Rupa-rupanya untuk buat jejantas ni bukannya perlu ahli politik ke, Menteri ke untuk meluluskannya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran sudah cukup untuk permohonan membina jejantas, terutama berhampiran sekolah. Pemikiran rakyat selama ini telah dipesongkan, kalau nak apa-apa mesti melalui saluran politik.
***************
Jejantas di SMK Bukit Mewah dibina
Utusan Malaysia . SEREMBAN 24 Mei - Seramai 2,600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah di sini tidak lagi perlu menggadai nyawa menyeberangi Jalan Tok Ungku setelah sebuah jejantas siap dibina untuk kemudahan mereka awal tahun depan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pembinaan jejantas yang menelan belanja RM500,000 itu akan dimulakan pada Ogos ini dan mengambil masa selama tujuh bulan untuk disiapkan.
Sehubungan itu, Abd. Halim berkata, kesemua sekolah di sekitar bandar ini yang memerlukan jejantas diminta mengemukakan permohonan atau cadangan kepada MPS untuk tindakan selanjutnya.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm
0 comments:
Post a Comment