CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

12/30/10

Harga getah naik, jenayah curi getah pun naik


Zakat dah bayar ke belum? Dah pergi haji ke belum? Kalau belum, dah buat simpanan untuk tunai haji ke belum? Sanak saudara, jiran tetangga yang susah sudah dibantu ke belum?

KES CURI GETAH SEKERAP SEMAKIN BERLELUASA
Thursday, December 30, 2010

SEBELUM ini dilaporkan kecurian getah sekerap atau nama lainnya, getah beku atau 'lantun' di kalangan peneroka felda mejadi-jadi di beberapa kawasan di negara ini, termasuk di Sarawak, Muar, Port Dickson, Melaka dan Tanjung Malim.

Kini, kecurian getah yang sama juga dilaporkan berlaku di Felda Lubuk Merbau, Kedah menyebabkan beberapa peneroka kehilangan hasil sekelip mata.

Kes kecurian yang dikatakan meningkat itu dipercayai ada kaitan dengan kenaikan harga getah beku kebelakangan ini sehingga mencecah lebih RM7 sekilogram.

Di Felda Lubuk Merbau, pengurusannya terpaksa meminta bantuan Rela selain mengadakan kawalan sukarela sesama peneroka bagi mengatasi masalah itu. Seorang mangsa, Mohamad Hasan, 58, mendakwa dia pernah sekali kehilangan getah sekerap seberat 70 kilogram.

Peneroka yang lain, Mohamad Ali, 58, pula kehilangan 100 kilogram. Pengurus Felda itu, Abdul Sukor Jalaludin, berkata pihaknya maklum dengan kegiatan jenayah mencuri getah sekerap itu dan telah pun memaklumkannya kepada pihak berkuasa selain meminta bantuan Rela untuk membuat kawalan.

Dalam kes di Tambak Bugis, Melaka baru-baru ini, kecurian dikatakan berlaku pada sebelah malam dan purata kehilangan getah akibat dicuri mencecah 50 kilogram bagi sesebuah kebun.

Demikian penjenayah tidak pernah memilih barangan untuk dicuri. Asal dapat ditukarkan menjadi duit, getah sekerap yang busuk itu pun mereka sanggup usung malam-malam buta semata-mata untuk mendapat keuntungan mudah.
http://singalautmetro.blogspot.com/2010/12/kes-curi-getah-sekerap-semakin.html

RISE IN RUBBER THEFTS
NST 2010/12/30

PADANG TERAP: About 700 settlers in Felda Lubuk Merbau here are thankful for the surge in the price of rubber.

Earlier this month, the price of the commodity rose to between RM6.80 and RM7.20 per kg compared with RM5.30 and RM5.50 per kg previously.

The good news, however, came with one unexpected problem which is the rising theft of coagulated rubber.

One victim who had rubber stolen from his plantation was Mohamad Hassan, 58.

"The thieves would steal it in small quantities.

"They came when there was no one at the plantation and took 70kg.

"I learned that some of my friends were also facing this problem."

Another victim, Mohamed Ali, 58, said thieves took 100kg of rubber from his plantation last month.

"I immediately lodged a report with the Lubuk Merbau Felda management.

"Some of my friends are also facing similar problems," he said, adding that most cases were not reported as they involved only a small quantity of rubber.

Following the rise in rubber-related thefts, the Tekai Kiri People's Volunteer Corps has deployed 200 volunteers to tackle the problem.

"We will go round the estate to catch the thieves," its chief, Md Sani Bakar, said.

Lubuk Merbau Felda manager Abdul Sukor Jalaludin said he was aware of the problem.

"I was told by the settlers and the management has already taken preventive measures.

"Besides requesting help from Rela, we have also informed the police to patrol the estate."

http://www.nst.com.my/nst/articles/29rub/Article

12/29/10

Klinik Bot Bergerak, Orang Sarawak nak Sekolah lah


Malang, malang, malang sungguh rakyat Sarawak. Negerinya besar, luas dan kaya, tapi hanya 2 buah sekolah berasrama penuh sahaja. Ada 2 pun, satu tidak selamat dan bahaya untuk digunakan, roboh sana, retak sini, nak runtuh. Pelajar SM Sains Miri mungkin dipindahkan 120 km dari sekolah asal. ORANG NAK SEKOLAH LAH, BUKAN NAK KLINIK BOT BERGERAK !

KLINIK BOT BERGERAK HIBRID TAHUN DEPAN: NAJIB - Berita Harian 28 Dis 2010

SBP Miri yang terabai….
Lihatlah sendiri senarai SBP di Malaysia dan begitu besarnya negeri Sarawak, kita cuma mempunyai 2 buah SBP berbanding dengan negeri-negeri lain yang jauh lebih kecil namun mereka mempunyai dua tiga buah malah Selangor mempuyai begitu banyak SBP.
http://dygsenandung.wordpress.com/2010/12/29/sbp-miri-yang-terabai/

PIBG SM Sains Miri bantah keras cadangan pindah sekolah
Sumber itu mendedahkan sebahagian besar daripada bangunan sekolah termasuk Dewan Sri Pahlawan tempat mesyuarat khas diadakan mengalami keretakan di bahagian dinding dan lantai.
http://sarawakupdate.com/home/local-news/pibg-sm-sains-miri-bantah-keras-cadangan-pindah-sekolah/

Perpindahan SM Sains Miri belum diputuskan
MIRI 28 Dis. – Keputusan sama ada pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Miri di Bakam akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar di Lapok, Baram atau sebaliknya akan diketahui tidak lama lagi.
http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2010/12/29/perpindahan-sm-sains-miri-belum-diputuskan/

SM Sains Miri: Don't do it, Muhyiddin
Close the school, move the kids out, but NOT 120km away, please! The news portal Sarawak Update says the parents of 400 students are upset with the Deputy Prime Minister and Education Minister Muhyiddin Yassin for agreeing to this.
http://rockybru.com.my/2010/12/sm-sains-miri-dont-do-it-muhyiddin.html

Muhyiddin GAGAL Selesai Isu SEKOLAH TUMPANG

Di Seremban sahaja ada 3 BUAH Sekolah Tumpang. Dah lebih 4 tahun sekolah menengah ini menumpang bangunan sekolah lain. 4 TAHUN ! Sampai bila masalah ini nak selesai. Itu baru di Seremban belum lagi bandar lain, negeri lain. Inilah silap mata yang sering dimainkan media. Klinik 1Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan. Ni nak masuk sesi Sekolah Tahun 2011.

Sekolah Tumpang tersebut ialah Sekolah Menengah Senawang 3 , Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 dan Sekolah Menengah Warisan Puteri.

Artikel sebelum ini , Silap mata Klinik 1Malaysia, orang nak Hospital lah http://amkns.blogspot.com/2010/12/silap-mata-klinik-1malaysia-orang-nak.html

21 Julai, 2009 21:06 PM
Tidak Akan Ada Lagi Masalah Sekolah "Tumpang", Kata Muhyiddin

SEREMBAN, 21 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran akan memastikan isu sekolah menumpang di premis sekolah lain tidak akan berlaku lagi di masa hadapan kerana ia menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

"Saya berharap trend ini tidak akan berlaku dan kita perlu memastikan jumlah bilik darjah mencukupi supaya ia dapat menampung keperluan mendesak pelajar,'' katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang di sini Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas keadaan sekolah yang dilawati itu ditumpang oleh Sekolah Menengah Senawang 3 sejak tiga tahun lepas.

Sekolah lain yang turut terlibat dalam isu menumpang itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 dan Sekolah Menengah Warisan Puteri di sini.

"Kita mahu pastikan semua sekolah di negara ini mempunyai bilik darjah yang mencukupi tetapi kadang kala kita kurang pasti kerana ketika sekolah itu dibangunkan pada peringkat awal tiada kediaman yang banyak (di kawasan itu)," katanya.

Muhyiddin berkata lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang itu adalah untuk melihat sendiri bagaimana pengajaran bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik dijalankan di sekolah itu selain melihat aktiviti sukan dan ko-kurikulumnya.
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=427051

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN WARISAN PUTERI
http://www.ppdseremban.net/viewpage.php?page_id=56
http://smkwp.blogspot.com

Silap mata Klinik 1Malaysia, orang nak Hospital lah

Klinik 1Malaysia dicanang setiap hari dalam media. Walhal Klinik 1Malaysia ini hanya rawatan paling asas dan demam biasa. Sakit lain perlu rujuk hospital, antibiotik pun klinik 1Malaysia tak ada. Orang nak Hospital bukan Klinik 1Malaysia. Orang nak Sekolah bukan Klinik Bot Bergerak.

Mana pergi Hospital Rembau yang dijanjikan semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008? Mana pergi bangunan Sekolah Menengah Senawang 3 yang masih lagi menumpang sejak tahun 2007 di SMK Senawang?

Rakyat nak sekolah yang cukup. Rakyat bukan nak 2 orang guru satu kelas. Adakah bilangan guru terlalu ramai, tapi bilangan sekolah tak cukup, menyebabkan datang cadangan bijak menempatkan 2 guru satu kelas?

Adakah Klinik 1Malaysia, Klinik Bot Bergerak hanya Silap Mata? Orang Sarawak nak jambatan dan jalan yang elok supaya mudah ke hospital.

Berapa banyak sekolah tumpang ada di Malaysia sekarang?

Berapa banyak hospital yang tak siap di Malaysia sekarang?

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG 3
Taman Marida, 70450 Seremban.
http://www.ppdseremban.net/viewpage.php?page_id=58

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG 3
Pada 3 Jan 2007, bermulalah sesi persekolahan pertama SMK Senawang 3 pada sesi petang dengan menumpang di SMK Senawang.
http://smksenawang3.freehostia.com/frame/info.htm

DUA GURU 1 KELAS
Berita Harian 13 Dis 2010
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. http://www.bharian.com.my/articles/Duaguru1kelas/Article/

MANA HOSPITAL REMBAU YANG DIJANJIKAN TAHUN 2008
Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau.
Kisah selanjutnya di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

KLINIK BOT BERGERAK HIBRID TAHUN DEPAN: NAJIB
Berita Harian 28 Dis 2010
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur.
http://www.bharian.com.my/articles/KlinikBotBergerakhibridtahundepan_Najib/Article/

12/28/10

MB N.Sembilan gadai tanah ladang rakyat miskin?



Demikianlah tajuk pada kain rentang penduduk kampung di Jempol , Negeri Sembilan yang amat kecewa dengan janji kerajaan Barisan Nasional sejak 20 tahun lalu dan sudah 4 kali pilihanraya.

*********************
RAKYAT TAGIH JANJI HAK MILIK TANAH
Sinar Harian

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

“Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

“Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya,” katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

“Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti,” katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

“Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia,” katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

“Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

“Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris,” katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

“Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran,” katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

“Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7566955.asp

Sumber gambar bertarikh 28 Dis 2010 dari http://www.humanrightspartymalaysia.com/2010/12/28/getco-negeri-sembilan-poor-indian-some-malay-planters-denied-10-acre-felda-like-land-ownership-beginning-of-downfall-of-umnobn-in-negeri-sembilan/


Isa Pengerusi Felda, Shaziman MB N.Sembilan, Mad Hasan Kabinet?


Apakah rahsia disebalik perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda? Adakah ini ada kaitan dengan kemenangan tipis BN dalam Pilihanraya 2008 yang dikaitkan dengan kesilapan percaturan Mohamad Hasan memilih calon?

Apakah perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda untuk menguatkan pengaruh Umno di Felda dalam Negeri Sembilan yang semakin hari mendapat tentangan dari peneroka? Adakah perlantikan Isa Samad akan memudahkan perlantikan Menteri Besar yang baru tanpa pengaruh dari Isa Samad dan Mohamad Hasan?

Adakah Mohamad Hasan akan dilantik ke jawatan Menteri Kabinet sekiranya dia menang kerusi Parlimen selepas PRU 13?

Adakah Dato Shaziman akan dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya dia menang kerusi DUN selepas PRU13?

Adakah ini ada kaitan dengan artikel sebelum ini bertajuk Pakatan Rakyat Sukar Tawan N.Sembilan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/07/pakatan-rakyat-sukar-tawan-nsembilan.html

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan terus diberikan kepercayaan menerajui UMNO Negeri Sembilan

December 28, 2010

Bagi negeri-negeri lain Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberikan kepercayaan untuk mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dibantu oleh Datuk Shaziman Abu Mansor selaku Timbalan Pengerusi .

12/27/10

Program memalukan dari BN di Negeri Sembilan?

Apakah program memalukan dari BN di Negeri Sembilan tersebut? Cerita penuh pada pautan berikut http://koloparit.blogspot.com/2010/12/program-memalukan-dari-bn.html

Car Wash AMAL 20 Jan 2011 Seremban

PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Peta ke Pasti Hasanah pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

Kenali calon PAS untuk Parlimen Rembau PRU 13

Siapakah calon-calon yang PAS akan ketengahkan untuk Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka pada tahun 2011 atau 2012 untuk kawasan Parlimen Rembau? Ulasan lanjut pada pautan berikut http://mohamadhusaini.blogspot.com/2010/12/pas-rembau-punyai-ramai-tokoh-berwibawa.html

Khairy Jamaluddin harus bersiap awal sekiranya masih lagi mahu bertanding di Parlimen Rembau.

12/26/10

Ceramah Tn Guru Nik Razi 1 Jan 2011 Seremban


CERAMAH TAHUN BARU
Bersama Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, Pengasas Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 1 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau As-Sibian Taman Dusun Setia, Seremban
Waktu : Selepas Maghrib (7.30 mlm)

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ghazali 013-3681062 / 019-6351519

Ceramah Md Sabu 4 Jan 2011 Seremban


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Bersama :
Tn. Hj. Mohd Sabu
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Chegubard
YB Loke Siew Fook
Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 9 Malam
Tempat : Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

12/25/10

Ceramah Mesra PKR 31 Dis 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Mustaffa Kamil Ayub (MPP PKR)
Dr. Muhammad Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR Pusat)

Datang beramai-ramai

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/12/ceramah-umum-n9.html

Bekas Ketua Pemuda di Rembau mohon bantuan kebajikan?

Sebuah Blog melaporkan seorang bekas Ketua Pemuda Umno satu cawangan di Rembau telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau benar, eloklah Ketua Pemuda Umno Pusat yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Bahagian Umno Rembau melawat bekas Ketua Pemuda Cawangan Umno ini untuk menyegerakan bantuan. PAS dan PKR pun boleh ziarah bekas Ketua Pemuda Cawangan Umno ini dan membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Nak tahu bekas Ketua Pemuda Umno cawangan mana yang disebut dalam Blog tersebut, sila ke pautan berikut http://bintongan.blogspot.com/2010/12/bekas-ketua-pemuda-umno-cawangan-kg.html

12/24/10

Pemimpin Umno ajar rakyat tak hormat peraturan jalanraya


Macamana remaja nak hormat polis, nak hormat peraturan jalanraya di Malaysia ini kalau pemimpin Umno sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik apabila turun padang bertemu rakyat. Jangan salahkan remaja kita dan rakyat tidak memakai topi keledar.

Gambar Menteri Besar N.Sembilan tak pakai topi keledar bawa motosikal di http://amkns.blogspot.com/2010/12/mb-nsembilan-ajar-mat-rempit-cara.html

Gambar Timbalan Perdana Menteri tak pakai topi keledar membonceng motosikal di http://pasns.blogspot.com/2009/11/tim-perdana-menteri-tunjuk-contoh-naik.html

***********

TAK HIRAU KESELAMATAN

Berita Harian 24 Dis 2010

Kurang tindakan penguatkuasaan punca ramai tidak pakai topi keledar di Pekan Chaah

SEGAMAT: Sengaja tempah bahaya! Itulah tindakan dilakukan kebanyakan penunggang motosikal di pekan ini terutama golongan remaja yang tidak mengendahkan peraturan pemakaian topi keledar sebagai pelindung keselamatan ketika menunggang kenderaan itu di jalan raya.

Tinjauan Edisi Johor mendapati tidak kurang daripada 10 penunggang motosikal dipercayai dari kawasan perumahan berdekatan, sama ada yang menunggang bersendirian atau membawa pembonceng yang tidak memakai topi keledar, bebas berlegar-legar di tengah pekan ini.

Apa yang menghairankan, mereka yang secara terang-terangan melanggar peraturan lalu lintas itu tidak merasa takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa terutama terdapat Balai Polis Chaah, di sini berada betul-betul di tengah pekan terbabit. Masalah itu menimbulkan rungutan sebahagian besar orang ramai di pekan ini yang berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas penunggang motosikal yang mengingkari peraturan berkenaan bagi keselamatan nyawa mereka sendiri.

Peniaga cendol, P Muthusamy, 54, berkata masalah berkenaan sebenarnya sudah berlarutan di pekan terbabit dan mengakui kurangnya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa menjadikan amalan berkenaan terus berleluasa hingga sekarang.

“Ia sebenarnya pemandangan biasa di pekan ini sejak 10 tahun lalu. Sebahagian besar penunggang motosikal terutama yang tinggal berdekatan pekan ini tidak memakai topi keledar ketika membeli-belah di pasar dan berurusan di pejabat pos terletak di tengah pekan ini.

“Memang ada balai polis di tengah pekan ini, namun saya jarang melihat pihak berkuasa bertindak terhadap penunggang motosikal itu malah mereka bebas lalu di depan balai polis berkenaan tanpa sebarang rasa takut dikenakan tindakan,” katanya.
Penduduk Marzuki Pariman, 44, menuntut supaya penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil pihak polis di pekan terbabit bagi membendung masalah berkenaan selain mendidik golongan penunggang motosikal supaya patuh kepada undang-undang jalan raya.

“Saya berharap pihak polis di pekan ini dapat mengadakan sekatan jalan raya secara berterusan selepas ini bagi menahan dan mengenakan tindakan saman ke atas penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan keselamatan berkenaan sebagai pengajaran kepada mereka.

“Walaupun nampak tegas, tindakan ini wajar diambil bukan saja bagi mendidik mereka supaya lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan malah lebih menghargai nyawa dan keselamatan diri mereka sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takhiraukeselamatan/Article

12/23/10

Padan muka aku. Mahasiswa, tolong renungkan dan sebarkan

Padan muka aku

Oleh Aspan Alias http://aspanaliasnet.blogspot.com

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja bekerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua!

Sumber : http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku.html

12/22/10

Kerajaan BN Juara tak bayar elaun Pegawai Banci


MASIH TUNGGU DUIT BANCI PENDUDUK

Utusan Malaysia 22 Dis 2010 - Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Demi mencari pengalaman baru dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya.

Setelah bertungkus lumus selama hampir tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos, akhirnya beliau telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Lebih manis lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri.

Aidilfitri dan Aidiladha telah pun berlalu namun isteri saya masih belum menerima sebarang bayaran walaupun satu sen. Kini musim kembali ke sekolah telah tiba. Justeru kami sangat berharap pihak berkenaan dapat melangsaikan pembayaran elaun agar kami dapat menampung perbelanjaan di saat yang mendesak ini.

Bela Isteri
Kuala Kangsar, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Juga kisah Pegawai Banci belum terima elaun sebelum ini :

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku
http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-bn-belum-bayar-elaun-pembanci.html

Beribu Pegawai Banci Belum Dapat Elaun dijanjikan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/beribu-pegawai-banci-belum-dapat-elaun.html

Pahang, Juara Masjid Roboh?


Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Pahang di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

***********************
MASJID HAMPIR ROBOH

Berita Harian 22 Dis 2010


Sidek (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan siling masjid yang terkopak dan uzur di kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling.Penduduk Kampung Kuala Sat minta rumah ibadat baru

JERANTUT: Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk. Tinjauan Berita Harian mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar untuk mereka mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor.

Selain itu, masjid itu yang terletak di pesisir Sungai Tembeling kini mengalami banyak kerosakan terutama pada dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor dan dikhuatiri tidak mampu menampung kira-kira 700 jemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata kerajaan negeri sepatutnya menyediakan peruntukan membina masjid baru kerana penduduk sudah mewakafkan tanah seluas dua hektar.

“JKKK Kuala Sat dan Jawatankuasa masjid ini pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hingga ke hari ini hasrat kami tidak kesampaian.
“Sudah 15 tahun kami mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk kecewa apabila permohonan tidak diendahkan sedangkan di kampung berdekatan sudah mendapat masjid baru pada tahun lalu sedangkan jumlah penduduknya kecil.

Sidek yang akan bersara sebagai ketua kampung akhir bulan ini berkata pihak berwajib pernah berjanji untuk membantu membina masjid baru, tetapi sehingga hari ini sebatang tiang pun belum kelihatan dan mencetuskan tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Pengerusi masjid berkenaan, Shaharuddin Mat Taha, 42, berkata, struktur masjid lama itu sudah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan kerana ia boleh roboh pada bila-bila masa.

"Awal bulan ini, sebahagian ruang masjid roboh selepas jemaah menunaikan solat akibat tiang dan rasuknya reput dimakan anai-anai,” katanya.

Penduduk, Siti Aminah Abdullah Hashim, 51, berkata, penduduk mengharapkan sebuah masjid baru yang selesa untuk melaksanakan solat dan program dakwah.

Katanya, keadaan persekitaran dalam dan luar masjid yang tidak ceria juga mengundang ketidakselesaan pelawat dan musafir yang kerap singgah di kampung berkenaan.

Seorang warga emas, Mahasan Awang Besar, 90, berkata, masjid itu kerap dibaiki hasil sumbangan kewangan dan kudrat penduduk sejak sebelum merdeka.

"Sehubungan itu, saya harap kerajaan negeri membina masjid baru di tanah wakaf yang kami sediakan supaya jemaah lebih selesa beribadat kepada Allah,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masjidhampirroboh/Article

12/20/10

Apa sudah jadi RM19 juta kawasan industri N.Sembilan?




Apa sudah jadi dengan projek Kawasan Perindustrian Chembong di Rembau , Negeri Sembilan yang kosnya sebanyak RM19 juta yang bermula sejak tahun 2002? Setakat Disember 2010 kawasan tersebut telah dipenuhi semak samun dan pokok liar. Apakah pelabur sudah hilang minat melabur di Negeri Sembilan, khususnya di Rembau?

Laman wen PKNNS Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan yang meguruskan projek Kawasan Perindustrian Chembong ini pun tidak dikemaskini sejak tahun 2008, dengan berita terakhir ialah ucapan Ramadhan. ( http://www.ns.gov.my/pknns 01.09.2008 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam)

EXISTING INDUSTRIAL AREAS
Chembong Industrial Park
http://www.nsic.com.my/industrial.html

SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad.

He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.

Sales of the industrial lots to interested buyers have already begun, he told reporters after chairing a meeting with the Board of Directors of PKNNS here today.

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-26080998_ITM

PKR terus mendapat sambutan di N.Sembilan, Rahsianya?

Walaupun PKR dan Pakatan Rakyat dibelasah setiap saat di media arus perdana, namun pengaruh PKR dan Pakatan Rakyat terus berkembang di N.Sembilan. Nak tahu punca atau rahsianya? Walaupun PKR terdapat kelemahan, namun rakyat sudah muak dengan BN khususnya UMNO yang tidak menunjukkan perubahan ketara mendekati rakyat. Tak percaya? Tengoklah sendiri cawangan, bahagian dan pimpinan UMNO di N.Sembilan.

****************************

PKR Rasah buka Ranting Bandar Enstek di Dun Labu http://pkrn9.blogspot.com/2010/12/pkr-rasah-buka-ranting-bandar-enstek-di.html

Pada 18 Disember 2010 (Sabtu) lepas, PKR Cabang Rasah telah berjaya membuka sebuah lagi Ranting Bandar Enstek di Dun Labu. Perasmian ranting tersebut telah dibuat dalam suatu majlis minum petang bersama pimpinan

Cabang Rasah yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Rasah, YB Loke Siew Fook, Pengerusi MPN Negeri Sembilan YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Adun Chuah YB Chai Tong Chai, Adun Ampangan YB Rashid Latiff, Ketua Cabang Rasah Hj Muhammad Kamel Yassin, Setiausaha MPN Negeri Sembilan Sabaruddin Mohd Yassim dan beberapa AJK Cabang Rasah.

Majlis jamuan minum petang tersebut bermula tepat jam 2.00 petang telah dihadiri 80 orang anggota Cabang Rasah dan penduduk sekitar. YB Dato' Kamarul dalam ucapannya menegaskan usaha menawan Dun Labu harus dipergiatkan dan dengan kewujudan Ranting Bandar Enstek ini telah menambah sokongan ke arah matlamat tersebut. Beliau menyatakan sekiranya Dun Labu berjaya ditawan dan dimenangi oleh PKR, maka seluruh Negeri Sembilan akan turut dapat dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Beliau turut menyeru supaya rakyat di Dun Labu khususnya di Bandar Enstek sama-sama memberi mandat kepada PR untuk mentadbir negeri ini akan datang. Beliau turut mengambil contoh kemajuan dan kemudahan negeri Selangor yang diperintah di bawah kerajaan PR antaranya pemberian air percuma 11 meter padu. Bandar Enstek hanya bersebelahan dan bersempadan dengan negeri Selangor yang cuma dipisahkan oleh jaringan pencawang eletrik tetapi melihat perbezaan ketara kemudahan yang diterima dari Negeri Sembilan berbanding Selangor.

Walaupun Adun Labu yang juga seorang Exco Kerajaan Negeri tetapi tiada perubahan besar yang mampu dibawa sedangkan Bandar Enstek dan Dun Labu berhampiran dengan kawasan pesat sekitar KLIA. Dato' Kamarul turut mengambil contoh yang berlaku di Dun Linggi yang wakil rakyat juga seorang Exco Kerajaan Negeri tetapi kawasan tersebut masih ketinggalan jauh daripada pembangunan.

"Jika dilihat dari satelit atau kapal terbang, kalau dari Bandar Melaka sampai ke sempadan Linggi cerah dengan lampu-lampu jalan, yang gelap-gelita selepas masuk sempadan Negeri Sembilan itulah Linggi!" tegas beliau sebagai memperlihatkan jauhnya ketinggalan kawasan Linggi daripada nikmat pembangunan.

Majlis petang itu tamat jam 5.00 petang.

YB Rashid, ADUN Ampangan dalam akhbar Warkah Keadilan


12/18/10

DUN Tenang, adakah Melayu dan rakyat Johor terbela?


Ibu tunggal miskin rayu simpati - Utusan Malaysia
KULAIJAYA 17 Dis. 2010 - Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu tunggal, Jumiyam Ahmad, 50, dari Kampung Batu 36, dekat sini untuk mengubah kehidupannya yang serba miskin selain mengharapkan kecemerlangan pelajaran anak-anak. Bagaimanapun, dia hanya mampu merenung nasib dan menyerah kepada takdir kerana anak-anaknya yang tergolong sebagai pelajar pintar tidak menerima sebarang biasiswa. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun bank RHB Jumiyam di nombor 10131600049620.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 banyak mendedahkan kelemahan pentadbiran Kerajaan BN Johor. Iaitu kelemahan-kelemahan di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS), Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir, Prestasi Kemasukan Pelancong, Prestasi Pengurusan Kemudahan Awam, Pusat Internet E-Desa,Pengurusan Program Bantuan Rumah, Program Pemesatan Pembangunan Akuakultur, Program Galakan Usaha Tani,Pengurusan Program Penghayatan Modul Keluarga , PIJ Holdings Sdn. Bhd., YPJ Holdings Sdn. Bhd.

Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), BN menewaskan PAS, Mohd. Saim dengan majoriti 2,492 undi. DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Di bawah ini beberapa masalah orang Melayu dan rakyat di Johor :

DI JOHOR SEKOLAH PUN TAK SIAP SIAP, BUKAN MASJID JE
http://amkns.blogspot.com/2010/11/di-johor-sekolah-pun-tak-siap-siap.html

KELUARGA MISKIN JOHOR MOHON BANTUAN SEJAK 2008 TAK DAPAT DAPAT
http://amkns.blogspot.com/2010/06/johor-daif.html

SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-tanah-perkuburan-islam-di-johor.html

MASALAH JALAN KAMPUNG TERUK DI BATU PAHAT
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pakatan-rakyat-johor-tidur-ke-sibuk.html

MASALAH JAMBATAN UZUR DI BATU PAHAT
http://amkns.blogspot.com/2010/05/tunggu-pilihanraya-atau-mati-baru-buat.html

MASALAH BANJIR KILAT DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/perlukah-ada-pilihanraya-kecil-di-johor.html

MASALAH KELUARGA MISKIN DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/05/keluarga-sengsara-di-negeri-kelahiran.html

MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.

N5 Tenang mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.Dari segi demografinya,penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.

Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.
http://www.paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3825:pas-satu-labisinsyallah

12/17/10

Novel Interlok lebih Bahaya dari Pendidikan Seks?


Pelik bin ajaib. Novel Interlok untuk pelajar Tingkatan 5 tahun 2011 ditarik balik, kerana orang politik takut dengan ugutan pengundi yang akan membakar novel tersebut. Persoalannya kenapa bukan Menteri Pelajaran yang umumkan? Kenapa Novel Interlok ada bantahan tetapi Pendidikan Seks yang akan diajar pelajar Tahun 1 bermula 2011 tiada bantahan? Adakah jika ada ugutan pengundi untuk bakar buku Pendidikan Seks, maka sabjek Pendidikan Sek akan dibatalkan? Berapa Juta RM duit rakyat akan hangus?

Kenapa tidak dikenakan tindakan kepada pihak yang mengugut untuk membakar Novel Interlok tersebut?

Baca rahsia apa disebalik penarikan Novel Interlok hasil karya Sasterawan Negara pada pautan berikut http://agy7500.blogspot.com/2010/12/novel-interlock-ditarik-balik-siapakah.html

Seminar Tentu Kerjaya selepas PMR,SPM 26 Dis 2010 Senawang

BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 25/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Pendidikan SEKS GAGAL Bendung ZINA

Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, dasar untuk membendung masalah perzinaan masih kurang jelas. Dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberi perhatian kepada perzinaan dan salah laku seksual.

Sila baca artikel “Adakah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan diajar guna kondom mulai tahun 2011?” pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/pelajar-akan-diajar-guna-kondom-tahun.html

KOSMO 17 Dis 2010

Remaja di flat terdedah zina


REMAJA yang tinggal di rumah flat terdedah kepada pelbagai gejala sosial. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah dikenal pasti antara mereka yang berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi.

Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.

“Mungkin disebabkan tinggal berdekatan, mereka terdedah melakukan seks bebas di rumah. Lebih-lebih lagi, apabila ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja syif atau melakukan sehingga dua atau tiga pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Muzakarah Pakar Menangani Zina Serta Pembuangan Bayi Di Kalangan Remaja Dan Pelajar Sekolah di sini semalam.

Dalam pada itu, Hamizah memberitahu, dasar untuk membendung masalah perzinaan masih kurang jelas. Dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberi perhatian kepada perzinaan dan salah laku seksual.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

12/16/10

Novel Interlok Sasterawan Negara diHARAMKAN?



Novel ini telah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1967. Novel ini memaparkan tema integrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama-sama sebagai rakyat negara yang merdeka dan berdaulat.

Abdullah Hussain, Sasterawan Negara yang kelapan, merupakan pengarang dan penterjemah yang banyak menghasilkan karya dalam bidang kesusasteraan. Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dalam tahun 1920.

Beliau pernah bekerja sebagai kerani, pedagang dan wartawan. Beliau menulis cerpen, sajak, novel, drama, biografi, esei-esei tentang politik, bahasa, agama, filem dan tokoh-tokoh dunia. Antara novel beliau yang telah diterbitkan ialah Terjebak; Peristiwa; Rantau Selamat; Kuala Lumpur Kita Punya; Imam; dan Dan Malam, Apabila Ia Berlalu."

Edisi Khas Sasterawan Negara : Interlok
Penulis: Abdullah Hussain , Penerbit: DBP
Tahun Terbitan: 2008 , Harga Buku: RM21.00
http://www.dawama.com/index.php?ch=11&pg=381&ac=13059

BUKU TEKS SASTERA DITARIK BALIK

Berita Harian 16 Dis 2010

KUALA LUMPUR: Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.

Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.

Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan. Buku teks berkenaan didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.

Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran.

Katanya, isu itu didedahkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil semalam selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BukuteksSasteraditarikbalik/Article

Alahai, uzur, bahaya, daif sungguh masjid di Pahang ni


Mohon ganti masjid uzur, rosak

DUA orang penduduk menunjukkan siling yang bocor di ruang jemaah Masjid Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling, Jerantut, semalam.
---------------------
Seramai 700 ahli kariah Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu yang sudah uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan. Sudah 15 tahun JKKK mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan sehingga menimbulkan kekesalan kami.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Utusan Malaysia 16 Dis 2010

JERANTUT 15 Dis. - Seramai 700 ahli kariah Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu yang sudah uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Masjid yang terletak berhampiran dengan tebing Sungai Tembeling itu sudah mengalami kerosakan di bahagian dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor.

Selain itu, ketiadaan ruang memasak, tempat mengambil wuduk dan tandas rosak menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan para jemaah dan musafir yang singgah di situ.

Kedudukan masjid itu juga sesak apabila berdekatan dengan kedai runcit, bangunan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Asrama Desa Sekolah kebangsaan (SK) Kuala Sat mengundang persekitaran yang kurang ceria.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor.

Selain itu, rumah ibadat itu dikelilingi semak-samun, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran yang kotor dan berbau busuk.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Kuala pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian.

Ketua Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata, kerajaan negeri sepatutnya tiada masalah untuk menyediakan peruntukan membina masjid baru kerana penduduk di situ sudah mewakafkan tanah seluas dua hektar untuk tapak projek berkenaan.

"Sudah 15 tahun JKKK mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan sehingga menimbulkan kekesalan kami.

"Kami kecewa apabila permohonan ini tidak diberi perhatian sedangkan di kampung berdekatan sudah dibina sebuah masjid baru pada tahun lepas walhal jumlah penduduknya kecil," katanya di Kampung Kuala Sat dekat sini hari ini.

Sidek menjelaskan pihak berwajib pernah berjanji untuk membantu projek masjid baru tetapi sehingga kini tiada kerja-kerja dilakukan dan menimbulkan pertanyaan kepada penduduk.

Pengerusi masjid berkenaan, Shaharuddin Mat Taha, 42, berkata, struktur masjid lama itu sudah uzur dan ia tidak lagi selamat digunakan dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

"Awal bulan ini, sebahagian ruang masjid di sini roboh selepas jemaah menunaikan solat akibat tiang dan rasuk sudah reput dimakan anai-anai.

"Kejadian ini walaupun tidak mengundang kemalangan, tetapi adalah lebih baik jika masalah ini dapat ditangani segera sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini," katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Aminah Abdullah Hashim, 51, berkata, penduduk mengharapkan sebuah masjid baru yang selesa untuk melaksanakan ibadah solat dan program dakwah.

"Keadaan tidak selesa apabila kaum ibu memasak untuk sajian berbuka puasa pada bulan Ramadan dan kenduri sambutan perayaan Islam kerana ruang memasak dan tempat makan yang sudah uzur dan terdedah dengan kekotoran," katanya.

Seorang belia Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 39, berkata, bangunan kayu yang reput sepatutnya diganti dengan binaan konkrit selaras dengan transformasi kerajaan negeri menerusi usaha pembangunan Islamiah.

"Keadaan masjid yang usang juga kurang merangsang belia dan remaja di kampung ini mengimarahkan diri dengan kegiatan keagamaan termasuk sambutan perayaan Islam," katanya.

Seorang warga emas, Mahasan Awang Besar, 90, berkata, masjid berkenaan kerap kali dibaiki menerusi sumbangan kewangan dan kudrat penduduk di situ sejak sebelum merdeka.

"Saya harap kerajaan negeri membina masjid baru di tanah wakaf yang kami sediakan sekurang-kurangnya cucu-cicit lebih selesa beribadat," katanya.

Tambah beliau, masjid yang baru antara landasan menyatukan penduduk berkenaan mengukuhkan perpaduan Islam dan menjamin keselamatan para jemaah setiap kali beribadat di situ.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm

Saman Ekor pun tak selesai, Tumbangkan Saja BN

Didapati bahawa terdapat dua saman tertunggak yang direkodkan pada tahun 2003 dan 2006. Apabila diteliti status saman-saman tersebut seperti tarikh, lokasi dan jumlah kompaun yang perlu dibayar, saya kesal kerana kedua-dua saman tersebut diyakini telah pun dilunaskan sekian lama. Adakah pengiktirafan ISO 9001: 2000 dalam kepala surat Cawangan Trafik PDRM hanya hiasan sahaja.

SAMAN TRAFIK LAMA SUDAH DILANGSAI MASIH PERLU DIBAYAR?

Utusan Malaysia 15 Dis 2010

SEBAGAI rakyat Malaysia, saya sangat berbesar hati dan berterima kasih di atas usaha murni pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman trafik dengan kadar insentif setinggi 50 peratus.

Ini merupakan usaha terpuji dalam meringankan beban rakyat secara amnya. Pasti ramai yang telah mengambil inisiatif untuk segera melangsaikan hutang saman trafik masing-masing yang tertunggak sekian lama demi tidak disenaraihitamkan dalam pelbagai urusan berkaitan lesen, cukai jalan kenderaan dan sebagainya apabila tamat tempoh tawaran pembayaran saman oleh PDRM.

Untuk menyemak status saman, pihak PDRM memberi pilihan semakan melalui SMS, di kaunter Trafik PDRM, atau melalui khidmat online.

Saya turut mengambil peluang ini untuk menyemak apakah saya sendiri ada mempunyai sebarang saman tertunggak. Saya telah menyemak status saman melalui laman sesawang www.rilek.com.my dan www.dapat.com.

Didapati bahawa terdapat dua saman tertunggak yang direkodkan pada tahun 2003 dan 2006. Apabila diteliti status saman-saman tersebut seperti tarikh, lokasi dan jumlah kompaun yang perlu dibayar, saya kesal kerana kedua-dua saman tersebut diyakini telah pun dilunaskan sekian lama.

Keyakinan itu ditambah dengan usaha saya pada awal tahun 2007 untuk menyemak dan melangsaikan saman-saman tertunggak dengan pihak PDRM dan JPJ sebelum saya ke luar negara melanjutkan pengajian pada tahun tersebut.

Saya yakin ramai lagi individu lain yang mengalami masalah yang sama seperti saya dan tercari-cari kembali resit-resit saman yang telah dibayar mungkin selama 10 tahun ke belakang!

Dalam kes saya, malangnya, saya tidak lagi menyimpan resit pembayaran saman-saman tertunggak tersebut, kerana ia telah dilupuskan beberapa tahun lepas. Maka, saya tidak lagi mempunyai bukti pembayaran untuk ditunjukkan kepada pihak PDRM.

Saya akan cuba membuat rayuan bertulis kepada pihak PDRM berkaitan saman-saman tersebut sebelum saya membuat pembayaran. Bukan kerana saya tidak mampu melunaskannya, tetapi lebih kepada usaha untuk tidak 'membayar saman yang sama untuk kali kedua'.

Harapan saya agar pihak PDRM dapat membuat post-mortem dan semakan yang teliti mengapa permasalahan seperti ini berlaku. Mungkin perlu ada mekanisme yang lebih mantap dalam mengemaskinikan sistem komputer yang menyimpan maklumat-maklumat saman trafik.

Dengan cara ini, tidaklah rakyat seperti saya berasa terbeban dan teraniaya.

Robin Hood
Gemereh, Segamat
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

BAYAR SAMAN ATAS KETIDAKCEKAPAN KOMPUTER PDRM

Utusan Malaysia 16 Dis 2010

BILA membaca luahan Robin Hood Gemereh Segamat dalam ruangan Forum pada 15 Disember 2010 bertajuk Saman trafik lama sudah dilangsai masih perlu dibayar amat meruntun kesayuan, kekecewaan dan kemarahan hati saya.

Ketika menyemak senarai saman untuk dibayar, ekoran tawaran istimewa 50 peratus oleh kerajaan bagi tujuan membaharui cukai jalan minggu lepas, saya berasa amat kecewa.

Bayangkan saman yang telah dilangsaikan tahun 2002 masih terpacak dan terpampang dalam cetakan saman PDRM. Dua kereta yang telah dijual lapan tahun lepas masih menjadi igauan saman.

Saya yakin telah membayar saman tersebut dan diberi resit perakuan bayar berlogo PDRM berwarna biru yang masih segar dalam ingatan. Ia adalah ekoran saya telah disenaraihitamkan untuk membaharui cukai jalan, tambahan pula pada masa itu PDRM telah mengadakan operasi bukan sahaja menyenaraihitam pesalah saman ekor malah operasi menahan pesalah trafik di rumah atau di pejabat.

Apakah barang kali ketidakcerdikan saya tidak menyimpan resit yang berusia hampir lapan tahun atau ketidakkecekapan sistem komputer PDRM yang menyebabkan saya dan ramai lagi menjadi mangsa untuk melangsaikan saman yang telah dibayar.

Adakah pengiktirafan ISO 9001: 2000 dalam kepala surat Cawangan Trafik PDRM hanya hiasan sahaja tanpa memenuhi amalan Prosedur Kerja Wajib, Prosedur Kerja Sokongan dan Prosedur Kerja Operasi menyebabkan kami menjadi mangsa.

Betul undang-undang menyatakan mesti dibuktikan dengan resit pembayaran tetapi ada masanya pertimbangan akal juga penting dalam merasionalkan kebenaran telah membayar saman tersebut.

Contohnya, bagaimana boleh saya membaharui cukai jalan dan lesen sekiranya saya disenaraihitamkan dalam operasi tahun-tahun lepas.

Bebanan untuk membayar saman yang telah dibayar mencecah ribuan ringgit, ditambah pula dengan bebanan persiapan belanja anak-anak ke sekolah dan persiapan perkahwinan anak. Alahai takdir atas ketidakcekapan komputer PDRM.

Kini masih mencari wang untuk bayar saman yang telah dibayar.

PESALAH TRAFIK ANIAYA
Sungai Buloh, Selangor
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Tiada lampu jalan


Penantian penduduk Kampung Tebing Tinggi tak berakhir

Berita Harian 16 Dis 2010

SELAMA: Kira-kira 700 penduduk Kampung Tebing Tinggi, di sini merayu pihak berkuasa berkaitan menyegerakan pemasangan lampu jalan di kampung berkenaan bagi memudahkan aktiviti harian penduduk pada waktu malam, termasuk untuk solat berjemaah di masjid dan kanak-kanak mengikuti kelas al-Quran.

Selain itu, pemasangan lampu jalan di laluan sepanjang 2.5 kilometer itu juga mampu mengelakkan kejadian tidak diingini kepada orang ramai seperti jenayah ragut, selain kemalangan jalan raya. Seorang penduduk, Abdul Wahid Che Pin, 67, berkata ketiadaan lampu jalan mencetuskan pelbagai masalah kepada penduduk hingga banyak program dan aktiviti yang dijadualkan berlangsung pada waktu malam terpaksa dibatalkan. Katanya, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya.

“2011 nanti, kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan hati kami. Kami berharap tahun baru nanti kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membataskan pergerakan kami pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau yang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkata, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan jalan raya membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu.

“Kami tidak mahu kemalangan itu berterusan memandangkan kawasan penempatan kami adalah kawasan tumpuan orang ramai. Takkanlah selepas ada kematian, baru lampu jalan dipasang,” katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati rungutan penduduk ada asasnya kerana keadaan kampung itu yang terlalu gelap pada waktu malam.

Seorang lagi penduduk, Siti Fatimah Muhammad Khadori, 36, berkata dia terpaksa menangguhkan rancangan menghantar anaknya mengikuti kelas al-Quran pada waktu malam kerana bimbang keselamatan mereka yang perlu menunggang basikal.

“Sepatutnya anak saya mula belajar mengaji al-Quran tahun ini, tetapi saya tak berani nak lepaskan mereka berbasikal pada waktu malam.

“Tambahan pula, sejak kebelakangan ini ada saja kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di sini. Justeru, saya memohon jasa baik pihak berwajib supaya memandang perkara ini dengan lebih serius demi keselesaan penduduk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Shuhaimi Abdullah Sanusi, 45, meminta Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Selama (MDS) memakbulkan impian penduduk kampung itu secepat mungkin kerana beberapa aduan sudah dibuat oleh penduduk.

“Saya dapat tahu permohonan bagi pemasangan lampu jalan di kampung ini sudah diluluskan kerajaan Perak dalam Bajet 2010 lalu dan kira-kira 20 batang tiang lampu dijangka dipasang di sini.

“Namun, setelah menunggu sehingga ke penghujung tahun ini, masih tidak nampak sebatang tiang lampu jalan pun dinaikkan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadalampujalan/Article

12/15/10

PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

12/14/10

Kompleks Parkir, Projek Gajah Putih Kuala Terengganu?



Apakah kompleks tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya Kuala Terengganu dengan kos RM9 juta akan menjadi Projek Gajah Putih? Atau akan mengikut langkah bumbung stadium yang runtuh di Gong Badak?



Tempat letak kereta bertingkat dijangka beroperasi awal 2011

KUALA TERENGGANU 14 Nov. - Tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya ini yang pertama seumpamanya di negara ini dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Projek dengan kos lebih RM9 juta di Jalan Batas Baru itu menggunakan keluli, dibangunkan setinggi tiga tingkat dan boleh menampung 250 kenderaan pada satu-satu masa.

Datuk Bandar, Datuk Adzlan Mohd. Dagang berkata, ia sebahagian daripada langkah proaktif bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan perdagangan yang paling menjadi tumpuan umum.

''Ia dapat menjimatkan penggunaan ruang tempat letak kereta sedia ada di lokasi itu sebanyak tiga kali ganda, di samping lebih selamat bagi pemilik kenderaan," ujarnya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Tambah Adzlan lagi, teknologi itu dibawa masuk dari Guangzhou China dan bagi menguasai pengendalian operasinya itu kelak, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menghantar kakitangannya ke negara itu tidak lama lagi.

"Apabila siap sepenuhnya kelak, bangunan ini seakan-akan pusat komersial atau ruangan pejabat yang mewah, namun ia hanya sebuah garaj bertingkat dan ruang dinding akan disewakan untuk pengiklanan.

"Pengguna seakan-akan memasuki sebuah lif, itulah juga yang akan dialami oleh kenderaan mereka sewaktu dimasukkan ke dalam tempat letak kereta ini, "ujarnya.

Kelebihan teknologi ini katanya, ia juga menjimatkan masa dan lebih sistematik kerana pengguna hanya perlu memasukkan kenderaan mereka ke dalam ruangan dan meninggalkannya di situ.

"Dengan kaedah pembayaran melalui kad, kenderaan akan diangkat ke atas menggunakan kren hidraulik menerusi kawalan sistem komputer di bangunan berkenaan secara automatik.

"Kenderaan pengguna akan dibawa ke ruang kosong di bangunan berkenaan yang terhindar daripada hujan," jelasnya lagi.

Walaupun kemudahan mungkin menimbulkan kesangsian sebahagian warga bandar raya pada peringkat awalnya, katanya, ia suatu yang lumrah dan lama kelamaan mereka dapat menyesuaikan keadaan.

"Apabila 'percubaan' ini menampakkan kemajuan dan keyakinan pengguna, kemudahan ini mungkin akan ditambah di lokasi yang lain, " jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm


Sistem Parkir Automatik “Rotary Type”

Cadangan mereka bentuk membina sistem parkir automatic “rotary type” di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta biasa.Satu set boleh memuatkan 10 buah kereta (saloon car). Jumlah parkir adalah sebanyak 240 buah kereta.

Kelebihan-kelebihan menggunakan sistem parkir automatic jenis “rotary” adalah :-

Menjimatkan penggunaan tanah
Dapat memuatkan 10 buah kereta dengan menggunakan luas dua buah kereta.

Menjimatkan masa
Pemilik hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang kosong tanpa perlu berpusing berkali-kali seperti di dalam parkir bertingkat biasa.

Aspek keselamatan
Pemandu khusunya wanita tidak perlu menaiki lif atau tangga atau berjalan jauh untuk keluar seperti di dalam bangunan parkir bertingkat biasa.

Memudahkan
Pemandu hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang yang tetap dan sistem akan memutarkan ruang parkir yang kosong untuk kenderaan seterusnya.
Sistem parkir automatic “rotary type”di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu di jangka akan siap akhir tahun 2010 dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2011.

MBKT



Friday November 19, 2010
First fully-automated car park to begin ops in January

KUALA TERENGGANU: A high-tech car park system in Jalan Batas Baru, touted to be the first fully-automated complex in the country, is expected to be operational by January despite fears about its technical readiness.

The Kuala Terengganu city council has quashed speculation about problems with the mechanical components used to hoist vehicles to the upper decks of the multi-storey car park.

Mayor Datuk Mohd Adzlan Dagang said the carpark system was tested, tried and successfully implemented in China.

“That is why we agreed to introduce the same concept, ” he said here yesterday.

Adzlan was commenting on widespread speculation that vehicles parked at the complex could be trapped for several weeks in the case of a technical hitch; until technicians from China arrived to rectify the problem.

He said that such allegations were false, as the council had sent several of its technicians for training in China.

“Furthermore, we can still revert to manual operation in the case of power interruption or in any other unforeseen circumstances,” he said.

He added that the car park was constructed to address the shortage of parking lots in the city.

Adzlan said the idea of introducing the automatic four-tier car park complex here was mooted during the recent visit to China by state government officials.

The multi-storey automatic car-park can accommodate 200 vehicles at one time.

With the smart technology car park, drivers only had to stop their cars at a fixed point, and the sensor system would search for empty lots and move the cars to the appropriate spaces.

The cars would be returned to the owners after they provide the registration numbers to the attendant.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/19/nation/7462000&sec=nation

Buaya 3 meter di pantai Teluk Chempedak, Kuantan


Gempar buaya tembaga muncul di Teluk Chempedak

Utusan Malaysia KUANTAN 14 Dis. 2010 - Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Teluk Chempedak di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga seberat 200 kilogram yang terdampar di persisiran pantai itu malam tadi.

Reptilia sepanjang lebih tiga meter yang tersesat dari habitatnya itu ditemui terdampar di kawasan berbatu di tebing pantai tersebut.

Penolong Pegawai Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan, Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8 malam tadi. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm


Kerajaan mesti bantu pelajar di Mesir, JIKA TIDAK?

Berita Harian 14 Dis 2010

PPIM mahu kerajaan bantu pelajar di Mesir

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil inisiatif menguruskan pinjaman kewangan kepada 4,784 pelajar persendirian Malaysia di Mesir yang terpaksa bergelut untuk meneruskan pengajian mereka ekoran kekangan kewangan.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun jumlah pelajar yang ditimpa bermasalah itu dilihat kecil, namun mereka juga adalah modal insan kepada pembentukan negara Malaysia yang maju dan berdaya saing.

“Mereka sekarang berada dalam situasi tertekan, takkan kita mahu menambahkan bebanan mereka untuk mencari biasiswa ataupun pinjaman dalam masa ini, jadi PPIM berharap sangat agar menteri sendiri mengambil langkah sewajarnya. “Pembabitan Datuk Seri Mohamed Khaled secara terus mungkin dapat bantu pelajar kita di sana,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Khaled baru-baru ini yang menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi tidak mempunyai dana khas bagi membantu pelajar persendirian yang mengikuti pengajian di luar negara.

Mohamed Khaled dilaporkan berkata, pelajar persendirian boleh memohon mendapatkan pinjaman daripada agensi lain seperti Amanah Raya Berhad (ARB), namun mereka perlu memenuhi kriteria ditetapkan antaranya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Nadzim, berkata berdasarkan aduan diterima PPIM baru-baru ini, ada kira-kira 300 pelajar yang sebahagiannya mengambil jurusan kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi terpaksa menamatkan pengajian mereka dan pulang lebih awal, Januari ini akibat tidak mampu membayar yuran pengajian.

“Ada antara mereka ini diminta oleh pihak kerajaan untuk pergi dulu ke sana dan bantuan biasiswa ataupun pinjaman akan diberikan selepas itu... ada juga yang sudah menerima pinjaman tetapi ditarik balik.

“Oleh itu, PPIM berharap Datuk Seri Mohamed Khaled tidak lepas tangan dan membantu membela nasib mereka,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPIMmahukerajaanbantupelajardiMesir/Article

Orang Melayu MEREMPAT di bandar Terengganu


Orang Melayu Di Kg Ladang Diinaya Dan Dizalimi ! Tiada Lagi Perkampung Melayu Di Kampung Ladang, Terengganu. MB janji sewa beli rumah flat - tetapi sekarang jadi sewa kekal. Bekas Mb Terengganu janji sewa rumah rm126 sebulan- sekarang ni - rm300 ( kos rendah )- rm850 ( kos sederhana )

Rumah Yang Bertapak Di Tanah Kerajaan
- Hanya Dibayar Pampasan Rm6000
( Tanah Dan Rumah Apa Sekarang Ni Yang Berharga Rm6000? )

Sekarang Yang Tidak Berumah Berteduh Di Surau Tok Pelam!

Cerita sepenuhnya pada pautan berikut http://farizmusa.blogspot.com/2010/12/v-behaviorurldefaultvml-o.html

Siapalah sudi dengar rintihan pemandu bot di Terengganu Kite?


JETI di Sungai Kemaman yang terbiar sejak 10 tahun lalu perlu dipanjangkan untuk kemudahan pengusaha bot penambang. Pengusaha bot sukar berlabuh kerana air cetek

Rayu jeti disambung
Berita Harian 14 Dis 2010

CHUKAI: Pengusaha bot penambang yang mengangkut penumpang dari jeti Sungai Kemaman ke kapal yang berlabuh di perairan Kemaman di sini, merayu kerajaan memanjangkan jeti sedia ada hingga ke tengah sungai bagi memudahkan bot rapat ke jeti pada bila-bila, termasuk ketika air surut.

Jeti yang asalnya digunakan pengusaha feri untuk mengangkut penumpang dan kenderaan dari bandar ini ke Kuala Kemaman, tidak lagi digunakan hampir 10 tahun lalu sejak pembinaan jambatan, kini digunakan pengusaha bot penambang mengangkut kelasi kapal yang berlabuh di laut untuk membeli-belah di bandar ini.

Pengusaha bot penambang, Zulkifli Mohd Nor, 50, berkata kebanyakan anak kapal yang berlabuh di perairan Kemaman, terutama di kawasan Pelabuhan Telok Kalong menggunakan perkhidmatan bot penambang untuk pergi dan balik ke kapal mereka.

“Sejak empat tahun lalu, kami gunakan semula jeti ini untuk mengangkut anak kapal yang berlabuh di laut Kemaman. Namun, kami hadapi masalah bila air surut, bot tidak dapat berlabuh rapat ke jeti.

“Justeru, kami merayu pihak berkuasa berkaitan untuk memanjangkan jeti ini. Kami kira lima meter lagi sudah memadai. Sekarang bila air surut kami tidak dapat rapat ke jeti, sekali gus menyulitkan penumpang untuk turun naik bot,” katanya ketika ditemui di sini.

Rakannya, Zainudin Samin, 56, berkata selain anak kapal, mereka turut membawa pelancong terutama warga asing yang mahu melihat persekitaran bandar Chukai melalui Sungai Kemaman, Sungai Limbong dan Sungai Bukit Kuang.

“Kalau Bandaraya Kuala Terengganu digelar sebagai bandar raya warisan pesisir air, bandar Chukai layak digelar bandar pesisir sungai, kerana sungai Limbong dan Sungai Bukit Kuang yang dikelilingi hutan bakau menjadi tarikan utama kepada pelancong,” katanya.

BELIAU BERKATA, SEORANG PELANCONG DARI AMERIKA SYARIKAT PERNAH BERTANYA KEPADANYA KENAPA PESISIR SUNGAI KEMAMAN TIDAK DIMAJUKAN SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN.

“Saya sekadar menjawab akan dimajukan tak lama lagi termasuk, penambahbaikan pada jeti ini,” katanya.

Zainudin berkata, bot tidak boleh rapat ke jeti ketika air surut adalah antara masalah yang perlu diberi perhatian segera, jika pihak berkuasa merancang untuk memanfaatkan nilai komersial yang ada di kawasan berkenaan menerusi kegiatan pelancongan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wilayah_Rayujetidisambung/Article

12/13/10

Ceramah Palestin Terkini 18 Dis 2010 Seremban

CERAMAH ISU PALESTIN : GAZA TERKINI
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Taman Panchur Jaya, Seremban
Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
Anjuran Bersama : TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan N.Sembilan & Jawatankuasa Masjid Qariah Taman Panchur Jaya

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 4.00 Pagi
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang
Acara :
- Qiyamullaill / Iktikaf , Solat Subuh Berjemaah , Zikir Munajat
- Kuliah Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah” oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz ( Timbalan Presiden TERAS Pengupayaan Melayu)
- Sarapan Pagi
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

JAMUAN TEH & PELANCARAN SALIMAH-TERAS
(Pergerakan Persaudaraan Muslimah-TERAS Negeri Sembilan)
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 4.45 ptg - 7.00 mlm
Tempat : Masjid Qariah Taman Panchur Jaya, Seremban
Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
Program khusus untuk Muslimat / Wanita

CERAMAH MULTIMEDIA ISU PALESTIN TERKINi
Tarikh : 17 Dis 2010 (JUMAAT)
Masa : 7.30 malam
Penceramah : Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu N.Sembilan
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang

Anwar Ibrahim 16 Dis 2010 di Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 16 Dis 2010 (Khamis)
Masa : 9 malam
Lokasi : Dataran Muhibah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Penceramah:
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Azmin Ali
YB Saifuddin Nasution
YB Loke Siew Fook
YBhg Zulkefly Mohamad Hj Omar

Sumber dari http://anwaribrahimblog.com/2010/12/13/siri-lawatan-dan-ceramah-perdana-dato%E2%80%99-seri-anwar-ibrahim-14-19-dis-2010/

Dato Tuan Ibrahim 13 Dis 2010 di Gemencheh N9

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ibrahim Yusof
YB Hj Taufek
YB Veerapan
Ust Zakaria Khalim
Tarikh : 13 Dis 2010 , Isnin
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat PAS, Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan
Semua dijemput hadir

Kerajaan membazir pulih projek rumah terbengkalai yang lama

Gambar Taman Senawang Jaya (Fasa 1C) pada 12 Dis 2010

Tindakan kerajaan yang memberi keutamaan untuk membaik pulih projek perumahan yang telah berpuluh-puluh tahun terbengkalai adalah satu pembaziran. Ini adalah kerana perumahan yang sudah 25 tahun terbengkalai ada pemilik rumah yang sudah meninggal dunia ada yang dah beli rumah lain. Tengok saja projek yang dipulihkan di Taman Senawang Jaya (Fasa 1C). Rumah dah siap, tapi banyak yang kosong, semak samun sampai ke atap, ada disewakan kepada pendatang asing.

Terlalu ramai rakyat yang menderita akibat perumahan yang terbengkalai. Semua projek perumahan terbengkalai harus dipulihkan.

Media hanya melalaikan rakyat dengan pelbagai cerita politik, kes liwat, pengkhianat bangsa. Tapi hakikatnya , rakyat tak kisah semua cerita itu. Rakyat nak hidup, rakyat nak rumah, rakyat nak anak-anak bersekolah. Harga barang dah naik, harga bawang dah naik, harga susu dah naik, semua naik.

Layarilah laman Blog khusus projek-projek perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com

************************
96 beraya di rumah baru

SEREMBAN 14 Sept. - Selama 25 tahun, 96 pemilik rumah Taman Senawang Jaya (Fasa 1C), Senawang dekat sini terpaksa menanggung beban hutang, hidup tertekan dan kehampaan.

Semuanya gara-gara pemaju yang mereka percaya telah menghilangkan diri hingga menyebabkan nasib mereka bagaikan 'nyawa di hujung tanduk' - rumah yang sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun tetapi terbengkalai sehingga menjadi hutan.

Tetapi hari ini, projek rumah teres kos sederhana satu tingkat yang terbengkalai sejak 1984 dan dibina oleh pemaju Senawang Jaya Sdn. Bhd. ketika itu, sudah dipulihkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm