancarkan pada malam itu.

Buku yang diarak masuk ke dewan untuk dilancarkan Zainal ialah Apabila Malam Semakin Malam karya Suhaimi Muhammad, kumpulan puisi Merindu Alam (Ihsan Noorzali), Naratologi Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad (Talib Samat), Kenali Tokoh Berjasa Jilid 1 (Talib Samat), Perjuangan Mengantarabangsakan Tengku Menteri Ngah Ibrahim (selenggaraan Talib Samatk) dan Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam (Zabidin Ismail).

Sekalung terima kasih perlu diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak yang berusaha mengangkat martabat sastera dan membantu kebajikan pengarang dengan cara membeli buku untuk diedarkan ke perpustakaan di seluruh negeri Perak.

Pengarah program, Dr Talib berkata pembelian itu mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Perak terhadap kesungguhan pengarang menghasilkan karya untuk tatapan peminat sastera dan memupuk budaya membaca di kalangan anak Perak.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DenyutpuisiUpsi/Article/print_html

Malaysia perlu boikot Rusia ? Pelajar kita terancam

Apakah orang kita berani nak buat demonstrasi depan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur ? Apakah kita berani desak kerajaan hentikan hubungan perdagangan dengan Rusia, hentikan pembelian senjata dari Rusia , jet Sukhoi dan MIG , akibat tindakan rakyat Rusia yang mengganggu pelajar Malaysia di sana ?

*********************
Pelajar kita di Moscow terancam
Utusan Malaysia 23 Sep 2010

SAYA terganggu mendapat berita bahawa sekumpulan penuntut-penuntut perubatan perempuan Malaysia tahun empat tajaan Mara di Moscow dihalau keluar dari rumah sewaan oleh penduduk-penduduk tempatan kelmarin sehingga melibatkan campur tangan polis.

Penuntut-penuntut tersebut semuanya telah dibawa ke balai polis akibat kekecohan ini.

Perasaan benci terhadap orang Islam semakin meningkat di kalangan penduduk Moscow selepas satu kejadian pengeboman baru-baru ini.

Penuntut-penuntut perubatan Malaysia itu yang pada mulanya dijanjikan penempatan hostel di universiti oleh Mara tiba-tiba tidak mendapat hostel yang dijanjikan kerana Mara memberi keutamaan kepada penuntut tahun pertama yang baru tiba, manakala penuntut tahun empat yang berada di tahun pengajian yang kritikal telah dinafikan hak untuk mendapat penginapan di universiti sejak tahun satu lagi.

Dengan kebencian yang makin menjadi-jadi di Moscow dan negara Rusia, saya amat bersimpati dan amat bimbang dengan keselamatan mereka yang terpaksa mengharungi kehidupan di Moscow dalam keadaan keselamatan yang makin tidak terjamin.

Mara pula hanya memberitahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Saya amat berharap Kedutaan Malaysia di Moscow dapat membantu memantau keselamatan penuntut-penuntut Malaysia di sana.

Jika kita tidak dapat menjamin keselamatan anak-anak kita di Rusia, saya cadangkan supaya Kerajaan Malaysia termasuk Mara berhenti serta-merta menghantar penuntut Malaysia ke Rusia kerana negara tersebut sesungguhnya adalah sebuah negara yang mempunyai culture yang amat berbeza dan penduduknya pula terlalu dingin terhadap orang asing khususnya orang Islam.

Bayangkan kalau anak-anak kita sendiri terpaksa melalui kehidupan yang begitu tidak tenteram dan selamat di sana, walhal pada masa yang sama, mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian perubatan mereka yang amat mencabar.

NORAIDA RAMLI
Shah Alam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

9/22/10

Kesian, pakcik Hindu ini dipenjara kerana mencuri


Tak sedih ke kita dengar pakcik, Arokiasamy umur 64 tahun dipenjara 10 hari kerana mencuri makanan dan minuman di pasaraya dekat Kuala Lumpur. Pakcik ni ada kencing manis, darah tinggi mengaku bersalah apabila didakwa di mahkamah dan mengatakan dia orang miskin.

Dia ditanggung oleh anaknya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM 1,000, mempunyai isteri dan anak pula, dan berhutang RM 2,000 kerana tak cukup gaji nak beli makanan, dan sering terputus bekalan makanan.

Lebih menyedihkan anaknya hanya tahu ayahnya dipenjarakan apabila membaca berita dalam akhbar.

Tidak bolehkah kesalahan pakcik ini dimaafkan ? Hukum hudud Islam, rasanya pun memaafkan yang bersalah sekiranya mencuri kerana terdesak untuk makan dan minum.

Mungkin ramai lagi diluar sana mengalami nasib yang sama seperti pakcik ini, tak kira samada Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Mana semangat 1Malaysia kita dalam hal sebegini ?

****************************************

'We didn't know he was in jail, until we read The Malay Mail'
Malay Mail 21 Sep 2010

Son learnt missing dad in jail for shoplifting from sister who read it in The Paper That Cares

KUALA LUMPUR: A security guard has more than meeting ends meet for his family-of-five to contend with after learning his missing father been jailed for stealing food and drinks from a supermarket.

He only knew his father's fate when a sibling told him she read about the court case in The Malay Mail on Wednesday — a day after the old man did not return to his son's one-room flat in Jalan Hang Tuah here.

Despite the misfortune, Vijayakumaran Arokiasamy, 30, did not condone the action of I. Arokiasamy, 64, who was sentenced to 10 days in jail by the Magistrate's Court here for stealing cans of food and packets of drinks from a supermarket.

ALL HE WANTED WAS FOOD: Arokiasamy being led away from the courthouse last week to serve his sentence

"I admit we are not a family who swims in the lap of luxury," he said when met at his low-cost unit. "I know times are bad and I am trying my best to make ends meet but I never thought my father would do such a thing.

"I thought we could make it through life together, even during hard times. I am saddened by what he did."

He said his father went missing on Tuesday after his regular trip to shops near his house.

"At first, I did not give it much thought as he had gone missing a couple of times before, only to return the next morning with breakfast for us.

"This time, he did not return and I got worried."

With the help of a friend, Vijayakumaran searched places his father frequented but could not find him.

Vijayakumaran only learnt about his father's whereabouts on Wednesday night when his sister called him. "She called me, saying our father was sentenced in court. She read about the case in The Malay Mail. I immediately rushed to the Dang Wangi police station.

"They then gave me the Sungai Buloh prison's number. I might visit my father tomorrow (today)."

Vijayakumaran, who is the sole breadwinner earning RM1,100 a month, said his father had never been jailed before.

"Times were bad towards the end of the month when we only have a meal a day. I have also borrowed from my boss. I already owe him RM2,000 but that does not mean stealing for food is the answer."

Last Wednesday morning, Arokiasamy, who was hardly able to walk as he suffers from diabetes, high blood pressure and poor eyesight, pleaded guilty to charge of stealing food and soft drinks.

He was nabbed last Tuesday outside The Store supermarket in Pudu Plaza after a staff saw the former putting 15 cans of food and drink packets into a plastic bag and leaving the premises.

When a security officer demanded he pay for the items, amounting to RM99.22, at the exit, the latter said he did not have the money.

During his trial, Arokiasamy, who was unrepresented, pleaded for a lighter sentence citing his age. "I won't do it again, I have a grandchild and I'm poor."

http://www.mmail.com.my/content/49930-we-didnt-know-he-was-jail-until-we-read-malay-mail

20 lagi pusat Karaoke baru di Terengganu Darul Iman

MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru
KUALA TERENGGANU 22 Sep 2010 : Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata sehingga kini pihaknya telah meluluskan operasi tujuh pusat karaoke di bandar ini.

"Untuk permohonan baru, tiada masalah untuk kita luluskan sekiranya permohonan dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya. Adzlan berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah pusat karaoke itu tidak terletak dalam kawasan perumahan, tempat ibadat dan sekolah.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan dari sekarang, MBKT akan mengadakan operasi untuk memastikan pusat karaoke sedia ada mematuhi syarat lesen termasuk menghentikan operasi bagi menghormati waktu solat. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_berita/20100922162452&sec=mstar_berita

PENAGIH DADAH TERENGGANU DARUL IMAN MENINGKAT 1,366.67%

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Tiada lagi kalimah Allah pada logo PDRM ?

Tiada lagi kalimah Allah dan Muhammad pada Logo PDRM ? Betul ke ? Mengapa ? Kenapa ? Angkara siapa ? Boleh percaya ke ? Di mana ? Bila ? Tengok gambar dan baca sendiri pada pautan berikut http://mahaguru58.blogspot.com/2010/09/pdrm-kenapa-kalimah-allah-muhammad.html

Menteri Besar NS, Giliran Kuala Pilah ?

Dari Blog Aspan Alias
Posting saya sebelum ini, yang mengisahkan bekalan air yang terputus setiap hari lebaran dikampong mendapat reaksi yang sangat besar dari pembaca khususnya bagi mereka yang tinggal atau berasal dari mukim dan kariah yang sama dengan saya.

Sebenarnya saya terpaksa menulisnya secara terbuka kerana kesiankan orang kampong saya dan kampong-kampong sekitarnya telah merasakan kepayahan dan keresahan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kelalaian pihak yang berwajib untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Pemimpin-pemimpin politik tempatan khususnya W/Rakyat yang merupakan ‘Law Makers’ diDewan Undangan Negeri sepatutnya memberikan fokus terhadap isu kemudahan asas untuk rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menghadapi masalah air yang merupakan asas seseorang itu untuk hidup.

Mereka sebagai W/Rakyat sepatutnya membuat pemantauan terhadap isu sensitif ini dan mempastikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pelaksana (pegawai kerajaan) ini disempurnakan sebagaimana yang telah didasarkan oleh pihak penggubal dasar diNegeri Sembilan.

Itulah sebabnya semasa saya berada dalam barisan pimpinan UMNO diKuala Pilah dahulu saya selalu memberikan pandangan kepada pemimpin-pemimpin ditempat saya supaya mencari pemimpin yang bersedia untuk memberikan tumpuan khusus untuk orang ramai dari memberikan tumpuan kepada bermain politik siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Oleh kerana terlalu ramai yang hendak menjadi pemimpin maka berlakulah budaya mengampu dan diampu dikalangan pimpinan dikawasan ini. Setengah yang tidak ada kepimpinan mengampu kepimpinan peringkat negeri dan mulalah pemainan politik wang yang tidak dapat dikawal sehingga kehari ini.

Menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian dalam tahun pemilihan mampu mengumpul wang sogokkan dari pihak yang tidak ada kepimpinan yang ingin menjadi pemimpin yang tidak ‘legitimate’. Sekarang ini menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian boleh menambah pendapatan dengan lumayan.

Akhirnya yang timbul itu hanyalah sampah sarap dan yang baik itu tenggelam dan hanyut debawa arus rasuah yang sangat ganas kemuara. Yang akhirnya sengsara adalah rakyat marhin dikampong-kampong seperti apa yang dihadapi oleh kampong-kampong yang saya tulis dalam posting yang lepas.

Ismail Lasim adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang menjadi Ketua kerana budaya mengampu dan permainan politik wang yang keterlaluan. Ismail merupakan seorang yang hanya bergayut kepada pemimpin perhubungan. Siapa yang menjadi pemimpin perhubungan itulah ketua dan akan taat kepadanya asalkan sahaja beliau diberikan perlindungan politik peribadi beliau.

Apabila Ketua Perhubungan itu bertukar maka bertukarlah ketaat setiaannya kepada yang baru. Beliau disenangi oleh Mohammad dan itu yang penting bagi beliau. Kesejahteraan rakyat tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah kemakmuran politik beliau secara peribadi.

Tetapi apa yang diharapkan oleh Mohammad tidak mampu dipertahankan oleh Ismail. Apabila Mohammad dibelasah oleh pimpinan bahagian-bahagian yang lain diNS Ismail Lasim membisu kerana beliau memang terkenal dengan permainan politik ‘play-safe’. Ismail tidak berani menegaskan pendirian apabila sampai keperingkat ini.

Rupa-rupanya Ismail mempunyai agenda sendiri; iaitu untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan mentornya Mohammad Hasan. Ismail menggunakan bekas pemimpin Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan ‘connection’ bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar yang merupakan matlamatnya yang ‘ultimate’.

Selepas ini kita akan dapat saksikan siapa yang main dan siapa yang kena mainkan. Ismail merupakan pilihan bagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Mohammad Hasan. Sesiapa sahaja boleh menafikannya tetapi hakikat tetap hakikat.

Bagi Ismail beliau merasakan beliau telah dapat mengawal kepimpinan diKuala Pilah kerana beliau telah berjaya mengenengahkan pemimpin-pemimpin yang lesu yang akan hanya mengangguk dan mengiyakan segala kehendaknya. Diantara pemimpinan tempelan Ismail termasuklah Razi (ADUN Juasseh) Adnan Abu Hasan (Pilah) serta Abdul Samad (S Menanti).

Dalam pada Ismail berusaha untuk mendapatkan jawatan MB itu saya diberitahu yang Samad Ibrahim (S Menanti) pulak yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan tahun hadapan dan beliau pula mengambil giliran untuk duduk rapat dicelah ketiak Mohammad Hasan.

Ismail Lasim nampaknya menggunakan TS Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan ‘connection’ dengan DS Najib dan juga mendapat dokongan Rais Yatim untuk tujuan untuk menjadi Menteri Besar. Saya dihujani dengan kedatangan kawan-kawan dari tempat saya memberi tahu cerita-cerita yang sangat ‘interesting’’ ini.

Ismail selain dari minatnya sendiri untuk menjadi MB ini, beliau nampaknya menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin NS yang ada dipusat untuk melakukan tekanan terhadap Mohammad Hasan dan Ismail bersedia untuk dipergunakan oleh kumpulan ini. Yang penting beliau mesti menjadi MB.

Seandainya Mohammad Hasan berjaya mengekalkan tempat beliau maka Ismail akan tinggal kesaorangan kerana Rais dan yang lain akan menukar kesetiaannya kepada Mohammad secara ‘instantaneous’.

Kalau kita melakukan kajian terperinci, maka munasabahkah pemimpin-pemimpin ini duduk berbaik-baik untuk berkhidmat kepada rakyat untuk mempastikan keperluan rakyat disediakan?

Mohammad dalam pada itu telah ‘membeli’ beberapa orang diKuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Bahagian-bahagian yang lain untuk memecahkan kekuatan musush-musuh yang ada dalam selimut beliau.

Beliau telah berjaya melemahkan ‘base’ Rais diJelebu dengan konspirasi beliau dengan Yunus Rahmat sehinggakan Rais hanya menang dengan 11 undi dalam pemilihan bahagian Jelebu apabila beliau ditentang oleh anak muridnya sendiri Yunus Rahmat.

Kali ini Samad Ibrahim akan menjadi ‘conduit’ beliau diKuala Pilah dan seorang yang benama Salim diJempol untuk melemahkan Lilah Yasin. Masing-masing memperalatkan dan diperalatkan dalam permainan poitik yang sangat getir diNS.

Siapa yang menjadi ‘sikitol’ dan siapa yang di’kitolkan’ sudah mula jelas dilihat dan ini merupakan permainan yang sangat merbahaya bagi kepentingan UMNO dinegeri yang beradat ini.

Dalam pada itu PR sedang menembusi banyak kubu UMNO kerana UMNO bergolak terlalu jelas. Jika pihak PR mampu untuk menunjukkan siapa yang akan menjadi MB yang ‘viable’ maka kemungkinan barisan ‘alternative’ itu akan berjaya menubuhkan kerajaan diNS adalah cerah.

Permainan ‘cah keting’ diKuala Pilah dan NS amat merbahaya ditambah pula dengan ketidak mampuan W/Rakyat pada hari ini berkhidmat kepada rakyat dan berani menentukan pendirian tegas dalam isu kepimpinan ini akan membawa kecelakaan kepada UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO giat membunuh politik mereka sesama meraka ibarat sel-sel kanser yang membunuh diantara satu dengan yang lain yang menyebabkan kanser yang ‘malignant’ yang akhirnya mematikan tubuh UMNO itu sendiri.

Saya amat dibenci oleh ramai pemimpin yang bermain politk secara ini semasa saya bergiat dahulu. Sekarang saya telah berjaya membuktikan apa yang saya katakan itu sudah menjadi kenyataan.

Baru sekarang mereka sedar (jika telah sedar) bahawa politik menggunakan wang itu tidak akan kekal kekuatannya.

Selepas ini kita mungkin dapat melihat apa yang berlaku dikawasan-kawasan lain diNS. Yang kita lihat sekarang ini hanya 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.

Persoalannya sekarang, mampukah Ismail mengambil alih jawtan yang dipegang oleh Mohammad Hasan, sedangkan beliau sendiri sudah mengalami sokongan yang begitu merosot diKuala Pilah? Mampu kah Ismail melakukan ‘kona baring’ dan meninggalkan Mohammad?

Sama-sama kita lihat. It’s going to be an interesting political affair in NS. Bet you. Kalau saya boleh bertanya kepada Mohammad; ingat ke tidak saya pernah memberitahu beliau yang Ismail bukan orang yang mempunyi ‘ allegiance’ terhadap sesiapa kecuali pada dirinya sendiri?

Tidak payahlah jawab; jawab kepada diri saudara sendiri. Itu sudah mencukupi.

Sumber : http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/09/menteri-besar-ns-giliran-kuala-pilah.html