JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

11/30/10

Apa hukum syaitan baca Quran, belajar Quran dari Yahudi?

Syaitan pun baca Quran, dan pernah mengajar sahabat Nabi SAW baca Quran. Tak percaya ? Bolehkah kita melarang syaitan baca Quran? Professor Yahudi dan bukan Islam juga ada mengajar orang Islam baca Quran dan Pengajian Islam. Malah ramai juga orang Melayu di Malaysia dapat PhD dalam Pengajian Islam dari Professor bukan Islam di barat. Apakah hukum kita belajar Islam dari bukan Islam?

Berfikiran terbukalah wahai orang Melayu di Malaysia ini. Media, jangan takut-takutkan orang bukan Islam, dan jangan dibodoh-bodohkan orang Melayu.

Professor Meir M. Bar-Asher was born in the village of al-Rashidiyya in south-east Morocco (1955), brought up and educated in Jerusalem. He has done his academic studies at the Hebrew University of Jerusalem. His Ph.D. dissertation on early Imami-Shi`i exegesis was submitted in 1991. During his Ph.D. studies he learnt for one year in the university Sorbonne in Paris. He teaches at the department of Arabic Language and Literature at the Hebrew University of Jerusalem, and until a few months ago he was the director of the Institute of Asian and African Studies there. PROFESSOR BAR-ASHER IS AN EXPERT ON QURANIC STUDIES.
http://www.paideia-eu.org/index.php?link=6&sublink=4&event=136

Ph.D. Program in Islamic Studies
Assistant Director of Graduate Studies: Frank Griffel (Fall 2010) / Gerhard Böwering (Spring 2011)
Teaching Group in Islamic Studies: Gerhard Böwering, Frank Griffel
The Yale University Ph. D. Program in Islamic Studies is devoted to comprehensive research on the religion of Islam and to training superior students for academic careers in that field. Students accepted into the program are offered full scholarships along with a multi-year stipend. Islamic Studies is one of ten fields in the Department of Religious Studies, where students and professors researching different religious traditions interact. In addition to Prof. Gerhard Bowering and Assoc. Prof. Frank Griffel, students also have the benefit of professors in the Near Eastern Studies, History, and Political Science Departments.
http://www.yale.edu/religiousstudies/fields/islamic.html

KISAH: SYAITAN PUN BACA AL-QURAN?

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah yang menceritakan kisah yang berlaku ke atas dirinya....

"Rasulullah s.a.w telah menugaskan saya untuk menjaga zakat Ramadhan. Tiba-tiba datang seseorang lalu mengambil sebahagian daripada makanan tersebut, lalu saya menangkapnya dan mengancam untuk membawanya mengadap Rasulullah s.a.w. Ia merayu "Tolonglah, saya sangat memerlukan makanan ini, anak-anak dan isteri sedang menunggu..."

Lalu saya pun membiarkannya pergi...

Apabila bertemu Rasulullah s.aw keesokan harinya, baginda bertanya " Wahai Abu Hurairah , apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi ?" Saya menjawab "Dia mengadu bahawa ia sangat memerlukan makanan , saya pun bebaskan kerana terlalu kesiankan dia"

Baginda bersabda "Dia berbohong, dia pasti akan datang lagi!".

Saya yakin memang lelaki itu akan datang lagi kerana Rasulullah s.a.w yang menyatakan demikian,lalu saya pun mengintip pada malam berikutnya. Lelaki itu datang lagi dan mengambil makanan. Saya menangkapnya lalu berkata "Aku akan membawamu berjumpa Rasulullah s.a.w!" Lelaki itu merayu lagi, sebagaimana kali pertama dan berjanji tidak akan datang lagi.Lalu saya bebaskannya .

Apabila bertemu Rasulullah s.aw keesokan harinya, baginda bertanya " Wahai Abu Hurairah , apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi ?" Saya menjawab "Dia mengadu bahawa ia sangat memerlukan makanan , saya pun bebaskan kerana terlalu kesiankan dia" Baginda bersabda "Dia berbohong, dia pasti akan datang lagi!".

Saya pun mengintip pada malam berikutnya. Lelaki itu datang lagi dan mengambil makanan. Saya menangkapnya lalu berkata "Aku akan membawamu berjumpa Rasulullah s.a.w!Ini kali ketiga, aku tidak akan lepaskan kamu lagi kerana kamu berjanji tidak datang , tetapi masih datang !" Lelaki itu berkata " Aku akan ajar kepada kamu sesuatu !" Saya bertanya " Apa dia?"

Lelaki itu berkata " Apabila kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi , الله لا اله الا هو الحي القيوم hingga akhir ayat , nescaya Allah sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan sekali-kali mendekati kamu sehingga pagi " Saya pun melepaskan lelaki itu....

Apabila bertemu Rasulullah s.aw keesokan harinya, baginda bertanya " Wahai Abu Hurairah , apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi ?" Saya menjawab "Dia telah mengajar kepada saya sesuatu yang menyebabkan Allah menjaga saya, lalu saya bebaskan dia." Sabda baginda "Apa dia?"

Saya menjawab " Lelaki itu berkata , apabila hendak tidur , bacalah Ayat Kursi , الله لا اله الا هو الحي القيوم hingga akhir ayat , nescaya Allah sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan sekali-kali mendekati kamu sehingga pagi"

BAGINDA BERSABDA "DALAM PERKARA INI , DIA TELAH BERKATA BENAR WALAUPUN SEBENARNYA DIA ADALAH SEORANG YANG SANGAT SUKA BOHONG. ADAKAH KAMU TAHU SIAPA LELAKI ITU ?" SAYA MENJAWAB " TIDAK" SABDA BAGINDA "ITU ADALAH SYAITAN ! "

http://mindaislamipages.blogspot.com/2009/05/kisah-syaitan-pun-baca-al-quran.html

Hospital di Malaysia bukan tempat selamat

Nampaknya hospital-hospital di Malaysia ini bukan lagi tempat yang paling selamat. Apatah lagi yang menyebabkan ianya tidak selamat lagi ialah pengawal-pengawal keselamatan. Apa agaknye komen Awang Selamat ?

PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL TUMBUK PERUT WANITA HAMIL
Berita Harian
2010/11/30

MUAR: Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa suspek menumbuknya dalam lif hospital ketika dibawa menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan sakit bersalin, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dibawa suaminya ke hospital berkenaan sebelum pengawal keselamatan terbabit membantu menolak kerusi roda untuk membawa mangsa ke wad bersalin, sementara menunggu suami mangsa meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk pelawat.

Bagaimanapun ketika menolak kerusi roda itu, suspek dikatakan menumbuk perut mangsa berulang kali sebelum mangsa dihantar ke wad bersalin. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang berusia 33 tahun mengenai dakwaan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an itu bertindak menumbuk perut mangsa berulang kali ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke wad bersalin ketika suami mangsa tiada.

“Suami mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu membuat laporan polis dan susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, suspek akan dirujuk ke Wad Psikiatri HPSF kerana dipercayai menghadapi masalah mental.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengawalkeselamatanhospitaltumbukperutwanitahamil/Article


PENGAWAL KESELAMATAN DITUDUH BUNUH DUA RAKAN SEKERJA DI HOSPITAL KLANG
2010/09/08
KLANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Magistret Klang hari ini kerana dituduh membunuh dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini bulan lalu.
Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah dituduh membunuh P Mailvaganam, 47, pada 27 Ogos 2010 di perkarangan meletak kereta hospital kerajaan itu pada jam 5.45 pagi.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengawalkeselamatandituduhbunuhduarakansekerjadiHospitalKlang/Article/index_html

2 PENGAWAL KESELAMATAN MATI DITEMBAK
KLANG 27 Ogos 2010 - Hanya kerana menegur rakan yang tidur semasa bertugas, dua pengawal keselamatan mati ditembak dengan senapang di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0828&pg=mh_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010

Bukan perokok perlu bangkit pertahan hak dapat udara bersih

BARU-BARU ini saya terlihat di kaca televisyen iklan mengenai hak bukan perokok bagi ekspresi ketidakselesaan dengan perokok. Pengalaman tiga kali diserang ‘samseng perokok’ menyebabkan saya pesimis dengan iklan itu.

Suami saya pernah menegur perokok yang merokok bersebelahan meja ketika menikmati hidangan di sebuah restoran kerana anak kami menghidap asma. Malangnya, kami dimarahi dengan suara yang tinggi. Kejadian serupa berlaku ketika berada di premis makanan sebuah pusat beli-belah apabila perokok di sebelah meja kami ingin menyalakan rokok. Walaupun bersedia memadamkan api rokok, kami diminta berpindah ke meja lain.
Lebih mengecewakan, isteri perokok berkenaan yang memakai pakaian seragam Kementerian Kesihatan langsung tidak menunjukkan sokongan kepada permintaan kami sedangkan peraturan larangan merokok dalam premis adalah jelas.

Saya dan keluarga pernah ditempelak hanya kerana menegur perokok dan saya benar-benar terkesan dengan pengalaman itu.

Mengapakah saya perlu bertolak ansur dengan perokok dan bukan sebaliknya? Dianggarkan kira-kira 3 juta perokok berbanding 27 juta penduduk Malaysia.
Tetapi mengapakah 27 juta penduduk yang tidak merokok perlu bertolak ansur dengan hanya 3 juta perokok? Dengan nisbah 1 perokok kepada 9 bukan perokok, sepatutnya perokok yang malu untuk merokok dan lebih prihatin dalam kalangan bukan perokok.

Terimalah teguran dengan terbuka dan jangan mudah melenting. Padamkan rokok atau berpindah ke tempat lain yang dibenarkan merokok. Mengapa 10 orang bukan perokok perlu menahan nafas kerana kebebalan seorang perokok yang boleh mengancam nyawa pesakit mengalami komplikasi sistem pernafasan.

Saya berpendapat perokok bertambah berani kerana tiada ketegasan daripada pihak berkuasa menangani perokok dan pemilik premis yang tidak memastikan undang-undang dipatuhi. Malah, perokok pula enggan bertolak ansur.

Pihak berkuasa perlu mempunyai pendirian tegas dan bukan terumbang-ambing seperti lalang jika serius ingin menangani isu ini. Buatlah kaji selidik berapa ramai terpaksa bertolak ansur terhadap perokok bertahun lamanya dalam bangunan dan tempat awam.

Undang-undang hanya tinggal tulisan tanpa tindakan menguatkuasakannya. Jika perlu undang-undang digubal bagi mengenakan tindakan sama terhadap pemilik bangunan yang membiarkan perokok berleluasa.

Sudah tiba masanya bukan perokok bangkit mempertahankan hak untuk mendapatkan udara bersih serta bebas di semua tempat. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menjadikan ia kenyataan.

1RAKYAT,
Seremban.

Berita Harian 2010/11/30

Pemimpin negara cedera ketika bermain, 12 jahitan dibibir






Pemimpin negara Amerika Syarikat , Presiden Barack Obama telah mendapat kecederaan agak serius ketika bermain bola keranjang dengan rakyatnya. Bibir beliau disiku dan terpaksa menerima 12 jahitan. Adakah pemain yang mencederakan Barack Obama selepas itu dimarahi, dipecat, dipukul, dibunuh, dimaki hamun, disaman ? Tidak ! Malah rakyat yang menyiku Obama tidak meminta maaf pun, kerana katanya ini ialah adat permainan.


Obama cedera disiku main bola keranjang
Berita Harian
2010/11/28

OBAMA memegang kain putih untuk disapu pada bahagian berdarah di bibirnya selepas kena siku bermain bola keranjang.WASHINGTON: Rumah Putih melaporkan bahawa Presiden Barack Obama menerima 12 jahitan pada bibirnya selepas mengalami kecederaan ketika menyertai satu permainan bola keranjang.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Amerika Syarikat itu secara tidak sengaja kena siku seorang pemain dalam kejadian semalam. Presiden Amerika itu menerima jahitan daripada doktor di tingkat bawah kediaman rasmi beliau. Obama dilaporkan bersama sekumpulan ahli keluarga dan rakan ke Fort McNair awal pagi untuk menyertai perlawanan itu.

Obama adalah seorang peminat sukan terutama meminati pasukan dari tempat asalnya Chicago dan kadang kala turut bermain golf selain permainan bola keranjang.

Rumah Putih tidak mendedahkan siapa yang menyiku Obama. Tetapi, tidak lama selepas itu, pemain bertanggungjawab membuat kenyataan.

Dia ialah Rey Decerega, pengarah program bagi Institut Kongres Caucus Hispanik.
“Saya tahu pada hari ini (semalam) bahawa presiden adalah seorang pesaing yang bersemangat tinggi dan ada semangat kesukanan.

“Saya gembira dapat bermain dengannya. Saya yakin beliau akan cuba kembali semula tidak lama lagi,” katanya. – Agensi

http://www.bharian.com.my/articles/Obamacederadisikumainbolakeranjang/Article/

Barack Obama Gets STITCHES After Basketball Injury (PICTURES)
First Posted: 11-26-10 02:51 PM Updated: 11-28-10 07:33 PM

President Obama received 12 stitches after suffering an injury during a basketball game, according to a White House statement:

"After being inadvertently hit with an opposing player's elbow in the lip while playing basketball with friends and family, the President received 12 stitches today administered by the White House Medical Unit. They were done in the doctor's office located on the ground floor of the White House."

According to a pool report, Obama received a special type of fiber that should leave a smaller scar:

The medical unit that treated Obama used a smaller filament than typically used, which increases the number of stitches but makes a tighter stitch and results in a smaller scar. Obama was given a local anesthetic while receiving the stitches.
UPDATE (5:30pm ET) -- The pool report, from Roll Call's Jen Bendery, has solved the whodunnit question:

The White House announced the culprit who elbowed Obama in the lip earlier today: Rey Decerega, who is the director of programs for the Congressional Hispanic Caucus Institute.

DECEREGA SAID IN A STATEMENT THAT THE GAME WAS ALL IN GOOD FUN (AND DIDN'T APOLOGIZE):

"I LEARNED TODAY THE PRESIDENT IS BOTH A TOUGH COMPETITOR AND A GOOD SPORT. I ENJOYED PLAYING BASKETBALL WITH HIM THIS MORNING. I'M SURE HE'LL BE BACK OUT ON THE COURT AGAIN SOON," DECEREGA SAID.

All stitches were in the president's upper lip. Scroll down for photos of Obama leaving the basketball game.

http://www.huffingtonpost.com/2010/11/26/barack-obama-stitches-basketball-injury_n_788627.html#s192442




11/29/10

Kejohanan Futsal 25 Dis 2010 di Nilai, N.Sembilan

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA 2010
Sabtu 25 Disember 2010
8.30 pagi - 2.30 ptg
Di Gelanggang Futsal Nilai, N.Sembilan

Yuran penyertaan RM80

Tarikh tutup penyertaan 20 Dis 2010

Maklumat lanjut hubungi :
Khalid 013-2657932
Zul 016-2097990
Husain 019-3329691

Dapatkan Borang Penyertaan, Syarat Pertandingan dan Senarai Hadiah Kejohanan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/11/kejohanan-futsal-25-dis-2010-di-nilai.html

Pelbagai Projek Gajah Putih di Johor

Laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mendedahkan beberapa projek Gajah Putih di Johor. Namun apakan daya tiada siapa ambil peduli. Negeri kawasan selamat UMNO lah katakan. Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

BERITA HARIAN 29 NOVEMBER 2010

Johor: Bangunan niaga terbiar

PONTIAN: Penduduk yang tinggal berhampiran pekan Benut, dekat sini, meminta pihak berkuasa segera menyelesaikan masalah sebuah bangunan didakwa milik Majlis Daerah Pontian (MDP) yang terbiar hampir lima tahun lalu.

Sejak tempoh itu juga, bangunan berkenaan hanya menjadi tontonan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk setempat selain pengunjung dari dalam dan luar daerah.

Difahamkan bangunan dua tingkat yang menempatkan 20 gerai yang dilengkapi kemudahan asas itu dibina untuk kemudahan penduduk setempat menjalankan perniagaan. Namun, pembinaan ruang niaga menelan kos ratusan ribu ringgit inisiatif MDP demi meningkatkan ekonomi penduduk tampak tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemiliknya.

Berikutan itu, kawasan ruang niaga dicemari najis dari pelbagai haiwan dan sampah sarap terbiar, manakala ada takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes selain menjadi tempat persinggahan burung walet.

Ketua Umno Cawangan Kampung Nelayan Benut, Azman Jaafar, 50, berkata sejak adanya bangunan untuk ruang niaga yang diselia MDP itu, hanya empat daripada 20 gerai beroperasi hingga ke hari ini.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua gerai sudah ada pemiliknya berdasarkan nama di setiap pintu gerai,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan sebilangan peniaga menjalankan perniagaan menyebabkan ruang kawasan terbiar menjadi kotor kerana sampah sarap dan najis haiwan.

Katanya, kedudukan bangunan berkenaan yang strategik kerana bergabung dengan bangunan hentian bas, kereta sewa dan berdekatan pasar ikan dan sayur-sayuran selain tempat pendaratan ikan nelayan menambah lagi keindahan di sekitarnya.

“Jika boleh, ruang niaga yang terbiar itu diberikan kepada pemohon baru yang ingin membuka perniagaan.

“Saya sangat berterima kasih kepada MDP kerana menyediakan sebuah bangunan indah dan mempunyai kemudahan asas serta selesa, tetapi malangnya pemiliknya hanya mampu memaparkan namanya saja di atas pintu hadapan gerai tanpa menjalankan perniagaan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDP, Mohamad Karim, ketika dihubungi berkata, permohonan untuk peniaga baru sebagai usaha menggantikan peniaga gagal melaksanakan perniagaan sebelum ini sudah pun beberapa kali dilaksanakan, tetapi malangnya tidak mendapat sambutan.

Beliau berkata, pelbagai usaha dijalankan, antaranya mengecat semula bangunan dan membaikpulih kerosakan bagi menceriakan semula kawasan itu.

“Mulai sekarang kami bersedia menerima permohonan untuk bakal peniaga baru, walau bagaimanapun keputusan akan diberi kepada mereka yang berjaya mengikut kelayakan dan syarat yang ditentukan.

“Sewa bulanan bukannya mahal, hanya di bawah RM50 saja, apa yang penting jalankan perniagaan dengan penuh minat dan kesungguhan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Bangunanniagaterbiar/Article

11/27/10

Pantai Port Dickson pusat pembuangan abu mayat

Rupa-rupanya selama ini pantai peranginan Port Dickson adalah merupakan tempat pusat pembuangan abu mayat dari rumah pembakaran mayat. Agak-agaknyalahkan dah berapa banyak air abu mayat yang telah ditelan oleh pengunjung pantai Port Dickson sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu sehingga kini dan akan datang ? Berapa banyak pula abu mayat yang telah dibuang di pantai peranginan ini, ratusan, ribuan, puluhan ribuan, ratusan ribuan ? Sanggupkah lagi kita dan anak-anak kita mandi di pantai Port Dickson lagi ?

Saturday November 27, 2010
Ash scattering ban revoked
By SARBAN SINGH
newsdesk@thestar.com.my

PORT DICKSON: The Port Dickson Municipal Council (MPPD) has rescinded a directive that families can only scatter 100gm of the remains of their cremated dead at a secluded spot at a stretch of beach near here.

State Environment, Human Re­­sources, Plantation Affairs and Public Complaints Committee chairman Datuk V.S. Mogan said the state government had directed the MPPD to revoke the decision, announced just two days ago.

“The MPPD has been told to rescind the order. Families who wish to scatter the ashes of their dead kin can do so at a Hindu temple on KM1.6 Jalan Pantai,” he said.

Many quarters had criticised the MPPD for its unilateral decision, which they said mocked the beliefs of some communities.

Yesterday, The Star reported that the MPPD had implemented the ruling apparently to reduce sea pollution and to maintain cleanliness.

The council said the Kuil Sri Maha Mariamman management was also asked to have a weighing scale at all times to ensure only 100gm of ash was scattered into the sea. The council did not say how or where the relatives could dispose of the remaining ashes.

Those caught performing the ceremony elsewhere in PD would be slapped with a RM250 compound.

It is common for families from as far as Selangor and Malacca to perform the scattering of ashes in Port Dickson as part of their final rites.

The Kuil Sri Maha Mariamman temple committee was notified of the ruling a day after StarMetro had highlighted the plight of residents who had asked the MPPD and the state authorities to help them build a crematorium.

Mogan, who is also state MIC chairman, however, advised the families of the deceased not to throw pots and other prayer items into the sea.

He said the MPPD had received complaints from beach goers of such items being dumped indiscriminately by the beach.

Residents had complained of the deplorable conditions at an open air crematorium in an oil palm estate in Jalan Sua Betong here.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F11%2F27%2Fnation%2F7514173

11/26/10

Di Hawaii tiada kasino, tapi di Malaysia ?






Tahukah kita bahawa kegiatan perjudian adalah diharamkan sama sekali di sebuah negeri di Amerika Syarikat ? Di Hawaii tiada satu pun kasino. Malahan kasino atas kapal pun dilarang masuk ke perairan Hawaii. Maju saja Hawaii tanpa judi. Siap ada siri TV Popular Hawaii Five O lagi. Tahu tak apa makna Five O itu ?

Five O ialah FIFTY atau Limapuluh, iaitu negeri yang ke 50 menyertai Amerika Syarikat.

Bandingkan Hawaii dengan Malaysia, tak malu ke ? Hawaii yang terkenal satu dunia tak ada kasino, Malaysia ada Genting. Hawaii tak ada kedai judi berlesen, tapi pekan kecil Kuala Pilah, pekan kecil Rembau pun ada kedai judi.

Bukan sahaja kasino tak dibenarkan di Hawaii, loteri pun tak boleh. Silap haribulan cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium pun dianggap judi di Hawaii.

TAK PERCAYA ? Buatlah search sendiri, buatlah penyelidikan sendiri.

Hawaii is one of the two remaining states in the US where all forms of gambling are considered illegal (the other being Utah). There are neither casinos nor state lotteries in Hawaii. Any form of betting or pari-mutuel betting is not considered legal. Even games and raffles for charitable purposes are outlawed. So long as there's an element of chance involving a reward or an item to be won, Hawaii Gambling Laws deem all of these as illegal
http://www.hawaiicasinos.org/

Hawaii: Not a Gambler’s Paradise
Close your eyes and think Hawaii – endless beaches of pristine white sand, lush tropical trees, luxurious hotels, exciting evenings, world class casinos…. STOP. You’ll have to backtrack a bit because the casino bit doesn’t fit into the classic Hawaiian fantasy. Did you know that there are only two states in the US that frown on any form of gambling… and Hawaii is one of them?!

The State of Hawaii doesn’t allow any form of games for rewards or money – and that includes bingo! And if you think the police turn a blind eye, think again. According to the state’s authorities, anybody contravening these laws are up against stiff punishment. Even cruise ships with casinos on board are barred from entering Hawaii’s waters.

But that’s not to say that Hawaiians are living in a little gambling-free bubble. It is a known fact that hundreds of thousands of residents from the Aloha State visit Vegas casinos each year, meaning that even though they can’t play on home turf, top-notch gambling entertainment is only a plane-ride away. Of course, online gambling is also an option, despite the grey area in the legality of doing so from Hawaii.

So how do Hawaiins get their gambling fix in a state that doesn’t even have a lottery in place? Thankfully, what is know as social gambling is allowed in the state, as long as everyone is on level terms and the house doesn’t get a cut. This gives enough leeway for impromptu social gambling games to be set up in private homes, and there are even services offered that set up a mini-Vegas in a location of your choice – as long as it in within the limits of the law.

Another thing to note is that Hawaii’s flower industry is literally flourishing thanks to demand from an interesting source – Las Vegas casinos and casino cruise ships. This means that even though casinos and gambling are outlawed in Hawaii, the state is still managing to make a killing from this very industry thanks to the demand for its exotic flowers.

Posted in Casino, Gambling.

By reneek November 2, 2010
http://www.casinob.com/casino-blog/casino/hawaii-not-a-gamblers-paradise/

11/25/10

Bina kuil Hindu sebelah Surau, Masjid untuk elak diroboh

Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan.

Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan.

Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik.

Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar.

Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan.

Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ?

Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan.

Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOG http://mutaligat.blogspot.com

Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar di http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya.

Melaka Maju Rakyatnya Keliru Dan Celaru

Dari Blog Singalautmetro

INI cerita di Melaka yang diceritakan orang Melaka juga.

Pertama katanya, Melaka telah diistyiharkan maju, tapi sedihnya banyak rakyat Melaka kini dilanda akal kelabu, keliru dan celaru. Lebih teruk warna biru menjadi nila meletakkan akal mereka di dalam baldi nafsu!

Dilaporkan orang Melaka tentang sebuah kawasan perumahan di Taman Cempaka yang kini menjadi buah mulut penduduk setempat kerana ramainya pasangan Melayu dikatakan bersekedudukan sambil melakukan kegiatan maksiat.

Dilaporkan lagi orang Melaka tentang beberapa pub dan karaoke yang diberi lesen oleh kerajaan negeri di sekitar kawasan Melaka Raya kini menjadi tumpuan remaja perempuan bawah umur berpakaian seksi sambil memegang botol meneguk arak, barangkali meraikan Melaka telah maju!

Dilaporkan lagi oleh orang Melaka terutama penduduk di Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau. Kata mereka anak dara dan bini orang semakin takut untuk mandi pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja. Ini kerana banyak pula kaki intai dan perakam amatur menggunakan telefon bimbit merakam gambar anak dara dan bini orang tengah mandi!

Dilaporkan lagi oleh orang Melaka setiap malam minggu pasti ada anak muda bergumpalan di atas jambatan Sungai Linggi menuju ke Kuala Linggi di atas motosikal melakukan adegan hangat dan panas!

Majukah rakyatnya semaju negerinya?

Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/melaka-maju-rakyatnya-keliru-dan-celaru.html

Jambatan Tergantung di Seremban, tarikan pelancong


Ini adalah satu projek yang boleh menarik jutaan pelancong ke Negeri Sembilan. Iaitu projek Seremban Middle Ring Road (MRRS) yang jambatannya tiba-tiba tergantung, putus tak bersambung macam tu saja. Kenapa ini berlaku ? Adakah penduduk Cina di Kg Baru membantah dengan pampasan yang rendah ? Kalau ya, kenapa penduduk Melayu di Rembau senang-senang je bagi tanah kepada kerajaan untuk projek landasan keretapi berkembar ?

Tak percaya, rakyat Malaysia lalulah sendiri jalan ini di bandar Seremban, berhampiran Taman Bukit Chedang. Bawa kamera, boleh bergambar di sini m sebagai mercu tanda baru bandar Seremban.

Sumber gambar dari http://live-metzelder.blogspot.com/2010/10/uncomplete-chedang-interchange.html

Bilakah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Ya'ani akan dibina?

Utusan Malaysia 25 Nov 2010

BAJET 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober lalu memperuntukkan sejumlah RM212 bilion. Sejumlah RM162.8 bilion diperuntukkan bagi bidang pengurusan manakala selebihnya (RM49.2 bilion) bagi sektor pembangunan.

Dalam Bajet 2011 juga Perdana Menteri telah menggariskan empat strategi. Antaranya, membangunkan modal insan dan mensejahterakan hidup rakyat.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat tersebut, penambahan bilangan sekolah amat diperlukan kerana pembentukan modal insan bermula di sekolah. Melalui pendidikan rakyat dapat mengubah kehidupan ke arah lebih berjaya.

Mengimbas 'Hari Ini Dalam Sejarah', pada akhir tahun 2009 yang lalu, Menteri Besar Johor telah melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang bakal menjadi mercu tanda pekan kecil Parit Ya'ani.

Papan tanda juga telah dipacakkan di lokasi tersebut. Khabarnya, sekolah menengah tersebut akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Namun sehingga saat ini penduduk sekitar pekan Parit Ya'ani masih lagi tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti untuk menyaksikan berdiri gahnya sekolah menengah tersebut.

Saya juga tertanya-tanya bilakah akan diadakan majlis pecah tanah untuk memulakan pembinaannya? Untuk makluman, berita tentang pembinaan sekolah menengah di pekan Parit Ya'ani tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari Rabu 26 Februari 2008.

Mengimbau nostalgia, sejak tahun 1965, anak-anak di sekitar pekan Parit Ya'ani (termasuk saya) terpaksa meneruskan sekolah menengah di Yong Peng, Tongkang Pechah, Seri Medan dan Parit Raja.

Pada tahun 1976, barulah SMK Dato' Seth dibuka dengan dua sesi persekolahan. Bagi pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu terpaksa bersekolah pada sesi petang kerana kekurangan bilik darjah. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar terutamanya yang tinggal di sekitar pekan dan kampung Parit Ya'ani.

Ada juga pelajar yang menunggang motosikal untuk ke SMK Dato' Seth yang sudah tentunya mengundang risiko bahaya kemalangan. Ada kalanya pelajar ini terpaksa berhujan untuk pergi dan pulang sekolah.

Masalah ini berterusan sehingga sekarang. Justeru, pembinaan sekolah menengah di kawasan pekan Parit Ya'ani perlu disegerakan agar masalah tersebut dapat diatasi.

Saya dan semua ibu bapa di sekitar Parit Ya'ani memohon jasa baik Kementerian Pelajaran untuk mengambil perhatian yang serius tentang masalah ini. Sebagaimana program transformasi kerajaan ke arah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' begitu jugalah besarnya harapan kami agar kami tidak dianaktirikan dalam arus pembangunan setelah 54 tahun negara kita merdeka. Kami sentiasa menanti jawapan.

ANAK JATI JOWO

Parit Ya'ani, Johor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

11/24/10

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Solat Hajat elak Surau di Melaka kena Roboh

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin
Menghalang Perobohan Surau di Bukit Katil, Melaka
Tarikh : 25 Nov 2010 (Khamis)Masa : 6.50 ptg
Tempat : Perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2010/11/solat-hajat-perdana-mohon-allah.html

Sesiapa yang tidak dapat hadir, dicadangkan melakukan Solat Hajat di seluruh dunia pada waktu tersebut untuk mengelekkan perobohan surau di Melaka ini, samada secara individu atau berjemaah.

Ceramah YB Dr Mujahid 27 Nov 2010 Seremban

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Nov 2010 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)
Penceramah :
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
HJ MK Ibrahim, YDP PAS Seremban
Cik Kumutha a/p Raman, Ketua Wanita DHPP

Semua dijemput hadir

Sumber : http://czackpy.blogspot.com/2010/11/ceramah-umum-pas-kawasan-seremban.html

Pembinaan Tadika KEMAS rosakkan laman surau

Rosak laman surau - Berita Harian 24 Nov 2010
Akibat pembinaan Kompleks Tadika Kemas di Taman Desa Taming

SUNGAI UDANG, Melaka : Pembinaan sebuah Kompleks Tadika (Komta) Kemas di Taman Desa Taming Sari di sini, mencetuskan kemarahan penduduk yang mendakwa pemaju projek menanggalkan kawat dan pintu pagar, selain menurunkan papan tanda surau di situ tanpa notis makluman.

Pengerusi persatuan penduduk di taman berkenaan, Isa Hashim, 50, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab dan luar dugaan kontraktor terbabit sejak dua minggu lalu tidak sepatutnya berlaku. Malah, katanya, penduduk semakin tidak berpuas hati apabila sebahagian tanah lapang di Surau An-Nur diambil oleh pemaju berkenaan yang dikatakan tanpa alasan kukuh menyebabkan kawasan berkenaan semakin sempit. “Tanah kawasan tapak surau ini memang milik pemaju berkenaan dan kami berterima kasih atas kesudian mereka membina rumah ibadah berkenaan yang selesa untuk kegunaan lebih 2,000 penduduk di sini.

“Bagaimanapun, perbuatan mereka menanggalkan kawat dan pintu pagar serta menurunkan papan tanda surau untuk pelaksanaan projek itu (pembinaan Komta Kemas) tanpa sebarang notis menyebabkan ada penduduk rasa terkilan,” katanya ketika membawa Berita Harian meninjau kawasan surau itu, baru-baru ini.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian penduduk sudah bersedia dengan sepanduk untuk mengadakan bantahan secara aman di pekarangan surau itu, namun terpaksa dibatalkan selepas dinasihatkan anggota polis yang diarah membuat pemantauan.

Isa mendakwa, pembinaan Komta Kemas itu menjejaskan persekitaran surau apabila kawasan lapang di sekitarnya mula digenangi air lumpur, manakala pintu pagar lama diubah bagi membolehkan kenderaan berat memasukinya, sekali gus menyebabkan banyak kerosakan.
Katanya, kemarahan penduduk memuncak apabila mendakwa pemaju projek berkenaan sebelum ini berjanji tidak akan mengambil tanah lapang di surau berkenaan.

Seorang penduduk, Sani Kassim, 40, berkata perbuatan pemaju berkenaan jelas membelakangkan semangat setiakawan kerana sebagai syarikat besar, mereka wajar melakukan pengukuran terperinci tanpa menjejaskan kawasan surau itu.

“Bagi kami, perkara ini elok dibincangkan semula membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebelum kami membawanya kepada pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Yaacob Md Amin,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rosaklamansurau/Article

Kereta pemimpin negara dilelong untuk bantu rakyat

Inilah yang dinamakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kereta buruk tahun 1977 milik peribadi pemimpin negara akan dilelong untuk dana membina perumahan untuk rakyat termiskin yang begitu ramai. Harap-harap ada rakyat Malaysia yang berjaya dalam bidaan lelongan kereta pemimpin negara tersebut.

Gambar kereta buruk kegunaan harian milik peribadi pemimpin negara terdapat pada pautan berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/11/mahu-beli-peugeot-milik-dr-ahmadinejad.html

11/22/10

Nasib pengundi pos tentera dan di kawasan selamat UMNO

Macam rumah setinggan tajuk Berita Harian 22 Nov 2010. Ianya menceritakan kisah nasib penghuni perumahan keluarga tentera di Sungai Udang Melaka yang menghadapi krisis air yang serius. Dah nasib pengundi pos dan pengundi kawasan selamat UMNO agaknye, ape nak buat ye.

(DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010)

BERITA HARIAN 22 Nov 2010
Melaka: Macam rumah setinggan

80 keluarga tentera Pangsapuri Taman Taming Sari 2 hadapi krisis air serius

SUNGAI UDANG: Kehidupan 80 keluarga tentera yang mendiami Pangsapuri Taman Taming Sari 2 di Blok 2, sudah tidak sama seperti dulu kerana mereka kini hidup dalam kesukaran, gara-gara berdepan krisis air serius yang sudah berlarutan kira-kira dua bulan.

Masalahnya berpunca daripada pam air utama yang sudah rosak tetapi sehingga kini tidak diperbaiki pihak terbabit. Bagi mendapatkan kemudahan asas dan penting itu, mereka kini terpaksa mengangkut sendiri air dari tingkat bawah, selain berkongsi membeli pam kecil. Sudah banyak kali aduan dibuat, tetapi sehingga ini ia amat mendukacitakan kerana seolah-olah tidak dipedulikan apabila tiada sebarang maklum balas diterima.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan kediaman ini, susulan menerima aduan mendapati masalah ketiadaan air di semua unit pangsapuri skim Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) itu adalah serius dan perlu diatasi segera.

Kerosakan pam utama itu menyebabkan bekalan air tidak dapat dipam terus ke rumah penghuni, sekali gus memaksa mereka mencari jalan dengan menggunakan berpuluh pam kecil dibeli secara berkongsi untuk menyedut air ke tangki plastik yang diletak sementara di setiap aras sebelum dialirkan ke kediaman masing-masing.

Semua unit kediaman bermula di aras satu hingga empat dikesan memasang salur getah dari beberapa tangki plastik yang ditempatkan sementara, sebelum airnya disalurkan ke setiap rumah.

Pemasangan salur paip itu menyebabkan kawasan lantai koridor dan tangga pangsapuri berkenaan sentiasa basah dan dipenuhi air yang melimpah, sekali gus mendatangkan bahaya kepada penghuninya.

Penduduk, Mohd Sofi Hasim, 26, mengakui masalah kerosakan pam utama itu menjejaskan rutin harian keluarga di pangsapuri berkenaan membabitkan anggota tentera di Kem Terendak, di sini.

"Dulu, sebelum berkongsi membeli pam kecil ini, kami terpaksa pulang ketika rehat tengahari untuk membantu isteri mengangkut air menggunakan baldi. Perkara sama terpaksa dilakukan selepas pam kecil itu dipasang.

"Saluran getah yang berselirat di semua aras menyebabkan air membasahi lantai dan dinding. Keadaan ini perlu diawasi supaya kemungkinan penghuni terkena renjatan elektrik dapat dielak ketika mengangkut air," katanya.

Mohd Sofi berkata, aduan kerosakan pam itu sudah dimaklumkan kepada bahagian logistik di Kem Terendak, tetapi kerja pembaikan yang dilakukan bersifat sementara dan gagal menyelesaikan masalah.

Mohd Khairul Mustafa, 29, pula berkata, beliau bersama isteri dan anaknya sudah tiga tahun mengalami kesulitan bekalan air berpunca daripada kegagalan pihak penyelenggaraan melakukan pembaikan pam utama itu.

Katanya, masalah penduduk itu sudah diketahui pegawai pemerintah Tentera Darat di Kem Terendak yang membenarkan mereka meminjam sementara hos bomba dari kem untuk mengepam air daripada tangki besar di bawah pangsapuri berkenaan.

"Kami terpaksa meminta bantuan beberapa rakan daripada kor jurutera untuk memasang sistem paip yang mirip rumah setinggan selepas tidak tahan mengangkut air menggunakan baldi," katanya.

Seorang lagi penduduk, Izzat Abdullah, 29, berkata, hos bomba yang dipinjam dari kem itu terpaksa dipulangkan semula Isnin ini selepas terlalu lama digunakan di situ.

"Selepas hos bomba itu dipulangkan semula, kami tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bekalan air, malah pemeriksaan juga mendapati struktur tangki di atas bumbung pangsapuri ini sudah disahkan retak dan tidak selamat digunakan untuk menakung air," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_Macamrumahsetinggan/Article

11/21/10

E Kasih atau E Pilih Kasih di Labu N.Sembilan


Dari Blog Buletin Labu
Labu Hilir . Jika Ibu seorang professional terkenal layak menerima bantuan warga emas RM 300 sebulan drp JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JKM, masakan Nenek Esah Ibrahim, 87 tahun ini tidak layak menerimanya. Nenek tua ini yang berkerusi roda bukan sahaja dinafikan bantuan tersebut, bahkan anak perempuannya, Noriah Karim, 58 thn yang merupakan ibu tunggal juga terkonteng-konteng menjaga ibunya ini.

Lihat sahaja gambaran diatas, bukan sahaja terlantar dikerusi roda, bahkan ditepi katilnya penuh dengan ubatan dan kelengkapan diri.

Ya, mungkin rumah yang ditumpangnya besar hasil titik peluh wang simpanan semasa bekerja buruh estet dulu, tapi yang nyata.... itu dulu...puluhan tahun telah berlalu... Kuk kita ambil contoh pakcik2 di Kg LBJ misalnya, memang dulu tu kaya....hingga digelar jutawan..

Tapi sekarang .... mungkin kita sendiri sedia maklum tentang apa yang terjadi pada sebahagian daripada mereka....

Ada yang kata, nenek ni tak layak sebab rumahnya besar! Abeh tu, rumah warga emas yang dapat RM300 tu tak sama besar ke...?Tak kan batu, tembok, dinding atau kayu tingkap dan pintu tu boleh bertukar menjadi makanan untuk hidup seharian...untuk beli beras atau telor gred C yang harganya 33 sen sebiji ?.Itu belum lagi ubatan yang bukanlah sedikit harganya.

Menurut Nenek Esah yang di pihak buletinlabu temui, dia berserah sahaja kepada Allah. Ketika ditemui, nenek ini masih memakai telekung kerana baru sahaja selesai mengerjakan Solat Asar. ...

Walaupun nampak tenang, dikejauhan sudut matanya seakan tersimpan satu kesedihan , derita kesukaran yang ditempuhi disaat-saat menitinya waktu.

Mudahan, dengan slogan baru RAKYAT DIDAHULUKAN, terbuka hati pihak berkaitan untuk menghulurkan bantuan...

Kalau kita katakan ada Adun tidur, dia marah. Kalau kita laporkan dalam blog ni dikatakan Blog Goblob, jgn percaya ...... tuan-tuan pikir dan lihatlah sendiri.

Bagi nenek Esah bersabarlah..... mudahan berkat doa nenek lepas asar tadi....ada pihak2 tertentu menjengok esok2nya.

Sumber dan gambar nenek Esah dari http://buletinlabu.blogspot.com/2010/11/e-kasih-atau-e-pilih-kasih.html

11/19/10

Ketua Polis Negara berjudi? PDRM bina makmal judi pula


Ini adalah sebahagian daripada tugas rasmi polis. PDRM telah menubuhkan Makmal Judi untuk membanteras perjudian tanpa lesen, penipuan perjudian, perjudian internet dan sebagainya. Itu tugas polis. Bagaimana pula tugas penguatkuasa jabatan agama? Masih ditakuk lama lagi kah?

Tidak mahukan menubuhkan pasukan penguatkuasa jabatan agama yang lebih mesra dalam mendidik masyarakat? Menangkap pelaku maksiat adalah langkah kedua selepas amar maaruf. Gejala buang bayi bertambah, kes zina bertambah, khalwat bertambah, judi bertambah, minum arak bertambah, perceraian dan penderaan bertambah di kalangan umat Islam, namun tiada usaha bersepadu untuk menggerakkan Amar Maaruf, Nahi Munkar. Nak harapkan PEKIDA, sekadar slogan sahaja.

*******************
Beware of the 'gambling' cops
Gambling Prevention Training Laboratory Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar

MALAY MAIL - Friday, November 19th, 2010 13:47:00

FULL HOUSE: (Sitting third from right) Ismail and Deputy IGP Datuk Hussin Ismail at the mock casino — Pic: Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Illegal gamblers beware as "gambling experts" will be watching you.

However, these "experts" actually comprise several trained police officers under the newly formed Gambling Prevention Training Laboratory.

The formation of the was set up to combat illegal gambling activities.

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar, said the Gambling Prevention Training Laboratory will equip the police force, especially from Anti-Vice, Gambling and Secret Societies Division (D7), with the insider know-how, such as how illegal gambling operations work and the techniques and tricks used.

"There is a proverb: 'To catch a thief, you need to be a thief'. This concept also applies here. Every year, the Royal Malaysian Police organises courses to train 'gambling experts' among selected police officers," Ismail said during a Press conference after the launch of the Standard Operating Procedure manual, Crime Investigation Department Portal update and Gambling Prevention Training Laboratory at the RMP College in Cheras today.

The laboratory, a "mock casino", is located within the college.

"The laboratory, which cost RM198,000, will consist of a roulette device, three gambling tables and four slot machines. It will also be equipped with several training gambling 'chips' and gambling machines."

Ismail also gave his assurance that the "gambling experts" would not abuse their skills to gain profit and the laboratory was expected to be established in other State police contingents.

http://www.mmail.com.my/content/55478-beware-gambling-cops

Berpuluh tahun rakyat Terengganu guna pam, tiada bekalan air


Oleh SINGALAUTMETRO
SIBUK AIR DI SELANGOR; TAPI DI TERENGGANU BERPULUH TAHUN GUNA PAM UNTUK DAPATKAN BEKALAN AIR
SEMUANYA kerana politik. Politik dijadikan permainan kotor, angkara hasad dengki dan iri hati. Ketika Selangor tidak berdepan masalah air dan rakyat di Selangor tidak pun merungut, kerajaan persekutuan sibuk menjaja kerepek besi konon rakyat di Selangor akan menderita kerana bakal kehilangan bekalan air bersih.

Namun kisah beberapa penduduk di Terengganu yang berpuluh tahun meneguk air perigi dan parit menggunakan pam langsung tidak dipedulikan!

Inikah kejujuran sebenarnya? Lihatlah pada nasib seorang penduduk Muda Awang, 54 yang tinggal di Kampung Tengah, Batangan, misalnya. Telah hampir 10 tahun anak MELAYU itu memohon untuk meminta bantuan penyambungan paip bekalan air bersih. Apa yang beliau dapat?

Diulangi. Beliau telah memohon selama 10 tahun (bukan 10 hari atau 10 bulan) namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Sebagai penoreh getah berpendapatan RM500 sebulan, Muda tidak mampu membayar kos yag tinggi bagi pemasangan paip itu.

Dengan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah termasuk seorang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, Muda berharap sangat bantuan disegerakan.

Beliau tidak pernah mempertikaikan berapa duit dihabiskan untuk memajukan Little India di Brickfields atau China Town di Petaling Street. Cuma Muda berharap, bantuan yang dipohonnya dinilai dengan hati dan perasaan yang jujur dan ikhlas.

Perlu diingatkan, Muda kadang-kala terpaksa memberanikan hati menggunakan air yang dipam itu, walaupun menyedari ia kadang-kala mengandungi minyak dan berbau. Pam yang digunakannya pula selalu rosak dan apalah yang mampu diharapkannya kecuali berdoa agar kita yang masih percayakan Tuhan, segera terbuka hati untuk membantu.

Muda juga tak mempersoalkan cadangan membina menara 100 tingkat atau mempertikaikan kebenaran kerajaan supaya KWSP boleh melabur dengan lebih banyak di luar negara. Yang Muda bimbangkan ialah nasib dan masa depannya sebagai anak Melayu yang terasa seperti tidak terbela sejak negara merdeka 53 tahun lalu!

Posted by SINGALAUTMETRO at 11:19 , 18 Nov 2010

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/sibuk-air-di-selangor-tapi-di.html

Roboh lagi jambatan di Pahang


JAMBATAN Sungai Jelai yang menghubungkan 12 kampung terputus selepas dirempuh balak ketika arus deras.Jambatan kayu merentasi Sungai Jelai perlu diganti konkrit

Berita Harian 19 Nov 2010 - KUALA LIPIS: Kira-kira 1,000 penduduk dari 12 kampung di pesisiran Sungai Jelai berdekatan Kampung Gemunchor meminta sebuah jambatan konkrit dibina di situ bagi menggantikan jambatan kayu yang sering roboh setiap kali musim tengkujuh. Jambatan konkrit itu penting bagi mereka kerana ia juga dapat menyediakan kemudahan lebih baik kepada penduduk untuk meningkatkan ekonomi setempat. Ini disebabkan ketika ini mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jambatan kayu untuk membawa keluar hasil tani seluas kira-kira 800 hektar yang dilaksanakan penduduk kampung dengan pelbagai tanaman dan Estet Mini RISDA seluas kira-kira 100 hektar tanaman kelapa sawit.

Jambatan kayu yang merentangi Sungai Jelai hampir 20 tahun itu yang juga nadi utama perhubungan penduduk itu bagaimanapun kerap runtuh setiap kali hujan lebat yang akan membawa arus deras dan menghanyutkan sisa balak yang akhirnya akan menghentam tiang jambatan kayu hingga roboh.

Penduduk 12 kampung itu antaranya Kampung Baru Gemunchor, Kampung Kemunchor, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Batu Balak, Kampung Tulus, Kampung Mempelas, Kampung Tanjung Aur, Kampung Kuala Kenong, Kampung Jeram Bungor Seberang dan Kampung Kecau kini terputus lagi hubungan apabila jambatan itu sekali lagi roboh awal pagi Selasa lalu.

Ketua Penerangan Belia 4B Penerus Gemilang dan Mela, Mohd Safri Salleh, 30, berkata pembinaan jambatan baru itu perlu disegerakan kerana selain untuk kegunaan perhubungan, ia dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
“Estet mini RISDA akan lebih aktif dengan ramai pengusaha kampung berdekatan dan pekebun dari beberapa kampung berkenaan yang mempunyai kebun di kawasan itu dapat memasarkan hasil pertanian mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Belia Penerus Gemilang dan Mela, Amirul Haidil Ismail, 19, berkata ramai belia turut mengerjakan kebun getah di Kampung Gemunchor dan jambatan itu sebagai nadi untuk mereka bergerak ke seberang.

“Sejak jambatan ini runtuh, kami tidak dapat mengerjakan kebun kami kerana kesukaran ke seberang dan cara lain hanyalah dengan menggunakan perahu untuk menyeberang sungai kira-kira 300 meter dengan meredah arus deras yang merbahaya,” katanya.

Penghulu Mukim Cheka 1, Abdullah Mat Isa, berkata beliau bimbang penduduk di situ makin berkurangan dan terus ketinggalan serta mungkin berpindah jika jambatan lama masih belum diganti dengan konkrit.

“Jika hal ini berlarutan, mungkin kampung berkenaan menjadi kampung tinggal dan semua hasil pertanian mereka akan ditinggalkan serta mewujudkan masalah baru seperti kadar kemiskinan meningkat,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Robohlagi/Article

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku

Oleh SINGALAUTMETRO - ORANG DIBANCI ADA YANG TELAH MENINGGAL, TAPI PEMBANCI BELUM DAPAT JUGA BAYARAN ELAUN!
TELAH dua kali perayaan berlalu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, namun penantian bagi segelintir pembanci yang melakukan tugas bancian di seluruh negara baru-baru ini bagai menunggu buah yang entah bila akan gugurnya. Keringat mereka telah lama kering, namun bayaran yang mereka nantikan masih belum juga menjelma.

Walaupun berkotak-kotak dan berpikul-pikul janji ditaburkan oleh Jabatan Perangkaan bahawa bayaran akan dijelaskan sebelum Aidilfitri, namun janji itu semuanya busuk macam air longkang yang mengalir lesu ke Sungai Klang!

Seorang 'mangsa' janji bayaran itu, yang mahu dikenali sebagai Rahman, mendakwa beberapa kali beliau berurusan untuk mendapatkan bayaran yang tidak seberapa itu, namun setiap kali berurusan, setiap kali itulah dia disuapkan dengan pelbagai janji manis dan muluk-muluk belaka.

Kini selepas Aidiladha bayaran elaun itu masih tidak terdengar beritanya. Menurut Rahman, dianggarkan ratusan pembanci yang masih belum menerima bayaran di seluruh negara tanpa diketahui punca dan sebabnya.

"Bukan semua di antara kami mempunyai pendapatan mencukupi. Kadang-kadang terasa juga mahu menikmati manisnya duit yang dijanjikan itu, terutama menjelang hari raya, tetapi kami hampa," katanya.

Sebahagian daripada pembanci yang menjadi mangsa, dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berharap sangat bayaran itu dilunaskan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian, termasuk dalam urusan mencari pekerjaan.

Sebelum ini, pengurusan tertinggi Jabatan Statistik dilaporkan memaklumkan menerusi media bahawa bayaran kepada pembanci akan dibayar dalam tempoh tiga minggu. Malah pembanci yang masih belum menerima bayaran diminta menghubungi pejabat pengurusan terdekat.

Namun seperti kata mangsa, mereka telah berkali-kali menaiki tangga pejabat dan berpuluh kali menghubungi menerusi telefon, namunn bayaran banci tetap bagaikan menagih hutang yang tidak mungkin berbayar!

Kepada kerajaan yang sibuk merancang pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, tolonglah lihat rayuan mereka ini. Kalau urusan membayar elaun sejemput ini pun bermasalah, usalah bermimpi mahu memastikan rakyat boleh berpendapatan tinggi seperti negara maju lain.

Posted by SINGALAUTMETRO http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/orang-dibanci-ada-yang-telah-meninggal.html

11/18/10

Mana helikopter Nuri semasa banjir Kedah, betul ke bersedia?


Betul ke Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi banjir besar, bencana alam dan sebagainya? Betul-betul bersedia? Kalau betul, nak guna helikopter apa untuh misi mencari dan menyelamat, menghantar bantuan, memindahkan orang ramai? Perasan atau tidak, semasa banjir besar di Kedah dan Perlis baru-baru ini , tiada laporan helikopter Nuri digunakan dalam misi membantu mangsa banjir.

Yang ada ialah helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Rasanya helikopter MI-17 ni ada beberapa buah sahaja. Mungkin benarlah apa yang dilaporkan sebelum ini helikopter Nuri hanya ada 5 buah yang selamat untuk digunakan.

Nak beli Eurocopter entah bila, lepas tu mahal sangat, dapat beli 12 buah saja. Sedangkan kalau beli MI-17 boleh beli 60 buah.

Helikopter polis, helikopter APMM, helikopter VIP warna putih tu bukannya sesuai untuk misi menghantar bantuan dan pengangkutan sekiranya Malaysia dilanda bencana besar.

Entahlah, betul ke Malaysia dah bersedia hadapi banjir ?

Macamana media, TV3, Utusan, Harakah, Suara Keadilan, Roket, TV1 terlepas pandang isu helikopter ini ?

Hanya 5 helikopter Nuri selamat untuk terbang lapor akhbar Malay Mail pada 15 Jan 2010, kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2010/01/parah-hanya-5-helikopter-nuri-boleh.html

RM 1.6 Billion boleh beli 60 buah helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/rm-16-billion-boleh-beli-60-helikopter.html

Tun Dr Mahathir tidak berapa setuju dengan pembelian Eurocopter untuk menggantikan Nuri , MI-17 lebih banyak kelebihan, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/dr-mahathir-perli-pembelian-helikopter.html

Detik News pada 26 Jan 2010 melaporkan Malaysia sedang memesan 30 helikopter dari Indonesia , kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/01/malaysia-beli-30-helikopter-dari.html

10 tahun derita bau najis ayam

Sinar Harian 18 Nov 2010

JASIN – Ketibaan Aidiladha tahun ini pastinya membawa maksud yang sama buat penduduk sekitar Kampung Kesang Pajak/ Pondok Kempas dan Kampung Selandar sejak 10 tahun ini.

Ini kerana, seiring dengan maksud ‘korban’, mereka juga terpaksa mengorbankan ketenangan dan kedamaian dinikmati sejak beberapa ladang ternakan ayam dibuka di kawasan berkenaan.

Sinar Harian dimaklumkan, terdapat sembilan ladang ternakan ayam telur diusahakan di kawasan sekitar.

Bilal wanita Masjid Al-Iffah Selandar, Zalila Sharif, 62, berkata, kedudukan salah sebuah ladang ternakan ayam yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya, hanya mengundang: kesengsaraan kepadanya sekeluarga.

Menurutnya, mereka sekeluarga ibarat tinggal di dalam penjara akibat sering terkurung di dalam rumah, malah pintu dan cermin tingkap juga terpaksa ditutup.

"Kedudukan rumah bersebelahan dengan jalan ke kilang ayam terbabit menyebabkan lebih daripada lima lori pelbagai jenis menggunakan jalan ini setiap hari.

“Justeru, bagi mengelakkan rumah daripada berhabuk, saya terpaksa menutup cermin sejak lebih 10 tahun lalu sehinggakan cermin yang ditutup tidak boleh dibuka semula akibat berkarat," katanya.

Zalila berkata, selain masalah habuk, bau daripada lori yang membawa najis ayam juga menimbulkan rasa kurang selesa terutama ketika mereka menikmati makan tengah hari.

“Setiap hari, bermula jam 5.30 pagi hingga 7 malam, pelbagai jenis lori untuk membawa makanan ayam, najis dan telur ayam melalui jalan ini,” katanya.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selandar, Kudin Awing, 73, berkata, walaupun kedudukan Kampung Selandar dua kilometer dari lokasi ternakan ayam itu tetapi kesannya turut dirasai penduduk berhampiran.

Menurutnya, masalah bau tidak dapat dielakkan dan timbul tanpa mengira masa serta keadaan.

“Memang malu jika tetamu datang ke rumah dan bertanyakan mengenai bau kurang menyenangkan ini.

“Masalah ini tidak pernah selesai sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Pengerusi Lembaga Masjid Al-Iffah Selandar, Aripin Ali, 72, berkata, penduduk juga terpaksa berdepan dengan kehadiran lalat yang banyak.

"Saya bimbang lalat ini akan menjejaskan kesihatan penduduk. Walaupun pelbagai usaha dilakukan tetapi lalat ini tetap menghantui kehidupan kami," katanya.

Abu Bakar Koming, 64, pula berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli ubat bagi mengatasi masalah lalat ketika majlis perkahwinan, dua tahun lalu.

"Memang tidak selesa dan masalah masalah ini pernah mendapat perhatian pihak berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta wakil Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Daerah dan Tanah serta JKKK dengan mengadakan lawatan ke tapak kilang ayam, lima tahun lalu.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Lebih 1,000 keluarga yang menetap di kawasan ini sedih dengan keadaan ini dan berharap pihak berkenaan dapat mengatasi masalah dihadapi kerana pelbagai aduan telah dibuat," katanya.

Pengerusi JKKK Selandar, Abu Dolah Hitam pula berkata, masalah itu sering diutarakan dalam mesyuarat JKKK tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8418499.asp

Rumah mesra rakyat pula tak siap siap di N.Sembilan


Sebelum ni kisah masjid tak siap-siap di Negeri Sembilan. Sekarang ni pula rumah mesra rakyat pula tak siap-siap di Negeri Sembilan. Apakan daya, umpama anjing menyalak bukit sajalah. Jempol adalah antara kawasan paling selamat UMNO di cakerawala ini, tambahan banyak Felda di sini.

(DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010)

Laman Blog khusus projek-projek perumahan terbengkalai di N.Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com/

Peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi di Malaysia, faktanya di http://amkns.blogspot.com/2008/11/nsembilan-ketiga-terbanyak-perumahan.html

Kisah masjid tak siap-siap di Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-di-nsembilan-tak-siap-yang-sedia.html

Pembeli kecewa rumah mesra rakyat tidak siap
Utusan Malaysia 18 Nov 2010

Nor Azlan Ismail dan isterinya, Azlina Abd. Rahman meninjau rumah mesra rakyat mereka yang tidak siap di Desa Permai, Jempol, semalam.

--------------------------------------

JEMPOL 17 Nov. - Seorang pembeli rumah hari ini kecewa dengan sebuah syarikat kontraktor yang gagal menyiapkan rumah mesra rakyat di Desa Permai sejak dua tahun lalu.

Nor Azlan Ismail, 37, berkata, rumah yang sepatutnya dimilikinya Ogos tahun lalu kini hanya tinggal harapan sehinggakan dia sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

''Pada awalnya saya dikhabarkan rumah ini dijangka siap pada awal bulan Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, projek itu terhenti separuh jalan, kelibat kontraktor hilang entah ke mana.

''Masalah ini telah saya ajukan kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin. Saya difahamkan terdapat perubahan pada kontraktor. Selepas itu ramai kontraktor datang melihat rumah. Namun masih tiada kontraktor yang meneruskan projek.

''Sementara menunggu tindakan susulan oleh pihak berkenaan, saya terpaksa menyewa sementara di taman ini dengan sewa RM150 sebulan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nor Azlan berkata, lebih mengecewakan dia dimaklumkan tidak berhak ke atas tanah tersebut kerana geran kini disimpan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Sementara itu, Lilah ketika mengulas perkara berkenaan memberitahu, pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada SPNB bagi mengetahui status terkini pembinaan rumah berkenaan.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh daripada SPNB, kontraktor pertama dikatakan mengalami masalah sehingga projek berkenaan terpaksa dihentikan.

''Daripada aspek pembinaan pula, rumah yang dibuat oleh kontraktor itu tidak menepati syarat yang ditetapkan termasuk longkangnya kecil, tingkap rendah serta masalah di bahagian bumbung," katanya.

Justeru, Lilah berharap pihak SPNB dapat menyelesaikan masalah pembinaan rumah itu secepat mungkin kerana ia telah lama dibincangkan tanpa penyelesaian menyebabkan pemilik menghadapi masalah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Peniaga Melayu Melaka rugi, banyak hutang, KENAPA?


Macamana boleh jadi sebagai begini. Melaka Maju, tetapi peniaga Melayunya tak banyak untung, rusi, bayar sewa pun tak mampu, di tengah bandar Melaka pula tu. Patutlah Laporan Ketua Audit Negara dedahkan Bangunan Majlis Agama Islam TERJUAL ke BC Lim Enterprise dan beberapa kelemahan Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran.

Apakah nasib Melayu di Melaka Menang Sorak, Kampung Tergadai?

Apa kisah, kawasan paling selamat UMNO.

Kisah terjualnya bangunan MAIM di http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html


http://amkns.blogspot.com/2010/10/laporan-ketua-audit-negara-pakatan.html

MBMB: Tunggakan sewa RM180,000
Utusan Malaysia 18 Nov 2010


Para peniaga membersihkan premis perniagaan mereka yang dilanda banjir selepas hujan lebat di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka baru-baru ini.
----------------------------------------------

MELAKA 17 Nov. - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merekodkan tunggakan sewa bernilai lebih RM180,000 melibatkan sebahagian daripada 71 peniaga kraf tangan di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini.

Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar, Datuk Yusof Jantan berkata, ada juga di antara peniaga mempunyai tunggakan sewa sehingga lebih setahun dengan nilai mencecah RM10,000.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, pihaknya tidak mengenakan tindakan serius yang memaksa peniaga terbabit berpindah walaupun MBMB berhak berbuat demikian.

"Sebaliknya, kita masih bertolak ansur dengan peniaga-peniaga ini dengan meminta mereka menjelaskan tunggakan sewa secara ansuran.

"Oleh itu, kami berharap para peniaga dapat sentiasa bersabar dan bertolak ansur dengan MBMB apabila menghadapi kesusahan seperti kejadian banjir pada Ogos lalu," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas sikap segelintir peniaga berkenaan yang sehingga kini menuding jari dan menyalahkan pihak berkaitan apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi ekoran kejadian itu.

Dalam kejadian 1 Julai lalu, kira-kira 130 peniaga di Bazar Kraftangan dan Warisan di pusat beli-belah itu dikejutkan dengan banjir sedalam 0.2 meter ketika ingin memulakan perniagaan.

Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila makanan, pakaian dan barangan kraftangan rosak.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos lalu, 71 peniaga terbabit mendapat wang pendahuluan tuntutan insurans sebanyak RM300 setiap seorang daripada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan, Lianbang Ventures Sdn. Bhd.

Namun, pada 2 Julai lalu, satu laporan dibuat di Balai Polis Melaka Tengah oleh persatuan peniaga itu berhubung tuntutan ganti rugi yang tidak setimpal dijanjikan oleh pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.

Mengulas lanjut, Yusof meminta semua 71 peniaga terbabit membeli insurans sendiri sebagai persediaan menghadapi bencana alam pada masa akan datang.

"Saya difahamkan, daripada 71 peniaga itu hanya dua atau tiga peniaga melindungi premis mereka dengan insurans dan mendapat ganti rugi sebanyak RM5,000 daripada syarikat insurans akibat banjir itu.

"Jika mereka boleh beli insurans, mengapa tidak peniaga lain kerana ia adalah untuk kebaikan mereka sendiri," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Jambatan runtuh di Pahang, kawasan selamat UMNO


Utusan Malaysia . KUALA LIPIS 17 Nov. 2010 - Ibadah korban di tujuh kampung di Cheka Satu, dekat sini terjejas apabila jambatan kayu di Sungai Jelai runtuh dihanyutkan arus deras kelmarin. Lima penempatan yang terputus hubungan itu ialah Kampung Gemuncur, Kampung Baru, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Talus dan Kampung Batu Balak.

Difahamkan, penduduk terbabit menggunakan jambatan yang diperbuat daripada kayu balak itu sejak 20 tahun lalu untuk berulang alik menjalankan urusan harian.

Ismayatim berharap kerajaan dapat membina segera jambatan konkrit agar penduduk lebih selesa menyeberang Sungai Jelai dan tidak menghadapi kesukaran ketika musim banjir.

''Pada tahun ini sahaja, dua kali jambatan itu runtuh dihanyutkan banjir sehingga menimbulkan kesukaran kepada penduduk dan pelajar ke sekolah di Mela dan Kerambit.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm

(DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010)

Patutlah Laporan Ketua Audit Negara 2009 dedahkan banyak kelemahan di Pahang. Apakan daya, rakyat Pahang majoriti bukannya baca Laporan Ketua Audit Negara ni, TV3 , TV1 dan Utusan pun apa kisah. Kelemahan kerajaan dalam Laporan Audit di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

Harakah, Suara Keadilan dan Roket pun tak banyak siar masalah rakyat Pahang, macam dah tahu je, Pahang ni kawasan paling selamat UMNO di muka bumi ini.

Bacalah sendiri di bawah ini keluhan rakyat Pahang yang sering dipinggirkan sebab ini kawasan paling selamat UMNO di Malaysia.

Rakyat Pahang Gadai Nyawa Jambatan Gantung Usang
http://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-gadai-nyawa-jambatan.html

Dah 50 tahun penduduk Kuantan tiada air paip
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html

30 tahun penduduk Pahang minum air lumpur
http://amkns.blogspot.com/2010/06/30-tahun-penduduk-pahang-minum-air.html

Masalah pojek terbengkalai di Pahang
http://amkns.blogspot.com/2010/06/masalah-pojek-terbengkalai-di-pahang.html

Bekalan air kritikal di Pulau Tioman
http://amkns.blogspot.com/2010/06/bekalan-air-kritikal-di-pulau-tioman.html

4 tahun janji rumah kos rendah di Pulau Tioman tak siap-siap
http://amkns.blogspot.com/2010/06/4-tahun-janji-rumah-kos-rendah-di.html

Rakyat Pahang rayu bekalan air bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-rayu-bekalan-air-bersih.html

Kilang Simen di Pahang akan musnahkan Alam Sekitar
http://amkns.blogspot.com/2010/06/kilang-simen-di-pahang-akan-musnahkan.html

Penduduk Pahang derita bau busuk air najis
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-pahang-derita-bau-busuk-air.html

Pemandu van jenazah Pahang rayu rumah PPRT
http://amkns.blogspot.com/2010/06/pemandu-van-jenazah-pahang-rayu-rumah.html

Longkang di Pahang semakin besar akibat hakisan membimbangkan
http://amkns.blogspot.com/2010/06/longkang-di-pahang-semakin-besar-akibat.html

Sejak Bila TNB bertindak macam samseng ?
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sejak-bila-tnb-bertindak-macam-samseng.html

Dua budak kenit kini kesempitan hidup
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dua-budak-kenit-kini-kesempitan-hidup.html

Rakyat Malaysia paling banyak berhutang di Asia, kos hidup naik

Kuasa beli rakyat turun mendadak atau kos sara hidup naik?
Utusan Malaysia 18 Nov 2010

BARU-BARU ini, saya berkesempatan melawat seorang rakan yang bertugas di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang terletak di Kuala Lumpur. Setiap kali lawatan dibuat, kelihatan ramai orang yang keluar masuk di ibu pejabat AKPK tersebut.

Mereka adalah golongan yang meminta nasihat daripada kaunselor-kaunselor bertauliah AKPK mengenai cara-cara untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri mereka. Peranan yang dimainkan oleh AKPK cukup besar. Saban tahun, beribu-ribu orang yang memohon nasihat kewangan daripada AKPK.

Sebagai agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), bolehlah dikatakan AKPK telah banyak membantu menyelesaikan masalah kewangan rakyat Malaysia. Perkhidmatan yang diberikan pula adalah percuma.

Masalah kewangan tidak mengenal sempadan negara. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja hatta negara sekalipun. Masalah kewangan jugalah yang merupakan antara punca utama penceraian.

Ini bermakna masalah kewangan perlu ditangani bermula dari rumah lagi. Tetapi malangnya, angka-angka terbaru menunjukkan sebaliknya seperti hutang isi rumah rakyat Malaysia pada tahun 2009 berada pada tahap yang tertinggi di Asia.

Menurut laporan tahunan 2009 BNM, hutang isi rumah rakyat Malaysia berada pada paras 76.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Adakah ini bermakna rakyat Malaysia suka berhutang berbanding rakyat negara Asia yang lain?

Berhutang kini cukup mudah kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan cara moden untuk berhutang seperti penggunaan kad kredit seolah-olah ia menunjukkan kemewahan dan gaya hidup seseorang.

Mungkinkah ada faktor lain yang menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berhutang seperti kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini sehingga menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia turun mendadak?

Secara jujurnya apa yang kebanyakan kita rasai, kos sara hidup pada masa kini mengalami peningkatan berbanding pada masa yang lalu. Kadang kala kenaikan kos sara hidup ini tidak boleh diterima oleh akal kerana pendapatan rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang sama tetapi kos sara hidup meningkat begitu ketara.

Secara logiknya jika ringgit semakin kukuh kuasa beli rakyat Malaysia akan semakin meningkat. Seterusnya akan memperkukuhkan ekonomi isi rumah rakyat Malaysia. Malangnya, perkara ini tidak terjadi. Di manakah silapnya?

Adakah ini bermakna, lebih baik ringgit berada pada tahap yang rendah agar eksport negara akan dapat ditingkatkan seterusnya memperhebatkan lagi perdagangan negara kita?

Inilah strategi yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar di dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan China agar mata wang mereka berada pada tahap yang rendah. Perang mata wang di antara mereka menyebabkan China dipersalahkan sedangkan AS juga berminat supaya mata wang mereka berada pada tahap yang rendah.

Tetapi sekali lagi persoalannya, perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Ketika kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan pendapatan rakyat Malaysia melalui Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), adalah wajar ia seiring dengan peningkatan kuasa beli yang tinggi. Fokus utama adalah kos sara hidup.

Justeru, jika kerajaan telah menubuhkan makmal-makmal khas berkaitan dengan ekonomi seperti makmal rasionalisasi subsidi, usaha ini seharusnya dipanjangkan untuk menubuhkan satu makmal khas yang lebih utama lagi bagi meningkatkan kuasa beli rakyat pada kos sara hidup yang rendah.

Makmal ini berperanan untuk mengkaji bagaimana untuk mempertingkatkan kuasa beli rakyat selain daripada meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Di samping itu, makmal ini perlu mencadangkan pelbagai mekanisme untuk memastikan kos sara hidup rakyat pada tahap yang rendah.

Mekanisme-mekanisme ini mestilah realistik dan praktikal, seterusnya dirasai oleh semua pihak terutama majoriti rakyat yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

Dengan penubuhan makmal ini, kerisauan rakyat mengenai kos sara hidup yang sering membelenggu rakyat Malaysia dapat dikurangkan, seterusnya nikmat kemakmuran ekonomi dapat dirasai oleh mereka.

Rohami Shafie
Kolej Perniagaan (COB)
Universiti Utara Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

MB N.Sembilan meriahkan Deepavali, suramkan Idil Adha


Dari Blog Singalautmetro - Thursday, November 18, 2010

500 BANNER UCAPAN DEEPAVALI DARIPADA MB N. SEMBILAN MASIH TERGANTUNG. BANNER MB UCAP SELAMAT AIDLADHA SEKEPING PUN TAK ADA! KATA orang seolah-olah mahu mencari salah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. Kata yang lain pula apa lagi yang tak puas hati terhadap menteri besar itu.

Soalnya bukan mahu mencari salah, tapi salahkah hati kalau muskyil melihat sesuatu yang tidak kena. Pertama, tindakan menggantung banner lebih 500 keping mengandungi gambar Menteri Besar di bandar Port Dickson menyampaikan ucapan Deepavalinya kepada kaum India, adalah satu sifat terpuji. Itu tanda sebagai menteri besar Melayu, beliau tidak melupakan rakyat dari kaum yang lain.

Deepavali dah 12 hari, lebih 500 banner masih tergantung. Untuk Aidiladha sekeping habuk pun tak ada.

Yang muskyilnya kini, sehingga ke hari ini banner itu masih tergantung, sedangkan Deepavali telah lebih 12 hari berlalu. Pada masa yang sama, tak ada sekeping banner pun yang tergantung mengucapkan salam atau selamat menyambut Aidiladha di lokasi serupa - sepanjang jalan dari Lukut, bandar Port Dickson membawalah ke Teluk Kemang. Ini cerita hari ini sehingga jam 12 malam tadi!

Kalau tak ditegur tak boleh, tapi kalau ditegur dikatanya kita mencari salah. Soalan sinis saya ialah, undi orang Melayu di Port Dickson khasnya, tidak bernilai lagikah?

Sumber dan gambar banner Deepavali MB N.Sembilan di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/500-banner-ucapan-deepavali-daripada-mb.html

Presiden PAS sembelih lembu gergasi



‘Awang’ lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha

Utusan Malaysia 18 Nov 2010

Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam.
--------------------------------------

MARANG 17 Nov. – Taman Safiah Murni, Bukit Payung dekat sini tiba-tiba gempar diserbu kira-kira 1,500 orang gara-gara ‘Awang’ dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung itu.

Seawal pukul 9 pagi lagi, perkarangan Surau Taman Safiah Murni dipenuhi orang ramai semata-mata mahu melihat dari dekat lembu dari jenis Charolais Mega itu disembelih.

Ekoran saiznya yang besar berbanding lembu biasa dan dipercayai di antara lembu terbesar dan terberat di negeri ini dengan memiliki berat mencecah 1,500 kilogram, Awang menjadi tarikan orang ramai sejak ia tiba di kampung berkenaan beberapa hari yang lalu.

Awang yang seolah-olah memahami ia bakal disembelih, tidak banyak kerenah walaupun lensa kamera orang ramai tidak putus-putus mengambil gambarnya untuk dibuat kenangan.

Menurut Pengerusi Surau Taman Safiah Murni, Mohd. Zainasir Taid,45, dia tidak menyangka taman perumahan tersebut sesak gara-gara orang ramai ingin melihat lembu gergasi itu.

Katanya, acara penyembelihan tersebut merupakan acara tahunan penduduk di kampung itu bagaimanapun pada tahun ini berbeza dan lebih meriah ekoran kehadiran Awang.

“Sebelum ini saya hanya berbincang dengan pemilik lembu ini yang merupakan rakan saya sejak kecil lagi. Ketika itu dia bertanya sekiranya mahu mengambil bahagian untuk korban lembu tersebut. Jadi tanpa fikir lama saya terus bersetuju.

“Tak sangka begitu ramai orang datang ke sini semata-mata untuk lihat Awang disembelih,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika di temui di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahli Parlimen Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyempurnakan acara penyembelihan tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang keunikkan lembu berusia tiga tahun 10 bulan itu yang dibela oleh seorang penternak warga emas, Omar Abu Bakar, 68, dari Kampung Paya Datu, Manir pada bulan Februari lalu.

Lembu sepanjang 2.8 meter (m) dengan tingginya pula kira-kira 1.5m itu dibeli oleh Omar pada Januari dua tahun lalu dengan harga RM4,200 dan ketika itu beratnya sekitar 500kg sahaja.

Ketika acara tersebut, Omar yang turut berada dan melihat lembu kesayangannya itu disembelih mengakui terasa hiba memandangkan telah menjaganya sejak dua tahun lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

11/16/10

Tak Patriotik tak jadi tentera, tak guna Proton, minum Coke?

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO kata bukan Melayu kurang patriotik kerana tak ramai sertai tentera. Macamana pula Melayu yang tak guna Proton? Melayu yang tak melancong dalam negeri? Melayu bila ditemuramah tak tahu cakap Bahasa Melayu dalam TV? Melayu yang makan di McDonald? Melayu yang gunting rambut di kedai bukan Melayu? Melayu yang celup rambut warna merah? Adakah Melayu Melayu ini kurang patriotik?

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Selasa yang dilihat oleh sesetengah pihak seolah-olah menggambarkan “bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik”.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm&arc=hive


MUNGKIN apa yang dikatakan baru-baru ini di Parlimen oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bangsa bukan Melayu yang kurang patriotik kerana tidak ramai menyertai tentera telah menimbulkan kontroversi, sehinggakan ramai yang mempertikaikan kenyataan itu. Kontroversi itu juga menyebabkan Kabinet mendesak Zahid menjelaskan isu ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Di Johor sekolah pun tak siap siap, bukan masjid je


Siapalah wakil rakyat yang buat janji nak buat sekolah kat Taman Scientex di Johor ni dah enam tahun tak nampak bayang lagi. Nampaknya bukan masjid sahaja yang tak siap-siap di Johor tapi sekolah pun tak siap-siap di Johor. Apakan daya, Johor kan kawasan selamat UMNO, UMNO sedang sibuk di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, Najib sendiri kata tak perlu banyak dampingi rakyat di kawasan selamat.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Cerita masjid tak siap-siap di Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-johor-pun-masjid-tak-siap-siap-mana.html

Cerita masjid tak siap-siap di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/09/masjid-projek-bn-di-terengganu-tak-siap.html

Janji enam tahun belum dikota

TAMAN SCIENTEX - Penduduk sekitar taman perumahan di sini menuntut janji yang ditaburkan pihak bertanggungjawab untuk membina Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama sejak enam tahun lalu.

Pengerusi Rukun Tetangga Jalan Pelanduk, Sarjana Mohd Sharif berkata, janji untuk membina sekolah tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga enam tahun sekiranya pihak bertanggungjawab kerana kemudahan itu sangat diperlukan penduduk.

Menurutnya, tapak sekolah yang dicadangkan bersesuaian dengan kepadatan penduduk kini mencecah sehingga 35,000 orang yang menghuni tujuh taman perumahan sekitar Taman Scientex.

“Kami sudah menghantar surat kepada beberapa pihak untuk menggesa mereka mempercepatkan pembinaan sekolah seperti yang dijanjikan, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk menamatkan pertanyaan penduduk.

“Anak-anak kami terpaksa berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok dan SK Cahaya Baru lebih kurang lima kilometer dari rumah, manakala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Masai lebih kurang tujuh kilometer setiap hari,” katanya.

Sarjana berkata, melalui tinjauan yang dibuat kebanyakan pelajar yang bersekolah tidak selesa berikutan kepadatan murid dalam setiap kelas.

Menurutnya, dianggarkan sehingga 400 murid tidak ke Sekolah Agama kerana kurang selesa dengan keadaan kelas yang dimuatkan hampir 90 murid sekali gus.

“Sesetengah ibu bapa tidak mahu menghantar anak ke Sekolah Agama berikutan jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu kelas sehingga menyukarkan sesi pembelajaran.

“Kami meminta pihak berkenaan agar segerakan projek membina sekolah seperti yang dijanjikan sejak enam tahun lalu memandangkan tapak sudah ada dan menjadi keperluan penduduk di sini,” katanya.

Seorang penduduk, Norazrin Abd Rahman berkata, kebanyakan penduduk yang menetap di taman perumahan ini bukan dalam kalangan keluarga senang, sebaliknya ada yang mempunyai sehingga tujuh orang anak.

“Bayangkan sekiranya sebuah keluarga mempunyai tujuh anak yang bersekolah, begitu besar kos yang terpaksa disediakan untuk bayaran tambang bas sekolah sahaja.

“Sekiranya sekolah di tapak ini dibina, anak-anak kami dapat ke sekolah dengan basikal dan kami juga boleh menghantar mereka dengan motosikal kerana dekat dengan kediaman,” katanya.

Norazrin berkata, penduduk hairan kenapa tapak sekolah yang sesuai dibina sekolah terbiar begitu sahaja sehingga enam tahun lamanya, sedangkan sekolah baru boleh dibina di Taman Nusa Damai.

Menurutnya, walaupun taman itu bersebelahan dengan perumahan yang didiami, tetapi kedudukan sekolah itu agak jauh ke dalam sehingga tujuh kilometer dari rumah penduduk.

Pengerusi Biro Pelajaran Pasir Gudang, Ahmad Daud yang menerima memorandum daripada penduduk untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjanji akan memberikan sebarang keputusan bersabit perkara itu dalam masa sebulan.

Beliau menyokong supaya kerajaan mempercepatkan pembinaan sekolah di tapak yang disediakan di kawasan itu memandangkan kepadatan penduduk yang mencecah sehingga 35,000 orang.

Menurutnya, jarak dari rumah ke sekolah yang agak jauh dan keadaan sekolah yang sedia ada mengalami kepadatan pelajar memang wajar projek membina sekolah di kawasan itu dipercepatkan.

“Saya akan menyerahkan memorandum yang menjadi harapan penduduk ini kepada Ahli Parlimen agar dapat diketengahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sebarang keputusan dalam masa sebulan,” katanya.

Sementara itu, satu lagi memorandum diserahkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad yang akan disampaikan terus kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7757870.asp