CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

10/31/10

Bala, bala, sungai boleh hilang di Sarawak


Dari Blog Singalautmetro.
SUNGAI BALUI DI BELAGA, SARAWAK HILANG!! SUNGAI Balui di Belaga, Sarawak yang sejak sekian lama menjadi nadi pengangkutan utama 300 penduduk rumah panjang kaum Kayan, dilaporkan 'hilang' sebaik sahaja projek Stesyen Hidro Bakun memulakan kerja pengepaman airnya beberapa minggu lalu.

Sungai Balui telah kering kontang bak gurun Sahara (Wan Luhan)

Sungai itu kering kontang menyebabkan alat utama pengangkutan air seperti bot tidak lagi berfungsi. Akibatnya, penduduk berdepan kesukaran untuk menghantar anak ke sekolah, berurusan di bandar dan membeli belah di Bazar Belaga.

Sudahlah kemudahan jalan raya tiada, kini penduduk terbabit tertekan dan terpaksa membayar harga mahal dengan mendapatkan khidmat kenderaan sewa menggunakan laluan lori balak yang mengenakan caj sebanyak RM70 seorang bagi perjalanan sejauh 30 kilometer!

Kasihanilah mereka. Penduduk terbabit adalah warganegara Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu. Inikah manisnya kemerdekaan yang dapat mereka kunyah? Aduhhhh. (Ehsan Wan Luhan -SUD)

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/sungai-balui-di-belaga-sarawak-hilang.html

10/29/10

Bekas komando tuntut hak


Sinar Harian 29 Okt 2010

TANGGA BATU - Bekas Komando Angkatan Tentera yang pernah berjuang ketika zaman menentang pengganas komunis era 70-an menuntut kerajaan memberikan hak sama rata bagi Elaun Hilang Upaya anggota yang mengalami kecacatan kekal sewaktu mereka berkhidmat dahulu.

Koperal (B) Yaacob Hassan, 58, mendakwa, ketika ini kerajaan hanya menyediakan Skim Bayaran Pampasan Bencana Kerja (Ex-Gratia) bagi anggota tentera yang mengalami kecederaan bermula pada 2001 hingga sekarang.

Sedangkan menurutnya, anggota tentera sezaman dengannya hanya diberikan sedikit pampasan dianggap tidak setimpal berbanding zaman kini yang diberikan pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan.

Yaacob yang kehilangan pergelangan tangan kanan dan mengalami kecacatan tangan kiri akibat jerangkap samar ketika menyertai operasi mempertahankan negara daripada ancaman komunis pada 1976 di Gubir, Kedah mendakwa, hanya diberikan pampasan RM2,000 atas kecederaannya itu.

Menurutnya, ketika itu dia berumur 25 tahun dan terpaksa menerima hakikat menjalani kehidupan sebagai orang kurang upaya (OKU) seumur hidup.

“Umum sedia maklum, pada 2001 ke atas tiada lagi ancaman komunis. Bagi anggota yang menerima skim pencen bawah RM720 naik ke RM720.

“Tetapi, bagi yang sudah mencecah RM720 tidak merasa naik lagi. Begitu juga kadar elaun kecacatan kekal yang dibayar tidak sama rata antara kami. Tangan saya kudung dapat RM500 tetapi ada dalam kalangan rakan seperjuangan yang kudung kaki dapat RM150 sahaja,” katanya ketika meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di rumahnya di Kampung Tanah Merah Jaya, semalam.

Yaacob berkata, golongan sepertinya berjuang melawan komunis tetapi jasa dan pengorbanannya bagaikan tidak dihargai.

“Apa salahnya jika kerajaan samakan bayaran kami semua dan serapkan dalam pencen. Saya dah jumpa pelbagai pihak untuk menyuarakan masalah ini tetapi malangnya masih tidak berhasil walaupun saya sudah perjuangkan perkara ini sejak 1978 lagi.

“Bukan saya sahaja yang tertunggu-tunggu perkara ini, bahkan hampir 200 bekas tentera seperti saya yang menjadi OKU kerana berperang dengan komunis menunggu tindakan kerajaan," katanya.

Menurutnya, golongan tentera kini dilayan istimewa oleh kerajaan apabila disediakan dengan pelbagai kemudahan dan insurans berkelompok serta pelbagai skim berbanding zaman dahulu.

“Bagi yang cedera atau terkorban ketika berkhidmat di luar negara, mereka dibayar dengan puluhan ribu ringgit.

“Kami pula diberikan sedikit sumbangan, kadang-kadang RM200 dan kadang-kadang RM500 ketika menghimpunkan kami sewaktu menyambut Hari Pahlawan, Hari Kemerdekaan ataupun hari raya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8343377.asp

Pekerja kilang derita bau busuk longkang


Sinar Harian 29 Okt 2010

BANDARAYA MELAKA – Terpaksa menahan bau busuk hampir dua bulan dan diancam Aedes membuatkan ramai pekerja kilang di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Taman Merdeka berasa tidak selesa.

Puncanya kerana tiada kerja penyelenggaraan kebersihan dilakukan sehingga menyebabkan longkang tersumbat dan sisa kumbahan dari kilang memproses makanan tidak dapat mengalir dengan lancar.

Apatah lagi tiada kerja pembersihan dilakukan di lorong berkenaan sehingga tumbuh rumput dan kangkung liar memburukkan lagi keadaan.

Neo Hock Heng, 56, berkata, dia sering datang ke kilang anaknya yang beroperasi di situ dan sememangnya berasa tidak selesa.

“Apabila datang sini sahaja, saya susah nak bernafas. Bau busuk, lalat dan nyamuk membuatkan saya bersama pekerja rasa rimas.

“Aduan sudah dibuat kepada pemaju tetapi sampai sekarang tiada tindakan. Pihak yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pun tidak datang,” katanya.

Sementara itu, pekerja kilang, Joseph Tan, 34, berkata, mereka sering melakukan kerja pemunggahan barang sekitar waktu petang.

“Jadi kami memang menjadi mangsa digigit nyamuk. Memang takutlah jika terkena demam denggi.

“Saya sudah membuat aduan kepada pemaju tetapi diberitahu, bidang kuasa pembersihan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong pula berkata, keadaan seperti itu sepatutnya tidak lagi berlaku selepas Melaka diiktiraf negeri maju.

“Sebagai negara maju, kebersihan menjadi aspek penting. Saya berharap keadaan ini segera diatasi. Walaupun pada mata kasar perkara ini dilihat ringan tetapi keadaan ini sudah berlaku sejak dua bulan.

“Mereka yang beroperasi di sini terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti demam denggi,” katanya.

Sementara itu, di Cheng, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Kamarudin Md Shah berkata, tiada penyelenggaraan kebersihan di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Taman Merdeka sehingga mengundang bahaya kepada orang ramai sekitar diatasi segera.

Menurutnya, pihaknya sudah melantik kontraktor pembersihan minggu lalu.

“Kawasan berkenaan mempunyai dua kontraktor pembersihan iaitu di fasa pertama dan kedua, membabitkan 150 unit kilang.

“Bahagian IKS yang sudah lama beroperasi sememangnya diselenggarakan dengan baik dan kawasan bersih,” katanya.

Bagaimanapun, Kamarudin berkata, IKS yang terlibat dengan permasalahan longkang tersumbat itu adalah IKS yang baru siap dibina.

“Tetapi sebenarnya kerja pembersihan giat dijalankan. Kami juga akan mengambil tindakan terhadap sebuah kilang memproses makanan di kawasan berkenaan yang menyebabkan air bertakung akibat sisa kumbahan mengalir tidak lancar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8343364.asp

Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina?




Menggemparkan dan menyedihkan. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapa BC Lim ini? Taukeh Cina ke ? Cina DAP ke ? Juga tanah MAIM telah dijual ke Universiti Terbuka Malaysia. Paling pelik sebuah rumah jenis kekal telah dibina atas Tanah BaitulMal tanpa kebenaran MAIM.

Apa nak jadi Melaka ni ? Negeri Maju tapi tanah dan bangunan MAIM dah terjual, dijual, diceroboh ? Apa tunggu lagi , buatlah laporan polis dan SPRM.

Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my/

MENANG SORAK ! KAMPUNG TERGADAI !

MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU !

Sarawak dilanda Malapetaka di Sungai Rajang

Oleh Dr Jeniri Amir - Berita Harian 29 Okt 2010 - Malapetaka Sungai Rajang mula dirasai. TIGA kejadian membabitkan sungai di Sarawak menjadi tajuk berita sejak kebelakangan ini. Pertama, kemalangan membabitkan bot ekspres yang mengorbankan nyawa di Sungai Anap, Tatau. Kedua, air di Sungai Rajang yang semakin surut.

Ketiga, usaha kerajaan negeri di bawah pelan induk untuk membersihkan semua sungai dan cabangnya bermula dengan Sungai Sarawak.

Sungai menjadi nadi kegiatan ekonomi, sistem pengangkutan dan kehidupan sebahagian besar daripada 2.5 juta penduduk Sarawak, terutama mereka di sepanjang Sungai Rajang, Sungai Baram, Batang Sadong, Batang Tatau, Batang Lupar dan Sungai Limbang.

Sarawak mempunyai 55 batang sungai. Jika sungai mati, maka segala kehidupan dan kegiatan mereka akan turut mati. Sungai mempunyai peranan signifikan dan kesan besar dalam kehidupan seharian mereka. Sungai bukan saja perlu dipelihara tetapi dilindungi daripada segala kegiatan yang mengancam hayatnya.

Jika sungai sudah tercemar dan mati, ia tentu merugikan manusia dan mendatangkan malapetaka yang tidak sukar dibayangkan. Tidak ada gunanya menyesal apabila nasi sudah menjadi bubur.

Jadi, sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa kita. Usaha menyelamatkan sungai daripada pencemaran bukan saja memakan masa dan tenaga, tetapi memerlukan peruntukan besar.

Sebenarnya, semua itu tidak perlu jika kita sensitif dan prihatin terhadap sungai dan tidak mengambil ringan dengan membuang segala sampah ke dalamnya sehingga mencekik dan mematikan sungai.

Tidakkah kita berasa berdosa dan kesal melihat sungai yang mengalir lancar dan begitu bersih suatu ketika dulu, kini tidak lagi bergerak, berbau busuk dan dipenuhi sampah dan keladak?

Jadi, apabila Sungai Rajang dicemar oleh sampah sarap dan balak dua minggu lalu, tidak hairan ramai yang memperlihatkan keprihatinan mereka. Sungai Rajang perlu segera diselamatkan dan dibersihkan daripada sebarang ancaman angkara perbuatan manusia yang rakus dan tidak mempedulikan alam sekitar.

Kini, kita wajar berasa risau dengan kejadian yang menimpa Sungai Rajang. Sungai Rajang yang menarik perhatian ramai baru-baru ini kerana fenomena balak dan sampah sepanjang 50 kilometer sehingga menggemparkan penduduk di sepanjang sungai terbabit, kini berdepan dengan ancaman lain yang tidak kurang risikonya.

Kerajaan memang sedar peranan sungai berkenaan sebagai laluan kapal dan bot. Pada 2002 misalnya, kerajaan Pusat menyumbang peruntukan RM4 juta bagi tujuan khas untuk melaksanakan Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Batang Rajang. Program itu bertujuan untuk membantu memastikan setiap aktiviti pembangunan dilaksanakan di kawasan Lembangan Batang Rajang, termasuk Projek Bakun, tidak menjejaskan kualiti air, serta kegunaan berfaedah Batang Rajang.

Sungai Rajang semakin kering. Air semakin susut dan akibatnya, penduduk di Sibu, Kanowit, Song, Kapit dan Belaga dicengkam kebimbangan yang bukan kepalang. Ini berita buruk kepada mereka yang sekian lama bergantung kepada sungai sebagai nadi kehidupan dan pengangkutan.

Malah, sungai berkenaan menjadi mangkin kehidupan sejak zaman-berzaman lagi. Bayangkan tanpa jalan raya, bagaimanakah penduduk dari kawasan terbabit dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan juga pergi ke Sibu?

Apakah yang menjadi sebab air semakin kering? Adakah kerana langkah menakung air di Empangan Bakun setinggi 205 meter? Hakikatnya, satu pertiga daripada sumber air yang mengalir ke dalam Sungai Rajang dinafikan dengan langkah penakungan air berkenaan.

Puncanya bukan kerana ketiadaan hujan kerana sebelum itu pun hujan tidak pernah turun untuk beberapa hari tetapi tidaklah seperti sekarang. Kali ini air cepat susut di dalam sungai sehingga mendedahkan tebing dan segala kemudahan prasarana berkaitan dengan sistem pengangkutan.

Kerisauan penduduk di sepanjang sungai berkenaan memang beralasan kukuh. Penduduk dari Kanowit mungkin tidak begitu risau kerana mereka dihubungkan dengan jalan raya ke Sibu, tetapi bagaimana dengan mereka di Song, Kapit, Belaga dan kawasan sekitarnya?

Sungai Rajang satu-satunya sistem pengangkutan yang memungkinkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jika sungai itu sudah kering kontang, ini satu malapetaka yang pasti mendatangkan kesulitan yang luar biasa kepada petani, penangkap ikan, pembalak, pengendali bot dan sebagainya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalapetakaSungaiRajangmuladirasai/Article

10/28/10

Laporan Ketua Audit Negara, Pakatan Rakyat Melaka kena agresif

Banyak kelemahan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Melaka tahun 2009. Ianya merangkumi Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Kerja Raya Negeri , Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Agama Islam Melaka, Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd. dan Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd.

Pakatan Rakyat di Melaka terutamanya PAS dan PKR perlu hadam isi kandungan Laporan Ketua Audit Negara ini dan desak kerajaan negeri beri penjelasan serta tindakan susulan untuk mengatasinya. Kalau perlu buat laporan SPRM dan laporan polis, silakan.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
NEGERI MELAKA TAHUN 2009

BAHAGIAN I - AKTIVITI JABATAN/AGENSI


1. Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Kerja Raya Negeri – Pengurusan Kenderaan Jabatan

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru. Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh yang sama telah membelanjakan sejumlah RM2.29 juta untuk perolehan 20 buah kenderaan baru. Secara keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan pembaziran wang awam. Kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kad inden minyak yang tidak dipantau sehingga menyebabkan berlakunya pengisian minyak dalam tempoh yang singkat. Kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi melebihi harga perolehan kenderaan antara 143% hingga 281% dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan. Selain itu berlakunya pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) sejumlah RM96,350 yang tidak digunakan. Pengurusan kenderaan di JKR adalah memuaskan kecuali kelewatan tindakan pelupusan bagi membolehkan penggantian kenderaan baru.


2. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah,

Jabatan Pengairan Dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar - Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar Projek mendalam dan melebar Sungai Batang Tampin, Mukim Pulau Sebang, Daerah Alor Gajah adalah merupakan projek yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penswastaan Negeri Melaka pada bulan April 2008. Projek bernilai RM12.75 juta ini telah diberikan kepada sebuah Syarikat untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun meliputi kawasan sungai sepanjang 13.35 kilometer dari Pengkalan ke Pulau Sebang. Sebagai balasan Syarikat dibenarkan mengambil pasir yang dikeluarkan selain perlu membina tebing, landskap dan penanda aras sungai. Secara keseluruhannya pengurusan projek ini adalah tidak memuaskan kerana mengakibatkan gangguan kestabilan tebing dan rejim sungai serta menjejaskan kualiti air sungai. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kelewatan penyediaan dokumen perjanjian, ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekitar mengenai syarat pengeluaran pasir oleh Syarikat dan kegagalan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengambil tindakan terhadap Syarikat kerana tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pengurusan dokumen perjanjian adalah tidak memuaskan kerana lewat disediakan sehingga Syarikat dibiarkan beroperasi selama lapan bulan tanpa perjanjian. Jabatan yang mewakili Kerajaan tidak dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian manakala spesifikasi projek tidak disediakan oleh Syarikat yang telah menjejaskan kelancaran projek. Syarat JPS mengenai penyediaan Kajian Hidraulik dan Hidrologi sebelum pasir sungai dikeluarkan juga tidak dipatuhi oleh Syarikat. Pelebaran sungai dan kecerunan tebing sungai telah melebihi keluasan yang ditetapkan oleh JPS.


3. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar

Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diswastakan kepada Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM) pada akhir bulan Disember 1998 dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan pembangunan yang pesat. Kawasan seluas 25.56 hektar di Mukim Krubong telah diperuntukkan bagi kerja pelupusan sampah di kawasan pentadbiran MBMB. Kontrak pelupusan sisa pepejal MBMB dengan SWM melibatkan kos sejumlah RM68.61 juta bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2009. Pada keseluruhannya pengurusan sisa pepejal bagi MBMB boleh dipertingkatkan tetapi pengurusan tapak sisa pepejal adalah tidak memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui ialah di peringkat pengurusan kutipan sisa pepejal, pengurusan tapak pelupusan dan penyediaan laporan yang tidak mengikut keperluan Jabatan Alam Sekitar. Jumlah tong sisa pepejal yang dibekalkan tidak menepati bilangan yang ditetapkan. Ketiadaan prosedur dan pemantauan oleh MBMB terhadap tapak pelupusan telah menyebabkan tapak ini tidak disediakan benteng dan longkang bagi menghalang air larutan resap dari keluar ke sungai berhampiran dan tiada proses rawatan air larutan resap dilakukan. Washing bay yang disediakan tidak digunakan dengan sebaiknya serta pengambusan tanah yang tidak secara menyeluruh telah menyebabkan pencemaran bau.


4. Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin – Pengurusan Pelesenan Premis Perniagaan, Penjaja, Pasar Malam Dan Gerai Majlis

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah meletakkan tanggungjawab pengurusan pelesenan perniagaan, penjaja, pasar malam dan gerai Majlis di bawah pentadbiran Jabatan Pelesenan dan Kesihatan manakala Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di bawah pentadbiran Jabatan Kawalan Perniagaan Dan Perkhidmatan Bandar. Bagi tahun 2006 hingga 2008 hasil lesen yang dikutip oleh MPAG sejumlah RM3.40 juta manakala MPJ pula RM1.82 juta. Peningkatan hasil lesen bagi MPAG dan MPJ setiap tahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 adalah kurang dari 8%. Secara keseluruhannya pengurusan lesen di kedua-dua Majlis adalah memuaskan. Antara kelemahan dalam pengurusan lesen ialah pelaksanaan tidak menyeluruh ke atas undang-undang kecil yang diwartakan, premis yang didirikan tidak mempunyai penyewa, premis beroperasi tanpa lesen dan kompaun yang dikeluarkan tidak diambil tindakan susulan. Di MPAG, pelesenan yang telah diwartakan sejak sembilan tahun lalu masih belum dikuatkuasakan lagi kerana tidak diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menjaga kepentingan orang awam. Sementara perubahan kadar lesen tanpa pewartaan memberi kesan kepada orang awam yang mana telah membayar lesen melebihi kadar yang boleh dikuatkuasakan. Di MPAG dan MPJ terdapat kes premis perniagaan tanpa penyewa sehingga terbiar kosong dan tidak diselenggarakan dalam tempoh yang lama. Di MPAG terdapat rumah tumpangan tidak berlesen disebabkan tidak mempunyai pelan bangunan yang sah. Rumah tumpangan yang beroperasi tanpa lesen boleh memberi kesan kepada penyewa sekiranya berlaku kemalangan di premis tersebut. Di MPJ, lombong pasir telah beroperasi sebelum pengeluaran lesen kerana tiada koordinasi oleh Pejabat Daerah Dan Tanah yang mengeluarkan permit bahan batuan. Sementara larangan menjual barangan haram seperti CD/VCD/DVD cetak rompak tidak dimasukkan dalam syarat pengeluaran lesen bagi tujuan penguatkuasaan.


5. Majlis Agama Islam Melaka – Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Melaka

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menetapkan objektif untuk memastikan semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak di atas nama MAIM selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002. Pada keseluruhannya pengurusan hartanah MAIM adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kerugian kepada MAIM dan kaedah pengurusan hartanah yang tidak teratur. Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM. Projek pembangunan secara usaha sama dengan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004. Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan Kompleks MAIM. Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan. Manakala, kos projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka telah ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal berjumlah RM1.80 juta. Pemantauan yang tidak berkala dan berterusan oleh pihak MAIM telah mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.


BAHAGIAN II – PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI


6. Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd.

Melaka International Trade Centre Sdn. Bhd. (MITC) adalah merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan modal berbayar sejumlah RM1 juta dan telah beroperasi mulai tahun 2003. Objektif MITC adalah untuk menyediakan tempat persidangan, konvensyen, tempat perniagaan dan pameran yang terbesar di Melaka. Aktiviti yang telah dijalankan di MITC adalah pameran pengguna, pusat pelancongan antarabangsa, persidangan raja-raja, pameran pelaburan antarabangsa, pusat seminar dan konvensyen. MITC mengalami kerugian bersih bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2007 dan 2008 manakala tahun 2009 MITC telah memperoleh keuntungan. Pada keseluruhannya, pengurusan MITC adalah kurang memuaskan. Antara kelemahannya ialah ketidakupayaan kewangan MITC dalam membuat pembayaran mengikut jadual sehingga menyebabkan pinjaman, pendahuluan dan sewa tertunggak dengan PKNM. Setakat Januari 2009, MITC hanya mampu menjelaskan hutang sejumlah RM0.17 juta kepada PKNM dan mempunyai baki RM6.99 juta lagi yang perlu dijelaskan. Walaupun MITC ipertanggungjawabkan untuk membuat kerja penyenggaraan kecil ke atas bangunan, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan yang serius. Sistem kamera litar tertutup tidak berfungsi kerana ia melibatkan kos yang tinggi kepada MITC. Pembayaran bonus dibuat walaupun MITC mengalami kerugian serta tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.


7. Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd.

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd. (PSHM) dimiliki oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka dengan pegangan saham berjumlah RM18.68 juta (70.5%). Objektif PSHM adalah untuk menawarkan semua jenis rawatan perubatan. PSHM memperoleh keuntungan bersih bagi tahun 2007 dan 2009 tetapi mengalami kerugian bersih pada tahun 2008. Pada keseluruhannya pengurusan aktiviti utama PSHM adalah kurang memuaskan. Antara kelemahannya ialah ketidakupayaan kewangan PSHM dalam membuat pembayaran sewaan bangunan mengikut jadual kepada Tabung Amanah Melaka. Jumlah tunggakan hutang bagi sewaan bangunan, wang pendahuluan dan bayaran penalti kepada Tabung Amanah Melaka sehingga Disember 2009 adalah berjumlah RM29.77 juta. Manakala sejumlah RM7.51 juta bayaran ansuran telah dibayar kepada TAM sehingga 30 Jun 2010. Sementara tunggakan hutang bil pesakit semakin meningkat, sehingga Disember 2009 berjumlah RM14.50 juta. PSHM menuntut bil pesakit yang dilindungi insurans daripada Syarikat Insurans melebihi amaun yang dilindungi. Pemberian diskaun ke atas bil pesakit pula tidak ditetapkan kadar. Pengurusan perolehan tidak mengikut proses tender dan sebut harga, bil lewat dijelaskan kepada pembekal dan wujud komisen pemungut hutang diragui. Dividen tidak pernah dicadangkan walaupun PSHM mendapat keuntungan dan pembayaran bonus dibuat untuk tahun 2008 berjumlah RM0.50 juta ketika PSHM mengalami kerugian. Bayaran bonus berjumlah RM0.80 juta bagi tahun 2009 telah dibayar sebelum akhir tahun walaupun penyata kewangan masih belum ditutup.

Tahniah Kepada Amirul Mukminin Malaysia

Ikuti dan hayati ucapan tahniah kepada Amirul Mukminin Malaysia pada pautan berikut http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2010/10/tahniah-kepada-dato-seri-perdana.html

Air berak cemar kampung Melayu di Melaka Maju, kawasan selamat


Air kumbahan resahkan penduduk . Utusan Malaysia. MELAKA 27 Okt. 2010 - Sepanjang dua tahun lalu, kira-kira 500 penduduk sekitar Kampung Limbongan di sini terpaksa menahan sabar akibat menghirup udara tercemar bau busuk saban hari di kawasan mereka.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Semua ini adalah gara-gara masalah saliran air kumbahan yang menimbulkan keresahan penduduk sekali gus mengakibatkan penduduk berdepan situasi tidak selesa terutama selepas waktu hujan.

Lebih memburukkan keadaan, air kumbahan pada saluran longkang di situ bertukar warna hitam pekat dan mengeluarkan bau yang busuk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbongan, Kamarudin Jaafar berkata, masalah itu berpunca daripada sistem saliran keluar longkang kampung di situ yang dipercayai telah tersekat ekoran projek tambak laut di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, keadaan tersebut mengakibatkan air kumbahan tidak dapat mengalir dengan lancar dan masalah menjadi serius apabila saliran yang terdapat di kawasan tambak laut tidak lurus.

Katanya, penduduk kampung sudah berjumpa dengan pihak kontraktor yang terlibat bagi mengemukakan masalah yang dihadapi.

''Susulan itu, pihak kontraktor terbabit mengambil tindakan segera mengorek saluran longkang di kawasan tambak laut bagaimanapun, masalah berkenaan masih tidak dapat diatasi.

''Akibat daripada masalah saliran kumbahan ini, penduduk sekali lagi terpaksa menahan situasi sama," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Kamarudin, keadaan bertambah buruk apabila air kumbahan dari beberapa kawasan bermula dari Kampung Pokok Mangga turut disalirkan ke laut berhampiran.

''Keadaan ini bertambah teruk dan mengakibatkan penduduk berasa tidak selesa serta sesetengah penduduk memilih untuk berkurung di dalam rumah akibat tidak tahan bau busuk.

''Lebih membimbangkan lagi apabila penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan kita tidak mahu menunggu ada yang jatuh sakit akibat pencemaran udara yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Kamarudin merayu kepada mana-mana pihak yang terlibat agar dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Lim Eng Teck ketika ditemui berkata, aduan mengenai masalah berkenaan sudah dua kali dikemukakan kepada pihak kontraktor dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurutnya, aduan pertama dibuat sebelum tiga bulan lalu mengenai masalah air kumbahan pada longkang kampung berkenaan sepanjang hampir dua kilometer yang tersekat.

''Masalah timbul semula apabila kerap berlaku hujan yang mengakibatkan saliran longkang sementara dibina terkambus semula.

''Kini air kumbahan yang mengalir menerusi longkang di Kampung Limbongan tidak dapat mengalir keluar mengakibatkan sampah sarap turut tersekat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pihak bertanggungjawab memajukan kawasan tambak laut sekitar Limbongan agar membuat saluran longkang bagi saliran keluar kumbahan secara kekal dan lebih sempurna.

Katanya, tindakan membina longkang kekal yang dicadangkan itu tidak perlu ditunggu lebih lama lagi sehingga projek siap kerana penduduk tidak sanggup lagi berdepan masalah berterusan.

Menurut Eng Teck, pihak kontraktor perlu mengambil kira kepentingan dan keselesaan penduduk kerana selama ini, penduduk tidak pernah menghalang segala pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.

''Beberapa sesi dialog bersama JPS sudah dijalankan dan kami menunggu pihak kontraktor terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin keselesaan penduduk," katanya.

Menurutnya, kajian paras air laut perlu dilakukan kerana sekiranya berlaku ketinggian antara paras air laut dan saliran air longkang, satu rumah pam perlu dibina supaya mampu mengawal aliran air kumbahan ke laut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Seremban ada banyak bangunan hantu, apa tindakan semua

Seremban adalah tempat yang baik untuk tinggal atau persaraan tapi bukan tempat yang baik untuk pelaburan. Nilai hartanah serta harga sewa rumah di Seremban ini tidak banyak naik sejak bertahun-tahun yang lalu. RM 300 masih boleh dapat sewa rumah teres di sini. Tidak hairanlah banyak kawasan komersial dan perumahan yang tidak berpenghuni di sekitar Seremban, Senawang dan Nilai.

Kerajaan negeri harus melakukan sesuatu untuk memulihkan fenomena bangunan hantu, rumah hantu dan kedai hantu di negeri ini. Tidak hairanlah hasil kutipan kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2009 menurun ke RM 247.79 Juta berbanding RM 260.70 Juta yang dikutip pada tahun 2008.

Tengok sahaja bayaran letak kereta. Kalau di Seremban hari Ahad bayaran letak kereta di tepi jalan adalah percuma, sedangkan di Melaka hari Ahad tetap dikenakan bayaran letak kereta. Ini menunjukkan Seremban dan beberapa kawasan lain di negeri ini bukanlah destinasi hujung minggu atau destinasi pelancongan.

Apa ke tidaknya, kalau dilihat Laporan Ketua Audit Negara 2009 perbelanjaan untuk pelancongan telah menurun kepada RM 1.94 Juta berbanding RM 4.45 Juta pada tahun 2008.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 telah pun keluar. Adakah semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini , tak kiralah UMNO ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke baca setiap lebaran Laporan Ketua Audit Negara ni ?

Takkan nak suruh rakyat yang bukan dibayar elaun dan gaji untuk menjaga hal ehwal negeri ini untuk membaca setiap lebaran laporan tersebut dan memberi komen ? Apa guna jadi Menteri Besar, EXCO, Wakil Rakyat kalau tak baca dan beri komen terhadap laporan Ketua Audit Negara tersebut ? Jangan baca yang positif je, baca yang negatif juga untuk diperbaiki.

Kalau tak , akan bertambahlah bangunan hantu, rumah hantu, kedai hantu di negeri ini macam laporan akhbar di bawah ini.

Saya nak tanya juga, wakil rakyat negeri lain dan ahli parlimen , baca tak setiap lebaran laporan Ketua Audit Negara, atau baca dari akhbar sahaja ? Atau sedang sibuk berpolitik, berceramah pilihanraya dan merebut jawatan dalam parti ?

****************
Bangunan 'hantu' jadi sarang penjenayah

Utusan Malaysia 28 Okt 2010

SEREMBAN 27 Okt. - Penduduk yang mendiami kawasan perumahan di Seremban Jaya, dekat sini sudah bosan dengan kewujudan bangunan 'hantu' yang ditinggalkan sepi.

Sudahlah tidak berpenghuni, kotor, busuk dan kini menjadi tempat longgokan sampah serta kediaman bagi 'orang yang tidak dikenali' serta paling membimbangkan menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes dan markas jenayah.

Senario itu adalah hakikat yang terpaksa dihadapi penduduk terutamanya di Jalan SJ 8/1, Seremban Jaya dekat sini apabila bangunan kedai yang ditinggalkan sepi telah mendatangkan banyak masalah kepada mereka.

Salah seorang penduduk, Adnan Abu Bakar, 39, berkata, mereka sudah bosan dengan keadaan itu dan tidak sanggup lagi menghadapinya.

"Hampir tiga tahun saya tinggal di sini dan berjiran dengan bangunan tinggal itu. Saya tidak tahu, siapa yang sepatutnya membersihkan bangunan dan kawasan berkenaan.

"Pihak berkuasa pula, buatlah sesuatu. Kalau pun itu bangunan persendirian, apa pula kisahnya di kawasan sekitar yang kotor dan terbiar itu," katanya di sini, hari ini.

Adnan berkata, derita rakyat di kawasan berhampiran bangunan 'hantu' itu perlu juga diberi perhatian dan kerajaan negeri perlu mendesak pemilik bangunan berkenaan melakukan pembaikan atau apa sahaja yang tidak mencacatkan pemandangan.

"Tengoklah, bangunan habis rosak, sampah sarap bertaburan. Tilam buruk pun ada. Kerusi lama dibuang di situ. Apa cerita ini?

"Itu tidak kira tong, botol atau apa sahaja yang boleh menakungkan air. Kami di sini bimbang diancam nyamuk aedes. Cuba tengok kawasan ini juga boleh menjadi sarang jenayah pada bila-bila masa," katanya.

Sementara itu, Masri Nazir, 38, berkata, bangunan tinggal itu yang tidak diselenggara boleh mendatang banyak masalah kepada penduduk.

Masri memberitahu, kawasan yang dilihat 'selamat' kepada penjenayah itu sebenarnya tidak membawa keselamatan kepada penduduk, apatah lagi dibimbangi ia menjadi markas melakukan aktiviti jenayah.

"Kadang kala dengan kawasan yang begitu sunyi, gelap dan terpencil itu, ia boleh bertindak apa sahaja. Saya berharap, bukan sahaja pihak berkuasa tempatan, tetapi polis juga disaran memantau keadaan di sini dengan lebih kerap," katanya.

Apa yang mengecewakan, Masri mendakwa, kadang kala terdapat golongan belia yang melepak di situ dan menganggap ia sebagai 'zon selamat' kerana tiada pemantauan pihak berkuasa.

Sementara itu, seorang pengadu yang ditemui Utusan Malaysia berkata, sikap orang ramai yang gemar membuang sampah di kawasan bangunan tinggal itu juga amat dikesali.

"Kalau saya bawa kereta di bangunan tinggal itu, hati sentiasa bimbang kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Manalah tahu, di celah bangunan itu, tiba-tiba keluar orang datang menyerang.

"Kadang kala nak tegur pun salah, takut mereka menjadi marah, jadi kita buat tak tahu sahaja," katanya yang bekerja sebagai mekanik di salah sebuah bangunan berhampiran bangunan tinggal itu.

Lebih unik lagi, bangunan 'hantu' itu sudah pun ditumbuhi pokok di celah simen yang mula meretak.

Dalam pada itu tinjauan Utusan Malaysia di kawasan bangunan 'hantu' di Seremban Jaya mendapati, terlalu banyak kotoran.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

10/27/10

Orang Asli makin derita di Johor, kawasan selamat UMNO


Masyarakat Orang Asli Kampung Sayong Pinang, dekat sini mendakwa hasil tangkapan semakin berkurangan akibat aktiviti mengorek pasir yang dilakukan di kuala Sungai Linggiu yang menjadi lokasi mereka mencari rezeki selama ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Utusan Malaysia

KOTA TINGGI 26 Okt. 2010 - Masyarakat Orang Asli Kampung Sayong Pinang, dekat sini mendakwa hasil tangkapan semakin berkurangan akibat aktiviti mengorek pasir yang dilakukan di kuala Sungai Linggiu yang menjadi lokasi mereka mencari rezeki selama ini.

Mereka mendakwa kerja mengorek pasir itu menyebabkan air sungai itu semakin keruh dan kotor sehingga menjejaskan periuk nasi mereka yang bergantung hidup kepada hidupan sungai sejak lebih 30 tahun lalu.

Ketua Pemudanya, Aris Adong, 37, mendakwa, sejak aktiviti itu dilakukan lebih setahun lalu hasil tangkapan mereka semakin terjejas, malah aktiviti itu turut menyebabkan tebing sungai terhakis.

"Akibat kerja mengorek pasir yang tidak terkawal itu, ikan dan hidupan lain semakin berkurangan selain turut merosakkan peralatan menangkap ikan kami," katanya yang ditemui Utusan Malaysia, di sini kelmarin.

Justeru, dia meminta pihak berkuasa memantau kegiatan tersebut supaya tidak menjejaskan hidupan sungai serta alam sekitar di kawasan berkenaan.

Rakannya, Nordin Isa, 40, pula terkilan dengan sikap pihak berkenaan yang tidak prihatin dan mengambil berat masalah nelayan di kawasan tersebut.

"Jika dulu kami boleh dapat tiga hingga lima kilogram udang galah, tapi kini ia agak sukar. Malah banyak peralatan kami rosak akibat daripada aktiviti yang dilakukan mereka," katanya.

Menurutnya, sebelum ini perbincangan pernah dilakukan antara wakil penduduk dengan pengusaha berkenaan tetapi aduan mereka tidak diendahkan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke perkampungan berkenaan mendapati, banyak peralatan nelayan seperti jaring, lukah, gombang atau pukat udang rosak.

Malah kelihatan banyak bot nelayan tersadai di tepi pangkalan dan tidak turun ke sungai kerana hasil tangkapan yang berkurangan selain sampah dan tong minyak dibuang ke dalam sungai.

Penduduk mendakwa terpaksa menangkap ikan ke kawasan lebih jauh berbanding sebelumnya kerana hasil ikan dan udang di persekitaran kuala Sungai Linggiu semakin berkurangan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

10/26/10

Pesara terima 8 saman , HAPUSKAN SAMAN EKOR

Pesara dakwa terima lapan saman trafik atas kesalahan kereta lain
KLANG, 26 Okt 2010 (Bernama) -- Seorang pesara mendakwa menerima lapan saman trafik atas kesalahan sebuah kenderaan lain yang mempunyai nombor pendaftaran sama dengan kereta Perodua Rusa miliknya sejak enam tahun lepas.

Chew Chor Beng, 64, dari Taman Klang Utama di sini berkata beliau mengetahui perkara itu apabila menerima tiga surat dari Trafik Bukit Aman pada 10 Ogos tahun lepas yang menyatakan beliau belum menjelaskan lapan saman Perodua Rusa miliknya yang menggunakan nombor plat BFG 377.

Beliau berkata saman-saman itu bertarikh 11 Jan 2004, 14 Mei 2009, 19 Mei 2009, 22 Mei 2009, 8 Jun 2009, 9 Jun 2009, 8 Julai 2009 dan 28 Julai 2009 bagi kesalahan di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam. "Saya tidak pernah disaman seperti tarikh yang tertera dalam surat itu. Saya juga telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Trafik Petaling Jaya untuk bertanyakan masalah itu.

"Selepas disemak ada kenderaan lain yang memakai nombor pendaftaran saya dan kenderaan itu didaftar atas nama kereta jenis Perodua Kancil," katanya semasa membuat aduan kepada Ketua MCA Bahagian Kapar Datuk Song Kee Chai di sini hari ini.

Chew berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 19 Ogos tahun lepas kerana bimbang kemungkinan nombor pendaftaran kenderaannya disalahguna oleh pihak lain untuk melakukan jenayah. "Sehingga kini saya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada mereka (polis) berhubung laporan polis yang saya buat dan surat-surat aduan yang telah saya hantar kepada mereka pada 3 Julai dan 1 Okt lepas," katanya.

Chew berkata selain saman trafik, beliau turut menerima tujuh kompaun dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi kesalahan meletak kereta tetapi MBPJ telah membatalkan kompaun terbabit selepas mendapati kereta yang terlibat ialah Kancil dan bukan Perodua Rusa miliknya.

Sementara itu, Song meminta kerjasama pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya mengenai perkara itu bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada orang lain.

"Kes seperti ini memang banyak berlaku...kita bimbang jika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nombor pendaftaran yang sama untuk melakukan jenayah atau berlaku kemalangan yang boleh menyusahkan pemilik kenderaan sebenar," katanya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar ketika dihubungi berkata pihaknya bersedia menemui Chew dan menyiasat aduan itu dengan lebih lanjut. "Chew boleh berjumpa saya. Kita akan siasat kesahihan kes itu sebelum membuat keputusan dan jika siasatan mendapati dakwaan beliau (Chew) benar, kami akan membatalkan saman itu tetapi jika sebaliknya, kami akan mengeluarkan saman maksimum," katanya. -- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=538432

Khir Toyo gesa kerajaan hapus Saman Ekor tertunggak

Utusan Malaysia 4 Oktober 2010

Saman ekor: Hapuskan saman tertunggak

ISU 'saman ekor' senyap seketika setelah berantakan begitu hebat beberapa bulan lalu. Surutnya kepanasan isu ini bukanlah bermakna ia telah selesai sepenuhnya. Ia hanya seperti api dalam sekam yang akan muncul lagi pada bulan Februari 2011 nanti. Ini berikutan tindakan kerajaan menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik sehingga Februari 2011.

Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

Difahamkan saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan jalan raya. Sebahagian besar saman ekor tertumpu kepada kenderaan yang melebihi had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguat kuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

Kita percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan mereka yang disaman.

Ramai yang marah kerana mereka tidak berupaya mempertahankan diri apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul saman atas kesalahan yang kononnya berlaku berbulan malah ada yang bertahun lalu. Ramai yang mempunyai saman tertunggak sehingga mencecah ribuan ringgit akibat saman terkumpul sejak bertahun-tahun yang lalu. Hasilnya mereka disenaraihitamkan secara tiba-tiba.

Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereka yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.

Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut.

Salah seorang pengunjung blog saya dikenakan saman ekor membabitkan motosikalnya. Apabila beliau meminta bukti bergambar didapati kesalahan tersebut dilakukan oleh sebuah lori yang menggunakan nombor plat motosikalnya. Apakah tiada sistem dalam penguat kuasa untuk menyiasat terlebih dahulu sama ada nombor plat tersebut selari dengan jenis kenderaan yang didaftarkan? Memanglah kes tersebut diselesaikan dengan baik, namun bayangkan kesulitan dan kesusahan mereka yang teraniaya ini memperuntukkan masa dan wang ringgit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh kerana pihak berkuasa mengambil masa yang begitu lama untuk menyerahkan saman ekor ini ia menyebabkan proses mempertahankan diri sukar dilakukan. Tiada siapa lagi dapat mengingat perkara yang berlaku berbulan atau bertahun lalu, apatah lagi untuk menyediakan bukti.

Untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti.

Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguat kuasa saman ekor mempunyai kerja yang senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.

Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin merayu agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak.

Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya.

Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata.

Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan.

Memang tidak dinafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan yang memandu terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat sehingga 50 km sejam lebih dari had laju yang ditetapkan.

Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan.

Kerajaan harus melakukan perubahan dan penstrukturan semula yang radikal dalam isu saman ekor ini. Perubahan ini harus dimulai dengan penghapusan saman ekor tertunggak, mewujudkan kaedah pelaksanaan saman ekor yang telus, penentuan jumlah kompaun yang lebih realistik dan kajian semula ke atas had laju di setiap jalan raya di negara ini.

Antara langkah yang perlu dilakukan ialah melupuskan semua saman ekor tertunggak sebelum ini yang gagal diserahkan kepada pesalah dalam masa lebih setahun. Ini sangat wajar kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini sehingga mereka yang disaman rasa teraniaya dan menjadi benci kepada kerajaan.

DR. MOHAMAD KHIR TOYO

Presiden Gabungan Rakyat Malaysia Prihatin (Malaysia Prihatin) dan ADUN Sungai Panjang, Selangor.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

370 Guru Pengajar Asing, Muhyiddin dikecam hebat

Ambil rakyat tempatan pantau tenaga pengajar asing, kata Page
Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Okt 2010 – Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah menerima reaksi bercampur-campur daripada pelbagai pihak.

Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) menyarankan rakyat tempatan seperti pesara, yang fasih berbahasa Inggeris, diambil sebagai “kumpulan pemantau” terhadap pelaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

“Kita bimbang mereka (tenaga pengajar asing) bukan datang untuk mengajar sebaliknya datang untuk bercuti dan sebagainya,” kata Presiden Page Noor Azimah Abdul Rahim, yang menyokong inisiatif itu.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah.

Bagaimanapun, tokoh sejarah Tan Sri Prof Dr Emeritius Khoo Kay Khim berpendapat langkah pengambilan tenaga pengajar asing kurang sesuai kerana dialek Bahasa Inggeris yang dituturkan mereka agak berbeza selain terpaksa berhadapan dengan pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Kita buat andaian bahawa mereka (tenaga asing) bertutur dalam telor (dialek) yang sama tetapi kalau kita pergi ke wilayah di negara mereka, dialek yang dituturkan amat berbeza.

“Selain itu, mereka berhadapan dengan pelajar pelbagai bangsa seperti Melayu dan Cina. Mereka mungkin tidak faham budaya tempatan seterusnya akan menyukarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.”

Khoo sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan mengambil orang tempatan seperti warga emas dan pesara kerajaaan yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris dengan baik kerana mereka lebih jelas dengan budaya di negara ini berbanding warga asing.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=538449

Harian Metro 25 Okt 2010
370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil mulai tahun depan

MELAKA: Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar itu selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk pelajar tahun satu sekolah rendah yang akan bermula tahun depan.

Lebih banyak Kelab Malam akan dibuka di Malaysia, TAKZIAH

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Malaysiakini
Okt 26, 10 3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.
- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan
- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

http://malaysiakini.com/news/146435

Tidak boleh bercium di Singapura, di Malaysia ?

Singapura negara bukan Islam telah ada tempat awam tidak dibenarkan pasangan kekasih bercumbu. Tak ada pula dengar NGO Hak Asasi Manusia membantah. Kenapa tak boleh dibuat di Malaysia ? PBT tampallah banyak-banyak papan tanda tak boleh bercumbu di tempat awam, ada berani ke macam Singapura ?

Tuesday October 26, 2010
No kissing or heavy petting in the mall, please

A SHOPPING mall in Singapore has put up notices barring couples from kissing and heavy petting in the rest area, Nanyang Siang Pau and Sin Chew Daily reported.

The dailies said the notices were placed on the second to fourth levels of the rest area in Mandarin Gallery, urging shoppers not to eat, sleep or engage in intimate acts.

The mall management took action following complaints from shop owners on shoppers occupying the sofa in the rest area for a long time and couples behaving intimately.

A salesperson for female apparel, who only wished to be known as Yap, said she once saw a girl sitting on her boyfriend’s lap and they started caressing one another in the eyes of the public.

“Some couples were also spotted kissing in public and such behaviour will tarnish the image of the mall selling branded goods,” she was quoted by Nanyang Siang Pau.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F26%2Fnation%2F7293424

Laporan Audit dedah Hopsital Tentera RM268 Juta Projek Sakit

Laporan Ketua Audit Negara 2009 sekali lagi menggemparkan. Tapi laporan Audit yang lalu pun banyak yang gempar pun kemudian senyap. Melayu Mudah Lupa. Kali ini kisah projek sakit Hospital Tentera dengan kos RM 268 Juta dan sandwich kosong tanpa sardin, tomato dan timun untuk murid sekolah.

MASUK ANGIN, KELUAR ASAP JE LAH !

'Sandwich tanpa sardin'
Berita Harian
2010/10/26

SANDWICH tanpa sardin, tomato, timun dan salad diberi kepada murid adalah antara kelemahan dikesan Ketua Audit Negara dalam laporannya berhubung Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Laporan itu juga mendedahkan murid yang menyertai rancangan berkenaan turut diberikan mi segera dan bihun goreng kosong, serta tidak mematuhi menu ditetapkan Kementerian Pelajaran. Malah, makanan disediakan juga tawar atau masin, nasi keras, manakala minuman terlalu manis atau terlalu cair. “Antara kelemahan pelaksanaan RMT ialah kelayakan menerima tidak dipatuhi, makanan disediakan tidak berkualiti dan tidak mematuhi panduan, pengurusan dan penyediaan makanan kurang memuaskan, serta kelemahan dalam pemantauan,” kata laporan itu.

Seramai 689,950 murid di 138 daerah di seluruh negara menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.

“Pemeriksaan audit juga mendapati ada makanan seperti kari daging lembu disimpan selama 18 jam, iaitu dimasak pada 16 Julai 2009 sebelum jam 1 tengah hari untuk dihidangkan kepada murid pada keesokannya jam 7.30 pagi,” kata Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Seramai 689,950 murid di 138 daerah menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.
Di Sekolah Kebangsaan (SK) Bokah, Lundu, Sarawak, ibu bapa terpaksa bergilir masak di stor yang tidak sesuai, berhabuk, kotor serta terbuka, manakala murid pula makan di kelas.

Selain itu, kantin sedia ada di SK Pagar Besi, Kuala Terengganu, dirobohkan untuk membina bangunan baru bilik darjah, makanan terpaksa dimasak di kuarters dan murid makan di tempat letak kereta yang terdedah kepada habuk serta keadaan berbecak apabila hujan.

“Antara kelemahan pelaksanaan RMT ialah kelayakan menerima tidak dipatuhi, makanan disediakan tidak berkualiti dan tidak mematuhi panduan, pengurusan dan penyediaan makanan kurang memuaskan, serta kelemahan dalam pemantauan,” kata laporan itu.

Seramai 689,950 murid di 138 daerah menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sandwichtanpasardin_/Article

The Star
Tuesday October 26, 2010
RM268mil armed forces hospital is ‘sick’

MANY things are ailing the RM268mil armed forces (AF) hospital in Kuala Lumpur – from the reduction of its planned size without approval from the Finance Ministry (MOF), poor design and freezer rooms that did not work.

According to the Auditor-General’s 2009 Report, the hospital – called “95 Hospital ATM” – which began operations in 2009 was not fully operational because of poor construction work and a delay in securing the allocation for linen.

It said the hospital had 60% less medical equipment from the initial plan, was without air-conditioning along the corridors, had an intercom system implemented in 15 critical stations instead of the proposed 52 stations, and had lost 7,000sq m of built-up area from the original plan.

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) was awarded the RM267.89mil design-and-build contract through direct negotiations, while QSC Projects Sdn Bhd (QSCP) was appointed the project management consultant.

Although the contractor had asked for a revision on the scope of development, the report said there was no proof that MOF had approved the amendments.

In its reply, the Defence Ministry (Mindef) said that QSCP had failed to notify MOF that the initial cost projection was inaccurate and that the scope of work would have to be reduced if the price of RM267.89mil was maintained.

“MOF should have been informed that the estimated cost of RM267mil quoted by the project management consultant cannot be based on the contractor’s pre-bid documents during the price negotiations.”

Mindef added that QSCP’s “unprofessional” services had been terminated on Aug 19, 2004. Mindef said it had appealed to MOF to consider a new price of RM341mil, which had been agreed to by it and PPHM.

“However, on July 19, 2002, MOF insisted on maintaining the price of RM267.89mil, saying that if the negotiation price could not be agreed upon, the project would be re-tendered,” said Mindef.

Since the contractor was unable to implement the full scope of the project, Mindef said a reduction was agreed upon to complete it.

The report also noted that although the hospital started operations on Sept 28, 2009, only the specialist clinics, primary care department and dental department were operating as on Dec 10, 2009.

According to the report, the project was marred by poor design – there were unsuitable baby bathtubs in the paediatric and maternity wards and a wall separated the nurses’ station and patients at the haemodialysis unit.

Also, the cold and freezer rooms in the medical and dental depot were not working, the hospital was using old refrigerators to store medicine and the wards and operating theatre could not be utilised because the allocation for linen had not been applied for.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F26%2Fnation%2F7298260

Seremban Pusat Jenayah, Dadah, Judi Internet?

Kalau Melaka banyak pusat pelancongan. Apakah Seremban nak jadi pusat jenayah, pusat maksiat, pusat dadah, pusat seks, pusat judi internet dan sebagainya ? Para penguatkuasa kerajaan tempatan buat kerja ke tak ? Baca analisis isu ini di Blog NSDaily di http://nsdaily.blogspot.com/2010/10/pusat-dadah-stunt-woman.html

Projek terbengkalai di pusat bandar Melaka Maju 2010


Projek terbengkalai di tengah kawasan bersejarah
Utusan Malaysia
MELAKA 25 Okt. 2010 - Siapa sangka di sebalik kepesatan pembangunan pelbagai produk pelancongan baru termasuk jalan yang sedang dinaik taraf di tengah-tengah pusat bandar ini, terdapat sebuah projek terbengkalai dipercayai terbiar sejak lebih dua bulan lalu.

Agak mengejutkan, projek terbengkalai itu betul-betul terletak di tengah-tengah kawasan bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong seperti Kota A' Famosa, Bangunan St. Paul, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan replika istana Kesultanan Melayu Melaka.

Lebih malang, tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati, kerja-kerja pembinaan yang tertangguh menyebabkan air bertakung sehingga membentuk sebuah kolam berukuran kira-kira lapan meter panjang dan empat meter lebar di dalam kawasan projek itu.

Keadaan tersebut menyebabkan kawasan projek yang berpagarkan zink setinggi dua meter itu tidak ubah seperti kolam pembiakan nyamuk aedes selain kawasan persekitaran yang dipenuhi sisa sampah pembinaan.

Projek terbengkalai dimaksudkan ialah kerja-kerja mengubahsuai Dataran Cahaya dan Bunyi di belakang pusat beli belah Dataran Pahlawan Megamall yang dipercayai terhenti sejak lebih dua bulan yang lalu.

Tinjauan juga mendapati, tiada papan maklumat yang menyatakan jenis projek, nama kontraktor serta tarikh projek tersebut bermula dan dijangka siap diletakkan di kawasan projek terbabit.

Keadaan batu bata yang sudah berlumut, tong minyak yang sudah berkarat, rumput yang panjang melata di lantai termasuk melitupi timbunan pasir di situ sudah cukup untuk menggambarkan projek terbabit terbiar untuk satu tempoh yang lama.

Persekitaran kawasan terbabit yang sunyi sehingga tidak menampakkan seorang pekerja pun, sedangkan tinjauan dilakukan pada pukul 3 petang menguatkan lagi dakwaan ia sebagai projek terbengkalai.

Tinjauan mendapati, hanya bahagian hadapan kapal yang sempat siap manakala beberapa cerucuk besi masih tertanam di dasar 'kolam' terbabit yang dipenuhi lumut dan rumput di tengah-tengahnya.

Pada masa sama, di bahagian hadapan pusat beli belah itu, kerja-kerja menaik taraf jalan raya menjadi lima lorong dan pembinaan sebuah hotel yang mempunyai 1,100 unit pangsapuri dan 250 buah bilik sedang giat dijalankan.

Sebagai sebuah negeri pelancongan yang baru sahaja diisytihar sebagai negeri maju Rabu lalu, keadaan ini tentu sekali akan mencacatkan nama Melaka di mata pelancong dalam dan luar negara.

Apatah lagi, projek terbengkalai itu berlaku di tengah-tengah kesibukan pusat bandar yang menjadi tumpuan ribuan pelancong saban hari.

Sebagai makluman, kali terakhir Dataran Cahaya dan Bunyi itu digunakan ialah pada Ogos 2008 yang menganjurkan pertunjukkan multimedia Api Atas Air (Fire On Water) sepanjang bulan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Wanita Melayu mesti bersatu perangi Arak

Baca tak berita Harian Metro? Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

Inilah perjuangan utama orang Melayu sebenarnya. Dah berapa ramai isteri Melayu, anak perempuan Melayu, ibu Melayu telah dizalimi, diganasi oleh pemabuk-pemabuk arak di kalangan ahli keluarga Melayu mereka sendiri.

Sanggupkah Wanita UMNO, Wanita PKR, Muslimat PAS, Puteri UMNO perangi arak habis-habisan ?

Malulah wanita Melayu semua, wanita kafir di Amerika Syarikat pun dah lama dah ada persatuan Ibu Menentang Pemandu Mabuk MADD - Mothers Against Drunk Driving. The mission of Mothers Against Drunk Driving (MADD) is to stop drunk driving, support the victims of this violent crime and prevent underage drinking.
www.madd.org

Lelaki Melayu macamana pula ? Sanggupkah Pemuda UMNO, Putera UMNO, PEKIDA, Pemuda PAS bersatu perangi arak habis-habisan untuk menyelamatkan generasi Melayu? Bukankah motto PEKIDA Amar Makruf, Nahi Munkar ?

Harian Metro 26 Okt 2010

Cuba Campak Ibu Dari Tingkat 14 Ibu Suruh Bertaubat

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah.

“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya.

Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.

Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.

“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.

“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya.

Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Marahibusuruhtaubat/Article

Orang Melayu pendatang kata Timbalan Mufti Terengganu

Kita adalah merupakan Pendatang. Itu adalah sebahagian daripada kata-kata Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Abdul Halim bin Awang@Sulong dalam rancangan Bicara Mufti yang disiarkan di TV1 RTM pada hari Selasa 26 Oktober 2010 jam 6.30 pagi.

Kalau orang Melayu tak percaya, minta RTM siarkan semula rancangan Bicara Mufti tersebut. Macamana Ustaz Abdul Halim kata kita ini Pendatang ? Kalau boleh RTM siarkan semula waktu perdana (prime time) jam 9 malam. Buat apa siar rancangan Bicara Mufti jam 6.30 pagi, siapa nak tengok?

Kalau tak, inilah jadinya, sampai seorang Timbalan Mufti kata kita ni Pendatang pun , ramai orang Melayu tak sedar.

Kalau sesiapa ada rakam rancangan tersebut, harap sebarkan dalam Youtube, biar orang Melayu sedar betapa tinggi rendahnya langit.

Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu !

10/25/10

Dah 53 tahun merdeka, tapi ambil 370 guru asing

Dah 53 tahun Malaysia merdeka, negara akan mengambil 370 pakar bahasa Inggeris dari negara luar untuk memantau pengajaran bahasa Inggeris di sekolah. Apa, dah banyak sangat duit Kementerian Pelajaran ? Apa, gaji guru dari luar negara ini lagi murah ? Apa, tidak ada anak Malaysia, anak Melayu, anak Cina, anak India yang pakar bahasa Inggeris ?

Yang mengajar Muhyiddin bahasa Inggeris dulu guru Malaysia atau guru luar negara ? Yang mengajar Hishamuddin dulu guru Malaysia atau guru luar negara ? Yang mengajar Tun Mahathir dulu, guru Malaysia atau guru luar negara ? Yang mengajar Anwar Ibrahim dulu guru Malaysia atau guru luar negara ?

Kalau guru buat roket, satelit, kapal angkasa ambil dari luar negara tu, logiklah juga. Itu pun untuk peringkat universiti, peringkat sekolah rendah, guru fizik cukup.

****************
Harian Metro 25 Okt 2010

370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil mulai tahun depan

MELAKA: Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar itu selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk pelajar tahun satu sekolah rendah yang akan bermula tahun depan.

"Mereka akan melihat bagaimana guru-guru mendidik anak-anak kita dalam bahasa Inggeris, ini kita akan mulakan pada tahun depan," katanya pada sesi dialog program Titipan Naluri bersama guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini, hari ini.

MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012 selepas mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak bimbang untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana sebahagian besar guru yang sedang berkhidmat sudah terlatih dalam bahasa itu.

Yang agak mencabar bagaimana hendak kita perkukuhkan bahasa Inggeris?. (Oleh itu) kita juga mahu guru yang sudah tersedia dalam sistem pendidikan mesti didedahkan semula dengan kursus-kursus dalam cuti supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih mahir lagi," katanya.

Beliau juga berkata, penguasaan guru pelatih di IPG dalam bahasa Inggeris juga akan ditingkatkan agar mereka tidak menghadapi masalah apabila mengajar di sekolah.

"Secara terperincinya, kita akan kemukakan kepada orang ramai tidak berapa lama lagi supaya rakyat tahu dan mereka dapat membantu supaya dasar MBMMBI kita dapat dilaksanakan secara terbaik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mencari jalan untuk menyeimbangkan jumlah guru pelatih lelaki dan wanita berikutan bilangan guru pelatih lelaki lebih rendah pada masa sekarang.

Beliau berkata, sehingga Ogos lalu, jumlah guru pelatih di 27 IPG seluruh negara ialah 34,512 orang dan daripada jumlah itu, seramai 22,805 orang adalah guru pelatih wanita, manakala 11,707 orang adalah guru pelatih lelaki.

Selain menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa di IPG, Muhyiddin mahukan guru pelatih lebih kreatif dan inovasi dalam bidang pendidikan.

-Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/370pakarbahasaInggerisdariluarnegaraakandiambilmulaitahundepan/Article/

Konvoi Anak Muda Rembau ke Penang 5 ke 7 Nov 2010


KONVOI ANAK MUDA REFORMASI
Dari Rembau ke Permatang Pauh
5 hingga 7 November 2010 (Jumaat-Ahad)

Anjuran :
SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Yayasan AMAN
United Sharks Bikers 250 Malaysia
bersama
Belia Senawang, DACS ARC, AMK Rembau dan AMK Permatang Pauh

Pertanyaan hubungi Yaser 012-6794704

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Poster program di http://1.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/TLp2-HXUBBI/AAAAAAAAESk/43LYyfTh0fs/s1600/motor.jpg

Kejadian Lemas di PD


PORT DICKSON, 23 Okt - Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Mohd Azhari Tahari, 41, yang ditemui lemas di Pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini malam tadi.

Mangsa dari Seremban bersama empat rakan pergi ke pantai itu untuk menjala ikan dipercayai terjatuh ke laut dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang.

Kehilangan mangsa disedari rakan-rakannya sebelum mereka menghubungi pasukan penyelamat selepas gagal menemui mangsa.

Mayat mangsa akhirnya ditemui Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Teluk Kemang, di Pulau Judi, Batu 12 pada kira-kira pukul 7 malam dan mayat dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/preview.fwx?position=150&folderid=5093&search=&sorting=modifytime_desc

Rumah macam reban ayam di kawasan selamat UMNO Melaka


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

'Reban ayam' jadi tempat berteduh
Sinar Harian 25 Okt 2010

KAMPUNG PADANG - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah boleh diibaratkan kehidupan Junita Jaafar, 30, yang terpaksa menetap di sebuah rumah kecil seperti 'reban ayam'.

Meninjau ke rumah Junita, kelihatan ruang rumahnya di mana dia dan keluarga tidur, memasak dan segalanya berlaku di ruang sempit itu.

Bagi mereka yang berada, mungkin kotak kecil itu kelihatan seperti bilik stor yang hanya menanti masa untuk dirobohkan sahaja.

Junita berkata, dia dan suaminya, Borhan Ibrahim, 35, mendirikan rumah berkenaan sebagai tempat berlindung bagi mereka sekeluarga.

Menurutnya, tapak rumah berkenaan adalah tapak pusaka ibu mertuanya.

“Kami mempunyai dua anak yang masih kecil, bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kami kerana tidak mampu untuk hidup lebih baik berbanding orang lain,” katanya.

Junita berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh awam dan pendapatannya tidak tetap.

“Jika ada kerja, adalah rezeki kami, jika tidak sebaliknya hanya bergantung kepada pendapatan saya sebagai pekerja di kilang membuat batu nisan di sini.

“Malah, pendapatan saya pula hanya RM450, untuk makan dan menguruskan keperluan harian pun sekadar yang mampu,” katanya.

Dia bernasib baik dapat menumpang di rumah kakak dan abang iparnya apabila hendak menggunakan elektrik dan air.

“Setakat ini hanya kepada merekalah tempat kami mengadu dan menumpang, tetapi sampai bila mereka hendak menanggung kami,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah dikunjungi pihak berkenaan yang menguruskan permohonan rumah PPRT buatnya.

“Mereka mengatakan akan membina rumah PPRT bagi menggantikan rumah yang kami duduki kini.

“Tetapi hari demi hari, janji hanya tinggal janji dan sudah dua tahun berlalu kami masih berlindung di rumah ini,” katanya.

Junita berkata, diharapkan pihak berkenaan dapat membantunya menguruskan rumah PPRT baru memandangkan anak-anaknya semakin membesar.

“Besar harapan saya untuk melihat anak-anak mendapat perlindungan yang lebih sempurna.

“Semoga impian saya untuk mendapatkan rumah yang lebih baik dan selesa termakbul dengan keprihatinan pihak berkenaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8330691.asp

Seksa kena saman

Berita Harian 25 Okt 2010

Perniaga dakwa pelanggan takut singgah di Pasar Awam Alor Gajah

ALOR GAJAH: Perniagaan di Pasar Awam Alor Gajah didakwa kian malap apabila banyak peniaga dan pelanggan menjauhinya angkara tidak tahan dengan ketegasan penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang mengeluarkan saman tanpa timbang rasa. Tindakan tegas MPAG yang tidak memberi muka kepada pesalah letak kenderaan turut dirasai 40 peniaga di pasar berkenaan sejak dua bulan lalu meskipun kesalahan kecil lazimnya boleh diselesaikan menerusi notis amaran. Kira-kira 40 peniaga pasar di pekan Alor Gajah, yang ditemui Berita Harian mengaku kecewa dengan tindakan penguat kuasa MPAG yang kerap mengeluarkan notis saman atas kesalahan kecil sejak kebelakangan ini.

Ada peniaga tidak puas hati dengan sikap kasar segelintir pegawai penguat kuasa MPAG yang bersikap biadab, termasuk menghamburkan kata-kata kesat terhadap mereka.

Akibat tertekan dengan saman setiap bulan itu, mereka kini menuntut kerajaan negeri campur tangan menasihati pegawai MPAG supaya lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

Peniaga, Leong Mei Wah, 47, berkata, dia disaman anggota penguat kuasa MPAG atas kesalahan meletakkan barang jualan di luar kawasan tapak perniagaan sehingga menghalang laluan.
"Saya memang keliru dengan peraturan MPAG kerana dalam satu perjumpaan membabitkan peniaga dan MPAG tidak lama dulu, kami dimaklumkan kawasan dibenarkan untuk meletak barang.

“Saya letak bekas ini dekat sini sebab saya berniaga setiap hari, sukar sekiranya saya hendak membawa barang pulang setiap hari dan sehingga kini sudah dua saman saya terima, satu pada bulan lalu dan satu dalam bulan ini," katanya.

“Peniaga disaman antara RM50 hingga RM250, iaitu sama dengan purata keuntungan harian, kalau saman ini berlarutan, mana kami boleh tahan sebab setiap kali mereka menyerbu ke sini, ada pelanggan pun lari sebab tak gemar melihat gelagat kasar mereka," katanya.

Rakannya, Ng Swee Hun, 40, berkata, pendapatannya kini merosot sehingga 70 peratus angkara mengumpul wang untuk menyelesaikan pelbagai bayaran kompaun.

“Setiap hari mereka tekan kami dengan saman, kalau selalu begini bagaimana kami mahu cari makan, duit berniaga habis bayar saman, bukan peniaga saja disaman, sebaliknya pelanggan yang tengah beli barang turut terkejut apabila kenderaan mereka disaman," katanya.

Peniaga buah-buahan, Muhammad Ridzuan Rosman, 20, berkata, dia menerima 14 saman dalam bulan ini dan menahan telinga mendengar kata-kata kesat daripada anggota penguat kuasa ketika menyaman.

“Pasar ini semakin lengang kerana pelanggan juga seolah-olah takut ke sini kerana bimbang kenderaan mereka disaman, walhal tempat kereta amat terhad, penduduk semakin bertambah.

"MPAG tidak langsung bersikap properniagaan, sedangkan hasil cukai dikutip, ini jelas berlawanan dengan dasar kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat,'' katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Seksakenasaman/Article

Akhirnya Najib akui UMNO Melaka lebih bijak urus parti

Akhirnya Najib akui Ali Rustam bijak mengurus UMNO di Melaka, tiada krisis, dan minta negeri lain contohi UMNO Melaka. Paling elok UMNO N.Sembilan , kerana BN hampir tumbang dalam pilihanraya umum ke 12. Susah-susah sangat, lebih baik Ali Rustam tu jadi Presiden UMNO, selesai masalah. Bawah Ali Rustam , Melaka sifar pembangkang Melayu, kalau Ali Rustam jadi Presiden UMNO, susahlah jawabnye calon Melayu PAS dan PKR

*****************************
UMNO Melaka bijak urus masalah
Harian Metro 2010/10/25

MELAKA: UMNO Melaka berjaya menguruskan semua masalah dalaman parti membabitkan ahli dan pemimpinnya di semua bahagian di negeri ini selaras dengan arahan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu melihat UMNO sifar masalah.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata semua masalah yang timbul berjaya ditangani dengan bijaksana sejak 10 tahun lalu dan beliau amat berpuas hati dengan kerjasama diberikan pemimpin dan ahli setiap bahagian. “Masalah kecil memang ada berlaku sejak dulu lagi, tapi nampaknya semua dapat diuruskan dengan baik dan kini saya tidak risau dengan masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Melaka 2010 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh di sini, semalam. Mohd Ali berkata demikian mengulas tujuh amanat Najib ketika ucapan penggulungan Model Transformasi UMNO pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-61 di PWTC, kelmarin.

Beliau berkata, semua amanat Najib itu sudah dilaksanakan dengan kemas oleh UMNO Melaka dan mana-mana kekurangan akan diperbaiki dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti serta kembali meraih sokongan rakyat.

Mengulas mengenai cadangan rombakan kepemimpinan yang bakal dilakukan Najib dalam tempoh terdekat ini, Mohd Ali berkata, UMNO Melaka menyokong langkah menyusun saf kepemimpinan parti itu.

“Saya menyokong usaha kerana ia boleh menguatkan lagi parti,” katanya. dan membolehkan semua pihak melakukan transformasi UMNO berjalan lebih lancar,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak tahu sama ada perubahan saf kepemimpinan yang bakal dilakukan itu membabitkan pemimpin dari negeri ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOMelakabijakurusmasalah/Article

Bekas tentera jumpa Najib belum dapat elaun


Ingat lagi Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada awal bulan Oktober 2010 yang dihadiri 20,000 bekas tentera bersama Perdana Menteri ? Pelbagai janji ditabur. Rupanya bekas tentera ini dijanjikan wang tunai untuk hadir, tapi belum dapat lagi. Macam ni cara kerja mereka bawa orang ramai-ramai dalam apa-apa program, janji bagi duit, lepas tu lambat atau mungkin tak bayar, atau hilang ?

Tak dapat elaun

Utusan Malaysia 25 Okt 2010

SAYA adalah antara ribuan bekas tentera yang telah hadir ke perhimpunan raksasa yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas saya serta beberapa rakan telah menaiki LRT dari Stesen Sentul.

Sambutan yang diberikan oleh bekas-bekas tentera amat menggalakkan. Tapi saya serta rakan- rakan amat kecewa kerana hanya bekas-bekas tentera yang menaiki bas yang disediakan oleh pihak PBTM sahaja yang mendapat ganjaran wang tunai.

Bagi kami yang menggunakan pengangkutan awam tidak mendapat sebarang bayaran!

Diharap Datuk Presiden PBTM menyiasat perkara ini.
VETERAN
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm


PM umum insentif baru untuk bekas tentera
10/10/2010 5:04pm

BUKIT JALIL 10 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan khairat kematian kepada bekas tentera melalui Yayasan Veteran dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan segera menyelesaikan tuntutan ex-gratia anggota tentera yang cacat anggota sebelum 1994.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm&arc=hive

Bekas tentera bakal terima dua insentif


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan keamanan negara.

Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pasukan keselamatan sama ada yang masih dan berhenti berkhidmat kepada negara merupakan kumpulan masyarakat yang amat penting. Kerajaan memang menjaga kebajikan kumpulan ini mengikut kemampuan kewangan kita.

"Semasa menjadi Menteri Pertahanan pada 2001, saya telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia dan sejak itu sebanyak RM197 juta dibelanjakan bagi membantu kebajikan bekas tentera.

"Namun usaha ini perlu disemak mengikut kemampuan kewangan negara, tentu sekali jika kita mampu bantuan akan ditambah, sebab itulah hari ini saya umumkan dua insentif besar ini," katanya

Najib mengumumkan demikian semasa berucap sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani serta hampir 20,000 bekas anggota dan pegawai tentera dari seluruh negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu bahawa terdapat kira-kira 2,000 anggota tentera yang cacat anggota kerana terlibat dalam pertempuran bermula pada zaman darurat hingga 1994.

Katanya, kumpulan yang akan mendapat ex-gratia ini, senarai nama mereka akan dikemas kini oleh PBTM, JHEV dan Kementerian Pertahanan, pembiayaan sepanjang hayat mereka akan dibuat setelah Perdana Menteri menelitinya kerana ia melibatkan jumlah yang besar.

Mengenai khairat kematian pula, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilaksanakan tanpa perlu menunggu Akta Veteran diluluskan dan JHEV telah diarahkan untuk membuat penelitian jumlah sebenar yang terlibat.

"Komitmen Perdana Menteri itu merupakan penghargaan beliau dan kerajaan terhadap bekas anggota tentera, beliau amat memahami kesukaran yang terpaksa ditanggung apabila berlakunya kematian.

"Berdasarkan kepada keadaan semasa, RM500 itu tidak mencukupi dan kenaikan ini memang sesuatu yang diharapkan oleh veteran tentera dan keluarga mereka. Harap ia dapat melega dan meringankan sedikit beban mereka," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Empat sekeluarga di pondok usang, Melaka Maju 2010

Empat beranak di Kampung Pokok Mangga, di sini, hidup dalam serba daif apabila tinggal di pondok usang akibat dibelenggu kemiskinan. “Dengan pendapatan tidak seberapa kerana saya bekerja di kilang membuat batu nesan menyebabkan kami empat beranak tinggal dalam keadaan berhimpit dalam pondok usang berkenaan selain tiada kemudahan dapur untuk memasak,” katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

******************
Pondok usang usang tempat berteduh

Harian Metro 25 Okt 2010

MELAKA: Empat beranak di Kampung Pokok Mangga, di sini, hidup dalam serba daif apabila tinggal di pondok usang akibat dibelenggu kemiskinan.

Junita Jaafar, 30, berkata, pondok berkenaan dibina atas tanah milik ibu mentuanya yang didiami bersama suami, Borhan Ibrahim, 35, dan dua anak perempuan mereka berusia lima dan lapan tahun, sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air, mereka perlu membiasakan diri kerana tidak mempunyai pilihan lain.

“Saya terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dengan menyambung wayar menerusi rumah kakak ipar bersebelahan, manakala untuk mandi pula perlu mengambil air paip di rumah abang ipar berikutan kami sekeluarga hidup kemiskinan disebabkan suami tiada kerja tetap.

“Dengan pendapatan tidak seberapa kerana saya bekerja di kilang membuat batu nesan menyebabkan kami empat beranak tinggal dalam keadaan berhimpit dalam pondok usang berkenaan selain tiada kemudahan dapur untuk memasak,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan pondok berkenaan yang tidak mempunyai bilik sememangnya terlalu usang dengan sebahagian dindingnya ditampal papan lapis.

Selain itu, bahagian ruang tamu dijadikan tempat tidur keluarga terbabit mempunyai satu katil usang dengan berlantaikan tanah saja.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang, Mohd Zailani Mohd Ali berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada keluarga berkenaan sebelum ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pondokusangtempatberteduh/Article/index_html

10/22/10

Pembangkang bela peniaga Pasar Alor Gajah

Sinar Harian 22 Okt 2010

ALOR GAJAH - Rasa tidak puas hati sekumpulan peniaga Pasar Alor Gajah, dekat sini berikutan tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengeluarkan saman turut mendapat perhatian pemimpin pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adli Zahari berkata, isu itu sebenarnya sudah wujud sejak bermulanya operasi menaik taraf perhentian bas di pekan berkenaan.

Akibatnya, katanya, ia menyebabkan perniagaan di pasar berkenaan terjejas.

Beliau yang turun padang selepas mendapat aduan daripada peniaga meminta MPAG bertolak ansur dengan peniaga selepas banyak kawasan sekitar pasar berkenaan ditutup untuk operasi naik taraf perhentian bas.

Katanya, tindakan saman itu mengakibatkan pendapatan peniaga terjejas sehingga 50 peratus kerana kurangnya pelanggan akibat kesukaran tempat meletak kereta.

“Kalau kita tengok hari ini pun, pasar ini lengang saja dan tidak ada orang hendak datang disebabkan mereka takut kenderaan mereka disaman. Sedangkan tempat meletakkan kereta menjadi masalah dan MPAG perlu ambil kira faktor ini," katanya.

Beliau berkata, adalah tidak masuk akal apabila anggota penguat kuasa sanggup mengeluarkan saman atas nama ‘tuan punya kereta sorong’ dan menyelitkan surat saman berkenaan di tepi kereta sorong, sedangkan peniaga tidak menjalankan perniagaan pada hari itu.

“Ini menjadi kebimba-ngan apabila nanti muncul pula ‘tuan punya bakul, tuan punya sayur’ dan ini bagi saya sudah melampau. Malah ada antara peniaga yang disaman pada tarikh mereka menjelaskan bayaran saman sebelumnya dan ini mewujudkan diskriminasi terhadap peniaga," katanya.

Ketua Pemuda DAP Negeri Melaka, Tey Kok Kiew pula menyifatkan sikap segelintir anggota penguat kuasa MPAG menggunakan bahasa kesat terhadap peniaga seperti ‘binatang’ dan ‘anjing’ adalah tidak bermoral dan tidak bertamadun.

“Kompaun dikeluarkan pihak majlis adalah satu kos yang tinggi bagi peniaga ditambah pula dengan hasil perniagaan yang terjejas teruk apabila pengguna semakin kurang untuk datang membeli barang di pasar ini.

“Saya berharap Yang di-Pertua MPAG dapat membuat satu sesi dialog dengan peniaga supaya dapat menjelaskan kepada mereka perkara yang sebenar agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan selesa dan tidak memberi tekanan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di pasar berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8318109.asp

Tawaran Ibadah Korban Istimewa YAMNS 1431H

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Ibadan Korban sempena Hari Raya Idil Adha 1431H.

Ibadah korban ini akan dikhususkan di kawasan penempatan, taman perumahan, projek perumahan rakyat, rumah pangsa di mana terdapat lebih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang kurang berkemampuan sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.

Daging korban ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tawaran untuk 1 bahagian lembu ialah RM350 dan untuk 1 bahagian kambing ialah RM450.

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan.

Untuk penyertaan dan pertanyaan sila hubungi :
Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com